Senyum

Senyum
Senyum Itu Indah

Monday 18 January 2010

Mungkin Aku Yang Baru

Pagi-pagi bangun macam malas
Bila tengok cermin, aku pandang wajah manusia ini
Tak tahu apa yang buatkan dia tabah
Atau dia sebenarnya lemah
Atau dia juga sedang melarikan diri dari masalah
Tak tahu mahu beri bintang kesian
Atau bintang tahniah

Mungkin ada yang kata manusia ini bodoh
Sebab tak tahu apa yang dia sendiri rasa
Agak menyemakkan fikiran bila fikirkan manusia ini
Tidak tetap pendirian
Tidak mahu terima kenyataan

Tapi siapa yang tahu segalanya
Mungkin cermin hanya bantuan sementara
Ia hanya bayangan
Namun, cuba teliti hatinya
Selami hidupnya
Dan kau akan tahu apa manusia ini rasa

Cuba berdiri melihat layar cerita hidupnya
Kau akan faham
Mungkin kau kata dia lemah
Tapi dia punya gunung hati yang teguh
Banjir kilat dia, kau tak akan dapat melihat
Walau setitik air banjir itu
Mustahil bagi orang-orang yang tidak percaya

Kini teguh itu jadi kekuatan
Bila pohon yang jadi tempat untuk berteduh sudah mati kekeringan
Dek kemarau hati yang tak pasti
Manusia itu tidak lagi berharap pada daun-daun
Atau pada buah-buahan yang ranum
Dari pohon yang mengelirukan dia

Kini, dia bangkit kembali
Menjadi seorang manusia yang baru
Seorang yang tidak lagi akan memperbodohkan diri sendiri
Atau berharap pada pohon yang semakin meninggi
Manusia baru itu perlu merdeka
Jauh dari perasaan yang palsu
Dia seorang yang baru
Jangan kau berani menghancurkannya lagi
Kerana dia sudah buang kamu
Jangan berharap pada dia lagi
Kerana kamu sudah tiada dalam hidupnya lagi
Hanya persinggahan yang sementara


by :
anne alone all along

Terus Begini

Mungkin tiada yang pasti apa yang akan terjadi
Segala rancangan direka oleh manusia
Tapi bukan manusia yang akan tetapkan ia sebagai suatu kejadian
Andai diizinkan oleh-NYA, ia akan tetap terjadi
Tapi bagi aku, biarkan ia terus begini
Bukan aku tidak mahu merancang
Tapi aku takut apa yang dirancang, akan tersasar
Kita tidak boleh menduga angin yang akan bertiup
Mungkin ribut yang mengejutkan akan datang
Atau mungkin kemarau yang akan terus dengan sifatnya

Risiko?
Suatu timbalbalas yang nyata
Berjuta keputusan dan tindakan aku telah berdepan
Aku akan kaku terdiam dahulu
Membayangkan risiko yang bakal aku hadapi
Mungkin ia senang seperti membaca A B C
Atau ia sukar seperti subjek Matematik Tingkatan 6
Fikir sejenak

Apa yang pasti, aku akan tetap begini
Haruskah aku mengubah apa yang telah aku lakukan hingga kini?
Haruskah aku lepaskan apa yang telah aku genggam?
Haruskah aku menafikan kenyataan yang pasti?
Haruskah aku?

Aku hanya akan mengubah
Jika Luh Mahfuz telah mengukirnya sebegitu
Aku akan tetap dengan pendirian aku
Tak mahu jadi seperti kacang lupakan kulit
Atau seperti anjing dangan bayang-bayang
Atau seperti hangat-hangat tahi ayam
Atau seperti tegak seroman-roman duduk serupa-rupa
Itu yang perlu aku tinggalkan

Pada dia yang ingin mempertikaikan apa yang ada pada aku
Teruskan begitu
Aku memerlukan sesuatu untuk aku memuhasabahkan diri
Aku memerlukan sesuatu untuk aku tingkatkan prestasi
Mungkin dari lakaran bahasa mu boleh memberi aku keteguhan
Mencari kepastian yang aku inginkan
Meneliti setiap langkah ku
Kerana engkau adalah cermin kepada segala tindakan aku
Tapi
Aku tidak bodoh untuk terima segala cat hitam itu
Itu yang kau perlu tahu



