Senyum

Senyum
Senyum Itu Indah

Friday 26 March 2010

Kasih Sebuah Sepi

Biarkan masa melukiskan wajah kasih
Disebalik sembilu luka aku termangu
Menanti sepi kian resah
Bisikan bayu pergi sendiri
Aku yang mati

Biarkan jiwa meronta sepi
Sepi itu semakin dekat di hati
Omongan kosong penawar duka
Makin menjerat membunuh perasaan
Sang kasih yang tiada asli

Biarkan puput bayu menari-nari
Bila pun dia tak akan sepi
Hati berbisik hiba
Ruang yang tiada terisi
Hanya kasih sepi di kalbu

Ego semalam masih terbuku
Aku yang tiada peduli
Biarkan awan menangis sedih
Tiada simpati lubuk di hati
Kerana aku sendiri

Tirai kisah itu terkoyak lagi
Pohon di kali mati kekeringan
Ibarat batu membentuk hati
Beku tak tercair sang mentari
Terlalu sakit hingga kini




by :
anne alone all along

Sunday 21 March 2010

Surat Berhenti Kerja

SHARIFAH AINU BT MAN JONGANG
NO 44, BLOK 4
JALAN HATI BAHAGIA
KAMPUNG TANJONG BAHAGIA
44444, BUKIT BERJAMBUL

_______________________________________________________

THONG SAM PHA
LOT 44Z
JALAN PERINDUSTIAN LEMAK TERKUMPUL
40404, TANJONG SENGAL


TUAN,

Per : Surat Berhenti Kerja

Adalah saya seperti nama di atas, ingin menyatakan bahawa saya mahu berhenti kerja dari syarikat tuan. Saya berharap sangat permohonan saya ini diluluskan sekarang.

2. Sebab munasabah saya ingin berhenti kerja adalah kerana :

1. Saya sering dan kerap dibuli oleh senior yang satu line dengan saya

2. Makanan yang disediakan di kantin tak sedap tapi mahal lebih macam makan kat Kenny Roger Roester. Lebih-lebih lagi kalau mak cik yang pakai selipar ala-ala crocs tiruan warna oren tu yang kira.

3. Lagu 5's tak masuk dalam carta ERA

4. Waktu rehat sangat pendek, 15 minit aje. Dah lah nak beratur beli makanan dah 20 minit. Tak sistematik langsung

5. KERJA BERDIRI!!!! Kasut tak de sponge pulak tu. huh!

6. Bas kilang sangat-sangat laju. Kereta F1 pon kalah. Bahaya untuk keselamatan

7. Kelayakan SPM cam tak bermakna. Banyak sangat minah Indon yang tak ade SPM pon bley keje gak.

8. Pekerja dipaksa oleh supervisor untuk keje OT. Apa dia ingat kami ni ROBOT macam dalam cerita Terminator ke. Pastu kalau tak nak amek OT, ugut nak potong gaji siap dengan Warning Letter. Poyo!

9. Pintu kecemasan dihalang. Bila pihak BOMBA datang nak audit baru kalut. KESELAMATAN TIDAK DIUTAMAKAN.

10. Mesin scan in / out sikit sangat. Nak masuk keje kene beratur. Bila masuk lambat kena marah. Nak balik keje kene beratur macam budak sekolah. Beratur panjang-panjang sampai boleh buat pagar kilang.

11. Pintu keluar masuk ada 1 aje. Nak ambik pekerja beratus-ratus. Tu pon kene beratur, masuk lamabat kene marah dengan supervisor, keluar lambat kene marah dengan driver bas, sampai rumah lambat plak kene marah dengan mak ayah. Tention asyik kene marah aje.

12. Boss dengan supervisor sama aje kadang-kadang ok, kadang-kadang tak ok. Bila boss tak ok, dia marah supervisor, lepas tu supervisor plak marah kami. Event boss tention sebab bini dia lambat buat sarapan pon kami gak yang jadi mangsa.

