Senyum

Senyum
Senyum Itu Indah
Showing posts with label Nukilan Bayu. Show all posts
Showing posts with label Nukilan Bayu. Show all posts

Wednesday, 6 August 2014

NIKMATNYA MENJADI SEORANG ISTERI DAN IBU



Lumrah dalam kehidupan mana-mana wanita akan melayari alam perkahwinan. Bermula sejak lahir lagi seorang perempuan akan terdedah dengan tugas-tugas yang dilakukan oleh seorang wanita iaitu ibu mereka. Apabila meningkat dewasa, seorang remaja perempuan akan mula mengenali cinta dan akhirnya akan berkahwin dengan pasangan masing-masing mengikut ketentuan Tuhan.

Di saat lafaz akad disaksikan dan disahkan, ketika itulah status seorang wanita bertuka menjadi seorang isteri. Bermulalah tanggungjawab sebagai seorang isteri. Namun, ramai yang tidak tahu, mungkin lupa atau mungkin sengaja melupakan. Tanggungjawab seorang isteri kini lebih mencabar lebih-lebih lagi bagi yang bekerjaya.

Waktu pagi sudah bangun untuk menyediakan sarapan untuk suami dan diri sendiri sebelum pergi kerja. Sesungguhnya tidak sanggup seseorang isteri itu membiarkan suaminya pergi kerja tanpa menyuap atau meneguk air buatan tangannya. Seringan-ringan pun akan menyediakan air kopi atau tea dan mungkin dengan menyediakan roti serta jem atau kaya.

Kemudian, bersama-sama keluar pergi ke tempat kerja masing-masing. Mungkin tempat kerja suami lebih dekat daripada isteri dan mungkin tempat kerja isteri lebih dekat daripada suami. Tekanan kos hidup yang melambung tinggi telah memaksa si isteri turut membantu suami mencari rezeki lebih-llebih lagi bagi isteri yang mempunyai kelulusan. Di sinilah bermulanya kehidupan seorang isteri yang agak sibuk berbanding isteri-isteri yang tidak bekerja.

Pulang dari kerja pasti yang ditujui oleh isteri adalah dapur. Tempat yang kerap dilawati saban hari. Mungkin tugasan yang pertama dilakukan adalah memasak. Ya, semestinya. Suami akan lebih sayang jika isteri boleh memasak dan menyediakan makanan untuknya terutama apabila pulang dari kerja. Di sinilahsi isteri akan mula menyinsingkan lengan baju untuk masak. Memikirkan menu yang sesuai, memilih bahan-bahan untuk dimasak dan selalunya mereka akan membuat tugasan dua dalam satu. Sambil memask, isteri juga akan memeriksa pakaian yang kotor dan membasuhnya. Mungkin juga akan menyapu lantai, mengemas keadaan dapar agar lebih kemas dan cantik.

Terdapat isteri yang tidak akan mandi dahulu kerana mahu menyelesaikan tugas-tugas menguruskan rumah sebelum kepulangan si suami dan akan mandi apabila segalanya telah selesai. Ya, ini adalah tugasan isteri di rumah. Itu belum lagi menyentuh hal-hal berkaitan dengan pengurusan anak. Mungkin tidak menang tangan dibuatnya.

Oleh itu, kepada suami, jangan sesekali anda merungut bahawa isteri anda selalu tidak terurus, lambat menguruskan rumah dan mungkin tidak dapat melayan anda sesempurna yang anda mahu. Isteri juga seorang manusia yang mempunyai tenaga yang perlu di-cas semua, memerlukan rehat, dan mereka juga lemah. Bukan seperti robot yang boleh membuat kerja dengan cepat, namun robot juga akan rosak.

Tidak mustahillah jika ada suami yang akan berjinak-jinak untuk berkawan dengan wanita lain yang semestinya belum berkahwin. Ya, mungkin mereka lebih cantik dan pandai mengambil hati anda. Tapi anda perlu ingat bahawa mereka tidak mempunyai apa-apa komitmen atau tugasan lain untuk dibuat berbanding isteri anda yang perlu menguruskan hal anda, anak anda dan akhir sekali dirinya sendiri.

Isteri tidak bermaksud untuk mengabaikan anda, Cuma kadang kala mereka letih menguruskan semua hal rumah tangga sendirian tanpa bantuan sesiapa. Lebih menyedihkan lagi apabila si suami hanya merasakan tanggungjawabnya hanyalah untuk mencari nafkah. Tahukah anda bahawa tanggungjawab suami juga adalah menguruskan hal-hal rumah tangga? Jangan dimarahi isteri yang keletihan mengurskan segalanya sedangkan anda hanya duduk di sofa empuk sambil menonton filem kesukaan anda atau mungkin anda sedang lena tidur di katil sedangkan isteri anda mendukung anak sambil membuat kerja-kerja rumah.

Bantulah isteri anda, bukan anda sahaja yang keletihan namun isteri anda juga letih lebih-lebih lagi jika isteri anda juga bekerja seperti anda. Isteri mana mahu membiarkan suami mencari nafkah seorang diri sambil terpaksa menanggung hutang-hutang.

