Senyum

Senyum
Senyum Itu Indah

Friday 22 October 2010

Lagenda Budak Setan



Aku baru aje habis tengok cerita Lagenda Budak Setan. Salah satu faktor aku nak tengok cite nie sebab Farid Kamil dengan Lisa Surihani. Aku memang suka tengok diorang berlakon berdua. Sangat sepadan. Thanks kepada Green Apple Lady a.k.a my roomate sebab bagi aku cerita ini. Okeh, sekarang aku nak komen pasal cerita ni.

Sinopsis cerita :

Walaupun aku tak pernah baca novel pertama Ahadiat Akashah (kalau tak silap aku la) Lagenda Budak Setan yang sangat tebal bagi aku, aku dapat faham jalan cerita filem ini. Memang setiap manusia tak kira perempuan atau lelaki pasti akan ada yang serik untuk bercinta atau trauma. Dalam cerita ni, Kasyah (Farid Kamil) adalah seorang lelaki yang anti-perempuan. Puncanya adalah sebab masa dia kecik-kecik dulu dia ade tercium bibir kawan perempuan dia sampai budak tu menangis. Last-last, mak Kasyah bagi hukuman pada Kasyah. Kalau nak tahu apa hukumannya, kene tengok cerita nie sendiri. Then, bila Kasyah dah sambung belajar kat satu IPT nie, dia dah tubuhkan satu team anti-perempuan. Ramai pensyarah dengan budak-budak perempuan kena dengki dengan Kasyah and Da Gengs. Sebab kenakalan dialah semua orang gelarkan Kasyah adalah Budak Setan. Semuanya berubah bila Kasyah terpikat dengan Ayu (Lisa Surihani) masa dia kenakan Ayu dengan masukkan cicak dalam tin minuman Ayu. Oleh kerana dia rasa bersalah, dia minta maaf pada Ayu tapi Ayu nak Kasyah minta maaf dengan semua orang yang dia pernah buli dahulu barulah Ayu maafkan dia. Demi Ayu, Kasyah sanggup buat apa sahaja.

Sebenarnya Ayu ada kisah silam. Dia pernah bertunang dengan Azmi (Que Haidar) dan pernah terlanjur. Tapi diorang putus sebab Azmi curang. Tak lama lepas tu, Kasyah kena buat research di satu tempat pedalaman. Azmi bawa Ayu pulang sebab mak Ayu sakit jantung. Masa tu la Ayu kena kawin dengan Azmi sebab mak Ayu rasa terhutang budi dengan Azmi. Tapi Ayu tak bahagia sebab Azmi selalu pukul Ayu. Memang nampak real time Azmi pukul Ayu. Aku sampai tak sanggup nak tengok. Lepas kena pukul, Ayu keluar rumah terus bawa kereta laju-laju dan dia kemalangan. Habis muka dia cedera teruk. Sebab sayang, Azmi bawa Ayu untuk buat pembedahan plastik. Memang lain dah muka Ayu, cuma suara je yang tak berubah. Lepas operation, Ayu dengan Azmi bercerai.

Setahun lepas itu, Kasyah balik dan jumpa dengan kawan Ayu iaitu Suzana (Raja Farah). Suzana cerita yang Ayu dah kawin. Kasyah kecewa tapi hati dia tetap pada Ayu. Lepas tu Suzana bawa Kasyah pergi jumpa dengan Amelia (Pengurus 1 syarikat kecil) untuk kerja sebagai photographer. Masa Kasyah jumpa dengan Amelia, dia selalu teringat pada Ayu sebab suara, perfume dengan cara berjalan Amelia sama dengan Ayu cuma muka je yang lain. Masa Ayu bagitahu pada Suzana yang dia nak pergi Australia kot, Suzana bagitahu pada Kasyah cerita sebenar. Barulah Kasyah tahu yang Amelia tu sebenarnya Ayu. Diorang da plan nak kawin. Bila Azmi tahu Ayu dah baik dengan Kasyah, dia pujuk mak Ayu sebab dia nak kawin semula dengan Ayu. Tapi masa Ayu cakap tak nak jumpa dengan Azmi, Azmi terus pukul Ayu depan mak Ayu. Mak Ayu pun kena tolak dengan Azmi. Last-last, Azmi tolak Ayu sampai kepala Ayu kena pasu bunga.

