Senyum

Senyum
Senyum Itu Indah

Thursday 31 December 2009

Terus Berlalu...

Tiada kata seindah bahasa
Namun kata-kata juga mampu untuk membunuh
Biarpun bibir berbicara manis
Tapi adakah ia tulus dari hati?

Biarpun semuanya telah berlalu
Aku pasrah dengan apa yang telah berlaku
Kau dan aku hanya sebuah ceritera
Yang tidak akan pasti penghujungnya
Namun aku akan terus bertahan selagi termampu

Kenangan yang akan berlalu pergi
Kini aku kembali melihatnya
Mencari daun yang gugur layu
Mencari awan yang mendung kelabu
Mencari pelangi yang tidak menjelma
Apakah puncanya

Seperti semalam aku masih tertanya
Biarpun pasti ia sudah pergi
Tapi aku masih berhenti menanti
Pastikah ia datang kembali?
Haruskah aku menjauh?
Mampukah aku bertahan lagi?
Tiada jawapan yang menemani
Itu yang pasti

Aku melihat waktu yang pergi
Hanya sepi yang menemami
Terdiam kaku
Hanya mampu melihat saja
Walau ku tahu aku mampu menahannya
Tapi aku tak berdaya
Kerna aku takut akan kemungkinan yang akan berlaku

Biarkan ia pergi
Kenangan itu cumalah hanya memori
Kekal tak akan kembali
Tapi pasti akan terukir lagi
Walau lukisannya berbeza nanti

Aku berdiri berhenti hanya sebentar
Aku akan berjalan lagi
Cuma hanya ingin singgah di sini
Melihat album kenangan silam
Agar dapat ku pastikan
Kenangan akan ku bawa bersama
Walau waktu terus berputar
Walau di mana aku berpijak
Selagi aku terus bernafas
Itu yang pasti

Semalam adalah pasti
Esok itu insyaALLAH akan ada

Andai nyawa masih kukuh ditubuh ini
Akan ku relakan semuanya berlaku
Aku hanya mampu berdoa dan berusaha
Menanti esok yang akan tiba
Esok yang penuh tanda tanya
Akan ku ukir kembali sang pelangi
Agar hidup kita secerah mentari
Itu yang ku harapkan
Itu yang pasti



by :
anne alone all along

Friday 25 December 2009

Kurang Lagi 12jam

Aku baru saja masuk dalam bilik.
Hati memberontak untuk membuka laptop.
Tujuan utama adalah online.
Itulah pekerjaan yang wajib aku lakukan pada satiap hari.

Sebentar tadi...
Aku mencari ketenangan dengan duduk di hadapan televisyen a.k.a tv.
Sengaja aku mencari kedamaian setelah hati ini dilanda ribut taufan dek result.
Agak hampa di situ.
Aku tak memikirkan apa-apa semasa menonton tv.
Yang aku tahu, aku menikmati segala aksi-aksi dalam cerita Resident Evil : Apocalypse.
Memang best giler.
Aku sudah ada cd Resident Evil dengan Resident Evil : Extinction.
Baru beberapa hari lepas aku tengok dua cd itu.
Sepanjang hari duduk mengadap tv.
Sambil itu, tengok juga cerita The Lord of The Ring (yang last kot).
Lepas itu, aku tengok cerita Jackie Chan, tapi tak tahu apa judul ceritanya.
Hahaha!!!

Baru aku perasan rupanya aku tak menjamah sebutir nasi lagi.
Tengah hari tadi aku hanya mengalas perut dengan jemput-jemput kentang.
Petang pula mee bandung. Sedapnya... Yummie!!!!
Berhajat mahu makan, tapi semuanya terbantut dek result yang keluar pada jam 9.25 malam.
Terima kasih kepada teman sekuliah aku iaitu Suriati kerana menulis komennya di Facebook.
Lantas dengan pantas ala-ala kilat, aku terus membuka laman web UPSI.
Memang betul result sudah boleh dilihat.
Agak sedikit keciwa gitu di hati.
Apa-apa pun alhamdulillah sebab pointer bertambah sedikit.
Ada dua paper yang aku sudah buat yang terbaik kerana aku tahu itu adalah "paper membunuh!" namun hasilnya kurang memberansangkan.
Perkara sudah pun berlalu, apa yang harus dilakukan adalah redha dan berserah.
Pada semua rakan-rakan seuniversiti, tahniah dengan hasil dari usaha anda selama semester lepas.
Masih ada lagi semester akan datang, buatlah yang terbaik.

Tinggal lagi beberapa jam saja aku dapat menghangatkan diri di dalam bilik ini.
Rindunya pada kipas angin dan lampu tidur yang berwarna merah ini.
Mesti dia rindu pada aku nanti.
*Ketawa*
Sebelum aku meninggalkan rumah esok, aku berhajat untuk masak spegeti untuk abang aku.
Lagipun barang-barang untuk resepi spegeti sudah pun tersedia.
Baju telah aku packing.
Tinggal aku sahaja perlu bersiap untuk bertolak balik ke Tanjong Malim esok.
Perjalanan yang jauh akan menelan segala tenaga yang ada.
Aku perlu bersiap dengan semaksima yang mungkin.
*Aku perlu itu*
Dalam hati ini sedang bingit memberontak kesedihan dan kesayuan.
Dengan kudrat yang aku ada sekarang ini, dapat juga aku atasi air yang mahu dirembeskan di mata.

Kepada sayang aku yang ada di sini, jangan rindu aku, ya.
Aku pasti akan pulang lagi untuk menyiram pohon rindu.
Nantikan kepulangan aku.
*Love ya* @_^

InsyaALLAH
Jika takdir mengizinkan, aku akan berada di sini lagi.
Di tempat aku membesar bersama orang yang tersayang.
Tiada yang lebih bernilai dari itu.
Semua potret telah aku simpan di dalam otak laptop ini.
Itu saja pengubat rindu antara kita, sayang.