Suami, bantuan lebih diperlukan oleh isteri ketika mereka hamil. Mungkin anda boleh melihat isteri anda mampu membuat tugasan setiap hari dan anda berpendapat bahawa mereka tidak perlukan bantuan. Jika anda berfikiran sebegitu bermaksud anda salah. Ketika inilah tenaga seorang wanita yang hamil amat-amat terhad dan perlu rehat yang secukupnya. Bukan mudah untuk membawa bayi di dalam kandungan selama sembilan bulan sambil mengalami pelbagai masalah kesihatan. Sesungguhnya pertolongan anda tidak kira waktu addalah amat dinantikan dihargai oleh seorang isteri.


Sanyangi pasangan masing-masing. Saling membantu akan lebih mengeratkan hubungan antara suami isteri.

Monday, 16 January 2012

Sunday, 1 January 2012

Adeq E-Day

Bismillah...

Assalam...


Coretan buat kamu
Sahabat

Ingat tak dulu
Masa kita belasan tahun
First time saya kenal awak
Awak duduk kat belakang kelas
Saya tak ada kawan, saya duduk sebalah awak
Masa tu kita Tingkatan Satu

Kita sama-sama malu untuk kenal
Mula-mula tanya nama
Sekolah dulu kat mana
Kelakar betul kita
Saya tak terfikir pun persahabatan ini akan kekal

Dari Tingkatan Satu sampai Lima
Kita mesti sekelas
Awak banyak ajar kita tentang kehidupan
Awak banyak ajar kita untuk berkawan

Awak ingat tak
Setiap tahun bila tiba hari lahir kita
Kita tetap akan suap kek antara kita
Tak boleh lupa tentang itu

Suka dan duka
Senyum dan ceria
Tangis dan ketawa
Kita tetap bersama

Kita jarang nak berenggang
Macam kembar orang kata
Ke hulu
Ke hilir
Kita berdua

Kini
Kamu telah selangkah ke alam baru
Sesungguhnya hati ini mendoakan yang terbaik
Agar kamu dan si dia
Akan kekal bahagia
Sampai ke akhirnya

Selamat Bertunang Buat Sahabatku
Noriza Bidin



Maaf ketiadaanku di hari bersejarahmu

1 Januari 2012


Bismillah...

Assalam dan selamat sejahtera

Maaf kepada sesiapa yang menganggap tanggapan aku ini kolot
Terserah pada anda untuk menilai
Aku tidak memihak pada mana-mana
Bukan tiada pendirian
Tapi aku ada pendirian aku sendiri

Detik 12 tengah malam
Ambang tahun baru
Aku nyenyak di katil
Lena tidur

Semalam
Aku hanya mendengar angin bayu berita yang aku tidak tahu kesahihannya
Dan aku tidak mahu mengambil peduli
Kerana aku fikirkan aku tidak terlibat
Bukan mahu menyombong diri
Bukan tidak mahu menegakkan hak aku
Namun aku punya cara aku sendiri
Bukan cara mereka yang aku anggap merugikan

Dan
Pagi ini pelbagai perkhabaran aku terima
Terkejut
Terdiam
Tak terkata
Bukan sekali perkara ini pernah berlaku
Tapi pada aku pertama kali di tempat aku menjejakkan kaki

Dua pihak
Satu menuntut hak
Dan satu lagi menjaga keamanan

Sedih
Aku lihat cebisan video tragedi yang berlaku
Saat manusia lena tidur
Saat manusia lain menyambut ambang tahun baru
Mereka pula memekik melaungkan slogan mereka
Menyatakan pendirian dan matlamat mereka

Namun
Aku kesal melihat semua itu
Sedih
Entah di manakah fikiran mereka letakkan
Sudah hilang "maha" yang dilabelkan
Hanya tinggal siswa dan siswi

Berhimpunlah secara aman
Jangan memberontak
Apa yang dimahukan masuk ke dalam kawasan yang sememangnya ditutup
Apa guna menyerbu pejabat yang tiada orang
Aku tahu mereka ada tujuan
Tapi bukan dengan cara ini

Aku bukan sesiapa untuk menilai
Tapi aku kesal dengan tindakan mereka
Jika iman di dada itu kuat
Jika agama menjadi pegangan utama
Aku percaya perkara ini tidak berlaku

Terpulanglah kamu dengan cara kamu
Namun, fikirkan juga tentang orang yang tidak bersalah
Teruskan matlamat kamu
Tapi biarlah dengan cara yang sopan

Polis itu
Hanya menjalankan tugas
Mereka punya matlamat sendiri
Menjaga keamanan
Bukan sengaja diberikan kekerasan
Andai nasihat dan amarannya tidak dipatuhi
Mereka harus bertegas
Tidakkah mereka akan berkata "jangan melawan"?

Bila celaka menimpa
Polis yang dipersalahkan
Mereka lakukan apa yang perlu
Mereka juga punya perasaan
Andai api yang kamu balingkan, takkan mereka mahu berdiri diam?