Bila kat hospital, doktor bagitahu yang ingatan Ayu dah hilang. Masa tu la Kasyah habiskan masa jaga Ayu. Kasyah pun dah tak kerja dan cari kerja lain. Dia pun dapat kerja baru bawah Kate (Faizura). Kate nie tak tahu yang Kasyah dah ada buah hati. Bila Ayu dah okei, Kasyah bagitahu kat Kate yang dia nak kawin. Kate kecewa tapi tak bagitahu pada Kasyah. Kate sempat tengok Kasyah kawin tapi lepas tu dia kena pergi Lost Angeles sebab nak sambung belajar. Masa Ayu nak bersalin, dia menghadapi masalah kompilasi bersalin. Kate datang jumpa Kasyah dan bagi hadiah untuk baby Kasyah pastu dia balik. Lepas bersalin, Kasyah tengok baby girl dia tapi doktor bagitahu yang Ayu tak dapat diselamatkan. Pergh! Memang sedih la tengok time nie. Ending just tunjukkan Kasyah pangku baby dia masa dia ziarah kubur Ayu.

Komen aku :

Secara keseluruhannya, aku suka tengok cerita ni. 4 bintang daripada 5 bintang. Boleh tahan touching. Member aku yang tengok cerita nie semuanya menangis. Memang betul cinta itu tak dapat nak kita teka dan ianya misteri. Cinta memang hak untuk setiap manusia tak kira dia baik atau pun tidak. Ada hikmah mengapa ada yang dapat pasangan tak seperti yang diimpikan sebab kita sebenarnya diberikan tugas untuk mengubah seseorang yang kurang baik untuk menjadi insan yang lebih sempurna. Soal jodoh memang segalanya pada ketentuan ALLAH SWT. Jodoh panjang atau singkat adalah urusan ALLAH, kita hanya mampu membuat yang terbaik. Bagi semua insan, hargai pasangan anda. Jadilah seorang yang selalu berada di sisi pasangan anda tak kira dalam keadaan susah ataupun senang. Tapi, dahulukan cinta anda pada Tuhan, ibu bapa dan barulah pasangan anda. Jodoh akan mendapat berkat bila anda mendapat restu ibu bapa anda.

Sunday 17 October 2010

Sir Raw Boat

Pandang kanan, keje.
Pandang kiri, keje.
Pandang depan, keje.
Pandang belakang, keje.
Pandang atas, keje.
Pandang bawah pun keje.
Kerja kerja kerja..
Eh! bukan saya tengah belajar ke???
Belajar untuk cari kerja, buat kerja dan siapkan kerja,
Tapi semua itu dilakukan pada saat-saat akhir.
Paling menjerut leher bila banyak kerja.
Hahaha!!!

Bila kerja banyak, tak tau nak buat yang mana satu.
Buat kerja yang nie, teringat kerja yang tu.
Buat kerja yang tu, teringat kerja yang nie.
Ish ish ish....
Last-last, jadilah macam nie...


Itu belum lagi tiba-tiba dapat kerja.
Wah! mahu lari sahaja rasanya.
Time ni la nanti timbul rasa menyesal yang teramat sangat.
Mana taknya, last minit baru nak terkocoh-kocoh buat kerja.
Tapi, apa-apa pun, bukan selalu dapat rasa pengalaman macam ni.
Ia akan dijadikan sebagai pengajaran pada masa depan.

Kepada adik-adik yang mahu menjadi ahli universiti, pandai-pandailah menguruskan masa.
Pengurusan strees pun kena belajar supaya kepala tak ting tong bila dapat kerja yang banyak.
Kan bagus kalau ada alat yang boleh selalu ingatkan kita untuk buat kerja awal-awal.
Nanti taklah serabut kepala otak.

Friday 15 October 2010

Life Like This



Inilah kehidupan yang aku lalui sejak dua tahun yang lalu. Bukan memaksa diri untuk memilih jalan ini, tapi ia seperti hujan yang turun dan aku perlu menempuhi keadaan seperti ini. Banyak perkara yang jadi nota-nota peringatan untuk masa hadapan.

