Senyum

Senyum
Senyum Itu Indah

Monday 28 February 2011

Kawan atau Sahabat?? Click Click

Salam

Bismillah.....





Hai semua. Thanks for viewing my blog.

Uit, dah berkurun juga aku tak membebel kat belog aku nie, rase rindu la plak.
Tapi nak buat macam mana, busy body la katakan.
Upss.....
Ok ok, next topik okey

Pasti semua ada kawan, kan?
Walaupun kita rasa kita kesunyian tapi kita tetap ada kawan
Kawan itu ialah diri kita sendiri
Kadang-kadang pernah terlintas kat hati aku nie, sahabat aku adalah sepi
Tapi kawan, jangan fikir macam saya tau
Tak baik untuk kesihatan
Heher~

Kita boleh jumpa ramai kawan-kawan
Tak kiralah kawan yang dah lama kenal atau baru saje kenal
Itu semuanya kawan kita
Tapi kawan itu berbeza dengan sahabat
Kalau kawan cuma hanya ada dengan kita masa kita tengah kaya raya atau senang-lenang
Tapi sahabat itu pula sentiasa ada dengan kita tak kira kita kaya raya atau miskin papa kedana

Dalam hidup aku, tak ramai yang aku boleh katakan mereka adalah sahabat
Masa aku sekolah rendah, sahabat aku paling rapat ialah Siti Syazana
Kami rapat sampai sekolah menengah
Tapi masa sekolah menengah tu pun kami dah tak rapat sebab dah berlainan kelas
Dah jumpa kawan-kawan baru



Kemudian masa sekolah menengah, aku ada dua orang sahabat yang rapat
Sorang bernama Noriza (adeq) dan Norirmawati (sha)
Kami memang rapat sejak dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5
Tapi masa Tingkatan 4 dan 5 je aku dengan Adeq tak sama kelas dengan Sha
Tapi kami tetap masih berhubung sampai sekarang
Walaupun kami jarang berjumpa sejak habis Tingkatan 5
Lepas habis sekolah, Watie pindah rumah, Adeq further study kat Kolej Mahsa
Aku sambung Tingkatan 6 kat bandar
Semua dah ikut haluan masing-masing
Sejak aku belajar kat Perak ini lagilah kami jarang sangat dapat jumpa
Aku dah tak ingat dah berapa lama tak jumpa Sha
Aku jumpa Adeq pun dalam 3 atau 4 kali setahun je
Adeq memang sahabat aku
Setiap tahun kami akan buat majlis suap kek sebab birthday kami tak jauh, dalam bulan yang sama juga
Adeq tak sama macam orang lain
Dia banyak bantu aku, bagi nasihat kat aku
Dia memang jujur dalam bagi nasihat tak kiralah aku dah buat salah atau tak
Kadang-kadang tu aku terasa dengan apa yang dia tegur
Tapi bila aku fikir semula, dia memang betul
Dia tegur sebab dia sayang dekat aku, dia tak nak tengok aku terus buat salah
For Adeq dan Sha, thank you so much!!!
Adeq, cepat-cepat bertunang dan kawin dengan Taufik
Sha, tahniah sebab dah bertunang, tak sabar nak rasa nasi minyak kamu





Sekarang, sahabat masa sekolah Tingkatan 6 pula
Kalau sekolah rendah ada seorang, sekolah menengah ada dua orang dan masa Tingkatan 6 ade tiga orang
Eh, makin ramailah pula
Yang nie pun aku sayang bangat pada diorang
Dalam setahun setengah kenal, dioranglah tempat aku mengadu dan bergumbira bersama
Maklumlah, masa Tingkatan 6, aku belajar kat bandar, kat sekolah perempuan
Duduk kat asrama pula tu
Punya payah aku nak sesuaikan diri kat sana, sampai nangis-nangis
Mak dengan ayah je yang tahu keadaan aku yang degil tak nak sambung belajar kat sekolah tu
Adanya Nur Liyana (Yana), Siti Rafieh (Peah) dan Zahidatul Fathiah (Atul), aku jadi tabah
Dengan adanya dioranglah aku lupa kesedihan aku
Tapi semuanya ada hikmah
Kalau mak dengan ayah tak paksa aku stay aku Tingkatan 6, tentu aku tak jumpa Yana, Peah dengan Atul
Walaupun dah dua tahun tak jumpa Yana, setahun tak jumpa Peah dan beberapa bulan tak jumpa Atul,
But, they all always in my heart
Yana dengan aku memang satu kepala, Peah banyak bantu aku dan teman aku masa kat asrama, Atul banyak cubit aku. Haha!!!
Tapi itulah mereka, kami sangat rapat sampai nak pergi mana-mana masti nak berempat