Jangan rindu aku
Semua ini hanya untuk sementara saja
Pasti akan aku curi masa untuk bersamamu lagi
Jangan rindu aku
Sebab rindu sangat sakit untuk dibendung
Tangislah kalau itu dapat memadam api rindu
Biar saja aku yang rindu
Kerana aku bijak selindungkan rindu
Aku bijak menafikan rindu
Aku mampu menahan rindu
Kau pernah lihat itu
Walau kau tahu aku berpura untuk itu
Sengaja aku mahu jauhkan diri
Aku tak mahu mengukir kenangan untuk mu
Itu lebih menyakitkan tatkala kau terkenangkannya
Biarkan aku sakit dibunuh rindu
Aku akan bertahan selagi termampu
Walau aku mengukir bait ini dengan air mata
Bukan selalu aku dapat merasa ini
Aku tahu kau juga memendam rasa yang sama seperti ku
Biarpun kau berpura terlena
Namun lenamu dihantui dengan bayangan ku
Maafkan aku jika itu mengganggumu
Biarkan saat yang diselubungi pagi ini suram
Biarkan aku lepaskan segala rasa rindu ini
Walaupun ku tahu esok yang terakhir bersua
Aku tetap berdoa kesempatan lain akan ada lagi
Jangan rindu aku
Aku terseksa jika kau akui kau rindu aku
Aku tak akan dapat bertahan dengan kata mu nanti
Biarkan kita berpura
Kerana itu lebih menenangkan hati
Jangan rindu aku, sayang
Aku sakit di sini
Hati ini perit menahan derita rindu
Lepaskan aku untuk sementara waktu
Demi kebahagiaan masa depan
Biar kita berkorban kala ini
Itu yang pasti
Jangan rindu aku...

by :
anne alone all along

Thursday 24 December 2009

Mana Sudah Pergi???

Sekarang ini Hana sudah buat blog baru just untuk lirik lagu.
So, kat blog ini cuma akan ada karya-karya yang merapu sahaja.
Semua lirik lagu telah dipindahkan ke Bisikan Bait Kata.
Boleh view di http://bisikanbaitkata.blogspot.com
Kalau ada lirik lagu yang best, bolehlah dikongsi bersama.
Jangan lupa untuk beri komen sekali ya.

Wednesday 23 December 2009

Tinggal Hari Esok Yang Satu...

8.52 malam....
Aku mula mencari ruang masa untuk aku merajinkan jari aku ini. Satu persatu jari aku menyentuh papan kekunci mengikut arahan dari kotak fikiran yang bekerja memikirkan ayat-ayat yang akan aku luahkan dari hati.

Hari ini agak memenatkan bagi aku. Seperti biasa, pada setiap pagi aku akan menguruskan rumah. Tugas ini sepenuhnya telah aku ambil alih secara tidak langsung sejak minggu lepas dek emak aku yang telah dengan suka dan relanya menceburkan diri dalam bidang usahawan a.k.a "Industri Kecil dan Sederhana" (IKS). Dari pagi sampailah petang emak akan berada di tempat industrinya itu. Hanya pada waktu tengah hari sahaja dia akan pulang ke rumah untuk memasak. Namun, sejak hari Isnin lepas, emak jarang pulang pada waktu tengah hari kerana sibuk menguruskan program anak angkat yang sedang berjalan. Tidak seperti selalu, akulah yang akan menyediakan segala yang patut sejurus ayah pulang untuk makan tengah hari atau pulang dari kerja. Agak memenatkan tapi seronok di hati. Minggu ini aktiviti aku penuh dengan memasak. Hari ini juga dengan tidak dijangka, ayah mengajak aku ke bandar. Tujuannya hanya untuk ke bank, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) untuk mengambil surat, mengajar kerani sekolah lain mengenai sistem baru dan mengepos surat. Tapi, apa bila berada di PPD, undangan dari sahabatnya untuk mengajarkan sesuatu di sekolahnya perlu dipenuhi. Agak terkejut kerana destinasi sekolah tersebut adalah bekas sekolah aku dahulu, SMK(P) Sultan Abu Bakar. Setiba di sana, hanya ayah yang turun dan masuk ke pejabat. Aku pula hanya memerapkan diri di dalam perut kereta yang panas akibat hujan yang turun. Banyak tempat yang telah aku pergi hari ini. Tapi apa salahnya aku menikmati semua ini lebih-lebih lagi aku akan pulang ke Tanjong Malim pada hari Jumaat nanti. Dapat juga aku melihat pemandangan bandar Muar yang sentiasa bingit dengan bunyi kenderaan.

Sekarang aku mengadap laptop dan mendengar lagu-lagu kesukaan aku. Emak pula tiada kerana menguruskan hal program anak yatim. Ayah pula menemani emak di sana. Adik pula sudah keluar dengan kawannya. Abang-abang aku pula sibuk melayan PS2. Aku hanya menyembunyikan diri di dalam bilik yang bercat putih ini. Tinggal esok sahaja lagi. Esok yang akan aku penuhi sepenuh-penuhnya dengan kenangan. Itu sahaja yang mampu. Dan esok juga aku akan mula mengemas barang-barang yang perlu untuk di bawa balik ke Tanjong Malim. "Tanjong Malim, here I come!". Aku belum lagi membuat senarai barang yang perlu aku bawa. Itu penting bagi aku kerana aku ingin memastikan tiada barang yang akan tertinggal. Tapi itu tidak mengapa kerana aku akan pulang ke rumah pada 31 Dis ini kerana ada acara merisik pada 1 Jan. InsyaALLAH... Semoga semuanya akan berjalan dengan lancar. *Tersenyum*

Jika ingin ikut kehendak hati ini, aku tak mahu ayah dan emak pergi hantar aku pulang ke Tanjong Malim kerana itu lebih memilukan aku. Aku lebih rela pulang sendiri dengan bus yang melambak di stesen. Tapi, aku biarkan sahaja kemahuan ayah itu. Aku bersyukur kerana emak sibuk, setidak-tidaknya dia dapat melupakan sedikit kerinduan terhadap aku. Tapi, takut aku yang tidak dapat menahan seksa rindu itu. Tapi, tidak mengapa, aku akan pulang lagi nanti untuk memenuhi syarat-syarat majlis.

