Hanya sebuah ceritera...
Nama saja cukup mengambarkan ciri pemiliknya
Seorang yang kecil molek, putih gebu
Punya lesung pipit dan pipi kemerahan jika menahan malu
Suaranya merdu dan senyuman yang manis
Gadis awal 20-an yang sedang melalui zaman remajanya
Dia tiada ibu, hanya punya ayah
Punya seorang abang namun bukan seorang kakak
Sangat manja dalam keluarganya
Dia juga punya teman yang setia dengannya
Nina seorang yang sangat senang didampingi
Tapi dia seorang yang agak pendiam
Kadang-kadang celotehnya riuh jika bersama teman tersayang
Dan gedik manjanya bila bersama keluarga
Nina merupakan pelajar tahun dua di sebuah institusi pengajian
Mengambil program sastera kerana dia meminati puisi
Pernah beberapa kali menjadi juara di dalam pertandingan
Namun Nina bukan jenis yang bongkak
Suatu hari Nina mengikuti sebuah program baktisiswa
Program yang lebih bercorak kemasyarakatan
Empat hari bukan suatu jangka masa yang pendek
Tapi di situlah bermula kisah ini
50 orang peserta dari institusi yang sama
Hanya beberapa orang sahaja yang Nina kenal
Memegang jawatan sebagai ketua protokol bukan suatu yang mudah
Namun ia telah menjadi kebiasaan bagi Nina
Dia menjadi Tok Guru dalam semua majlis
Sepanjang program ini Nina telah berkenalan dengan Aman
Jejaki dari Pulau Borneo, namun beragama Islam
Aman petah berbahasa Melayu Semenanjung
Tiada pelat Serawak yang kedengaran
Namun masih fasih berbahasa ibunda
Tamat program, Nina dan Aman meneruskan perkenalan
Tiga minggu diperlukan Aman untuk membuka hati Nina
Entah mengapa Nina selesa dengan kehadiran Aman
Aman seorang yang gentleman, tidak pandai menipu
Aman sangat jujur dalam memikat Nina
Suatu cerita cinta Aman dan Nina terbuku
Setiap bait-bait kenangan tercatat di dalam hati
Nina mengukir detik di dalam diari
Dia tak mahu melupakan waktu berkenalan dengan Aman
Dan memadam kenangan dulu
Kebiasaan Nina telah bertukar bersama Aman
Segalanya dalam pengetahuan Aman
Aman ibarat pengawal keselamatan bagi Nina
Peneman ketika duka dan suka
Setiap hari mereka pasti bertemu di kampus
Bila Nina mahu pulang dari kuliah, pasti Aman akan menghantar Nina ke rumah
Aman tidak mahu Nina bersusah-susah lagi
Dengan Kelisa milik Aman, Aman pasti akan setia menghantar Nina
Suatu hari yang bukan lagi menjadi kebiasaan
Cuaca panas mengarahkan mereka bertemu di perkarangan pustaka
Berhujan peluh kelihatan di wajah Aman
Pucat terlukis di wajah Nina
Urat di kaki Nina mula rasa kejang dek banyak berjalan
Pertemuan sebentar hanya kerana ingin memberikan buku
Kesibukan Aman telah menjarakkan pertemuan mereka
Namun kali itu Aman mahu pulang ke rumah
Alasan mengantuk menjadi pengetahuan Nina
Entah mengapa kali itu Aman tidak berhajat untuk menghantar Nina
Nina pula terpaksa ke kedai buku
Sedangkan jalan pulang ke rumah Aman akan melalui kedai itu
Nina hanya berdiam
Tidak mahu mengganggu Aman
Nina sangat lurus orangnya
Aman : Nina nak ke mana lepas nie?
Nina : Nina nak pergi kedai buku
Nina berharap Aman dapat tolong menghantarnya
Aman : Oh, ok. Aman nak balik rumah, rasa macam mengantuk je nie
Nina : Okei, bawa kereta elok-elok
Aman : Okei, Nina. Nanti kita mesej ye
Nina : Baik. Assalammualaikum..
Aman : Waalaikummussalam.
Nina melihat sahaja Aman berlalu
Sesuatu terdetik di hati Nina
Tapi dia sengaja mendiamkannya
Dia tidak mahu merunsingkan Aman
Cuaca panas membakar kulit
Nina mengagahkan diri untuk berjalan
Harap dia sampai di kedai buku sebelum terlewat
Tapi di terpaksa melalui jalan besar
Dek waktu kemuncak pekerja keluar makan tengah hari tika itu
Jalan menjadi sibuk bagaikan jalan di kota raya
Nina berjalan melawan arus
Berdebar Nina tika melalui jalan besar
Berharap tiada apa yang berlaku
Tiba-tiba bunyi hon sebuah lori memeranjatkan Nina
Di hujung matanya melihat sebuah lori mengelak sebuah motorsikal
Pemandu lori memaut stering mengelakkan motorsikal itu
Namun dia tidak sampat mengelak pejalan kaki di hadapan
Akhirnya lori melanggar sedikit tubuh Nina
Melayang Nina ke tepi jalan yang berbatu
Kepalanya terhentak ke bumi
Terbaring Nina di situ
Dalam kesakitan, Nina sampat mengambil telefonnya di dalam poket
Merah darah di tangan tidak dipedulikan lagi
Nina mendail nombor telefon Aman
Nina tidak mampu mendengar lagi
Aman yang baru sahaja bering di katil mengeluh dek jeritan telefon
'Siapa lagi yang call ni?' keluh Aman
Tertera nama Nina di skrin, Aman menjawab panggilan itu
Tapi tiba-tiba terputus
'Nina saja-saja la nie, rindu kat aku'
Senyum Aman
Seminit berlalu
Sekali lagi telefon Aman berbunyi
Tertera nama Nina
Aman tersenyum lagi lalu menjawab panggilan
Aman : Hello
Wanita : Ini Aman ya?
Aman : Ya saya (Kehairanan)
Wanita : Gadis pemilik telefon ini kemalangan di Jalan Besar
Terlepas telefon di tangan Aman
Bergegas dia keluar menuju ke kereta
Sepanjang pemanduan fikiran Aman tak menentu
Tidak tahu berapa kelajuan yang dibawanya
Menyesal bukan kepalang
KENAPA AKU TAK HANTAR DIA TADI?
KENAPA AKU BIARKAN DIA JALAN SENDIRI?
KENAPA AKU BUAT DIA MACAM TU?
KENAPA? KENAPA? KENAPA?
Moral of the story...
Hargai setiap apa yang berlaku dalam hidup kita
Apa yang akan berlaku sememangnya tak boleh diduga
Hanya Tuhan sahaja yang tahu
Tak luak kalau kita berkorban untuk orang lain
Tapi kalau orang itu terkorban kerana kita, itu lagi memeritkan
Moral of the story...
Hargai setiap apa yang berlaku dalam hidup kita
Apa yang akan berlaku sememangnya tak boleh diduga
Hanya Tuhan sahaja yang tahu
Tak luak kalau kita berkorban untuk orang lain
Tapi kalau orang itu terkorban kerana kita, itu lagi memeritkan
No comments:
Post a Comment