Senyum

Senyum
Senyum Itu Indah

Tuesday 12 November 2013

Majalah 3 - Syria

Bismillah...

Assalam...

Kanak-kanak. Comel, periang dan kasih sayang. Itu antara ungkapan yang boleh aku katakan bagi kanak-kanak. Dari dulu lagi aku sensitif berkenaan dengan kanak-kanak, bukan tidak suka tapi aku tak suka perkara negatif terjadi pada kanak-kanak lebih-lebih lagi bayi. Video kes penderaan bayi aku hanya akan tengok sekejap saje sebab aku memang cepat tersentuh. Sekarang aku jadi lebih sensitif, mana taknya, aku sendiri dah ada anak sendiri, lagilah aku terasa.

Semalam, 11 November 2013, aku dan emak tengok cerita Majalah 3 sambil aku meriba si kecil Qurratul. Pada mulanya aku tak tahu tajuk untuk episod malam semalam, namun bila aku tengok ia berkenaan pergolakan yang berlaku di Syria. Bila tengok berita tentang peperangan ni mesti hati terdetik, "bilakah peperangan akan berakhir? setiap hari mesti ada berita tentang peperangan". 

Aku kuatkan semangat untuk tengok cerita Majalah 3, lihat ape yang berlaku di sana. Lihat rakyat Syria yang tidak bersalah menjadi korban hujan-hujan peluru, menjadi pelarian di tanah bumi sendiri. Alhamdulillah Malaysia masih aman. Aku lihat seorang kanak-kanak bertarung nyawa untuk hidup, melihat seorang lelaki yang kehilangan isteri dan anak perempuan membawa anak lelakinya yang dijangkiti kuman di otak ke hospital yang kekurangan doktor, melihat budak lelaki yang pernah ditembak oleh penembak tepat, melihat seorang bayi kecil yang lahir awal 3 bulan, melihat kanak-kanak ke sekolah yang pernah menjadi medan peluru, melihat tangisan seorang guru wanita yang mahukan keamanan dan melihat sebuah keluarga yang mempunyai 8 orang anak hidup dalam kesempitan dan kesusahan. Aku mengalir air mata bila lihat anak kecil keluarga berkenaan dipakaikan lampin hanya menggunakan cebisan kain kecil dan dibalut dengan plastik. Aku terus pandang anak dalam dakapan aku, aku tak mahu anak aku alami keadaan seperti itu. Aku sangat tersentuh. Anak itu masih kecil dan tak tahu apa-apa tapi dah mengalami perjanan hidup yang perit.

Kanak-kanak menjadi kerakusan manusia yang zalim. Demi wang dan kuasa sanggup mengorbankan insan-insan yang tak bersalah, merobohkan rumah-rumah yang sepatutnya menjadi tempat perlindungan yang selamat, menghancurkan jiwa kanak-kanak yang tagihkan ilmu. Dimanakah letaknya belas kasihan mereka yang zalim???

Semoga ALLAH melindungi mereka yang tak bersalah dan tempatkan mereka yang mati syahid di syurga.