Tapi, ada juga yang aku rindu selain keluarga tercinta. Dia yang aku rindu sehingga kini. Biarpun jauh dan akan dekat akhirnya, aku redha dan bersyukur. Hanya itu yang mampu aku ucapkan. *Tersenyum*. Biarkan musim hati kita terus begini jika itu yang akan membahagiakan hati mu. Akan aku akui segalanya, itu yang pasti. Hanya tunggu kemungkinan yang akan berlaku. Tiba-tiba aku ditegur dengan kata-kata Abang Taufik dahulu. "Kalau Hana nak cari (teman hidup) nanti, carilah yang lain umur. Tengok orang dulu-dulu, banyakkan bezanya. Tapi jangan cari suami orang pula. Hana cantik macam amoi, mesti ramai peminatlah, jangan risau," sempat lagi Abang Taufik mengusik aku. Hanya gelak yang aku lontarkan sebagai tindakbalas dek kata-katanya itu. Aku masih lagi teringat aksi aku ketika menerima mesej yang mengusik itu, aku gelak bergolek-golek di atas katil bak anak kecil yang penuh dengan keriangan. *Ketawa lagi*. Tak semena-mena, aku dipanggil "Amoi" oleh Abang Taufik. Panggilan itu mengingatkan aku pada pakcik sedara aku yang memanggil aku dengan panggilan "Amoi" semasa aku kecil. Rindu dekat dia.

Pada Tanjong Malim pula, aku akan kembali ke sisi mu. Begitu juga dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pak Guard yang jaga di pintu Gym juga akan kembali sesak mata melihat aku ulang-alik masuk ke kampus untuk ke Perpustakaan Tengku Bainun. Tapi, aku akan jarang ke kampus kerana kuliah aku penuh mengisi ruang di Taman U dan Taman Bernam. Agak jauh di situ. Hanya Perpustakaan Tengku Bainun, Komplek Malim Sarjana atau Bitarasiswa untuk memenuhi jemputan mesyuarat sahaja tujuan aku. Terlupa satu perkara, yang ini amat penting, ATM !!!. Itu yang pasti.

Bermula 28 Disember 2009, hari aku akan dihiasi dengan kesibukan ke kuliah sama ada di Taman U atau Taman Bernam. Aku juga akan melihat wajah-wajah pensyarah yang akan menjadi tenaga pengajar, tenaga memberi tugasan, tenaga mengubal kertas soalan dan tenaga memberi markah. Kuliah akan bermula pada penghujung tahun 2009. Aku mengharapkan sesuatu perubahan positif yang akan berlaku di sana. InsyaALLAH.

Tinggal Lagi....

23 Dis (Rabu)...
Masuk hari ini sudah 35 hari aku bermastautin di rumah family aku di kampung. Hari-hari mata aku di hidangkan dengan wajah ayah, emak, abang dan adik. Tinggal beberapa hari lagi aku akan dapat tidur lena di bilik sendiri yang telah aku ubah. Tinggal beberapa hari lagi aku dapat bermain dengan kucing-kucing aku itu. Dan tinggal beberapa hari lagi aku dapat melukis wajah-wajah keluarga tersayang di dalam layar hati aku. Mesti aku rindu detik-detik yang sudah berlalu.

Bila aku merenung semula waktu, hanya kesayuan yang aku nampak. Sedih kembali menusuk ke hati.... Aku tahu kamu juga dapat merasakan apa yang aku rasa. Tiada yang lebih bernilai dari keluarga. Itulah hakikatnya.

Friday 18 December 2009

Simbiosis Si Pelangi

Masih berdiri di sini
Kiri dan kanan tiada berteman
Depan dan belakang berpenghunikan sepi
Haruskan ia terus berlalu?
Tega meninggalkan hari-hari kelmarin
Terdiam

Ingin mulut berbicara
Namun hanya hati yang menjerit
Langit didonggakkan ke bawah
Bumi diangkat ke atas
Tapi tiada peluang untuk kepastian

Aku
Melihat semalam dan kelmarin
Ada kelompok kegembiraan bermain di taman hari
Tapi itu tidak secantik pelangi
Kelihatan segerombolan kesedihan menyanyi
Alunan gemersik lagu tangisan yang indah
Menenggelamkan warna-warna pelangi

Aku
Memandang ke arah kemungkinan
Esok yang ada di hadapan ku
Aku merenung tajam
Hanya kabus menjadi laluan yang nyata
Tongkat si keteguhan hati menjadi teman
Andai tongkat itu rapuh...
Maka aku akan tersadai di hari itu

Musim perjalanan harus bertukar
Kadang terhenti untuk seketika
Hanya melutut dan menunduk
Bila kaki tersandung kedukaan
Bila tongkat rapuh tak seteguh tiang yang menahan langit
Bila tangan digari kenangan semalam
Mata tak sanggup memandang wajah esok

Bisikan aneh menjadi peneman telinga
Hati mentafsir segala rasa
Aku dipaksa mendongak memandang ke hadapan
Ada yang menolong untuk berdiri
Tekad untuk berlari
Ada sinar yang menyuluh
Suatu kata terus berbisik
"Kau bukan selemah itu"

Melangkah sang kaki setapak
Mula bertenaga untuk berlari
Hijab esok mula tersingkap
Sebuah lukisan senyuman di dada langit
Aku tersedar ada tangan menarik
Menarik aku untuk terus mengejar waktu

Walau bukit esok setinggi langit
Aku pasti tangan itu akan membantu aku
Walau jurang esok seluas lautan
Aku pasti tangan itu tetap menemani
Aku yakin dengan sinar itu
Aku tahu Dia sentiasa dekat dengan aku


by :
anne alone all along

Wednesday 16 December 2009

Bla Bla Bla - My Room -

Hanya ingin berkongsi tentang apa yang aku sudah lakukan sepanjang cuti semester ini.
Selain bertungkus lumus menyambut Hari Raya Qurban, aku juga memerah tenaga selama 3 hari untuk renovate bilik aku.
Sesiapa mesti akan terperanjat bila melihat bilik aku yang tak banyak beza dengan stor pakaian.
Sekali pandang, aku memang mahu pengsan.
Sungguh sesak sehinggakan hanya seorang atau dua sahaja yang boleh menyelitkan badan di ruang itu.
Bilik itu sudah menjadi stor pakaian tidak rasmi semenjak aku tidak lagi kerap berada di rumah.
Seingat aku, bermula tahun 2006, aku jarang berada di rumah.
Itu kerana aku terlibat dengan PLKN dan menjadi seorang student di bandar yang memaksa aku untuk tinggal di hostel.
Sejak itu, lama kelamaan emak mula menyusun satu persatu pakaian dan barang-barang kraf tangannya di dalam bilik itu.
Bila aku mahu pulang, ayat pertama yang emak akan katakan pada aku ialah
"Adik, mak belum kemas bilik itu. Nanti mak kemaskan, ya."
Aku acap kali mendengar ayat tersebut.
Namun aku memahami keadaan emak aku yang terpaksa menguruskan rumah seorang diri.
Lebih-lebih lagi dia kerap terlibat dengan aktiviti luar.