Kenangi semula
Saat kamu menjejakkan kaki di situ
Saat nasihat pertama dari orang tua mu
Tidakkah kau lupa?
Harapan mereka menggunung padamu
Mengharapkan yang terbaik buatmu
Bukan ini yang mereka mahu
Mencalarkan maruah

"Mahasiswa"
Dimanakah ilmu yang diberikan?
Dimanakah fikiran kau campakkan?
Dimanakah agama yang kamu dakapkan?
Renungi kembali
Aku tahu, kamu punya akal

Universiti Pendidikan Sultan Idris
Terima kasih memberi aku peluang menambahkan ilmu
Perjalanan ini hampir ke penghujungnya
Semoga engkau akan tetap aman di sini

Sunday, 27 November 2011

Transparent

Bismillah...

Assalam...

Hye guy!!!!
Thanks for visit

Hari nie saya nak cakap pasal "Transparent"
Okeh, mula-mula dulu saya nak minta maaf jika ada yang terasa hati dengan kenyataan saya ini

Transparent atau dalam bahasa Melayu disebut sebagai Telus atau Jarang
Kalau dalam melaksanakan tanggungjawab, kita kenalah telus
Tak boleh berat sebelah atau bias
Tapi dalam konteks yang saya nak cakap ini ialah "JARANG"
Bukan jarang yang kadang-kadang yang macam teka-teki Nujum Pak Belalang
Tapi "JARANG" yang membawa maksud boleh nampak

Saya ni pun bukanlah baik sangat, tutup aurat sepenuhnya
Tapi ada satu perkara yang saya tak berkenanlah sangat
Anda memakai tudung, menutup rambut anda, tapi masih lagi nampak tubuh badan
Walaupun anda memakai baju lengan panjang
Maksudnya anda memakai pakaian yang jarang
Kalau warna baju tu hitam, mungkinlah tak nampak
Tapi kalau pakai baju warna cerah, lepas tu pakailah pulak baju dalam warna hitam
Haiyoyo..........
(Geleng kepala)

Lagi satu, maaflah kalau saya tegur nie tak kena tempat
Mungkin nak nampak cantik atau glamor
Maklumlah, majlis penting seumur hidup
Tapi kalau boleh, pakailah inner yang dalam menunup aurat
Nie bagi pengantin
Pakai tudung litup yang terbaru
Baju pula lip lap lip lap
Tapi yang tak berkenannya.....
Boleh pula baju tu jarang part lengan dengan bahu
Macam tak kenalah pula kalau pakai tudung tapi baju nampak bahu
Tu belum lagi kalau baju tu pun jarang kat part dada
Serupa dah macam berkemban sambil tutup kepala dengan tuala

Hope sangat anda-anda yang baca blog saya nie (especially Muslim girl) fikir banyak kali
Bukan tak boleh pakai baju pengantin yang cantik-cantik
Kain lace atau chiffon yang mahal-mahal siap ada mutiara atau berlian
Tapi kalau baju tu jarang, pakailah inner supaya tak nampak kulit tubuh anda

Walaupun ini adalah hak masing-masing, tapi tak salah rasanya saya nak tegur
Memang kubur lain-lain
Tapi tak salah rasanya saya bantu anda daripada mengurangkan dosa

Thanks for view my blog
*_<

Friday, 25 November 2011

Cinta Terakhir

Bismillah.....

Assalam..

Okeh, entry kali nie nak jiwang-jiwang cikit.
Huhu~

Sejak usia menginjak 23 tahun nie, dah tak sabar pula rasa nak berumah
Tapi lagi jeles bila ada sahabat-sahabat dah up cikit dari aku, berumah tangga
Tak kurang juga yang dah bertunang.
Waduh! Waduh! Gua bila lagi nie mau nikah???

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Wanita : Awak....
Lelaki : Ya awak
Wanita : Awak sayang saya tak?
Lelaki : Mestilah sayang, kenapa awak?
Wanita : Saja je tanya, tak boleh ke?
Lelaki : Boleh awak. Kenapa awak tanya macam tu kat saya?
Wanita : Saya cuma nak tahu
Lelaki : Awak...
Wanita : Ya awak....
Lelaki : Awak tak marah ke saya tak jaga kesihatan dengan baik?
Wanita : Tak awak. Kalau dah takdir awak sakit, kenalah terima
Lelaki : Betul nie awak?
Wanita : Ya awak
Lelaki : Awak...
Wanita : Ya awak
Lelaki : Awak terima saya tak?
Wanita : Kenapa awak tanya macam tu?
Lelaki : Saya ni kan selalu sakit, saya takut awak tak dapat terima saya
Wanita : Saya sayang awak.
Lelaki : Betul?
Wanita : Pasti dan yakin. Awak...
Lelaki : Ya awak...
Wanita : Kalau saya diberikan waktu cuma beberapa jam untuk hidup, saya mahu bernikah dengan awak walaupun saya cuma dapat jadi isteri awak selama 1 minit sahaja
Lelaki : Terima kasih awak. Saya tidak akan sia-siakan hubungan ini

****************************************************************

Soalan : Sanggupkah anda????

>_*

Monday, 24 October 2011

Bubu oh Bubu

Bismillah....