by :
anne alone all along

Friday 15 January 2010

Hanya Dia Yang Tahu



Mungkin hari ini kita dapat melihat suatu keajaiban yang jarang kita lihat saban tahun apatah lagi saban hari. Gerhana matahari separa yang berlaku hari ini adalah kejadian yang telah ditetapkan oleh-NYA. Tiada apa yang berbeza bagi aku. Hari yang dilalui sama seperti hari-hari yang lalu, tetap sepi. Ruang masa aku hari ini tidak dituangkan dengan masa berkuliah. Aku sengaja menyusun jadual agar aku tidak ada satu pun kuliah pada hari Jumaat. Mungkin ada yang menganggap aku lakukan semua ini hanya kerana aku mahu pulang ke ganggang bertemu dengan ayah dan bonda. Atau mungkin ada yang berkata aku mahu luangkan masa bersama dengan yang tersayang. Frasa bertemu dengan ayah bonda adalah betul bagi aku. Tapi aku tidak mengharapkan aku akan pulang ke pangkuan mereka pada setiap hujung minggu. Bagi aku, aku perlukan ruang untuk diri aku sendir, dan bukan ruang untuk bermadu kasih bersama si dia yang aku tidak tahu siapa orangnya.

Kehidupan sebagai seorang pelajar adalah mencabar lebih-lebih lagi yang sedang menuntut di menara gading. Syukur ku kepada yang Maha Esa kerana mengukir hidup ku ini. Aku tidak minta untuk sentiasa ada waktu untuk diri sendiri, tapi cukuplah sekadar aku dapat memuhasabahkan diri yang penuh dengan dosa ini. Sebagai seorang perempuan, aku punya perasaan yang sukar untuk ditafsirkan. Maaf ku mohon pada sahabat-sahabat ku yang tidak dapat melayan kerenah aku yang sering bertukar arah. Bila ku tenung dalam-dalam, aku sendiri tidak tahu siapa diri ku yang sebenar. Aku sendiri tidak faham dengan kerenah aku, apatah lagi dengan perasaan aku.

Hari ini Sahabat sekali lagi bertanya pada aku. Aku masih tersenyum lagi mendengar soalan dari Sahabat itu. Aku sendiri tidak tahu apakah jawapan yang harus aku berikan padanya. Aku mengambil masa untuk memikirkan jawapan yang sesuai. Aku menyelami dasar hati aku sendiri yang aku tidak tahu kedalamannya. Ringkas jawapan aku pada Sahabat.
"Tak tahu kenapa masih lagi bertahan. Tak tahu mengapa masih lagi menunggu. Semuanya sebab soal hati,"
Itu sahaja ungkapan yang mampu aku muntahkan. Soalan dari Sahabat membuatkan aku berfikir, mencari jawapan di sebalik berjuta-juta bintang di langit. Membezakan jernih air di tasik yang sama. Aku terdiam...

Suatu yang sukar ditafsirkan adalah soal hati. Mungkin ada yang akan berkata bahawa aku tidak tetap pendirian. Tapi sesungguhnya ia memang sukar bagi aku. Aku bahagia dengan hidup ku sekarang ini. Aku mahu sendiri hingga sampai masanya untuk awan mendungku berlalu. Biarkan aku. Banyak perkara yang berlaku dalam lakaran di hamparan hidup ku hari ini. Tapi aku tetap sepi untuk membiarkannya pergi. Sejuta kekuatan harus aku berikan untuk bertahan.

Tulus aku ingin katakan aku bahagia dengan hidup aku sekarang ini. Jiwa aku hanya dihiasi dengan Dia, ayah bonda dan keluarga, serta sahabat-sahabat yang menemani aku. Tapi jiwa aku kosong untuk teman yang ditafsirkan sebagai kekasih hati. Terima kasih pada-NYA yang menulis catatan hidupku sebegini, ada sejuta hikmah di sebalik semua ini. Andai sememangnya kekasih hati itu sudah berdiri kukuh di sebalik pintu hatiku, ketuklah dengan ikhlas supaya aku percaya untuk membuka lembaran hidup baruku. Aku sudah tidak berdaya untuk berdiri teguh menunggu semua ini. Ya ALLAH... sesungguhnya aku hanya berserah kepada-Mu.


~Sesuatu yang tidak pasti ada di Tangan Tuhanku~


by :
anne alone all along

Kenapa Mesti Mak?