Itu masa zaman aku kat sekolah
Sekaranga dalah masa kau kat universiti
Tuk sahabat aku yang kat universiti ini aku tak boleh nak bagitahu sebab zaman universiti aku belum habis
Aku belum habis lagi nak analisis kawan-kawan aku sama ada mereka adalah hanya kawan atau sahabat

Kalau nak cakap kawan tu memanglah ramai, tapi sahabat susah nak dicari
Manusia ini memang tak sempurna, ada kekurangan dan kelebihan
Kepada kawan-kawan aku, maaf jika aku tak sempurna
Aku terlalu banyak kekhilafan dan kekurangan dalam diri
Aku masih dalam proses untuk jadi yang lebih baik
Kadang-kadang kita selalu cuba buat yang terbaik demi kawan-kawan
Tapi tak semua kawan-kawan yang akan buat perkara yang sama kepada kita
Tak semua kawan-kawan yang akan ingat dengan kita
Tak semua kawan-kawan yang berani ajak kita bergembira bersama
Tak semua kawan-kawan yang tulus hatinya temankan kita
Tak semua... Tak semua... Tak semua...

Terkilan itu dah biasa bagi aku
Small matter beb!!!!
Kadang-kadang sebab terlalu BAIK sangat, diri sendiri kena tindas
Kadang-kadang sebab terlalu LURUS sangat, kepala kena pijak
Sampai bila nak jadi macam nie???
Tapi bila dah selalu sangat jadi mangsa, kita akan rasa sampai dah tak ada perasaan langsung
Dah tak rasa nak menangis, dah tak ada rasa nak membebel, da tak ada rasa nak sakit hati
Semuanya dah tak ada rasa, yang penting kerja SIAP

Bermula satu pertemuan
Terjalin sebuah ikatan
Tercipta seribu kenangan
Kini hadirnya perpisahan menguji
Keutuhan dan kesetiaan dalam
Persahabatan
Lantaran itu
Belajarlah
Menghargai sebuah kenangan
Kerana ia kini hanya wujud dalam ingatan
Dan tak mungkin akan berulang lagi
Malah tak siapa biasa mengubahnya
Itulah realiti kehidupan
Namun sebuah persahabatan yang sejati
Pasti akan membawa...
Kerinduan yang abadi

Luv my friends..... @_<;

Wednesday 16 February 2011

Removed Removed Removed

Salam..

Bismillah..

Hai!!!
Wazzap Wazzap!!!

Wah, tajuk entri xbley blah nyah.
Hoho~ Memang tak bley blah der~




Kali ini aku emo lagi ker??? Tak kot.
Bukan emo, tapi geram ya amat sangat.
Kalau difikirkan, small matter je beb hal tu.
Tapi biasalah kalau da geram nie, hal kecik bley jadi besar der~
Wa mane bley tahan.
Wa bukan ape, wa tak nak lah member-member wa (yang kenal dan tak kenal) kat tampat wa belajar sekarang nie jadi mangsa.
Cian la kat diorang (girl) nanti terkena macam wa
Wa bukan anti lelaki ye, wa pun ramai kawan lelaki
But, 'that guy' nie macam gula-gula noksss
Mulut manis..... Take care la konon

