Senyum

Senyum
Senyum Itu Indah

Saturday 20 August 2011

Tahukah Anda???

- Dizaman Rome, Air kencing lelaki diniagakan sebagai produk pewarna rambut, dan ade ketika mereka menggunakan air kencing manusia sebagai ubat gigi.

- Planet uranus mempunyai 27 bulan
 
- Viking, setelah membunuh musuhnya, mereka menggunakan tengkorak kepala sebagai alat untuk minum.
 
- Seorang wanita yang mengandung mempunyai deria yang lebih sensitif.
 
- Wanita lebih kerap berkelip mata dari lelaki iaitu hampir sekali ganda.
 
- Degupan jantung wanita lebih laju dari lelaki.
 
- Wanita lebih kerap senyum dari lelaki.
 
- Wanita mengambil masa hampir 3 kali ganda dari lelaki apabila menggunakan tandas.
 
- Wanita yang minum kopi lebih dari dua cawan dalam sehari mempunyai lebih peluang untuk mendapat osteoprosis.
 
- Ketepatan menghidu anda adalah 1/20 dari anjing
 
- Anda boleh menghantar poskad dari ‘Hell’, terdapat sebuah pekan kecil bernama ‘Hell’ di kepulauan Cayman.
 
- Terdapat spesis burung yang menyalak seperti anjing, burung ini dipanggil Antpitta avis canis Ridgley.
 
- Terdapat 43,687 kes kemalangan di US pada 1996 yang melibatkan kemalangan tandas.
 
- Tiger Woods telah diperkenalkan dengan golf pada usia 9 bulan oleh bapanya.
 
- Harimau mempunyai kulit yang berbelang, dan bukan sahaja bulunye yang berbelang.
 
- Untuk menghasilkan sebuah kereta, 148,000 liter air digunakan.
 
- Kura-kura boleh bernafas menerusi bontotnya..huhu
 
- 2 juta sel darah merah mati setiap saat.
 
- Tidak seperti katak, kodok tidak boleh melompat.
 
- Tidak seperti haiwan berkaki empat yang lain, kangaroo tidak boleh jalan mengundur.
 
- Terdapat 6,800 bahasa didunia.
 
- Ayam adalah lebih banyak di muka bumi berbanding manusia.
 
- Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.
 
- Kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan.
 
- Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud ‘ya’ dan menggangguk bermaksud 'tidak'.
 
- Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.
 
- Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.
 
- Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.
 
- Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari sentiasa siang.
 
 - Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya.
 
- Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang semasa haiwan itu melompat.
 
- Menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap.
 
- Air liur manusia dikatakan sangat mujarab untuk mengubati luka dikulit atau terbakar.
 
- Pembuka tin hanya dicipta selepas 48 tahun tin diperkenalkan.
 
- Tayar yang diisi angin hanya diguna untuk basikal sebelum mereka menggunakannya pada kereta.
 
- Klip kertas telah dicipta oleh orang Norwegian Johann Vaaler.
 
- Leonardo Da Vinci tidak pernah mencipta apa yang dia reka.
 
- Count Alessandro Volta telah mencipta bateri pertama pada abad ke 18.
 
- Pada tahun 1860an, George Leclanche telah membangunkan bateri sel kering, asas bateri moden.
 
-Joseph Niepce membangunkan gambar fotografi pertama didunia pada 1827.
 
- Matahari bersaiz 330,330 kali ganda dari bumi.
 
- Ketulan ais terbesar yang pernah direkodkan adalah 335KM panjang dan 97KM lebar.
 
- Berlian hijau adalah berlian yang paling jarang ditemui.
 
- Musim panas di planet uranus adalah selama 21 tahun, begitu juga musim sejuk.
 
- Gurun sahara membesar 1KM sebulan.
 
- Semua planet dalam sistem solar berputar mengikut lawan arah jam, kecuali planet venus satu-satunya planet yang berputar mengikut putaran jam.
 
- Di tengah pusat bumi mempunyai kosong graviti.
 
- Lombong terdalam di dunia terletak di selatan Afrika dan berkedalaman 4.2KM
 
- Jurang terdalam didunia adalah jurang mariana dilautan pasifik, berkedalaman 10.9KM dibawah paras laut.
 