Orang kata aku lahir dari perut mak
(Bukan orang kata, memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku... mak
Bila lapar, yang suapkan aku... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di samping aku... mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut... mak
Bila bangun tidur, orang pertama yang aku cari... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang... mak
Bila nak bermanja, aku dekati... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah... mak
Bila sedih, yang boleh pujuk aku hanya... mak
Bila nakal, yang marah aku... mak
Bila merajuk, yang pujuk aku cuma... mak
Bila buat salah, yang paling cepat marah... mak
Bila takut, yang tenangkan aku... mak
Bila nak peluk, aku suka peluk... mak
Aku selalu teringinkan... mak
Bila sedih, aku mesti telefon... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu... mak
Bila benggang, aku suka luah pada... mak
Bila takut, aku selalu panggil... "Maaakkkk!!!!"
Bila sakit, orang yang paling risau... mak
Bila nak exam, orang yang paling sibuk juga... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu... mak
Bila ada masalah, yang paling risau... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ini... mak
Yang selalu masak makanan kegemaran aku... mak
Kalau balik kampung, yang selalu bekalkan ulam dan lauk pauk... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku... mak
Yang selalu nasihati aku... mak
Bila nak kawin, orang pertama aku tunjuk dan rujuk... mak

Tapi bila aku ada pasangan hidup sendiri...
Bila seronok, aku cari... pasanganku
Bila sedih, aku cari... mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada... pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada... mak

Bila bahagia, aku peluk erat... pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat... mak
Bila nak cuti, aku bawa... pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah... mak
Bila sambut ulangtahun, aku bagi hadiah pada... pasanganku
Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu aku ingat pada... pasanganku
Selalu aku lupa pada... mak
Bila-bila aku akan telefon... pasanganku
Entah bila aku akan telefon... mak
Selalu aku belikan hadiah untuk... pasanganku
Entah bila aku akan belikan hadiah untuk... mak

Renungkan :
"Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja, bolehkah kau kirimkan wang untuk mak? Mak bukan nak banyak, RM50 sebulan pun cukuplah"
Berderai air mata jika kita mendengarnya
Tapi... kalau mak sudah tiada... ... ... ...
"MAKKK !... RINDU MAK! RINDU SANGAT!!!!"

Tuesday 12 January 2010

Wanna Forget Him

Seorang teman pernah bertanya pada aku
"Betul ke nak terus bersabar?"
Aku hanya senyum
Mungkin aku juga akan pilih jalan yang sama seperti dia
"Selagi boleh bertahan, aku akan tetap bertahan"
Mimik muka kesian terpampang di wajah teman
Aku tahu dia faham aku
Kerana aku pernah berada di tempat dia
Dan dia pernah berada di tempat aku
Tiada apa yang dia berdaya lakukan
Hanya melihat sahaja perkembangan
Aku sepi seketika memikirkan soal itu
Dia tahu

Aku masih terbayang wajah kegembiraan teman
Tika dia menyampaikan suatu berita gembira pada aku
Terima kasih untuk mu teman
Kerana membawa berita gembira yang hanya sementara itu
Aku tahu kau cuba membuatkan aku gembira
Tapi berita itu tidak mampu untuk berdiri kukuh
Walau sekuat mana aku menahan
Ia tetap akan tumbang jua akhirnya
Aku tahu teman itu melihat kesakitan aku
Aku tahu teman itu tidak sanggup membiarkan aku begini
Namun harus ku bertahan
Hingga kata putus diberikan

Sekali lagi aku melihat sesuatu
Sesuatu yang mampu memusnahkan istana hati
Aku lihat ia dengan tiada perasaan
Hanya hujan tangisan menemani
Aku tetap sayu seperti dulu
Terdiam kaku seketika
Hanya satu yang aku luahkan
"Aku akan pergi"

Tekad di hati semakin bulat
Ingin membiarkan cinta Adam dan Hawa bersatu
Aku tahu masih ada lagi bahagia untuk aku
Aku hanya menanti

