Senyum

Senyum
Senyum Itu Indah

Tuesday 27 April 2010

Roda Impian

Ini bukan iklan atau penaja untuk mempromosikan rancangan kegemaran mereka-mereka yang minat untuk mendapatkan kekayaan dengan hanya berjaya menyelesaikan beberapa patah perkataan dalam Roda Impian yang dipengacarakan oleh Kieran dan model kurus tinggi lampai si Fauziah Gous.

Hanya ingin mempersembahkan sebuah kehidupan seperti roda yang berpusing-pusing
Dan impian yang bergemerlapan dalam hati dan kotak fikiran
Cuma berdoa agar impian bak cinta puteri yang terkurung di menara tinggi akan termakbul
*hua hua hua*

Kali ini aku akan ceritakan tentang luahan seorang sahabat
Wah, sungguh teruja aku mendengar ceritanya
Bagai sebuah cerita drama dalam slot Lestari kt TV3
Sesungguhnya hidup ini sentiasa berputar wahai sahabat
So, be strong to face the day, my dear

Aku empati dengan nasib sahabat
Bila seorang datang, yang lain datang
Bila seorang pergi, yang lain pun akan pergi
Tak ada yang kekal untuk dia

Tak apa wahai sahabat, itu hanya sebuah pengalaman
Pengalaman yang akan menjadi pengajaran
Senyumlah dalam menghadapi ujian
Kerana kesabaran dalam menempuh pahit itu adalah manis
Ada yang terbaik untuk kamu
Usah biarkan hati terus lara
Tapi biarkan hati terus berlari keriangan
*_<


sMiLe LiKe sUnSHiNe

Sunday 18 April 2010

Meditasi Sebentar


Final exam bagi semester ini sudah mahu menunjukkan taringnya
Tapi aku
still lagi relax
Bukan aku sorang saje, tapi roomate aku pun same
Masing-masing dilanda dengan masalah muka buka a.k.a
facebook
*hahaha*

Sekarang aku nak
cooling down kejap
Hari-hari duk ngadap buku buat aku penat
Baca banyak mana pun tak akan ingat kalau hati tak senang
Dari study kat meja ke ruang tamu sampai la kat atas katil
Dan akhirnya aku akan tidur
*ZZZzzzzz....*

Beberapa hari yang lepas memang payah untuk aku
Bukan setakat hal itu je, tambah lagi dengan masalah yang hampir sama
Tapi yang
latest nie lagi best
Dia sendiri yang bagitahu pada aku
Terkejut bukan main kepalang
Siap dah ada bukti pula tu
Start hari tu, aku memang tak percaya cakap dia
Sampai bila-bila pun
Biar dia paksa aku untuk ceritakan masalah aku pada dia
Tapi aku tetap tak akan bagitahu sebab dia tahu apa masalah aku
Siapakah? Di manakah? Bilakah? Apakah?
Aku tak akan bagitahu
Macam mana dia rahsiakan pada aku
Macam itulah aku akan rahsiakan pada dia
Secret is always be a secret

So, untuk meditasinya...
Aku delete gambar-gambar lama yang hampir dua tahun aku simpan
Gambar yang berkaitan dengan nolstagia
Itu yang terbaik
Memang terasa kelegaan kat dalam hati ini
Ada ruang baru untuk tetamu baru
Biarkan tetamu baru tu nanti akan rasa selesa dengan ruang tersebut
=)

Untuk menghadapi exam yang dah dekat ini,
Aku akan fokus pada itu
Thanks pada Ayie Oll Scoll sebab banyak bagi nasihat pada aku
Tak boleh blah bila dia marah aku
Wawawa!!!
Tapi aku take positive
Pada x-bf aku pun sama
Even diorang tak tahu ape sebenarnya yang aku rasa,
Tapi diorang macam dah faham dengan kondensi aku
Paling aku sayang pada Iqa
Dia sangat-sangat tahu apa yang aku hadapi
Paling memahami aku yang kadang-kadang gonjeng ni
*hahaha*

Apa-apa pun yang lepas itu lepas
Lets bygone be bygone
Face the day with sunlight smile
>_*

Mungkin suatu hati nanti aku perlu menukar sesuatu
Tapi ternyatanya bukan diri aku
Sesuatu yang selalu dipertikaikan oleh orang lain
Sesuatu yang mungkin akan mengubah masa depan aku
Suatu hari nanti
Itu yang pasti


by :
anne alone all along

Saturday 17 April 2010

Belongs To Lonely


Kini ku sedar
Hati bukan selalu bahagia
Kecewa harus bertandan jua

Desiran bayu mengingatkan aku semula
Tika saat yang telah menjadi sejarah
Aku pasrah