Seminggu selepas Hari Raya Qurban, aku mengambil keputusan untuk renovate bilik itu.
100 % aku ubah.
Bermula pada hari Jumaat sehinggalah ke hari Ahad.
Aku berpuas hati dengan apa yang telah aku buat.
Hasil titik peluh aku seorang diri.
Tidak seperti dulu, kali ini emak memberi mandat pada aku untuk mengasingkan pakaian dan barangan yang tidak boleh digunakan lagi.
6 bag plastik sampah penuh dengan barang yang akan dibuang itu.
Lantai bilik yang hanya dihamparkan dengan tikar plastik, kini aku gantikan dengan tikar getah yang berwarna purple + pink (my favourite colour)
Hasilnya sangat memberansangkan hati aku.
Sehinggakan emak dan abang aku berebut untuk tidur di bilik itu jika aku pulang ke Tanjong Malim. (aku hanya tersenyum)
Aku sangat selesa dengan suasana baru bilik itu.
Walaupun dindingnya hanya berwarna putih, aku akan menukarnya dengan warna yang lain.
(InsyaALLAH)
Kepada emak, ayah, abang, akak dan adik aku, terima kasih kerana memberikan sokongan kepada aku untuk renovate bilik itu walaupun sudah sekian lama aku berniat untuk melakukannya.
huhuhu.

Saturday 12 December 2009

LARA (part 1)

Jalan cerita yang singkat, tapi itu yang berlaku.
Banyak perkara yang telah terjadi tanpa didugu.
*Sepi untuk seketika
*Seperti bayu yang berlalu kenangan itu muncul, satu demi satu

Pandangan mata hanya dihiasi dengan hujan yang turun.
Balqis masih berdiri di depan pintu, langsung tidak mengendahkan petir di luar.
Tangannya erat mengenggam handset berjenama Nokia 5300 Xpress Music.
Puas sudah dia mendail no itu, tapi tiada jawapan.
"Abang pergi kejap aje, Balqis jangan risau kei"
Itulah mesej terakhir yang diterimanya malam semalam.
'Apa yang dia tengah buat sekarang ni?' hati Balqis berbisik sendiri
Hatinya mula rasa sesuatu sejak kebelakangan ini, rasa seperti ada yang tersembunyi.
Puas dihitung, ditolak, dibahagi dan didarab namun kosong jawapannya.
Apa agaknya yang tidak kena?

Tiga hari berlalu selepas mesej terakhir yang diterima dari Nizam.
Balqis tersentak dari membaca akhbar Berita Harian apabila telefonnya menjerit.
Satu mesej telah masuk ke inbox mail.
Ditekan punat-punat telefon itu.
Nizam = "Sayang, sori. Handset abang rosak. Ni baru lepas hantar kedai,"
Balqis = "Em, xpe. Balqis cuma risaukan abang je"
Nizam = "Kita jumpa ya, tunggu abang kat shopping mall kei, jam 3."
Balqis = "Okey, take care abang"
Hati Balqis mula curiga, selama ini Nizam akan menjemputnya di rumah atau di tempat kerja untuk berjumpa, tapi kali ini tidak. "Ah, mungkin abang busy kot" pujuk hati Balqis.
Dia melupakan saja tanggapannya itu.
Waktu menunjukkan jam 1, Balqis ada 2 jam lagi untuk ke shopping mall.
Dia menyambung kembali membaca akhbar Berita Harian.
*Hati tersenyum gembira

Jam 2 Balqis mula bersiap.
Tangannya pantas memilih baju untuk dipakai.
Pilihan hati, warna ungu. Blause dengan sedikit potongan badan.
Lagi 20 minit hampir ke jam 3.
Balqis mencapai kunci kereta jenis Myvi.
Itulah kereta pertama yang baru dibeli kira-kira 6 bulan yang lalu.
Pilihan warna : hitam.
Kaki mula melangkah masuk ke dalam perut kereta selepas mengunci pintu.
Dia segera menuju ke shopping mall.

Mata mula menjengah untuk mencari tempat parking.
Melihat tiada parking kosong di bahagian bawah shopping mall yang biasa menjadi tempat kegemarannya, dia mula menukar arah.
"Malas betul aku nak parking kat atas" bentak hati Balqis.
Tapi itu yang harus dilakukan.
Sampai di tempat parking di atas shopping mall, Balqis mula resah jika tiada tempat kosong.
"Alhamdulillah, ada pun."
Segera memakirkan kereta di sebelah kereta Proton Pesona berwarna kelabu.
Enjin dimatikan. Kaki mula melangkah keluar kerata.
Ketika berada di luar kereta, telinganya mula mendengar suara seorang wanita
"Ye sayang, Ayu sayang abang. Ayu tak akan cari lain. Kan abang dah janji nak bertunang dengan Ayu. Abang jangan risau tau. Apa yang abang perlu buat cuma putuskan hubungan abang dengan perempuan tu. Ok abang."
Balqis hanya membiarkan sahaja tanpa menoleh ke arah wanita tersebut.
Balqis mula melangkah, tiba-tiba...
"Ops, sori ya. Tak perasan tadi. Maaf," pinta Balqis.
Telefon wanita berkenaan jatuh. Mereka telah berlanggar bahu.
"Hei perempuan, nak jalan tu tengok-tengok la orang lain. Jangan suka-suka nak jalan aje, buta ke?" jerit wanita yang memakai pakaian skirt ketat paras lutut dan t-shirt potongan badan kepada Balqis.
Tanpa memaafkan Balqis, wanita itu terus mencapai telefonnya.
Balqis sempat melihat telefon wanita itu walau bukan dengan niatnya.
Cantik gambar wallpapernya, tapi...
Wanita itu terus berlalu, Balqis juga mula melangkah dengan persoalan yang mengikutinya.