- Ekor Great Comet pada tahun 1843 adalah sepanjang 330 Juta KM, dan akan kembali pada tahun 2356.
 
- Tiada lagi rekod mengatakan seseorang telah terbunuh oleh meteorite, tetapi haiwan terbunuh oleh meteorite adalah biasa.
 
- Laut Mati adalah sedalam 365m bawah paras laut.
 
- Ribut secara rasminya akan menjadi taufan bila angin cyclone berkelajuan 119KMJ
 
- Belanjawan dunia untuk perperangan lebih dari $700 juta, manakala belanjawan dunia untuk pendidikan tidak lebih $100 juta.
 
- Perperangan terpanjang dipanggil perang 100 tahun antara Britain dan Perancis, sebenarnya peperangan ini berakhir selama 116 tahun, iaitu pada tahun 1453.
 
- Bila terbunuh dalam pertempuran, pegawai jepun akan dinaikkan pangkat tertinggi.
 
- Tokyo juga pernah dikenali sebagai Edo.
 
- Kesemua nama benua diakhiri dengan huruf pertama nama benua itu sendiri…dalam bahasa inggeris eh
 
- Mastercard pada mulanya dikenali sebagai MasterCharge.
 
- Perkataan “The quick brown fox jumps over the lazy dog” menggunakan kesemua alfabet.
 
- Kerusi elektrik telah dicipta oleh seorang doktor gigi.
 
- Kerana graviti bumi, adalah mustahil gunung boleh melebihi ketinggian 15,000 meter.
 
- Seekor lipas mampu meneruskan hidup selama beberapa minggu walau tidak mempunyai kepala
 
- Anjing dan kucing seperti manusia, samaada kidal atau tidak.
 
- Gigi manusia hampir sekeras batu.
 
- Sekiranya anda mengira 24 jam sehari, ianya akan mengambil masa 31,688 tahun untuk mencecah 1 trillion.
 
- Purata manusia biasa mengalami 1,460 mimpi setahun
 
- Mencium bau pisang atau epal hijau membantu mengurangkan berat badan.
 
- Perkataan asal butterfly ialah flutterby!
 
- Negeri Florida adalah lebih besar dari negara England.
 
- Tahukah anda, bunyi itik tidak bergema, dan tiada siapa tahu mengapa..
 
- Ngauman singa boleh didengari dari jarak sejauh 5 batu.
 
- Seekor tikus boleh hidup lebih lama dari unta tanpa air.
 
- Sejenis cacing tanah di Australia boleh membesar sehingga 10 kaki panjang.
 
- Nama sebenar Albert Brooks ialah Albert Einstein.
 
- Alexander Graham bell ialah pencipta telefon, namun beliau tidak pernah menelefon isteri atau ibunya, kerana mereka berdua pekak.
 
- Mata burung unta lebih besar dari otaknya.
 
- Air kencing kucing boleh dilihat dibawah sinaran lampu gelap.
 
- Kucing mempunyai lebih 100 bunyi vokal, manakala anjing hanya sekitar 10 bunyi vokal.
 
- Buaya menelan batu untuk membantu ia menyelam lebih dalam.
 
- George Washington membesar dan membela marijuana di tamannya.
 
- Pil perancang kehamilan untuk manusia juga berkesan untuk gorila.
 
- Hummingsbird tidak boleh berjalan.
 
- Rambut dan kuku manusia akan berhenti memanjang selepas mati.
 
- Sekiranya anda melihat pelangi, sudah semestinya matahari berkedudukan di belakang anda, anda tidak akan dapat melihat pelangi sekiranya matahari di depan anda.
 
- Sekiranya anda mendarabkan 526,315,789,473,684,210 dengan apa-apa nombor, anda akan mendapat hasil yang sama.
 
- Iguana, koala, dan biawak komodo mempunyai 2 kemaluan.
 
- Di england, Speaker tidak dibenarkan bercakap.
 
- di Banjaran Andes, masa kerap diukur ‘berapa lama masa yang diambil untuk menghabiskan sebatang rokok’.
 
- Adalah menjadi kesalahan dan tidak sah menjadi pelacur di Siena, Italy sekiranya nama anda adalah Mary.
 