Lara dan sakit
Sangat parah di hati
Luluh bak daun yang layu
Pedih bak dihiris sembilu

Insan tak akan tahu
Bulan itu sebenarnya duka
Terangnya tika malam
Kerna mahu kekasihnya bahagia
Tega untuk berdiri di situ
Supaya hatinya tidak kelihatan

Apa yang mahu dihilangkan?
Secubik kasih tak mampu dilepaskan
Memoir terbekas dijiwa
Kotak ingatan tak akan lupa
Walau sesaat
Kerna kau pernah di sisi


by :
anne alone all along

Thursday 15 April 2010

Sekali Lagi

Bentak naluri yang membuatkan aku ke situ
Kasihan pada jiwa yang tak bersalah
Kenapa awan gelap menahan cahaya
Suria baru sahaja mahu bersama aku

Aku tak percaya pada pelangi lagi
Puas sudah aku berteman
Tapi akhirnya kau pergi
Sengaja buat aku begini

Silap aku menghitung hari
Silap aku tafsir sendiri
Silap aku biarkan masa pergi
Silap aku buat sakit di hati

Bukan aku sengaja menjauh
Aku tak berniat merasakan iri hari
Tapi inilah hakikatnya
Cemburu meracun jiwa

Baru aku sedar segalanya
Hati ku takut sebenarnya
Tidak mahu kehilangan mu
Walau sesaat kau jauh

Kerana ingin kau bahagia
Aku lepaskan semua yang aku rasa
Aku tak mahu kau rasakan sakit seperti ku
Biarkanlah kau senang begitu
Walau bidadari mencurimu
Aku rela demi bahagiamu



by :
anne alone all along

Sunday 11 April 2010

Ipoh Oh Ipoh

Aku sangat teruja untuk bercerita lagi
Kepada yang tak mahu baca atau sudah bosan dengan entri-entri aku yang lepas,
diminta untuk jangan membaca entri ini
Pasti anda akan bosan lagi

Sabtu lepas adalah kali kedua aku melawat Ipoh
Kali pertama pada awal bulan lepas
Aku tak mahu cakap tentang lawatan yang lepas
Tapi aku mahu kisahkan kepada anda tentang lawatan yang baru-baru ini

Kisah ini dibintangi oleh aku, Iqa, Izzati, Kak Has dan seorang lagi insan (pakcik)
Pakcik menjadi pemandu pelancong kepada aku dan pelawat yang lain
Al-maklum la, kami tumpang kereta dia untuk berjalan-jalan

Dalam perancangan, hanya aku dengan Iqa saja yang mahu pergi
Dan kebetulan pula Izati nak balik kampung dia kat Ipoh
So, kami akan pergi bertiga
Tapi, last minit, Kak Has nak ikut Izati balik rumah Izati
Jadi, kami pergi berempat

Sebelum hari lawatan, aku agak runsing sebab ada yang kata bas ke Ipoh jam8.30am tak ada
Aku dah mula pelik sebab aku pernah tengok jadual perjalanan ke Ipoh kat Stesen Bas Tanjong Malim
Em... mungkin tu syarikat bas lain
Sebelum hari Sabtu, jadual aku memang penuh
Hari Khamis dan Jumaat itu memang memenatkan aku
Sebagai balasan atau hadiah pada diri, aku pilih lagi untuk berjalan-jalan
Hari Jumaat, jam8.00pm aku, Iqa, Izati, Sha, Fairuz dengan Anis ambil peluang untuk menonton teater kat Panggung Budaya
Sangat melawakkan kami
Habis menonton, Iqa balik ke rumah aku
Semua ini aku sudah atur supaya hari Sabtu nanti tak ada masalah
Sebagai peneman sebelum tidur, aku bagi iqa guna laptop aku untuk tunggu masa untuk tidur
Aku lebih pilih untuk tidur awal
ini entri yang iqa buat sebelum dia tidur

Sabtu (10 April 2010)...

Pagi :
Aku bangun macam biasa jam6.30am untuk solat dengan gosok baju.
Aku sengaja biarkan iqa lena sebab aku tahu iqa memang susah tidur bila malam
Usai gosok baju, baru iqa bangun
Terkocoh-kocoh dia bangun untuk solat
Aku mandi dan iqa solat
Mula bersiap sebelum izati sampai
Tapi cuaca sangat mendung
Hujan pun turun
Makin lama, makin lebat
Aku cepat-cepat hantar mesej tanya tentang cuaca di Ipoh
Alhamdulillah kat sana terang saje
Jam 8.20am zati dan kak has sampai dengan kete pak tam
Next location = stesen bas Tanjong Malim
Beli tiket bas Sri Maju, jam8.30am
Iqa agak confuse sebab ada 2 bas
*hahaha!*
Cuaca pagi yang sejuk + waktu hujan lebat + air-corn yang bocor
SEJUK!!!!!!!!!!!!!