Nota 1 :
Jadilah pelajar yang selalu buat tugasan dengan segera bila pensyarah bagi tugasan. Tak kiralah tugasan tu secara individu ataupun berkumpulan. Kalau individu, terpulang pada kita nak buat bila dan macam mana sekali pun yang penting tugasan siap walaupun dibuat pada saat-saat akhir (statement jujur). Kalau tugasan itu adalah berkumpulan, anda perlu berbincang dengan segera dengan rakan-rakan anda bila mahu mula menyiapkan tugasan. Jangan lupa jumpa dengan pensyarah dulu bagi memastikan isi kandungan tugasan tidak lari daripada tajuk, ya. Yang paling penting, sentiasa ingat pada insan yang menjadi 'editor' kerana dia akan mengalami tekanan jiwa bila anda lewat memberi tugasan kepada beliau. Kalau tugasan anda itu baik dan tak perlu disunting lagi, anda telah memudahkan kerja-kerja beliau. Tapi sebaiknya anda perlu menyiapkan tugasan dengan lebih awal sebelum editor anda menjadi tidak siuman.

Nota 2 :
Pastikan anda tidak melibatkan diri dengan banyak program-program atau jawatan-jawatan yang sedia ada di universiti anda. Dahulukan perkara yang datang pada anda. Hal ini adalah kerana takut mulut anda akan lantang mengeluh dan membebel berjela-jela kerana program-program diadakan berterusan atau bertindan-tindan (padan muka diri sendiri, insaf sudah). Anda hendaklah mengatur masa dengan sebaik mungkin supaya anda punya lebih masa untuk menyiapkan tugasan atau pembentangan (diri sendiri kena lagi).

Nota 3 :
Perkara yang biasa berlaku apabila telah masuk bulan ketiga dalam semester. Peringatan penting adalah, anda kena pandai berjimat. Duit yang diterima hanyalah pinjaman dan cukup-cukup makan sahaja. Lainlah kalau penjaga anda adalah seorang pengusaha kilang membuat duit. Jimat, jimat dan jimat. Perkara yang biasa akan berlaku pada pertengahan hingga akhir semester adalah barang keperluan dah nak habis, kasut rosak, beg rosak dan paling membanggakan bila anda terpaksa membayar saman kerana pakai selipar ke kuliah sebab dah tak ada duit nak beli kasut baru. Anda tidak digalakkan membeli barangan yang bukan merupakan keperluan yang penting dan buangkan hasrat anda jauh-jauh jika mahu makan di Secret Recipe pada setiap minggu kerana sudah jemu makan nasi di rumah. Walaupun wang bukan boleh dibawa mata, tapi tanpa wang anda mungkin boleh mati.

Nota 4 :
Sentiasa ambil tahu tentang rakan-rakan anda terutamanya penghuni-penghuni serumah dengan anda. Walaupun anda jarang berada di rumah dan menganggap rumah sewa anda adalah rumah kedua dan rumah pertama adalah di kampus atau tempat-tempat lain, anda harus tahu apa yang berlaku di dalam rumah sewa anda. Hal ini kerana jika anda tidak peduli dengan apa yang berlaku, anda mungkin akan dianggap sebagai seorang yang sombong. Ke'blur'an akan berlaku kepada anda semasa sesi beramah mesra sambil menonton tv di rumah kerana anda tidak tahu nama rakan rumah yang duduk di sebelah anda. Selain itu, anda juga perlu memaklumkan kepada penghuni rumah jika anda mahu keluar rumah. Ini bagi memastikan keselamatan anda terjamin jima perkara yang tidak diingini berkalu kepada anda. Buat pengumuman kepada ahli rumah dengan siapakah anda keluar dan ke manakah denstinasi yang ingin ditujui. Pastikan juga anda mengetahui cara-cara untuk tidak membuat penghuni lain mengutuk anda. Oleh kerana anda menyewa rumah bersama-sama rakan-rakan yang lain, tidaklah perlu anda membuat rumah tersebut seperti rumah keluarga anda di kampung halaman yang indah dan permai. Ini akan mendatangkan masalah jika anda suka-suka hati tidak menjaga kebersihan rumah dan ketenteraman rumah bersama. Silap-silap hari bulan barang-barang anda akan dilempar ke luar pagar dan anda tidak dibenarkan menyewa lagi. (Wah, sadisnya!)