13. Faedah-faedah lain tak memuaskan. Contoh yang ketara, keje macam nak tercabut kepala lutut tapi profit shearing hampeh

14. Bonus tahun ni tak ade langsung. Macam hampeh! Boss-boss atas je yang dapat bonus, orang bawah ni tak dapat langsung. Yang banyak keje semua orang bawah. Boss cuma datang sekali sekala tengok pekerja. Kalau macam nie baik boss-boss yang duduk goyang kaki mati cepat. Baru adil semua dapat bonus.

15. Banyak lagi benda-benda yang tak puas hati, nak bagitau pon tak sampai hati sebab takut nanti kilang tutup.

Untuk pengetahuan pihak tuan, selama bekerja sebagai operator pengeluaran dengan kilang tuan, saya telah berjaya menabung sebanyak RM500 ribu. Lima bulan lepas saya telah melabur wang saya dalam bentuk dinar emas. Setiap bulan saya akan dapat pendapatan keuntungan sebanyak RM2000. Inilah faktor terbesar dan faktor utama mengapa saya mahu berhenti kerja.
Terima kasih atas kerjasama dan tunjuk ajar tuan selama ini dengan saya.

Sekian, Terima kasih

Saturday 20 March 2010

Janggal

Alhamdulillah....
Syukur kepada Allah SWT kerana masih lagi memberi peluang kepada aku untuk terus bernafas dan menghirup udara ciptaannya, melihat keindahan panorama alam yang mustahil dicipta oleh tangan manusia, mendengar segala bisikan burung-burung yang bersiulan.
Subhanallah....
*muhasabah diri saketika*

Hari ini aku rasa agak berbeza dengan hari-hari lain.
Sepertinya aku rasa terasing dengan bilik aku sendiri saat ini
Tidak seperti hari-hari kemarin
Atau hari-hari yang lalu
Aku tak akan berada di sini
Aku baru tersedar semua ini

Bermula semalam jadual hidup aku agak lompang
Kosong
Tapi petang ini hingga hujung minggu hadapan aku akan sibuk semula
Hari ini dan esok sahaja aku perlu menjadi jurufoto
Atau photographer
Berpanas lagi aku untuk sehari dua ini
Tapi tak mengapa...
Aku puas melakukan amanah yang diberikan
Aku mahu hilangkan kejanggalan ini

Biarpun sebelum ini aku sesak
Berjalan pun tidak nampak orang
Tak dengar jeritan orang yang memanggil aku
Tak pandang walau sekilas orang yang berada di sisi aku
Aku akui aku silap
Terlalu sibuk dengan urusan aku yang aku sendiri pilih
Maafkan aku teman

Kini...
Pabila semua urusan telah aku langsaikan
Akan aku beli masa yang tersisa
Untuk aku tebus kembali waktu
Supaya ada ruang untuk kita saling kongsi bersama
Terima kasih teman yang telah banyak membantu
Dan juga memahami kondensi aku tika ini