Jam 10.00am
Sampai kat Pekan Tapah
Lepak jap sebab nak tunggu pakcik sampai
Ada 1 babak lawak masa ni
Iqa punyalah beriya-iya nak masuk KFC
Masa tu jam10.10
Dengan penuh perasaan dia mahu buka pintu
Tapi masih kunci
Namun, malangnya KFC kat situ buka jam 10.30am
*Hahaha* gelak untuk iqa
Merah muka dia tahan malu
*hehe*
Untuk hilangkan bosan, aku sempat beli paper
Lepak plak kat depan kedai apek
Tetiba je dia tegur "Mau pigi mana?"
Kami semua blur...
Zati pun jawab "tak pergi mana-mana. tunggu kawan"
Baru la aku perasan rupanya kedai apek tu jual tiket bas

Jam 10.30am
Pakcik sampai dengan ferrari kancilnya
Kami pun menyumbatkan tubuh masing-masing ke dalam kenderaan tersebut

Next destination = Makan @ sarapan
10.43am, sampai kat satu warung makan
Kami pilih capati
Hanya pakcik aje yang makan nasi lemak
Congrate kat iqa sebab baru first makan capati
Time nie pon ada scene yang buat kami ketawa
Tiba-tiba aje ada seorang pakcik pakai serban datang kat meja kami
Tau tak apa yang beliau suruh kami beli??
Air untuk kesihatan dalaman termasuklah untuk tenaga batin lelaki dan perempuan
*hahaha*
Memang tak boleh blah sebab kami semua belum kawin lagi
Sori pakcik

*Iqa sedang khusyuk makan capati*

Ok, lepas isi perut kami mulakan perjalanan semula
IPOH! I'm coming!!!!

Paling syok bila kami semua menyanyi lagu Black Eyed Peas kat dalam kereta
" I Gotta Feeling"
Iqa la yang paling teruja sangat bila dengar lagu tu
Part yang dia suka ialah
"Monday, Tuesday, Wednesday and Thursday"
"Friday, Saturday, Saturday and Sunday"
"Get, get, get, get, get with us"
"You know what we say, say"
"Party every day, p-p-p-party every day"
*hahaha!!!*

First destination bila sampai kat bandar Ipoh ialah Jaya Jusco (JJ)
Iqa memang suka buat kami ketawa
Tak habis-habis dia akan memberi arahan kepada kami untuk buat sesuatu bila kereta mahu melepasi bonggol
*hahaha*
Memang tak dapat dilupakan

Bila sampai kat JJ jam 12.35pm, plan nak parking kat tingkat dua, tapi penuh
Terpaksalah pakcik drive sampai kat bumbung untuk parking
Aku tak tahu apa motif pakcik main pusing-pusing kat atas tu sebab 95% petak parking adalah kosong
Bila engin kereta dimatikan, kami pun turun dari kereta
Scene yang kurang nak gelak
Kami dah masuk dalam lif tapi tak tahu nak ke tingkat berapa
Sengal tul sape yang berdiri dekat dengan punat lif tu
*huhu*

Bila dah ada kat dalam JJ, kami berkira-kira nak pergi mana
Oleh kerana aku memang dah janji dengan pakcik untuk temankan dia tengok cite KL Drift 2, so kami ke wayang
Aku tau trick iqa memang nak kenakan aku
Dia sengaja komplot dengan Izati dan Kak Has yang diorang memang da tengok cite tu
Tapi cuma dia sorang je tak tengok lagi
Izati memang dah tengok
Terpaksa aku kelentong dengan pakcik yang diorang da tengok
Siap la iqa tu nanti aku kenakan
Nasib baik pakcik tak kecik hati sebab diorang tak nak tengok
Congrate kat pakcik sebab baru first time tengok wayang
Jam 1.15pm, wayang pun bermula
Overall, aku memang salute kat Syamsul Yusuf sebab berani buat cerita yang mahal ni
4.5 bintang untuk Syamsul
*huhu*

Habis wayang jam 2.50pm
Next destination = surau
Nasib baik aku memang tergerak nak pergi surau kat aras yang sama
Rupanya iqa, zati dengan Kak Has ade kat situ
Bersolatlah aku di situ bersama-sama pengunjung wanita yang lain

Next song = nak cari kedai buku
Seriously aku bukan ulat buku macam budak-budak skema
Aku sebenarnya nak cari novel yang aku tak dapat beli masa PBAKL hari tu
"Cinta Sufi" karya Ramlee Awang Murshid
Mula-mula aku pergi kedai buku Popular
Masuk je kedai tu aku terus pergi kat rak novel
Em... Tak ada
Pergi pula kedai buku MPH
Em.. Tak ada juga
Hampeh!