Hatinya dikejar dengan sejuta kerunsingan
Namun, dibiarkan saja dahulu kerana Nizam sedang menunggunya di Restorant Pizza Hut.
"Abang, sori. Lambat sikit, ada masalah kat tempat parking tadi,"
"Tak ape, abang tak kesah,"
"Kenapa ada dua gelas air? Abang makan dengan siapa tadi?" Balqis curiga.
"Tak ada lah, abang jumpa kawan abang tadi. Itu yang minum dengan dia tadi,"
"Oh... Ok."
Apa yang mencurigakan Balqis adalah terdapat kesan lipstik di gelas.
Mungkin kawan tempat kerja dia kot, detik hati Balqis.

Sampai di rumah, Balqis terus ke biliknya.
Hatinya masih lagi tidak senang.
Gambar yang dia lihat di telefon wanita yang melanggarnya tadi seperti gambar Nizam.
Gelas itu pun ada kesan lipstik.
*Balqis hanya diam
"Balqis!" jerit Salwa.
"Kenapa?" Balqis tersentak dari lamunan.
"Tadi aku nampak Nizam, dengan seorang perempuan. Lawa, tapi seksi. Aku ingatkan kau dengan dia tadi sebab kau ada bagitahu pada aku yang kau ada date dengan Nizam. Kau tak pergi ke tadi?" kata Salwa dengan penuh ghairah dan diakhiri dengan sangsi.
"Aku baru balik dari jumpa dengan dia la tadi ni. Tadi tu kawan dia," jawab Balqis, ringkas.
Hanya untuk sedapkan hati yang makin celaru

Berderau darah Balqis.
Salwa hanya terdiam kaku.
Yang mampu dilakukan adalah hanya melihat air mata Balqis mengalir.
Salwa tahu Balqis kecewa.
Bukan suatu khabar angin yang pernah didengarinya dulu daripada Zafuan, teman Nizam.
Ternyata betul khabar itu, Nizam menduakan Balqis.
Serpihan kaca bertaburan dilantai, bertaburan gambar-gambar yang telah tercarik.
Tersedu Balqis di katilnya.

Satu jam sebelum kejadian...
Balqis dan Salwa sibuk meneliti cincin belah rotan di sebuah kedai emas di dalam shopping mall.
"Kenapa Nizam tak datang? Sepatutnya dia yang beli dengan kau, bukan aku,"
Senyuman terukir dibibir Balqis tanpa dia melihat ke arah Salwa.
"Miss, saya nak tengok yang ini, ya," pinta Balqis kepada jurujual
"Dia kata nak pergi petang sebab dia ada kerja,"
"Hari Ahad pun kerja ke? Habis tu kenapa kau nak datang tengah hari pula?"
"Aku nak tengok-tengok dulu, petang nanti aku terus beli dengan dia."
Balqis menyarung cincin belah rotan yang dipilihnya tadi ke jari manis.
Cantik.
Balqis menoleh ke belakang kerana dia mendengar seperti suara Nizam.
Bermimpikah Balqis?
Nizam berjalan berpegangan tangan dengan seorang wanita.
Sangat romantik.
Berjalan sambil wanita tersebut melihat cincin yang tersarung ke jarinya.
Berputar semula kejadian lepas di mana dia terlihat gambar Nizam di dalam telefon seorang wanita.
Terdengar kata-kata wanita itu.
Dan kini, dia sendiri melihat Nizam dengan wanita itu, Ayu.
Hancurnya hati.
Balqis hanya terdiam tatkala itu.
"I'm sorry, Balqis," kata Salwa.
"Tak, kau tak payah minta maaf pada aku. Aku yang tak dengar kata kau dulu. Betul kata Zafuan."

Teganya Nizam melakukan perkara itu.
Apa salah yang telah dilakukan Balqis?
Impian untuk bertunang 2 bulan lagi hancur berkecai.

"Rupanya kau berkasih, menyingkir setia, sandiwara penuh dusta"


- anne alone all along -

Thursday 10 December 2009

Puisi Buat Abah

Abah,
Jika engkau mengajarku berkata-kata
Nescaya aku menjadi seorang pendusta
Tapi jika engkau mengajarku Alif Ba Ta
InsyaALLAH aku akan menjadi seorang pendeta

Abah,
Jika engkau mengajarku bergurindam
Nescaya aku menjadi seorang pendendam
Tapi jika engkau mengajarku Muqaddam
InsyaALLAH aku akan belajar sampai khatam

Abah,
Jika engkau mengajarku berlari
Nescaya aku menjadi seorang pencuri
Tapi jika engkau mengajarku mengaji
InsyaALLAH aku akan menjadi penzanji

Abah,
Jika engkau mengajarku bertutur
Nescaya aku menjadi seorang yang lupa bersyukur
Tapi jika engkau mengajarku bertafakur
InsyaALLAH aku tak kan menjadi seorang yang kufur

Abah,
Jika engkau mengajar aku huruf rumi
Nescaya aku menjadi pencinta duniawi
Tapi jika engkau mengajarku jawi
InsyaALLAH aku akan mengejar ukhrawi

Abah,
Ajarlah aku dengan Bismillah
Mudah-mudahan aku jadi kekasih ALLAH
Didiklah aku dengan Fatihah
Mudah-mudahan aku jadi anak solehah

Tuesday 8 December 2009

Inilah Kehidupan, Teman

Adakalanya dalam kesungguhan
Meniti sebuah pengharapan
Kita sering tercari erti

Mencabar dan dicabar
Mengejar dan dikejar
Menyalah dan dipersalah
Mengguna dan diperguna

Berpuncakkah gunung?
Tercapaikah impian?
Andai yang dikejar tak dapat
Yang dikendong berciciran

Diperdengarkan hati
Digenggam bara biar jadi abu

Buat teman yang memahami
Ku pasti harungi kepayahan ini
Walau sabarku dihinjak ke bumi !