Seb bek la 'that guy' bukan budak tempat wa belajar
Kalau tak, memang wa da wat flyers, memo dengan banner banting sume tu
Ciap wa tulis "BEWARE WITH THIS GUY, ESPECIALLY FOR GIRL"
Wa taruk gambar 'that guy' besar-besar punya

Wa tak kesah pun 'that guy' nak kawan dengan sape pon
Tu hak dia.
But, wa tak nak nanti bile 'that guy' da jumpe girl lain, dia tinggalkan girl yang da mula suka kat dia tu
Biasa la kalau da pandai mengayat
Hati pompuan nie kalau da kene panahan ngayat, mesti cair macam ais
Dah la dulu kantoi dengan aku
Kalau nak cari 'geli friend' pon, cari la kat tempat len
Nie da kantoi dengan aku pon still nak cari kat tempat aku belajar
Terkial-kial nak jawab soalan aku masa kantoi tu dulu
Haha~
Da bape orang girl ntah budak dari tempat aku belajar nie sangkut dengan jerangkap samar 'that guy' nie
Ish ish ish....


 Dulu wa penah gaduh besar beb dengan 'that guy'
Sampai demam wa dibuatnya
Tu pun gara-gara dia kantoi dengan wa sebab wa dapat tau dia ade 'geli friend' kat tempat wa belajar
Dah tak tahan sangat geram, wa removed dia dari 'mukabuku' wa
Tapi wa add blek r sebab wa tengah emosional masa tu
Haha!!
But sekarang, buat kesekian kalinya, wa removed dia lagi
Hope tak nak add lagi kecuali kalau 'that guy' tu minta maaf kat wa
Kali ini wa rase puas dan lega hati

Lantak pi la sekarang nie
Wa tengok 'geli friend' dia sekarang nie pun wa da meremang bulu roma
Member wa sampai tanya nape komen-komen depa menggelikan
Yo la, member wa cakap, bf dia tak pernah nak panggil 'baby'
(Bukan sebab member wa jeles, ok)
'Baby' is just for bayi,ye ye ye
But, sori pada sesiapa yang terasa
Ye lah, cuba fikir.....
Tak kan lah buah hati pengarang jantung kesayangan nak panggil baby kot
Tu dah sama macam bayi la
Len la kalau panggil sayang ke, ok la tu
Nie 'baby', da macam gediks tahap PhD kot

Ok ok ok......
Wa pun tak rasa kehilangan 'that guy' sebab kami da lame tak contact
Last contact mase dia tanya kg I kene banjir atau tak
Tak de la plak nak tanya I sihat ke, study ok ke
Nie tanya kg wa ok ke tak
Ade ke patut?
(tak patut tak patut)
Kalau tak ok pun bukan dia bley datang tolong

Puas sudah wa melalut panjang-panjang nie
Semua nie jadi pengajaran wat wa
Sebab 'that guy' dulu tu lah wa terpaksa tolak tawaran orang lain
Cian orang tu.....
Tapi semuanya dah terlambat
Wa redha je semuanya
InsyaALLAH, ada hikmah disebalik semua ini
ALLAH tahu segala-galanya
Alhamdulillah, ALLAH da tunjukkan aku kebenaran
Alhamdulillah.. Alhamdulillah... Alhamdulillah...

Sekarang nie saya dah bahagia dengan hidup saya
Tak perlu lagi sesak-sesak nak fikir yang bukan-bukan
Tak mo nakal-nakal ye kawan-kawan
Saya ada mak tempat mengadu
Saya ada ayah yang selalu risau tentang saya
Saya ada adik-beradik yang saya rindu nak sakat-sakat
Saya ada kawan-kawan yang boleh buat saya tersenyum
Saya ada 'dia' yang sudi menjaga dan mendidik saya (yang nie ALLAH belum nak jumpakan saya dengan dia lagi)
Saya ada Kekasih hati iaitu Rasulullah s.a.w
Dan saya ada Dia iaitu ALLAH yang sentiasa memberi petunjuk kepada saya

p/s : kpd girls yg seangkatan dgn tmpt aku bljr, beware ye
@_<

Monday 7 February 2011

Pulang Pada Yang Asal, Itu Lebih Menenangkan

Bismillah...