Aku : Abg bubu
Abg : Npe abg bubu pulak?
Aku : Hehe~ Saje je
Abg : Ye la syg baby

So... what is Bubu?

Aku pun tak tahu mana datangnya perkataan Bubu tu
Tetibe je aku panggil abang tu Bubu
Bila abang tanya, aku cuma jawab 'ntah'
Haha~

So.... Bubu is not my abang, okey
>_*

One day aku ikut housemate aku pergi beli ikan laga
Aku nampak ada sangkar arnab
So cuteeeeeeeee...................
Ikut hati nak je beli, but aku hold dulu
Abang izinkan aku untuk beli, tapi akau fikir tak penting sangat

And then, once again pergi lagi kedai tu
My rooomate nak beli rabbit
Mana taknya, aku tengok dia dah macam kena histeria je
Menjerit-jerit macam nak nangis sebab dia tak boleh lupakan rabbit yang dia nampak kat kedai
So, aku bawa la dia pergi beli rabbit tu
Then, aku pula tertarik nak beli
Aku call abang tanya pendapat dia, then sent mms rabbit tu
Aku pilih nak ambil white rabbit
You know what, masa aku nak datang kat sangkar tu, rabbit tu looks like so interesting
Dia macam nak aku pegang dia
Abang pun cakap white rabbit
So, I pick it up
RM25 for the rabbit, and RM8 for it's pallets

Lepas beli rabbit, terus beli sangkar rabbit
Plus dengan bekas makanan dan air, so dengan pallets yang ada vitamin
I have finish almost RM71
I don't care because I love my Bubu
Abang pun decided bagi nama rabbit tu sebagai Bubu


Sunday, 31 July 2011

Wednesday, 8 June 2011

Budak Nakal

Assalam..

Hai readers!!! How r u??? Just fine, right??

Ok, sekarang Cik L nak membebel sikit.
Bukan apa, just nak luahkan perasaan dengan nak bagi nasihat sikit.
Peristiwa yang benar-benar belaka ini berlaku pada hari ini

Petang yang permai tadi Cik L ikut ayah Cik L
Temankan beliau pergi Maybank sebab ada urusan sikit
Sampai saja kat Bank Harimau Aum Aum tu Cik L terus duduk
Nasib baik tak ramai orang
Cik L duduk kat seat yang belakang sekali
Ayah Cik L pula sibuk dapatkan nombor giliran
Oleh kerana seat tak banyak, ayah Cik L berdiri saje
Sebelah Cik L pula seorang nyonya

Dari luar tengok macam aman damai je keadaan bank
Tapi bila masuk dalam, Ya Rabb... bising kot
Bukan bising apa, tapi bising budak-budak menjerit
Kat seat depan dekat dengan kaunter tu ade seorang nyonya (pangkat nenek kot)
Dia bawa dua orang cucu dia pergi bank
Dua-dua lelaki
Seorang umur dalam 4-5 tahun, seorang lagi dalam 2-3 tahun
Ligatnya budak tu bukan kepalang
Berlari sana, berlari sini
Dah macam area antara seat dengan kaunter tu diorang yang punya



Ikut hati nak jew Cik L ikat budak-budak tu
Tak pun seret diorang keluar bank
Bagi aman sikit
Si nenek ada juga marah-marah, tapi marah macam tu je
Kalau mak Cik L lah, mungkin dah lama kena cubit kot
Kecohnya budak-budak tu sampai abang yang tengah bertugas pun tegur Si Nenek
Kalau dah tau tu tempat public, tak payah lah bawa
Kan dah malukan diri sendiri je
Kalau anak atau cucu tu jenis yang duduk diam, tak apa lah pula
Ni dah macam buat bank tu kawasan taman permainan

Bila kena tegur, Si abang tu tau lah nak senyap
Tapi Si adik yang umur 2-3 tahun tu apa dia tahu
Habis 1 bank tu dia tawaf, kat celah-celah meja pun dia masuk
Sampai uncle guard India yang jaga tu pun tegur
Kalaulah Cik L tau bahasa Cina, dah lama Cik L tegur budak-budak tu
Yang Cik L menyirap bila si adik tu boleh pulak main dengan menatang tempat letak brosure
Alah, yang boleh pusing-pusing tu
Geram sangat bila tengok

Kalaulah Cik L yang jadi akak yang tengah bertugas tu, nak saja uruskan hal nenek tu cepat-cepat
Bosan tengok cucu dia tu bising
Buat bank tu macam diorang punya pula
Bila turn nenek dia pergi kaunter, si cucu boleh main kat bawah board pertukaran wang
Kalaulah board tu jatuh, hempap diorang, baru tau
Bila urusan si nenek dah habis, baru aman sikit sebab dah senyap

So, bagi anda-anda yang ada adik kecil ke, anak kecil ke, cucu kecil ke atau apa-apalah yang kecil-kecil tu
Harap sangat anda dapat menjaga mereka dengan baik terutama di tempat awam
Atau kat tempat untuk menguruskan sesuatu
Kalau dah tahu mereka ni jenis yang nakal, tak payah bawa ye
Karang tak pasal-pasal anda pun dapat malu
Pesanan dari Cik L

Senyum-seyum selalu  >_<

Monday, 6 June 2011

Training Teacher????