Kasih Tuhan

Setitis kasih di lautan
Tak terbilang kasih Mu Tuhan
Ku mencari cahaya cinta Mu
Tetapi ku masih tidak ketemu
Kerana aku jahil mengenal Mu

Tuhan,
Terangilah hati hamba Mu ini
Dengan nur hidayah Mu itu
Kerana sering kali aku melupakan Mu
Ketika bahagia yang bertandan
Malangnya aku mencari Mu
Pabila gelap tumbuh di hatiku

Tuhan,
Sungguh rapuh Iman ku terhadap Mu
Sungguh aku malu untuk menemui Mu
Lantaran dosa ku yang menggunung
Tetapi Kau curahkan kasih Mu kepada ku

Tuhan,
Akan ku cari kasih Mu itu
Akan ku hidup kerana Mu
Tuhan, berilah daku petunjuk Mu
Kukuhkanlah tembok Iman ku
Agar aku terus mengenali Mu

Seperti Dia

Angir bertiup menampar pipiku
Diriku seolah-olah melayang di udara
Seperti kenangan ku bersama mu

Walaupun kita berbeda
Punya taraf seperti langit dan bumi
Tetapi aku ibarat pungguk merindukan bulan

Saat kita bertemu
Aku dapat merasakan kemesraan itu
Tak terjangkau akhlak mu
Yang sopan dan lembut mewangi
Ibarat rumput ditiup sang angin
Ibarat kain sutera baldu
Ibarat cintamu yang luhur

Aku...
Terpesona dengan tutur katamu
Akhlak mu mencerminkan peribadimu
Seorang muslimah yang dirindu
Membuatkan aku rasa rindu padamu

Kehadiran mu ibarat pelangi nan indah
Ibarat mentari pagi yang menyinar
Ibarat bulan dan bintang di tengah malam
Kau mengajarku tentang kehidupan
Agar menyintai Tuhan yang satu


-Cahaya Hati-
24 Mei 2007


Puisi ini aku luahkan untuk seorang guru yang rapat dengan aku ketika aku Tingkatan Enam Atas. Hampir berminggu-minggu aku keluar bersamanya. Dari situ aku merasakan seperti dia adalah kakak aku. Segala kegembiraan dan kesulitan yang dihadapi akan diluahkannya kepada aku. Hampir sepanjang masa aku menemaninya walaupun aku sedang menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Dia sungguh baik. Keakraban yang terjalin telah disalah ertikan dan dicemburui. Sebagai langkah untuk tidak menimbulkan apa-apa prasangka, aku sendiri yang mengeruhkan air jernih yang pernah aku dan dia lalui. Maafkan saya, cikgu. Saya lakukan semua ini adalah untuk meringankan masalah cikgu. Bukan niat untuk menimbulkan kesulitan, tapi untuk menghindarkan segala tohmahan. Maafkan saya, Cikgu Marina.

Berikan Aku...

Berikan aku cinta
Agar aku bisa ketawa
Berikan aku cinta
Agar aku bisa gembira
Berikan aku syurga
Agar dapat ku nikmati bahagia
Berikan aku seribu doa
Agar ku tahu erti kesyukuran
Berikan aku kegembiraan
Agar dapat ku sembuh segala derita
Berikan aku kata-kata azimat
Biar ku buang segala sengsara dan dendam kesumat
Berikan aku semangat
Untuk aku terus berjaya
Ajarkan aku dengan penuh kelembutan
Agar aku hormat menghormati
Bimbinglah aku dengan penuh kasih sayang
Agar aku bisa mengasihi
Berikan aku sepenuh perhatian
Untuk ku bina semula keyakinan

Leteran Dari Air Mata

This is my second post for this December. Hurm... what I want to say is "Hopeless", "Sadness" and "Tears".

Aku baru dapat komen di Friendster aku dari "Mak Tiri" aku yang dah lama aku tak jumpa. Actually, she is not my stepmom but she is my friend. Aku panggil dia mak tiri sebab kami minat pada orang yang sama tapi mak tiri aku yang berdarah kacukan Cina dan Melayu itu menganggap orang yang kami minat itu sebagai suaminya dan aku pula menganggapnya sebagai ayah aku. He is my inspiration all my life when I'm still study in Secondary School. He's very handsome and very kind person. Many changes happened when he rule there. Komen yang telah dilontarkan kepada aku adalah "where is my menantu tiri?". Aku agak terkejut dengan kata-kata tersebut. Hahaha. Hanya senyuman yang terukir dibibir aku apabila membaca komen tersebut. Lantas, jari jemari aku mula menaip jawapan untuk mak tiri aku itu. "Mana ada, memandai jew mak tiri ni,". Kalau ada, dah lama aku bagitahu pada dia. Tapi memang tak ada pun sekarang nie. She's so sweet, so kind and so caring. Always take care of me. Miss that moment.

Seseorang telah mencadangkan aku untuk mendengar satu lagu yang telah dinyanyikan oleh Kangen Band, dari negara seberang Indonesia. Tajuk lagu itu ialah "Yakinlah Aku Menjemputmu". Just slow music but I really touching with the lyric. First impression, aku terdiam. Second impression, aku menangis. Aku tersentuh dengan lirik lagu. Memang sedih. Sedih sebab aku tak pernah dapat apa yang ada dalam lirik lagu itu. Seriously aku yakin siapa-siapa yang dapat lagu ini dari orang yang dia sayang atau orang yang diharapkan akan jadi pengubat rindu akan rasa terharu sangat-sangat. Sebab aku rasa macam itu. But, it maybe impossible for me to get that. Hahaha!!! I'm just dreaming, right? Actually, apa yang aku lalui biasanya akan sama dengan lagu-lagu yang aku dengar. Lagu merupakan landasan yang paling ampuh untuk meluahkan apa yang ada dalam hati.

Now, I'm counting the day. Just hope this time will running fast. I want it will be the sweet memory in my life for ever. Dear, wait for me, okay. I'll be there for you. Just you and me will face that day. Pray for that. This last December or next February the gathering will be held. Can't wait to meet my new family. Love it.


-anne alone all along-

Sunday 29 November 2009

Untuk Apakah Cinta?

Cinta adalah sesuatu perasaan yang subjektif, sukar untuk dimengertikan apakah maksud sebenar cinta. Aku telah ditujukan dengan soalan :
1. Perlukah cinta?
2. Untuk apakah cinta?

Agak janggal apabila aku diberikan soalan seperti ini. Pada aku, soalan ini tidak perlu dijawab kerana setiap manusia akan berdepan dengan cinta. Setiap manusia mendambakan cinta yang suci dan abadi. Tapi, mampukah kita untuk mengapai cinta itu? Semuanya sudah tertulis dan kita hanya perlu mencarinya. Tuhan sudah pun menentukan siapakah pasangan kita cuma belum tiba masanya lagi untuk kita berjumpa dengan jodoh kita. Cinta mengajar kita untuk lebih menghargai. Dengan cinta juga akan mengajar kita untuk mengasihi dan kita juga akan dikasihi. Manusia boleh buta kerana cinta. Setiap apa yang ingin dilakukan demi cinta akan dilakukan tidak kira ianya bahaya ataupun tidak. Pengorbanan adalah suatu tindakan yang perlu dilakukan demi mendapatkan cinta. Terpulang kepada setiap insan untuk mempercayai cinta atau pun tidak.

