Senyum

Senyum
Senyum Itu Indah

Wednesday, 6 August 2014

NIKMATNYA MENJADI SEORANG ISTERI DAN IBU



Lumrah dalam kehidupan mana-mana wanita akan melayari alam perkahwinan. Bermula sejak lahir lagi seorang perempuan akan terdedah dengan tugas-tugas yang dilakukan oleh seorang wanita iaitu ibu mereka. Apabila meningkat dewasa, seorang remaja perempuan akan mula mengenali cinta dan akhirnya akan berkahwin dengan pasangan masing-masing mengikut ketentuan Tuhan.

Di saat lafaz akad disaksikan dan disahkan, ketika itulah status seorang wanita bertuka menjadi seorang isteri. Bermulalah tanggungjawab sebagai seorang isteri. Namun, ramai yang tidak tahu, mungkin lupa atau mungkin sengaja melupakan. Tanggungjawab seorang isteri kini lebih mencabar lebih-lebih lagi bagi yang bekerjaya.

Waktu pagi sudah bangun untuk menyediakan sarapan untuk suami dan diri sendiri sebelum pergi kerja. Sesungguhnya tidak sanggup seseorang isteri itu membiarkan suaminya pergi kerja tanpa menyuap atau meneguk air buatan tangannya. Seringan-ringan pun akan menyediakan air kopi atau tea dan mungkin dengan menyediakan roti serta jem atau kaya.

Kemudian, bersama-sama keluar pergi ke tempat kerja masing-masing. Mungkin tempat kerja suami lebih dekat daripada isteri dan mungkin tempat kerja isteri lebih dekat daripada suami. Tekanan kos hidup yang melambung tinggi telah memaksa si isteri turut membantu suami mencari rezeki lebih-llebih lagi bagi isteri yang mempunyai kelulusan. Di sinilah bermulanya kehidupan seorang isteri yang agak sibuk berbanding isteri-isteri yang tidak bekerja.

Pulang dari kerja pasti yang ditujui oleh isteri adalah dapur. Tempat yang kerap dilawati saban hari. Mungkin tugasan yang pertama dilakukan adalah memasak. Ya, semestinya. Suami akan lebih sayang jika isteri boleh memasak dan menyediakan makanan untuknya terutama apabila pulang dari kerja. Di sinilahsi isteri akan mula menyinsingkan lengan baju untuk masak. Memikirkan menu yang sesuai, memilih bahan-bahan untuk dimasak dan selalunya mereka akan membuat tugasan dua dalam satu. Sambil memask, isteri juga akan memeriksa pakaian yang kotor dan membasuhnya. Mungkin juga akan menyapu lantai, mengemas keadaan dapar agar lebih kemas dan cantik.

Terdapat isteri yang tidak akan mandi dahulu kerana mahu menyelesaikan tugas-tugas menguruskan rumah sebelum kepulangan si suami dan akan mandi apabila segalanya telah selesai. Ya, ini adalah tugasan isteri di rumah. Itu belum lagi menyentuh hal-hal berkaitan dengan pengurusan anak. Mungkin tidak menang tangan dibuatnya.

Oleh itu, kepada suami, jangan sesekali anda merungut bahawa isteri anda selalu tidak terurus, lambat menguruskan rumah dan mungkin tidak dapat melayan anda sesempurna yang anda mahu. Isteri juga seorang manusia yang mempunyai tenaga yang perlu di-cas semua, memerlukan rehat, dan mereka juga lemah. Bukan seperti robot yang boleh membuat kerja dengan cepat, namun robot juga akan rosak.

Tidak mustahillah jika ada suami yang akan berjinak-jinak untuk berkawan dengan wanita lain yang semestinya belum berkahwin. Ya, mungkin mereka lebih cantik dan pandai mengambil hati anda. Tapi anda perlu ingat bahawa mereka tidak mempunyai apa-apa komitmen atau tugasan lain untuk dibuat berbanding isteri anda yang perlu menguruskan hal anda, anak anda dan akhir sekali dirinya sendiri.

