Senyum

Senyum
Senyum Itu Indah

Tuesday 6 December 2011

Duka



Sunyi
Hening pagi yang sunyi
Tidak kenampakan sinaran pagi
Yang sentiasa memanaskan jiwa
Yang menyinari hari

Subuh itu tak lagi ditemani alunan zikir
Hanya terdengar jeritan hati
Entah memberontak entah merana
Mengenang nasib yang bertandan
Adakah ia akan pergi

Di jerigi besi itu dia termenung
Termangu seorang diri
Kerdipan matanya tidak kelihatan
Namun juraian air itu kelihatan
Sedu-sedan bernyanyi lagi

Matanya sayu
Hatinya luluh
Jauh fikiran dilontarkan
Beban yang tersusun dipundak tak lagi diendahkan
Bibirnya hanya menyebut nama Tuhan Yang Satu
Agar hati tenang kembali

Biarpun jiwa dihempap sejuta batu
Namun dia tahu dia perlu
Kerana dia percaya pada takdirnya
Kerana dia percaya pada Tuhannya
Semua ini punya hikmah
Tak terduga insan itu sekiranya dia tidak mampu
Percayalah pada diri selalu