Kekecewaan adalah salah satu sebab yang menjadi tembok penghalang kepada kita untuk mempercayai cinta. Setiap manusia juga akan mengalami kekecewaan, sama seperti aku. Kecewa dalam percintaan adalah suatu yang memeritkan. Telah banyak kali aku kecewa dalam percintaan. Apakah kerana aku tidak tahu bagaimana caranya untuk bercinta? Sepanjang hidup ini, tidak pernah sekali pun aku menyambut ulang tahun percintaan aku. Mungkin ada yang tidak percaya tapi inilah kenyataannya. Yang aku tahu, hanya satu percintaan sahaja yang akan aku sambut pada setiap hari iaitu Cinta kepada Allah swt. Hanya kepada-Nya aku berserah. Hanya Dia yang tahu apa yang telah aku alami sepanjang hidup ini. Suatu percintaan yang aku harapkan dahulu musnah apabila orang yang dikasihi telah bernikah dengan orang lain. Betapa hancurnya hati ini, terasa diragut, terasa direntap dengan tanpa belas kasihan. Janji hanya tinggal janji. Tiada suatu pun yang aku percaya lagi perkataan yang keluar dari mulut seorang lelaki. Aku paksa hati ini untuk percaya, namun akhirnya aku sendiri tahu apa yang akan terjadi. Salahkah aku? Perlukah cinta dan sayang?

Aku percaya cinta kerana Allah swt telah pun menyediakan cinta untuk setiap manusia. Terpulang pada setiap manusia untuk mentafsirkannya. Aku cintakan sepi kerana hanya dia yang sudi menemani aku. Hanya dia sahaja yang mengerti apa yang aku alami, apa yang aku rasa, apa yang aku sayang dan apa yang ada dalam hati ini. Aku sayang dia. Tapi dia menidakkan cinta. Apakah aku harus lupakan dia atau terus mengejar cintanya? Suatu keperitan apabila cinta hati yang ikhlas tidak dihargai. Apakah aku harus lupakan dia dan terima sahaja cinta daripada insan yang tidak aku sayang? Perlukah aku berbohong pada cinta? Hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Aku akan terus bersabar sehinggakan tiba masanya untuk sabar aku mati. Bak kata sahabat aku, Iqa, "Sabar itu manis rasanya". Ya, memang manis, manis semanis madu. Namun, sepahit hempedu jika ditelan sekiranya segala cinta yang dihulurkan dicampak jauh ketepi. Hangus hati bak dipanggang dengan api. Air mata darah yang akan menjadi teman sepanjang tidur.

"Ya Allah Ya Tuhan ku, sesungguhnya aku bersyukur dengan cinta yang telah Engkau berikan kepada aku. Hanya Engkau sahaja yang tahu siapa yang aku sayang. Segeralah Engkau jauhkan dia dari aku jika kasihnya bukan untuk ku dan cinta ku bukan untuknya,"

Saturday 28 November 2009

RAYA AIDIL ADHA

Sesuatu yang paling mengembirakan hati adalah apabila kita mengorbankan sesuatu yang akhirnya kita juga akan mendapat ganjarannya. Tapi, mampukah kita untuk mengorbankan sesuatu yang paling kita sayangi? Tentunya sukar untuk kita lepaskannya. Sesuatu yang kita sayangi ibarat ia adalah sebahagian daripada diri kita. Namun, pengorbanan harus dilakukan seperti mana yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. Baginda mengorbankan anaknya demi patuh kepada suruhan Allah swt. Tapi, kita? Apa yang telah kita korbankan demi Dia?

Alhamdulillah, majlis korban seekor lembu jantan telah selamat dijalankan. Usai solat Hari Raya Aidil Adha, beberapa orang kampung telah mula bertandan ke rumah. Aku yang sedari pagi sibuk di dapur menolong emak dan kakak menyediakan makanan sememangnya cukup memenatkan. Alhamdulillah, jiran-jiran datang membantu kami. Ayah pula sudah keluar semula pabila pulang ke rumah sesudah solat. Destinasinya adalah ke rumah Pak Imam, menolong melapah lembu. Abang-abang dan adik aku pula sibuk memerhatikan setiap inci-inci badan sang lembu yang akan disembelih oleh Pak Imam. Sayu dihati dan kolam air mata mula terbentuk tatkala telinga dialunkan dengan suara takbir di belakang rumah. Hati sayu bukan dek kesian dengan lembu yang akan disembelih, tapi sayu mendengar alunan takbir. Emak yang sedang mengambil serai di luar rumah juga menitiskan air mata. Sesungguhnya aku syukur dengan apa yang telah diberikan oleh-Nya. Alhamdulillah lembu tersebut tidak mendatangkan sebarang masalah. Alhamdulillah lembu itu sudah selamat disembelih. Aku melihat dari jauh orang-orang di belakang rumah sibuk melapah lembu, memotong, menimbang dan membungkus daging tersebut.

Keriuhan bukan hanya datang daripada jiran tetanggga sahaja, mak cik aku yang dari Segamat juga datang bersama familynya termasuklah 3 orang cucunya. Bak kata ayah, majlis yang berlangsung persis sebuah majlis perkahwinan. Aku hanya tersenyum sahaja. Aku pun tak tahulah siapakah di antara aku dan adik-beradik yang lain yang akan nikah dulu. Keseronokan amat dirasai semasa majlis berlangsung. Sesungguhnya aku tidak dapat melupakan kenangan yang manis ini.

"Ya Allah Ya Tuhan ku, sesungguhnya hamba-Mu ini bersyukur dengan segala kenikmatan yang telah Engkau berikan. Ampunilah hamba-Mu ini serta umat Islam yang lain. Berkatilah hidup kami di dunia dan di akhirat. Segala puji hanyalah untuk-Mu."

Tuesday 24 November 2009

Impian Hati

Tiada terfikir dek akal kerana akal tidak mempunyai perasaan. Hanya hati yang tahu segala-galanya. Hanya hati yang mampu untuk merungkai segala apa yang telah terukir di setiap perjalanan kisah ini.