- Mustahil untuk bersin dengan mata terbuka.
 
- Lady Astor pernah memberitahu Winston Churchill ‘ sekiranya anda suami ku, aku akan meracuni kopi mu’. dan dia membalas ‘sekiranya anda adalah isteriku, aku pasti akan meminumnya’.
 
- Leonardo Da vinci telah mencipta gunting.
 
- Hanya nyamuk betina sahaja yang menyengat.
 
- Kacang digunakan untuk menghasilkan dinamit.
 
- Pogonophobia adalah takut kepada janggut.
 
- Ralph Lifshitz adalah nama asal Ralph Lauren.
 
- Orang Russia secara umumnya menjawab panggilan dengan ‘i’m listening’.
 
- Siput boleh tidur selama 3 tahun tanpa makan.
 
- Air soda tidak mengandungi soda.
 
- Pemetik api rokok telah dicipta sebelum mancis dicipta.
 
- Tiada 1 pun jam di casino Las Vegas.
 
- Saudi Arabia tidak mempunyai sungai.
 
- Semasa di Havard University, Edward Kennedy telah digantung dari peperiksaan spanish kerana menipu.
 
- Pemutar skru telah dicipta sebelum skru dicipta.
 
- Pemutar skru jenis philips telah dicipta di Oregon.
 
- Bendera kebangsaan Italy telah diilhamkan oleh Napoleon Bonaparte.
 
- Cahaya dari matahari memerlukan 8.5 minit untuk sampai ke bumi.
 
- Tibet ialah negara tertinggi didunia iaitu pada kedudukan 4500m dari paras laut.

- Tiada tanah di kutub utara, hanya ais yang melitupi permukaan laut.
 
- Terdapat lebih 4 juta kereta di Brazil menggunakan gasohol berbanding petrol, gasohol ialah minyak yang dihasilkan dari tebu.
 
- Gajah menghabiskan masa selama 23jam untuk makan.
 
- Anak ikan paus biru yang baru lahir mempunyai berat 7 tan ketika lahir.

- Istana terbesar didunia yang mengandungi 1788 buah bilik pernah dibina untuk Sultan Brunei.

- Levi Strauss membuat sepasang jeans biru pada tahun 1850, dibuat untuk digunakan oleh pelombong emas.

Thursday 4 August 2011

KELEBIHAN SOLAT TARAWIKH



Kelebihan Solat Tarawikh Malam 1
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan. 



Kelebihan Solat Tarawikh Malam 2
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.


Kelebihan Solat Tarawikh Malam 3
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.


Kelebihan Solat Tarawikh Malam 4
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.


Kelebihan Solat Tarawikh Malam 5
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.


Kelebihan Solat Tarawikh Malam 6
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.


Kelebihan Solat Tarawikh Malam 7
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.


Kelebihan Solat Tarawikh Malam 8
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.


Kelebihan Solat Tarawikh Malam 9
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.


Kelebihan Solat Tarawikh Malam 10
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.


Kelebihan Solat Tarawikh Malam 11
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.


Kelebihan Solat Tarawikh Malam 12
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.


Kelebihan Solat Tarawikh Malam 13
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.


Kelebihan Solat Tarawikh Malam 14
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.


Kelebihan Solat Tarawikh Malam 15
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.


Kelebihan Solat Tarawikh Malam 16
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.


Kelebihan Solat Tarawikh Malam 17
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.


Kelebihan Solat Tarawikh Malam 18
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).


Kelebihan Solat Tarawikh Malam 19
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.


Kelebihan Solat Tarawikh Malam 20
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.


Kelebihan Solat Tarawikh Malam 21
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.


Kelebihan Solat Tarawikh Malam 22
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.


Kelebihan Solat Tarawikh Malam 23
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.


Kelebihan Solat Tarawikh Malam 24
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.


Kelebihan Solat Tarawikh Malam 25
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.


Kelebihan Solat Tarawikh Malam 26
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.


Kelebihan Solat Tarawikh Malam 27
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.


Kelebihan Solat Tarawikh Malam 28
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.


Kelebihan Solat Tarawikh Malam 29
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.


Kelebihan Solat Tarawikh Malam 30
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.