Kini
Sang putera sedang memikat si hodoh
Haruskah si hodoh menerima lamaran sang putera
Andai putera idaman tidak mengendahkan si hodoh
Perlukah si hodoh menerima sang putera
Tiada yang pasti untuk semua ini
Si hodoh hanya menunggu masa untuk pergi
Sekiranya putera idaman melupakan si hodoh
Si hodoh akan pergi tanpa memandang ke belakang
"Selamat Tinggal"


by :
anne alone all along
ku dipancing oleh si joran
~keliru~

Bila Sakit Menyerang

Hari dilalui dengan tenang
Tapi bila ia mula sibuk, aku memerlukan sesuatu
Tanpa memikirkan apa-apa aku membuat keputusan
Walaupun aku tahu ia mampu membunuh sang sihat
Tapi aku teruskan jua niat
Setiap titik air masuk ku nikmatinya
Berkali-kali aku lakukannya
Tanpa henti
Tika itu aku langsung tidak ambil peduli
Aku teruskan tekad
Namun, lain yang berlaku esoknya
Ku harap cerah, mendung pula yang muncul
Saraf mula mengisyaratkan sesuatu ke otak
"Sakit"
Habis sebotol air putih jernih aku telan
Tapi tetap tiada perubahan
Hati mula resah memikirkan segala kemungkinan
Sakit lagi
Penyesalan mula terasa di hati
"Kalau ku tahu, ku tak kan ambil"
Tapi semuanya telah terlambat
Langkah drastik diambil
Tubuh diselubungi dengan selimut yang tebal
Hujan peluh turun selepas ku telan pil yang berwarna putih
Harap semuanya akan kembali normal
Tapi itu tidak terjadi
Aku tekad untuk bertahan hingga aktiviti habis
Akhirnya aku munculkan diri di pusat kesihatan
"Sakit apa?" soal si cantik manis doktor
"Saya selesama dan batuk, doktor"
Inskripsi ubat segera disenaraikan
Kini, ubat-ubat tersebut dihadapan mataku
Satu persatu pil aku telan
Cecair yang berwarna gelap aku telan dengan kepayahan
Itulah harga yang aku perlu bayar
Untuk pastikan antibiotik tubuh gagah
Sebagai peringatan untuk diri sendiri
"Jangan minum air yang sejuk"
Berpantanglah aku seperti ibu yang lepas bersalin



by :
anne alone all along

Monday 11 January 2010

Anugerah Juara Lagu Ke 24

Aku ada program hari ni. Bergegas dari Kuala Lumpur ke Tanjong Malim semata-mata nak sampai awal ke rumah. Aku tak nak ketinggalan untuk menyaksikan persembahan akhir Anugerah Juara Lagu ke 24. Jam 8 malam, aku turun ke ruang tamu. Bawa laptop. Tempat strategik = betul betul depan tv. Aku tengok berita dulu, sambil tu aku tengok email, facebook, friendster dan yang penting blog aku. Perhatian aku lebih tertumpu pada acara yang bermula jam 9 malam di Stadium Putra Bukit Jalil. Pengacara yang ditunggu-tunggu adalah Cheryl Samad, Faizal Ismail dan Ally Iskandar. Memang best. Semua yang bertanding memang bertenaga. Paling best masa Stacy dengan Faizal Tahir perform, cukup bertenaga. Tapi, tak boleh lawan dengan pemuda yang aku sokong seorang ini. Memang superb persembahan dia. Bukan satu lagu, tapi dua lagu. First song yang dia bawa, memang touching giler. Second song memang unik dan tersendiri. Siapa lagi kalau bukan Aizat. Aku memang cukup kagum dengan dia, punya kebolehan yang tersendiri. Pada mulanya aku memang tak kenal siapa Aizat. Semuanya bermula pada hujung tahun 2009. Aku pun tak tahu kenapa tapi aku semakin "gila" dengan Aizat. Cukup berbakat walaupun usia masih muda. Rakan serumah aku sampai sakit telinga dek aku menjerit sebab Aizat menang untuk kategori Persembahan Terbaik dengan lagu Kau Aku. Cute sebab persembahan dia dihiasi dengan pelajar sekolah rendah, lengkap dengan uniform sekolah sekali. Dan yang paling mengembirakan bila Aizat menjadi juara Anugerah Juara Lagu ke 24 dengan lagu Pergi. Persembahan untuk lagu Pergi, Aizat menggunakan konsep 1Malaysia. Starting dimulakan dengan alunan suara penyanyi wanita berketurunan India, turut menghiasi lagi adalah bunyi dari sebuah alat muzik Cina. Aizat bawa lagu dengan penuh perasaan, sungguh menyentuh hati. Aku yang dengar pun boleh menangis. Tapi itulah kekuatan Aizat, pemuda yang sunggu berbakat dan punya kebolehan yang tersendiri. Kepada Aizat, semoga dapat menjadi seorang penyanyi dan komposer yang terus cemerlang.