Salam...

Hari ini tiada yang special, masih seperti hari-hari biasa
Tapi alhamdulillah sebab diberikan kesempatan lagi untuk bernyawa dijasad ini
Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...

Kelas hari Isnin bermula pada jam 2 pm
Aku keluar 30 minit awal untuk pos surat balas dari Mimos
Dan cari tart untuk makan
Eh, baru aku perasan, aku tak makan nasi langsung hari nie
Ok, after that, lepak kat Kafe Bitarasiswa
Sementara tunggu Cik Iqa sampai, aku makan kuit tart jap

Jam 2 (lebih cikit) aku dengan Iqa pun sampai la kat kelas yang berada di tingkat 4 sambil aku membawa laptop yang berat tu
Tunggu punya tunggu, kul3.20 pm baru lecturer masuk
Go on dengan presentation dari group lain
Tengah sibuk-sibuk budak-budak nie present, aku boleh mesej dengan Atul + Farid
Planning nak pegi makan pisang goreng dengan air cendol
But kene cancel sebab cuaca agak tidak mengizinkan jam 5 pm nanti
Bile lecturer cakap esok kene buat macro teaching, semua agak gelabah
Ye la, satu hape pun tak tahu
Konon rasa lega la sebab ingat kelas jam 11 am esok tak ada
So bley buat preparation sebelum kelas EDU jam 2 pm esok
Hamek kau! Tak tau rupanya kelas ada macam biasa

Habis kelas, teman Iqa pegi amek kereta dia dengan Kak Lela
Sampai-sampai kat umah Kak Ijat, memang tak perasan masa dan nak jam 7 pm
Mane taknye, Kak Ijat tu sangat meriah orangnya
Memang tak benti bercakap
Kami nie yang dengar, duk gelak je la dengar cite dia

After that, pergi dinner dengan Iqa kat KFC
Nie la sebab teringin nak makan donut ikan tu
Duk-duk makan, mesej Abg Zul untuk tanya kelas Sistem Undang-Undang esok ada tak
Hamek Kau!!! Kelas ada
Jam 11 am sampai jam 1 pm macam biasa
Bila dengar je kelas ada, aku dengan Iqa terus sakit perut
Tu lah consequence bila dengan lecturer ex-lawyer tu

Sampai umah, memang terus mandi
Lepak jap
Tetibe je semua masalah datang
Da macam tak boleh nak fikir lagi dah
Dengan tanggungjawab dan amanahnya
Dengan dengar perangai manusia-manusia nie
Dengan sakit hati dengan 2 orang makhluk lelaki bersahabat nie
Dengan keterbongkaran rahsia kemisterian insan yang dah senyap sunyi
Dengan esok nak kene buat macro teaching
Dengan kelas Sistem Undang-undang lagi
Em... macam-macam lagi lah
Aku siap menjerit lagi kat dalam bilik
Sampai Kak Ieja pun terperanjat
Last-last yang paling best sangat-sangat
Dapatlah penyakit yang paling marvelous..
STRESS + MIGRINE + GASTRIK
Macam mana la aku bley kene gastrik sedangkan baru je makan kenyang-kenyang tadi

Stress membuatkan aku tak boleh nak buat kerja
Dari aku kat bilik tingkat atas, aku turun pergi dapur
Minum air... jalan-jalan kat ruang tamu
Tengok tv pun da tak ada perasaan
Duk berbual dengan budak-budank umah pun malas

YA ALLAH......
Ampunkan aku hamba-Mu ini
Kenapalah aku terlupa pada Mu?
Lekas-lekas istigfar
Lekas-lekas berzikir
Alhamdulillah.......
Bila da cucuk earphone laptop kat telinga
Sambil dengar zikir-zikir, barulah lega hati ini
Alhamdulillah.......