Assalam...

Hey guys!!!

Lama sudah Cik Luvlydove nie tak update blog.
Kalau nak ikutkan, tak la busy sangat kot.
Maklumlah, sekarangkan tengah cuti sekolah.
Well, I'm training teacher now!!!
OMG! Macam tak percaya jew.
Rasa baru je masuk U sambung belajar.
Next year, insyaALLAH kalau ada rezeki, dapatlah posting untuk jadi cikgu.

Cik L baru jew start praktikum 3 weeks before school holiday hari tu
Itu pun 1 week after exam.
Wah, cepat gila. Baru habis exam tak sampai 2 minggu da start praktikum.
Bayangkan, macam-macam persediaan yang kena buat
Nasib baik Cik L tak praktikum kat tempat lain.
Kalau jauh dari rumah, sure lagi sibuk nak uruskan rumah sewa

First day is so much exciting
Actually not at all bcoz Cik L pernah sekolah kat situ
Yang exciting ialah Cik L akan mengajar
Alhamdulillah, Cik L dapat anak murid Form Lower 6 yang sangat sporting
Untuk Form 1 and 3 also okay but u know, budak-budak, nakal sikit

Antara perkara yang Cik L tak jangka ialah Cik L akan sambut Hari Guru!!!
16 Mei 2011
Ini adalah pertama kali dalam hiduk Cik L sebelum betul-betul diiktiraf jadi cikgu
So exciting sangat-sangat
Actually, untuk sambutan itu, students Form 6 akan uruskan
Cik L dengan kawan Cik L lagi sorang just bagi arahan
That is to make sure everything okay

Dengan pelajar Form 6


Event lain yang setakat ini Cik L joint ialah Mesyuarat Agong PIBG Sekolah
24 Mei 2011
Nie bukan mesyuarat biasa sebab yang rasmikan mesyuarat ini ialah TPM Malaysia
Well, memang banyak perkara kena settlekan
Cik L kena uruskan bahagian jamuan ibu bapa
Oleh sebab VVIP ada, so adalah meja makan untuk VVIP tu
The more important is the servers for the VVIP
The Principal want a boy to serve for TPM
So, I need to teach that boy how to serve
Alhamdulillah, Cik L pernah serve untuk VIP sebelum ini
Jadi, tak ada masalah sangat untuk itu

Dengan pelajar


The latest program yang Cik L joint ialah Perkhemahan Perdana Sekolah
27 - 29 Mei 2011
Cik L banyak bantu student Form 6 yang masa itu jadi urusetia
Antara aktiviti yang Cik L joint ialah belajar ikatan, malam kebudayaan dan jungle tracking
Tapi ada juga perkara lain yang Cik L uruskan
Perkara biasa yang berlaku ialah student tak akan perasan yang Cik L ada dengan mereka
Maklumlah, Cik L nie kan still macam student lagi
Bila mereka perasan Cik L ada, barulah mereka tersipu-sipu senyum siput dengan Cik L
Hehe

Bersama urusetia dan GPK HEM

Tapi cabaran yang paling berat adalah selepas cuti sekolah ini
Ini sebab Cik L akan full time mengajar
Kalau sebelum cuti tu tak adalah mengajar sangat sebab students tengah exam
Dan yang paling Cik L takut ialah penyelia Cik L akan datang
Itu yang Cik L risaukan
Wish me luck, okay!

Cik L rasa cukuplah sampai kat sini saje Cik L cerita pasal praktikum Cik L
Nanti Cik L akan update lagi
See ya!!!

Sunday, 24 April 2011

Rumput dan Kasih Sayang

Assalam...
Bismillah.....

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah... apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.

Sedarlah wahai insan, kasih sayang Allah itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.


Sumber :
http://iluvislam.com

Friday, 8 April 2011

Menyesal???

Hanya sebuah ceritera...




Nina.
Nama saja cukup mengambarkan ciri pemiliknya
Seorang yang kecil molek, putih gebu
Punya lesung pipit dan pipi kemerahan jika menahan malu
Suaranya merdu dan senyuman yang manis
Gadis awal 20-an yang sedang melalui zaman remajanya

Dia tiada ibu, hanya punya ayah
Punya seorang abang namun bukan seorang kakak
Sangat manja dalam keluarganya
Dia juga punya teman yang setia dengannya

Nina seorang yang sangat senang didampingi
Tapi dia seorang yang agak pendiam
Kadang-kadang celotehnya riuh jika bersama teman tersayang
Dan gedik manjanya bila bersama keluarga

Nina merupakan pelajar tahun dua di sebuah institusi pengajian
Mengambil program sastera kerana dia meminati puisi
Pernah beberapa kali menjadi juara di dalam pertandingan
Namun Nina bukan jenis yang bongkak

Suatu hari Nina mengikuti sebuah program baktisiswa
Program yang lebih bercorak kemasyarakatan
Empat hari bukan suatu jangka masa yang pendek
Tapi di situlah bermula kisah ini