Isteri tidak bermaksud untuk mengabaikan anda, Cuma kadang kala mereka letih menguruskan semua hal rumah tangga sendirian tanpa bantuan sesiapa. Lebih menyedihkan lagi apabila si suami hanya merasakan tanggungjawabnya hanyalah untuk mencari nafkah. Tahukah anda bahawa tanggungjawab suami juga adalah menguruskan hal-hal rumah tangga? Jangan dimarahi isteri yang keletihan mengurskan segalanya sedangkan anda hanya duduk di sofa empuk sambil menonton filem kesukaan anda atau mungkin anda sedang lena tidur di katil sedangkan isteri anda mendukung anak sambil membuat kerja-kerja rumah.

Bantulah isteri anda, bukan anda sahaja yang keletihan namun isteri anda juga letih lebih-lebih lagi jika isteri anda juga bekerja seperti anda. Isteri mana mahu membiarkan suami mencari nafkah seorang diri sambil terpaksa menanggung hutang-hutang.

Suami, bantuan lebih diperlukan oleh isteri ketika mereka hamil. Mungkin anda boleh melihat isteri anda mampu membuat tugasan setiap hari dan anda berpendapat bahawa mereka tidak perlukan bantuan. Jika anda berfikiran sebegitu bermaksud anda salah. Ketika inilah tenaga seorang wanita yang hamil amat-amat terhad dan perlu rehat yang secukupnya. Bukan mudah untuk membawa bayi di dalam kandungan selama sembilan bulan sambil mengalami pelbagai masalah kesihatan. Sesungguhnya pertolongan anda tidak kira waktu addalah amat dinantikan dihargai oleh seorang isteri.


Sanyangi pasangan masing-masing. Saling membantu akan lebih mengeratkan hubungan antara suami isteri.

Bunga-bunga Syurga



Dia ibarat sekuntum bunga yang sangat cantik dan sungguh harum baunya. Kembangnya tiada tandingan. Namun…. Mekarnya tidak berkekalan, ia layu dan terus layu rebah ke bumi.

Ya, dia ialah bunga-bunga yang akan menyinari syurga. Syurga milik ALLAH swt yang satu. Tuhan sekalian alam. Tiada Tuhan yang disembah melainkan-Nya. Dan betapa beruntungnya dia mendiami syurga milik ALLAH swt.

Wahai anak kecil yang mugil lagi menenangkan hati. Kecomelanmu langsung tidak meruntunkan hati mereka yang buta hatinya. Kau hanya dipandang serendah-rendah tanah yang dipijak. Hilang rasa kemanusiaan yang selama ini sangat mahal harganya. Entah apa yang membuatkan hati mereka keras sekeras-kerasnya. Melebihi kerasnya batu di kaki gunung.

Wahai anak kecil. Tangisanmu tidak kedengaran oleh mereka, mereka tuli dan mereka juga buta. Mereka kudung tangan dan kaki. Mereka tidak sempurna. Dan mereka juga tiada hati. Mereka tidak mampu untuk mempunyai rasa kasihan kepada mu.

Sempurnakah mereka? Ya, mereka tidak sempurna. Mereka cacat segalanya. Berlainan dengan engkau wahai anak kecil. Walaupun secara fizikalnya engkau kudung kaki atau tangan, engkau buta atau pendengaranmu telah rosak, namun kamu tetap mempunyai hati dan perasaan.


Berderai lagi air mataku. Menitip potret-potret mu yang menyanyatkan hati. Luluh jiwa ku. Sesungguhnya engkau tidak berdosa dan engkau tidak mengerti akan semua yang berlaku. Bagaimana dirimu yang sekecil itu dapat menahan kesakitan yang teramat sangat akibat menjadi gigitan bom-bom yang tiada hati? Tabahlah wahai anak kecil. Ketahuilah jika engkau syahid, syurga telah menantimu, sayang.