Oleh yang demikian kawan-kawan, kita haruslah ingat pada ALLAH selalu. Tak kira kita dalam senang atau pun susah, semuanya datang dari Dia. Dia yang lebih mengetahui segalanya.

Friday 4 February 2011

Tiga Tahun Yang Lalu

Salam...

Bismillah.....


Entri ini khas buat insan yang pernah meminta aku untuk menyebut nama dia di dalam blog aku.
Dialah satu-satunya, tak ada yang lain.
Dia yang banyak buat aku ketawa.
Dialah yang aku baru kenal suatu ketika dulu.
Kini, hampir 3 tahun aku kenal dia.
Tapi, dia telah jauh dari mata.

Dia adalah senior aku, tapi bukan dari jurusan yang sama
Kami berlainan fakulti dan semester kami juga berbeza
Tapi itu bukan masalah bagi kami untuk berkongsi ilmu
Dan itu bukan masalah untuk terus mengenali

Dia sangat baik, tak pernah tinggikan suara
Dia sangat berhati-hati bila berkata-kata
Dia takut aku terguris
Tapi, itu pernah terjadi, dahulu

Terima kasih pada kamu yang sudi datang jumpa saya
Kamu akan berusaha cari masa untuk berjumpa saya
Walaupun kamu dan saya sibuk
Saya tahu kamu rindu saya, dulu...
Saya tahu kamu mahu jaga hati saya
Saya tahu semua itu

Kamu pandai buat saya tersenyum
Buat saya ketawa dengan jenaka kamu
Saya tak bosan walaupun kamu sering ulang jenaka yang sama
Dan kita sentiasa berkongsi cerita dan masalah

Saya masih ingat lagi...
Cerita kita dahulu...
Cerita kamu keliru
Saya tahu kamu tak sanggup katakan
Tapi saya faham semuanya
Bukan saya yang sepatutnya berada di situ, tapi orang lain
Demi memujuk hati saya, kamu mahu kita seperti adik-beradik
Tapi kamu tahu, saya tak mahu
Degil betul saya ni, kan?
Saya nak kita terus seperti kawan
Sebab bila kamu dengan dia, saya tak akan rasa sakit
Terima kasih sebab kamu akur dengan kehendak saya
Kini saya lebih bahagia seperti ini

Terima kasih pada kamu sebab jujur dengan saya
Walaupun dulu kamu selalu menidakkan perkara itu
Saya senang bila kamu jujur
Dan tak pernah marah bila saya tanya pasal dia

Selama tiga tahun ini banyak perkara yang buatkan saya kenal kamu
Yang buatkan saya faham kamu
Sabar yang tebal dalam hati banyak mengajar saya
Kamu yang selalu tak terduga bila mahu sms
Kamu yang selalu lebih mahu berjumpa dari sms
Kata kamu pun kalau jumpa lagi banyak cerita nak dikongsi
Saya tahu sebenarnya kamu mahu lihat keadaan saya
Terima kasih sebab ambil berat tentang saya

Terima kasih sebab kamu sudi untuk melakar kenangan kita bersama
Tiga hari yang sibuk bagi saya, kamu sanggup korban untuk teman saya
Itulah saja sisa waktu yang tinggal buat kita kali ini
Untuk menunggu masa depan yang tidak pasti bila

Tiga tahun kenal, kita ukir kenangan selama tiga hari
Mungkin lepas ini kita sangat sukar bertemu
Dan mungkin sangat sukar bertanya khabar

Waktu terakhir itu...
Hati saya berat tinggalkan kamu di situ
Rasa payah lihat kamu di luar, dan kamu terus berlalu
Masih lagi segar diigatan bila kamu temani saya tika itu
Hati ini terus menangis tanpa kamu lihat air matanya
Hingga kini...

Hanya doa yang dapat saya iring buat kamu
Saya terus di sini, mengamit kenangan
Tiga tahun yang pantas berlalu buat kita
Saya hargai semua itu

Terima kasih
Terima kasih
Terima kasih......