50 orang peserta dari institusi yang sama
Hanya beberapa orang sahaja yang Nina kenal
Memegang jawatan sebagai ketua protokol bukan suatu yang mudah
Namun ia telah menjadi kebiasaan bagi Nina
Dia menjadi Tok Guru dalam semua majlis

Sepanjang program ini Nina telah berkenalan dengan Aman
Jejaki dari Pulau Borneo, namun beragama Islam
Aman petah berbahasa Melayu Semenanjung
Tiada pelat Serawak yang kedengaran
Namun masih fasih berbahasa ibunda

Tamat program, Nina dan Aman meneruskan perkenalan
Tiga minggu diperlukan Aman untuk membuka hati Nina
Entah mengapa Nina selesa dengan kehadiran Aman
Aman seorang yang gentleman, tidak pandai menipu
Aman sangat jujur dalam memikat Nina

Suatu cerita cinta Aman dan Nina terbuku
Setiap bait-bait kenangan tercatat di dalam hati
Nina mengukir detik di dalam diari
Dia tak mahu melupakan waktu berkenalan dengan Aman
Dan memadam kenangan dulu

Kebiasaan Nina telah bertukar bersama Aman
Segalanya dalam pengetahuan Aman
Aman ibarat pengawal keselamatan bagi Nina
Peneman ketika duka dan suka

Setiap hari mereka pasti bertemu di kampus
Bila Nina mahu pulang dari kuliah, pasti Aman akan menghantar Nina ke rumah
Aman tidak mahu Nina bersusah-susah lagi
Dengan Kelisa milik Aman, Aman pasti akan setia menghantar Nina

Suatu hari yang bukan lagi menjadi kebiasaan
Cuaca panas mengarahkan mereka bertemu di perkarangan pustaka
Berhujan peluh kelihatan di wajah Aman
Pucat terlukis di wajah Nina
Urat di kaki Nina mula rasa kejang dek banyak berjalan

Pertemuan sebentar hanya kerana ingin memberikan buku
Kesibukan Aman telah menjarakkan pertemuan mereka
Namun kali itu Aman mahu pulang ke rumah
Alasan mengantuk menjadi pengetahuan Nina

Entah mengapa kali itu Aman tidak berhajat untuk menghantar Nina
Nina pula terpaksa ke kedai buku
Sedangkan jalan pulang ke rumah Aman akan melalui kedai itu
Nina hanya berdiam
Tidak mahu mengganggu Aman
Nina sangat lurus orangnya

Aman : Nina nak ke mana lepas nie?
Nina : Nina nak pergi kedai buku
Nina berharap Aman dapat tolong menghantarnya
Aman : Oh, ok. Aman nak balik rumah, rasa macam mengantuk je nie
Nina : Okei, bawa kereta elok-elok
Aman : Okei, Nina. Nanti kita mesej ye
Nina : Baik. Assalammualaikum..
Aman : Waalaikummussalam.

Nina melihat sahaja Aman berlalu
Sesuatu terdetik di hati Nina
Tapi dia sengaja mendiamkannya
Dia tidak mahu merunsingkan Aman

Cuaca panas membakar kulit
Nina mengagahkan diri untuk berjalan
Harap dia sampai di kedai buku sebelum terlewat
Tapi di terpaksa melalui jalan besar

Dek waktu kemuncak pekerja keluar makan tengah hari tika itu
Jalan menjadi sibuk bagaikan jalan di kota raya
Nina berjalan melawan arus
Berdebar Nina tika melalui jalan besar
Berharap tiada apa yang berlaku

Tiba-tiba bunyi hon sebuah lori memeranjatkan Nina
Di hujung matanya melihat sebuah lori mengelak sebuah motorsikal
Pemandu lori memaut stering mengelakkan motorsikal itu
Namun dia tidak sampat mengelak pejalan kaki di hadapan

Akhirnya lori melanggar sedikit tubuh Nina
Melayang Nina ke tepi jalan yang berbatu
Kepalanya terhentak ke bumi
Terbaring Nina di situ

Dalam kesakitan, Nina sampat mengambil telefonnya di dalam poket
Merah darah di tangan tidak dipedulikan lagi
Nina mendail nombor telefon Aman
Nina tidak mampu mendengar lagi

Aman yang baru sahaja bering di katil mengeluh dek jeritan telefon
'Siapa lagi yang call ni?' keluh Aman
Tertera nama Nina di skrin, Aman menjawab panggilan itu
Tapi tiba-tiba terputus
'Nina saja-saja la nie, rindu kat aku'
Senyum Aman

Seminit berlalu
Sekali lagi telefon Aman berbunyi
Tertera nama Nina
Aman tersenyum lagi lalu menjawab panggilan
Aman : Hello
Wanita : Ini Aman ya?
Aman : Ya saya (Kehairanan)
Wanita : Gadis pemilik telefon ini kemalangan di Jalan Besar

Terlepas telefon di tangan Aman
Bergegas dia keluar menuju ke kereta
Sepanjang pemanduan fikiran Aman tak menentu
Tidak tahu berapa kelajuan yang dibawanya

Menyesal bukan kepalang
KENAPA AKU TAK HANTAR DIA TADI?
KENAPA AKU BIARKAN DIA JALAN SENDIRI?
KENAPA AKU BUAT DIA MACAM TU?
KENAPA? KENAPA? KENAPA?