Nota 5 :
Berkawanlah dengan sesiapa sahaja yang anda suka, tapi anda perlu tahu dengan siapakah anda berkawan. Anda juga perlu tahu dengan siapakah kawan baik anda berkawan. Kawan yang baik akan sentiasa membantu anda dan berkongsi masalah anda bersama. Walaupun anda tidak dapat membantu kawan anda dari segi kewangan kerana anda juga mengalami masalah kepokaian yang teramat sangat, anda juga boleh bantu kawan anda dari segi bantuan yang lain. Saling mengingati kawan anda untuk tidak sama-sama tamak menghabiskan wang pinjaman PTPTN. Sentiasa beri sokongan kepada rakan anda jika dia menghadapi masalah. Tidak mengapa jika dia terlupa anda pernah menolong dia membayar air minuman di pesta konvo selagi dia tidak mengungkit anda adalah seorang kawan yang kedekut. Bantulah sahabat anda selagi termampu. Buatlah rangkaian kawan yang lebar sebab anda akan sentiasa gembira kerana punya teman yang ramai. Anggap sahaja anda tidak akan mati jika tiada kawan tapi kawan akan mati jika tiada anda di sisinya.

Nota 6 :
Jangan sesekali anda berhasrat untuk ponteng kuliah walaupun sekali jika tanpa alasan yang kukuh. Jelas menyatakan bahawa semestinya anda akan merasa malas untuk menyalin nota dari kawan-kawan ada kerana tulisan mereka seperti tulisan doktor pakar lebih-lebih lagi jika nota tersebut adalah nota daripada pensyarah yang beri kuliah selaju 100km/j. Anda juga akan malu jika anda tersilap maklumat terkini kerana anda ponteng kuliah. Moral of the story, jangan kata kawan anda teruk sebab tidak beritahu kepada anda sedangkan anda sendiri yang ponteng kuliah sesuka hati anda. Ingatlah, sesungguhnya adalah lebih baik anda terlewat tahu daripada anda tidak tahu langsung dan malu sendiri.

Nota 7 :
Ini berkaitan dengan perkara sensitif. Anda tidak dilarang untuk bercinta, tapi anda hendaklah bercinta secara berpada-pada. Jangan kerana cinta itu nanti anda akan mendapat masalah yang banyak. Tahniah kepada pasangan yang selalu memberi sokongan kepada pasangan anda. Saling mengingati dan bantu-membantu adalah penting. Namun janganlah kerana anda, pasangan anda tidak dapat menumpukan perhatian atau menyiapkan tugasan yang diberi. Tak mati jika anda tidak mengutuskan sms kepada buah hati anda dalam masa 1 jam. Masa depan terletak pada diri masing-masing, pasangan hanya dapat memberikan sokongan, tidak dapat membantu menjawab soalan peperiksaan.

Nota 8 :
Perkara yang paling penting. Jangan sesekali anda meninggalkan solat tanpa alasan yang munasabah. Sentiasalah solat kerana solat adalah tiang agama. Walaupun solat itu tidak perlu ditunjukkan kepada orang lain dan ia adalah antara kita dengan Tuhan, tapi ia amat-amatlah wajib. Selalulah berdoa kepada Tuhan supaya segala urusan dipermudahkan. Satu perkara yang paling penting juga adalah jangan lupa untuk selalu menelefon ibu bapa anda. Kegelisahan ibu bapa akan membuatkan kita tidak senang hati dan tidak diredhai. Jika anda menghadapi masalah, segeralah anda telefon ibu bapa anda, nescaya masalah anda akan dipermudahkan oleh ALLAH (perkara ini betul-betul berlaku). Ingatlah, walaupun anda tidak sekacak atau secantik mana, namun jika iman penih di dada, hidup akan mudah dirahmati dan ia akan menjadi idaman setiap pasangan anda. Amin...

Nota 9 :
Sentiasa tanamkan perasaan hormat kepada orang lain tidak kira sama ada pada orang yang lebih muda daripada anda ataupun sebaya anda. Namun, jangan sesekali anda tunduk pada orang yang selalu memijak-mijak anda sehingga dia menganggap anda adalah seorang yang bodoh dan lurus. Hal ini kerana ia akan mengajar anda untuk berubah menjadi orang yang lebih zalim daripada beliau sehingga beliau akan takut kepada anda.

Kepada rakan-rakan sekalian, terima kasih kerana menerima saya seadanya. Jika terdapat silap dan salah, harap dimaafkan.