*Nak kacau pakcik yang tengah baca majalah kereta*


*Iqa dan Kak Has*

Ok, tak apalah kalau novel tu tak ada
Maybe belum tiba masa untuk diedarkan kat kedai-kedai buku
Kalau aku ada kenderaan, aku akan serbu Syarikat Alaf 21 kat Selangor tu
Bukan setakat Cinta Sufi je yang aku akan beli
Semua novel karya Ramlee Awang Murshid aku akan sapu habis
*huhu*

Cop cop!
Kembali kepada kisah sebenar
Lepas je aku rasa hampeh yang teramat sangat, kami pun nak bersantap
Iqa kata dia nak makan kat KFC
Jadi, kami pun turun kat tingkat bawah sebab kat situ adalah area food court
Kali ini iqa pula yang hampeh sebab KFC penuh dengan manusia-manusia yang kelaparan
Sebagai jalan penyelesaian, aku suggest makan KFC kat tempat lain
Nasib baik Tesco cuma sebelah dengan JJ
Senang nak bergerak

Next destination = KFC Tesco

Nasib kami baik sebab tak ramai orang yang lapar kat dalam KFC tu
Macam biasa, Iqa, Izati dengan kak Has makan Snake Plate
Aku pilih Toester Twister, air fresh orange dengan fun fries
Pakcik plak makan zinger tower yang tak macam tower tu
*hahaha*

*kak has, zati dan iqa*

*iqa dan aku*

Ok, lepas makan kami pun mencari pakcik yang katanya nak tengok nset
Sampai je kami kat kedai nset, kami pun teruja tengok nset ala-ala bluebarry tu
Masing-masing dah plan nak beli yang macam kat dalam paper
Tapi tu plan untuk semester depan

*Kat depan kedai nset CSL*

*Bakal duta nset CSL*
*huhu*

Ok, lepas pakcik memborong dua biji nset, kami pun mahu pulang
Masa nie dah jam5.30 pm
Tak tahulah ada bas lagi atau tak

*iqa, saya dan pakcik*

Pakcik pun drive sampai kat Medan Gopeng
Nasib baik sampai cepat sebab tiket bas jam 5.45pm
Bas terakhir pula pada jam 7.15pm
On time tu juga beli tiket
Cuma aku dengan iqa je yang balik Tanjong Malim
Kak has ikut zati balik rumah zati kat Ipoh

Thanks kat iqa sebab faham aku walau pun aku tak tunjukkan reaksi sebenar
Bohonglah kalau aku tak sedih bila dah beli tiket tu
Tapi tak apa
Next time kalau nak jalan kat Ipoh nanti aku plan nak stay kat umah izati
Baru puas nak berjalan

Sampai Tanjong Malim jam 8.20pm
Iqa terus balik naik bas ke kolej
Oleh kerana aku tak nak tambahkan kebimbangan insan tersebut,
Aku pilih untuk minta tolong apai ambil aku
Alhamdulillah.... sampai juga aku kat rumah
Thanks apai dan zul yang tolong hantarkan aku balik rumah

Big thanks to :
Iqa, izati dan kak has
Sebab sudi temankan aku berjalan-jalan kat Ipoh
Dan sudi kongsi kegembiraan bersama
Kat pakcik pun sama
Tak sangka pula pakcik ambil cuti semata-mata nak penuhi permintaan aku
Thanks so much pakcik
:P

Monday 5 April 2010

Berteduh Sebentar



Mungkin ini entri yang membosankan.

Aku memang tak tahu buat entri yang boleh menghiburkan sesiapa.
Bila aku post entri baru, mesti akan ada saja yang mengkritik.
Aku tak kesah semua itu sebab aku ambil pandangan positif.
Perlu ada pembaharuan yang aku harus ambil.
Tapi bergelumang dengan kesibukan membuatkan aku biarkan blog aku.

Masuk hari ini, sudah seminggu hujan akan turun pada setiap hari.
Berlaku keterbatasan pergerakan ke luar rumah.
Tambah pula dengan tugasan-tugasan kuliah yang sudah selesai.
Aku bertambah bosan.