Moral of the story...
Hargai setiap apa yang berlaku dalam hidup kita
Apa yang akan berlaku sememangnya tak boleh diduga
Hanya Tuhan sahaja yang tahu
Tak luak kalau kita berkorban untuk orang lain
Tapi kalau orang itu terkorban kerana kita, itu lagi memeritkan

Saturday, 19 March 2011

Aku Nak Habis Kat Situ, Enough!!!!

Bismillah...

Salam...

Hey blogger-blogger semua!!!

Lama dah tak hupdet blog nie, harap je hari-hari buka, tapi taipnye hampeh.
Tapi tak mengapa, saya akan selalu tengok blog-blog yang saya follow.
=)

Okey.
Saya nak mengadu kat sini bley tak???
Sejak masuk semester baru nie, macam-macam berlaku
Macam-macam perkara baru saya lalui
Rasa betapa payahnya semester sekarang nie
Macam nak skip je
Tapi itu semua mustahil untuk berlaku
Fine! Saya memikul amanah keluarga

"Sesungguhnya ALLAH tidak akan menduga seseorang itu jika dia tak dapat menghadapinya"
Jadi, saya adalah insan yang terpilih untuk melalui dugaan ini
InsyaALLAH saya dapat kuatkan diri untuk semua itu
Thanks mak, ayah, keluarga dan sahabat-sahabat yang selalu bagi sokongan
Pada wakil-wakil yang suka porak-perandakan hati saya pun terima kasih untuk kamu
Tanpa kamu, mesti saya tak kuat dan tak sekeras hati macam sekarang nie
Haha!! Ayat sentap di situ ya.

Inilah first time saya keras hati sangat-sangat
Walaupun dulu saya sangat sakit hati pada ex-bf saya,
Ex-bf yang saya sayang sangat-sangat,
Tapi saya masih boleh maafkan dia
Namun, tidak untuk kali ini
Nie dah sakit hati tahap gaban dah
Dah tak dapat nak wat apa lagi
Maaf tu masih boleh diberikan
Tapi nak terima semula, NO!!!
Cukuplah sekadar pernah kenal
Bukan berniat untuk putuskan per-kawan-an
Tapi cukuplah sampai di situ aje
Malas dah nak panjang-panjangkan masalah
Saya tak suka marah-marah ya

"Jangan ajar saya jadi jahat, nanti saya lagi jahat dari kamu"

Nielah tagline saya
Saya masih lagi boleh konsider untuk maafkan
Itu pun kalau orang tersebut sedar diri dan nak minta maaf pada saya
Kalau dia buat ta*k dengan saya
Saya pun akan buat ta*t pada dia
Saya tak suka nak gaduh tau awak

Sekarang nie, saya hanya berserah pada ALLAH
Jika Dia lembutkan hati saya, saya akan maafkan kamu ya
Okey, marilah kita berdoa bersama-sama
Amin.....

Monday, 28 February 2011

Kawan atau Sahabat?? Click Click

Salam

Bismillah.....





Hai semua. Thanks for viewing my blog.

Uit, dah berkurun juga aku tak membebel kat belog aku nie, rase rindu la plak.
Tapi nak buat macam mana, busy body la katakan.
Upss.....
Ok ok, next topik okey

Pasti semua ada kawan, kan?
Walaupun kita rasa kita kesunyian tapi kita tetap ada kawan
Kawan itu ialah diri kita sendiri
Kadang-kadang pernah terlintas kat hati aku nie, sahabat aku adalah sepi
Tapi kawan, jangan fikir macam saya tau
Tak baik untuk kesihatan
Heher~

Kita boleh jumpa ramai kawan-kawan
Tak kiralah kawan yang dah lama kenal atau baru saje kenal
Itu semuanya kawan kita
Tapi kawan itu berbeza dengan sahabat
Kalau kawan cuma hanya ada dengan kita masa kita tengah kaya raya atau senang-lenang
Tapi sahabat itu pula sentiasa ada dengan kita tak kira kita kaya raya atau miskin papa kedana

Dalam hidup aku, tak ramai yang aku boleh katakan mereka adalah sahabat
Masa aku sekolah rendah, sahabat aku paling rapat ialah Siti Syazana
Kami rapat sampai sekolah menengah
Tapi masa sekolah menengah tu pun kami dah tak rapat sebab dah berlainan kelas
Dah jumpa kawan-kawan baru