Sunday 10 January 2010

Kau Tak Kan Tahu

Aku di sini lama telah lelah
Kau mungkin tidak tahu
Awan yang kau lihat itu sebenarnya mendung
Aku bukan di situ
Tapi aku di sebalik gunung
Kau tak kan tahu
Kau tak kan memahami
Percayalah

Aku sudah lelah di sini
Hanya mata kecil aku yang melihat
Aku tak mampu untuk bergerak
Tak seperti awan yang menyinari taman mu
Aku bukan awan itu
Kau tak kan tahu
Kau tak kan memahami
Percayalah

Aku tenat di sini
Mendaki gunung yang tiada puncaknya
Mampukah aku?
Hanya kau yang tahu
Kerana hanya kau yang akan menghulurkan tali itu
Sudikah engkau?
Aku tak tahu
Kau tak kan tahu
Kau tak kan memahami
Percayalah

Andai ego mu membara
Buktikan pada aku
Selimutkanlah kepercayaan ke hatiku
Andai engkau berani
Selamatkanlah aku yang kelelahan ini
Selamatkanlah aku dari terjatuh
Selamatkanlah aku dengan pelangi mu
Biar aku percaya
Biar aku tahu
Kau mampu melakukannya
Tapi
Kau tak kan tahu
Kau tak kan memahami
Percayalah

Beranikah engkau melakukannya?
Beranikah engkau meluahkannya?
Beranikah engkau membuktikannya?
Aku tak tahu
Kerana
Itu adalah diri mu
Bukan diriku yang sempurna di mata mu
Aku hanya mendung yang sembunyikan suria
Tegakah aku memberikan suria?
Suria yang tak mampu untuk mencairkan hati mu
Kau tak kan tahu
Kau tak kan memahami
Percayalah

Jika kau tanya pada aku
Siapakah suria hatiku?
Siapakah yang aku tunggu?
Apakah punca senyum terukir dibibirku?
Aku akan menjawab dengan yakin
"Engkau"
Hanya itu penaku akan menari
Akan ku lukis hingga cecair pena hilang
Akan ku biar pena menari hingga ia mati
Hingga Luh Mahfuz mengubah segalanya
Aku akan tetap di sini
Di tepi lereng lembah yang sunyi
Hingga kau datang
Hingga kau gapai tangan ku
Aku tetap tunggu
Tapi
Kau tak kan tahu
Kau tak kan memahami
Percayalah


by :
anne alone all along

Monday 4 January 2010

Saya dan Dia

Dulu saya tak kenal dia
Dia tak kenal saya
Bila dah kenal, buat biasa je
Saya selalu kacau dia
Dia selalu kacau saya
Dia popular tapi saya tak popular
Kadang-kadang saya tahu sikit
Dia tahu banyak
Kadang-kadang saya tahu banyak
Dia tahu sikit
Saya tengok dia
Dia tenung saya
Saya malu dia buat macam itu
Tapi dia tak malu buat macam itu
Saya simpan dalam hati aje
Tak tahu dia dah lama simpan juga
Bila saya serius
Dia main-main
Dia tahu saya serius
Tapi dia buat tak tahu
Dulu saya jauh dari dia
Dia nak dekat dengan saya
Bila saya dah kurangkan jarak dari dia
Dia pula abaikan saya
Bila saya tak endahkan dia
Dia kata saya marah pada dia
Bila saya endahkan dia
Dia yang tak hargai saya
Bila saya dah penat
Saya tak mahu fikirkan dia
Bila saya dah lelah
Saya nak lupakan dia
Bila saya tak mahu fikirkan dia
Bila saya nak lupakan dia
Dia pula muncul depan mata
Bila ada yang nak rembat saya
Dia kelam kabut nak sorokkan saya
Bila tak ada siapa yang nak curi saya
Dia tak ingat pada saya
Saya faham dia
Tapi dia tak faham saya
Dia nak saya faham dia
Tapi dia tak nak faham saya
Dia suka saya macam mana
Saya pun tak tahu
Tapi inilah diri saya
Jangan cuba ubah saya
Sebab inilah diri saya