Terima Kasih Buat...
Kepada Nurul yang tak lekang buat aku senyum
Yang faham dengan kerenah aku
Yang sentiasa geleng kepala tengok aku keluar ke kampus
Yang selalu tengok aku mengadap laptop aje
Yang selalu dengar aku call orang sana, call orang sini
Kepada teman serumah yang jarang sekali nampak aku di rumah
Kak Yana, Ain, Adah, Kak Sal dan Kak Diana
Sesungguhnya aku tak dapat bantu kalian untuk buat huru-hara di rumah
Kepada Iqa yang sentiasa mendengar kelus kesah aku
Yang baik hati pinjamkan bahu dia untuk aku menangis
Kepada Sha yang sama-sama gila-gila dengan aku
Kepada Izzati yang jadi teman untuk pergi mesyuarat persatuan
Yang selalu akan call aku tanya bila nak sampai kat bilik persatuan
Kepada Samuel, Biq, Rafie, Faisal dan Kak Thirah
Yang sama-sama penat mase Karnival Perkampungan Malaysia
Kepada junior aku semester 2, Aman dan Mus
Yang mencuri masa untuk buat latihan
Sempena Program Simfoni Kasih dan Kebudayaan AT 58
Kepada Nurul, Saudah, Nadia, Kak Zean, Laili and the geng
Yang semput siapkan cenderahati untuk Program Simfoni Kasih dan Kebudayaan AT 58
(Cian Nurul tercedera masa buat penanda buku)
Kepada Iqa, Nurul, Ain, Ina dan Niza
Yang sama-sama buat assignment Gender dan Perbandaran
(Jadi orang putih bila masuk kelas Gender)
Kepada Iqa, Ina dan Niza
Yang sama buat assignment Politik
(Aku memang tak suka politik)
Kepada Iqa, Nurul, Ina, Niza, Kimin dan Lim
Yang sama-sama buat assignment Pengurusan Pembelajaran
(Bestnya kelas Encik Ishak)
Kepada Iqa
Yang sama-sama buat assignment Futsal
(Selalu nak hujan time kelas tapi tetap tak hujan)
Kepada Cenah, Fizah, Syafiq, Shima, Kak Zean dan Fairuz
Yang sama-sama buat assignment Penduduk
(Assignment membunuh)
Kepada Majlis Tertinggi dan Exco PPMas
Yang sama-sama pergi meeting
Yang sama-sama kerah idea untuk buat program
Kepada Abg Shah
Yang jadi model camera aku time dia konvo dan panggil aku "adik"
Dan sama-sama penat masa cari port untuk ambil gambar
(Kat Biratasiswa, Kompleks Malim Sarjana, bangunan E-Learning yang belum siap lagi, Tadahan Utana, Canselori, Suluh Budiman, SITC, taman depan SITC, Perpustakaan Tuanku Bainun dan Auditorium)
*huhu*
Kepada pensyarah kelas Integrasi dan Perpaduan Nasional
Profesor Datuk Dr. Zainal Kling
Yang sudi mengajar satu-satunya kelas kami je kat dalam UPSI ni
(Kami rasa beruntung sangat, budak-budak nie suka sangat bila beliau sebut perkataan "APAKALA")
Pensyarah kelas Gender
Dr. Sultanah Alam
Yang tak fasih sangat bercakap Bahasa Melayu
(Al-maklumlah, dia orang Bangladesh. Selalu sebut "Very eji" yang bermaksud "Very Easy")
Kepada pensyarah kelas Perbandaran
Dr Rahimah Wahid
Yang batalkan kelas minggu depan
(Last kelas dia masa ada presentation, aku, Nurul, Iqa dengan Ain wat keje sengal - kitorang tulis kat dalam 1 kertas ala-ala komen kat facebook pasal nak cari tempat makan, tapi melencong pasal roti kirai Nurul. Hahaha!!!)
Kepada pensyarah kelas Politik
Dr. Ahmad Sohaimi Lazim
a.k.a Ketua Jabatan Pengajian Malaysia
Yang selalu cool masa kelas
Kepada pensyarah kelas Pengurusan Pembelajaran
Encik Ishak Ismail
Yang selalu sebut perkataan "apa?"
(Pastu nanti dia akan bagi jawapannya)
Kepada pensyarah Futsal
Encik Omar yang suka bergurau masa kelas
Dan Instruktor Futsal, Angah
Yang aku tak tau nama sebenar dia siapa
(Selalu sakit hati cari tarikh untuk buat kursus kejurulatihan)
Kepada pensyarah kelas Penduduk dan Kependudukan
Profesor Azizi
Yang bagi assignment paling last iaitu selepas cuti mid sem
Kepada pensyarah aku yang bersanding hari ini, belah rumah dia
Encik Nizamuddin Alias dan Isteri
Semoga berbahagia selalu hingga ke akhir hayat
Kepada mereka yang aku kenal dalam Majlis Perwakilan Pelajar 2009/2010
Abang Razik
Yang wat statement
"aku xtau rupanya md shah couple dengan hana..xsangka aku hahaha"
(Adoiyay!!!!)
Kak Ijah
Yang sentiasa senyum dan peluk aku bila jumpa
Abang Jan
Yang selalu sakat aku masa kempen Pilihan Raya Kampus
Kak Shaiha
Yang selalu dengan senyuman yang nampak gigi taring dia
Samuel
Yang selalu dengar masalah yang ada kat UPSI ini dari aku