Dan hari ini..
Aku tak tahu mengapa aku rasa sesat dengan mood aku sendiri.
Puas sudah aku cari, tapi aku tak tahu mood mana yang harus aku pilih.
Sedih?
Gembira?
Sayu?
Malang?
Ketawa?
Skema?
Gila-gila?
Em.. entahlah.
Mungkin mood yang harus aku pilih ialah "bersyukur"
Ya, itu memang pasti

Tiada yang salah dalam pilihan aku ni.

Itulah yang selalu aku rasakan bila bangun dari tidur

Alhamdulillah..
Masih diberi kesempatan untuk bernafas lagi oleh-Nya


Hidup ini memang penuh dengan teka-teki

Tersilap pilihan, keputusannya akan berubah

Semuanya terletak pada hati dan akal untuk memilih mana yang terbaik
Tak semua yang kita duga akan menjadi kenyataan
Itu memang normal dan pasti
Aku tak salahkan keadaan
Mungkin silap aku sendiri yang cuai
Atau aku yang terlepas pandang
Akhirnya, aku sendiri yang kecewa sebab terlalu mengharap

Em...
Aku rindu sama emak, ayah, abang, akak dan adik aku
Terasa seperti aku mahu masuk semula ke dalam perut emak

Dan tak mahu keluar-keluar
Tapi aku tahu itu tak mungkin akan terjadi

Mustahil sekali!


MasyaALLAH...
Hati aku kosong rupanya
Jauh sangat tersasar dari jalan iman
Kerdilnya aku, khilaf sungguh aku


Andai sampai masa....
Buat keluarga aku yang tercinta

Maafkan daku...

Buat sahabat yang sentiasa menemani aku

Maafkan aku...

Buat guru-guru dan pensyarah aku

Maafkan aku..

Maafkan aku, semua.

Maafkan aku.

Aku hanya sehelai daun yang layu

Berteduh di pohon yang rendang

Akan terbang mengikut alunan bayu
Entah ke mana akan ku tuju

Perjalanan ibarat angin

Kesukaran berpaut bila ribut menerpa

Maafkan aku

Andai tiba masanya nanti
Sesungguhnya aku khilaf segalanya



by : anne alone all along

Sunday 4 April 2010

Selamat Ulang Tahun


"Allah selamatkan kamu"
"Allah selamatkan kamu"
"Allah selamatkan kamu sentiasa"
"Allah selamatkan kamu"

"Selamat hari jadi"
"Selamat hari jadi"
"Selamat hari jadi kamu"
"Selamat hari jadi"

"Happy birthday to you"
"Happy birthday to you"
"Happy birthday to my sweet you"
"Happy birthday to you"

Apa-apa sahaja jenis lagu yang membawa maksud hari lahir akan setiasa dinyanyikan semasa menyambut birthday party.
(maaf tak ada versi mandarin dan tamil sebab aku tak tahu sebut. huhu)

Em....
Teringat masa birthday aku tahun lepas
Thanks pada housemate aku, apai dengan zul sebab buat surprise party untuk aku
Aku memang tak sangka korang sanggup berkomplot nak kenakan aku
Dah la masa tu aku baru lepas balik dari makan malam
Sampai jew umah kene makan tepung
wawawa!!!!!
Tak ape, aku suka sangat-sangat
Atleast korang ingat birthday aku
Hehe

Em... motip aku buat entri ini adalah sebab...
Mestilah sebab ada birthday sape-sape
hehehe!!!

Pertama sekali aku nak ucapkan
"Selamat Hari Lahir"
Kepada Encik Md. Nor bin Dollah
a.k.a ayah saya...
Birthday yang ke-55 tahun pada 2 April 2010
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki
Semoga ceria selalu
Semoga sentiasa berada di dalam lindungan ALLAH SWT
SAYANG AYAH!!!!!

Kedua buat dia yang lahir pada 5 April
"Selamat Hari Lahir"
Semoga sentiasa ceria selalu
Semoga berada di dalam lindungan-NYA
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki
Terima kasih sebab buat hana tersenyum

Ok, pada yang lain-lain jangan hampa ya
Jangan ingat hana lupa pada birthday korang
Tak lupa pun
Sentiasa ingat sebab da tulis kat dalam diari
huhu

Kepada sesiapa yang birthday dia da lepas
"Happy Belated Birthday!!!"

Kepada sesiapa yang birthday dia akan datang
"Happy Becoming Birthday!!!"

CAYUNK KORANG SEMUA