Kemudian masa sekolah menengah, aku ada dua orang sahabat yang rapat
Sorang bernama Noriza (adeq) dan Norirmawati (sha)
Kami memang rapat sejak dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5
Tapi masa Tingkatan 4 dan 5 je aku dengan Adeq tak sama kelas dengan Sha
Tapi kami tetap masih berhubung sampai sekarang
Walaupun kami jarang berjumpa sejak habis Tingkatan 5
Lepas habis sekolah, Watie pindah rumah, Adeq further study kat Kolej Mahsa
Aku sambung Tingkatan 6 kat bandar
Semua dah ikut haluan masing-masing
Sejak aku belajar kat Perak ini lagilah kami jarang sangat dapat jumpa
Aku dah tak ingat dah berapa lama tak jumpa Sha
Aku jumpa Adeq pun dalam 3 atau 4 kali setahun je
Adeq memang sahabat aku
Setiap tahun kami akan buat majlis suap kek sebab birthday kami tak jauh, dalam bulan yang sama juga
Adeq tak sama macam orang lain
Dia banyak bantu aku, bagi nasihat kat aku
Dia memang jujur dalam bagi nasihat tak kiralah aku dah buat salah atau tak
Kadang-kadang tu aku terasa dengan apa yang dia tegur
Tapi bila aku fikir semula, dia memang betul
Dia tegur sebab dia sayang dekat aku, dia tak nak tengok aku terus buat salah
For Adeq dan Sha, thank you so much!!!
Adeq, cepat-cepat bertunang dan kawin dengan Taufik
Sha, tahniah sebab dah bertunang, tak sabar nak rasa nasi minyak kamu





Sekarang, sahabat masa sekolah Tingkatan 6 pula
Kalau sekolah rendah ada seorang, sekolah menengah ada dua orang dan masa Tingkatan 6 ade tiga orang
Eh, makin ramailah pula
Yang nie pun aku sayang bangat pada diorang
Dalam setahun setengah kenal, dioranglah tempat aku mengadu dan bergumbira bersama
Maklumlah, masa Tingkatan 6, aku belajar kat bandar, kat sekolah perempuan
Duduk kat asrama pula tu
Punya payah aku nak sesuaikan diri kat sana, sampai nangis-nangis
Mak dengan ayah je yang tahu keadaan aku yang degil tak nak sambung belajar kat sekolah tu
Adanya Nur Liyana (Yana), Siti Rafieh (Peah) dan Zahidatul Fathiah (Atul), aku jadi tabah
Dengan adanya dioranglah aku lupa kesedihan aku
Tapi semuanya ada hikmah
Kalau mak dengan ayah tak paksa aku stay aku Tingkatan 6, tentu aku tak jumpa Yana, Peah dengan Atul
Walaupun dah dua tahun tak jumpa Yana, setahun tak jumpa Peah dan beberapa bulan tak jumpa Atul,
But, they all always in my heart
Yana dengan aku memang satu kepala, Peah banyak bantu aku dan teman aku masa kat asrama, Atul banyak cubit aku. Haha!!!
Tapi itulah mereka, kami sangat rapat sampai nak pergi mana-mana masti nak berempat

Itu masa zaman aku kat sekolah
Sekaranga dalah masa kau kat universiti
Tuk sahabat aku yang kat universiti ini aku tak boleh nak bagitahu sebab zaman universiti aku belum habis
Aku belum habis lagi nak analisis kawan-kawan aku sama ada mereka adalah hanya kawan atau sahabat

Kalau nak cakap kawan tu memanglah ramai, tapi sahabat susah nak dicari
Manusia ini memang tak sempurna, ada kekurangan dan kelebihan
Kepada kawan-kawan aku, maaf jika aku tak sempurna
Aku terlalu banyak kekhilafan dan kekurangan dalam diri
Aku masih dalam proses untuk jadi yang lebih baik
Kadang-kadang kita selalu cuba buat yang terbaik demi kawan-kawan
Tapi tak semua kawan-kawan yang akan buat perkara yang sama kepada kita
Tak semua kawan-kawan yang akan ingat dengan kita
Tak semua kawan-kawan yang berani ajak kita bergembira bersama
Tak semua kawan-kawan yang tulus hatinya temankan kita
Tak semua... Tak semua... Tak semua...

Terkilan itu dah biasa bagi aku
Small matter beb!!!!
Kadang-kadang sebab terlalu BAIK sangat, diri sendiri kena tindas
Kadang-kadang sebab terlalu LURUS sangat, kepala kena pijak
Sampai bila nak jadi macam nie???
Tapi bila dah selalu sangat jadi mangsa, kita akan rasa sampai dah tak ada perasaan langsung
Dah tak rasa nak menangis, dah tak ada rasa nak membebel, da tak ada rasa nak sakit hati
Semuanya dah tak ada rasa, yang penting kerja SIAP

Bermula satu pertemuan
Terjalin sebuah ikatan
Tercipta seribu kenangan
Kini hadirnya perpisahan menguji
Keutuhan dan kesetiaan dalam
Persahabatan
Lantaran itu
Belajarlah
Menghargai sebuah kenangan
Kerana ia kini hanya wujud dalam ingatan
Dan tak mungkin akan berulang lagi
Malah tak siapa biasa mengubahnya
Itulah realiti kehidupan
Namun sebuah persahabatan yang sejati
Pasti akan membawa...
Kerinduan yang abadi

Luv my friends..... @_<;