Kepada Abg Azhari
Yang baru bagi cadangan untuk aku dengar lagu baru
"Mimpi Yang Mati" dari Bliz
(Best lagu tu)
Kepada yang paling aku sayang
Siapa lagi kalau bukan keluarga aku
Mak, ayah, kong, akak, ude dan adik aku
Kepada *dia* yang jauh di mata, tapi dekat di hati
Yang banyak bagi nasihat, ambil berat tentang aku, yang selalu suruh aku banyak rehat, yang tahu aku selalu sakit masa aku sibuk ini, yang selalu dengar masalah aku, yang selalu buat aku gelak masa aku tention
Rindu awak
*hehehe*
(Jangan tanya siapa sebab aku tak akan bagitahu siapa)
Dan kepada mereka-mereka
Yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
Bersama menconteng kanvas hidup aku bermula awal tahun ini
Tak kiralah di mana sekali pun
Atau di alam maya seperi di muka buku (Facebook)
*huhuhu*
Dan yang paling aku sayang selain keluarga aku dan *dia* ialah
NURULHANA BTE MD. NOR
Berbanyak-banyak terima kasih
CAYUNK KAMO SEMUA!!!!!

Sunday 7 March 2010

Siapa Paling Sengal?

Di sebuah kampung ada 3 orang remaja yang suka melepak.
Sorang tu nama dia Amri, sorang tu Budin dan sorang lagi Mat.
Aktiviti seharian mereka ni telah menyebabkan tok imam tak senang duduk.

Pada suatu hari, tok imam tu datang dengan niat nak bagi tarbiyah mereka 3 orang ini.
Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar dan debat-berdebat.
Ton imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu untuk ke surau pada waktu Maghrib nanti.

Si Amri pun berkata,"Tok Imam ingat kami ni jahil sangat ke? Tak ape, nanti kami buktikan yang kami ni bukan jahil sangat seperti yang disangkakan."

Maka, apabila hampir masuk waktu Maghrib, pergilah mereka bertiga ke surau.
Tok imam pun suruh Amri azan.
Tanpa berlengah, Amri pun azan je lah.
"Allah Ta'ala.... Allah Ta'ala...."
Dengan sengera Tok imam merampas mikrofon daripada Amri.
Beliau terus menyuruh tok bilal yang azan semula.
Terserlahlah kejahilan si Amri.

Selepas iqamat, tiba masa untuk solat.
Tok imam pun mengangkat takbiratul ihram.
Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk.
Angkat dua kali pun tak khusyuk juga.
Masuk kali ketiga, Budin panggil Tok imam.
"Tak, tok duduk belakang, biar saya jadi imam."
Tok imam pun undur la ke belakang.

Budin pun angkat la takbiratul ihram.
"Allahuakbar!"
Maka, para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram dan memulakan solat.
Tiba-tiba je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata,
"Aa, tengok. Sekali je tok."

Lalu, batallah solat yang nk diimamkan oleh Budin.
Yang lain-lain pun ikut berhenti solat sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun minta Mat pula untuk jadi imam.'
Si Mat pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampailah habis solat Maghrib.
Siap dengan wirid-wiridnya sekali.
Maka, tok imam pun respect dengan si Mat ini.

Habis je solat, tok imam pun puji-memuji la si Mat ni.
Punyalah bangga si Mat ini bila kena puji dengan Tok imam.
Tapi, dengan bongkaknya si Mat ni berkata,
"Hehe, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dasyat aku solat. Heha."
Lalu, Tok imam pun terkedu dan terpana.....