Sunday 3 January 2010

Teman Destinasi

Duduk diam kaku
Hanya bebola mata yang bergerak
Melihat sekeliling
Sepi
Kotak fikiran bekerja
Hati cuma membisu
Diam lagi
Jantung bak kilang yang mengepam darah
Udara sejuk masuk ke rongga hidung
Tulang menggigil dingin
Kain berbulu masih tak dapat menghangatkan tubuh
Hampir setiap hentian gerabak panjang akan berhenti
Memakan dan memuntahkan penumpang
Masih lagi kaku menanti destinasi tiba
Jari menarikan pena
Tiap kata diadaptasikan ke lembaran kertas putih
Terkadang terhenti dek hasil tanaman fikiran habis
Kembali melakar dada kertas jika air luahan melimpah
Aku tersenyum
Aku bukan seorang
Aku tidak kosong
Aku ada dia
Peneman rindu
Menyanyi di cuping teling
Mengukir setiap baris bait dengan gemersik suara
Lukisan wajah jadi tatapan
Teman hingga sampai ke destinasiku
Itulah kamu

Friday 1 January 2010

Merisik....



"Betul ke dah nak menantu nie?" suara lelaki ayah kedengaran.
Mak pandang ayah, ayah pula hanya memandang ke depan, memandu.
Aku?
Aku hanya tersenyum di tempat duduk belakang.
*Ketawa*
"Macam mimpi pula" Mak menyahut.
Aku tersenyum lagi

31 Disember 2009.
Hari dimulakan dengan kuliah pada jam 8.00 pagi.
Tiket keretapi sudah aku beli hari sebelumnya. Jam 12.32 tengah hari.
Habis kelas, aku mula mengemas apa yang patut.
Nurul pun begitu, sibuk mengemas.
Arah tujuan : balik kampung halaman. Yay!!!!!
Nurul balik dengan bas, dan aku pula dengan keretapi.
Nurul keluar awal sebab dalam perancangan nak naik bas jam 11.30.
Jam 11.45 pagi, aku minta tolong Zul hantarkan aku ke stesen.
Tapi, aku ke pekan dulu, ada pesanan dari mak.
Belum lagi jam 12.32 tengah hari, keretapi telah menampakkan gerabaknya.
Aku bersedia untuk berlari mengejar coach H.
Alamak, jauhnya ke depan.
Tempat duduk, 14 D, tepi tingkap.
Alhamdulillah, itu saja yang aku ucapkan bila aku sudah duduk dalam gerabak hadapan.
Perjalanan yang lama memaksa aku untuk mendengar MP3 dan bermain carrom.
Jam 5.45 petang, aku selamat sampai di Segamat.
Sebelum pulang, isi perut dengan yong taufu.
Sempat juga membeli baju kurung. Mak pula sebuk mencari kain ela.
Motif : untuk hantaran bertunang.

1 Januari 2010
Pagi aku diisi seperti biasa.
Lepas Solat Jumaat, aku, mak dan ayah bersiap-siap.
Destinasi : Rumah Anum a.k.a bakal akak ipar aku
Aku yang berbaju kurung ungu hanya duduk menonton tv.
Mak dan ayah sibuk berbual dengan bakal besannya.
Sebelum tujuan diutarakan, kami dijamah dengan makanan.
Peria goreng, sepat ikan masin dan ikan masak lemak cili padi.
Usai bersantap, tujuan kedatangan diluahkan.
Anum hanya tersenyum duduk di sebelah emaknya.
Aku pula sibuk dengan kamera digital berjenamakan Sony.
Telingan ini hanya dipasang, mendengar setiap butiran perjalanan merisik.
Kata sepakat telah dimeterai.
Cincin disarungkan ke jari Anum.
*Manis*
Usai majlis kecil itu, arah tujuan pula ke Tanjong Mas.
Motif : saje nak jalan-jalan
Kebetulan, ada exspo, jadi, rambang mata melihat tudung yang melambak-lambak.
Dapat juga beli sehelai.
Mak pun dapat lepaskan hajatnya untuk membeli air titip mata Permata Hijrah
Perjalanan pulang ke rumah menjadi pilihan terakhir.
Dalam kereta, mak dengan ayah sibuk meluahkan perasaan.
Andai diberkati Allah, majlis persandingan akan dibuat berhiaskan 2 pasang pengantin.
InsyaALLAH.
Bila mak ceritakan kawannya cakap, kalau dah mula terima menantu, nanti akan melarat.
Alamak !!!! aku yang duduk kat belakang hanya terdiam.
Biar betul. Isyh....
Kalau ditanyakan sama aku, biarlah akak dan abang aku yang mendirikan masjid dulu.
Aku lama lagi, biar masa yang akan menceritakan.
HAHAHA
Kepada abang aku dan Anum, selamat untuk semuanya.
Semoga hubungan yang dibina akan kekal untuk selamanya
Amin...