Untuk Yang Lahir Tahun 80an Sahaja

Justify Full
Ini khas untuk anda yang lahir pada 1980 hingga 1989 sahaja ye.

Anda mesti teringat masa sekolah rendah dulu-dulu.
Cuba anda imbas kembali apa yang anda dan rakan-rakan anda lakukan masa tu.

~ Kat sekolah ade salesman jual buku cerita. Hari ni bagi list buku, esok minta duit beli buku walaupun cerita buku tu dah tau

~ Salesman yang jual susu pun macam tu juga

~ Kat library atau perpustakaan, budak-budak memang baca buku tapi cuma tengok gambar je. Bila ada Program Nilam, sibuk semua nak pinjam buku, tapi cuma nak tulis nama pengarang je, bukan nak baca buku tu pun, sinopsis cerita pun main tulis je.

~ RMT (Rancangan Makanan Tambahan) kat sekolah makan tak sedap, tapi yang berduit pun tumpang sekaki, tak faham betul la.

~ Pakai pensel box yang boleh buka depan belakang, pastu ade sharpener kat tengah-tengah pensel box tu. Memang jadi trend la masa tu.

~ Main lawan pemadam, sayang nak guna pemadam tu untuk padam padahal itu fungsi sebenar pemadam iaitu memadam!

~ Pakai pembaris yang bergerigi, kat dalam ada air pastu ada prada yang kilat-kilat dalam air tu.

~ Cikgu pakai pembaris kuning yang besar, ada pemegang kat tengah-tengah tap tak pernah nampak cikgu pegang pun kat situ.

~ Bulu ayam kejap je hilang atau tercabut sebab selalu dijadikan rotan.

~ Masa pendidikan seni, melukis semua boleh tapi bila masa mewarna semua hampeh. Ada juga yang buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, origami la, tah apa-apa lagi la.

~ Main game 2D, super contra, super mario, street fighter, semua pakai tape.

~ Jam tangan Boy London jadi idaman sebab boleh tukar-tukar warna ikut suhu dan cuaca.

~ Masa nak kene inject BCG memang takut, sampai ada yang menangis, tak kurang juga ada yang lari dari nurse. Tapi bila daj inject, poyo la pula.

~ Balik sekolah singgah kat kedai sebab nak beli JoJo tak pun beli Dendang. Tora pun jadi. Beli benda tu semua semata-mata nak mainan, coklat yang kat dalam kotak tu tak makan pun.

~ Kasut berlampu kat tapak kasut, yang iklan dia kat tv boleh tembak alien tu.

~ Siri kartun yang jadi pujaan : Power Ranjers, Ultraman, Transformers, Ninja Turtle, Thundercats, Maskman, Gaban dan macam-macam lagi lah.

Mesti anda dah lupa semua ini, kan? Inilah yang kita lakukan masa zaman kanak-kanak hingusan. Jangan lupa semua ini sebab budak-budak zaman sekarang tak sempat nak layan benda-benda ni. Kita akan sentiasa berubah, cuma asal-usul kita yang kekal.

Crazy Does Not Equal To Stupid



A truck driver was doing his usual delivery to IMH (Institute of Mental Health).


He discovered a flat tyre when he was about to go home.

He jacked up the truck and took that flat tyre down.

When he was about to fix the spare tyre, he accidentally dropped all the bolts into the drain.

As he could not finish the bolts out, he started to panic.

A patient happened to walk past and asked driver what happened.

The driver thought to himself, since there was nothing much he could do.

He told the patient the whole incident.

The patient laughed at him and said "Can't even fix such a simple problem, no wonder you are destined to be a truck driver. Here's what you can do. Take one bolt each from the other three tyre and fix it onto this tyre. Then drive to the nearest workshop and replace the missing one.Easy as that."

The driver was very impressed and asked "You're so smart but why are you here at the IMH?"

Patient replied, " Hello, I stay here because I'm crazy, not STUPID!"