Seorang anak kecil memerhatikan apa yang berlaku disekelilingnya. Dia hanya budak perempuan yang tidak mengetahui apakah itu kasih sayang. Yang ada di dalam hatinya hanya keluarga yang sentiasa di sisi. Namun, apabila dia mula menginjak ke alam persekolahan, baru dia tahu. Tapi itu hanyalah sedikit. Manakan mungkin seorang budak yang berumur sekitar 10 tahun tahu apakah makna mengasihi dan dikasihi inikan pula merungkai maksud cinta. Sifatnya yang rendah diri tidak memberi peluang kepada anak kecil ini untuk bercinta. Melihat akan rakan sekelas yang berpasangan membuatkan hati kecil Mya terasa. Namun, dia tahu siapakah dirinya dan dia tahu dia tidak layak untuk memiliki semua itu. Segera dia buang perasaan itu. Kehidupan diteruskan dengan bahagia disamping keluarga dan rakan-rakan.

Perjalanan hidup yang ditempuhi penuh dengan suka duka. Setiap tarikan nafas hidup telah membuka mata hati yang buta akan cinta. Cinta pada manusia yang bukan keluarganya. Cinta pada seorang lelaki yang asing dalam hidupnya. Usia yang matang itu telah membuatkan Mya mula percaya pada cinta. Darah remaja yang mengalir dalam setiap uratnya telah menjadikan Mya bersedia. Terpandang pada seorang lelaki bukanlah suatu yang aneh padanya. Tetapi, apakah mustahil jika dia merasakan sesuatu yang aneh apabila terpandang kepada seorang lelaki suatu hari nanti? Kedewasaan ini telah membuka segala corak kehidupan yang tidak pernah dipandang Mya semasa kecil. Dan hati itu juga mula jatuh cinta. Matanya terpandang pada seorang insan yang bernama lelaki. Dari mata, turun ke hati. Dari hati, Mya mengenal cinta. Setiap bait kata disimpan di dalam hati sehinggakan terbayang dalam mimpi. Izudin, hanya nama itu yang terpahat dalam hati. Dan hanya nama itu yang bisa mengukirkan sejuta senyuman dibibir Mya.

Tidak tertanggung lagi apabila hati mula menampung rindu yang berat. Hujan air mata mula mengalir pabila rindu yang sarat di hati menjadikan Mya sesak untuk bernafas. "Izudin!" jerit hati kecil Mya. Setiap detik akan dihitung satu persatu agar masa akan cepat bergulir. Hanya dengan menatap wajah dan berbicara sahaja yang dapat memberi penawar kepada hati Mya yang tenat akibat barah rindu. Dalam sekelip mata, sejuta pelangi bisa terukir didada langit, seindah sinaran bintang bisa terbentang dilautan angkasa. Setiap bicara yang dicanting dari mulut Izudin akan dipahat kemas di dalam hati Mya. Hanya Izudin yang dipercayainya, hanya Izudin yang mampu menjadi penyokong setianya dan hanya untuk Izudin, Mya sanggup berkorban. "Saya cintakan awak," luahan Izudin. Mya tersenyum dan menjawab,"saya pun cintakan awak." Itulah yang selalu menjadi ungkapan yang tidak jemu diluahkan dari hati masing-masing.

Setiap detik bersama akan diabadikan di dalam hati. Setiap kenangan akan dibukukan di dalam kotak memori. Kepercayaan telah diberikan sepenuh hati. Namun hati yang suci dibunuh dengan penawar rindu sendiri. Deraian air mata darah yang setia menjadi teman tatkala diri keseorangan. Tegakah semua ini berlaku!? Jeritan hati yang tidak siapa yang bisa mendengar. Pertama kali hati dirobek hancur, dibakar hangus, dibuang jauh ke dasar api, dihiris pilu dengan selumbar. Siapakah yang bisa bertahan? Hancur hati tatkala ungkapan "Selamat Tinggal" yang diucapkan di pertemuan itu. Hanya hati yang bisa mengukir segalanya. Mungkin itu hanyalah perpisahan sementara yang perlu dihadapi. Rintangan dalam percintaan hanyalah perkara biasa. Namun, parah hati Mya kerana perpisahan yang difikirkan sementara itu dalah untuk selama-lamanya. Beberapa purnama setelah dia tidak menjalinkan hubungan cinta bersama Izudin, dia mendapat khabar serta potret yang telah membuatkan hatinya koma daripada kehidupan cinta. Sebuah undangan yang tidak dijangka telah menghancurkan segala-galanya. Kelihatan Izudin tersenyum bak sinaran mentari yang terang. Tapi, yang terukir dibibir Mya hanyalah gerhana kegelapan sejuta tahun lamanya. Kaki pantas diatur untuk meninggalkan segala mata yang setia memandang dua insan yang sedang dalam kegembiraan ibarat pinang dibelah dua.

Kini, baru Mya tahu. Perpisahan yang berlaku bukan kerana haluan yang berbeza, tapi hati yang telah beralih arah. Begitu pantas Izudin melakukan semua itu. Mengapa tidak berterus terang sahaja dengan Mya akan niat sebenarnya itu? Bersalahkah Mya membenci Izudin? Bersalahkah Mya jika dia meletakkan segala kesalahan di atas bahu Izudin? Rintihan batin hanya Tuhan sahaja yang tahu. Hati Mya tetap sepi, sepi dari segala cinta. Walaupun ada yang sudi ingin menerangi hati yang sudah luka parah, namun Mya tetap membisu. Hatinya ibarat sudah koma dari mengenali apakah itu cinta. Cintanya hanya pada Tuhan yang mengetahui segalanya dan cintanya juga hanya pada keluarga tersayang.

"Maafkan aku, cinta. Aku sudah tenat dengan apa yang telah aku lalui. Kau berdoalah agar hati ini bisa melihat, mendengar, berkata-kata dan merasa kembali nikmat cinta."


-anne alone all along-

Air Mata Seorang Wanita

Seorang anak lelaki kecil telah bertanya kepada ibunya,"Mengapa ibu menangis."
"Kerana aku seorang wanita," jawab sang ibu kepada anaknya.
"Saya tidak mengerti," kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata,"Dan kau tak akan pernah mengerti."
Kemudian anak lelaki itu bertanya pula kepada ayahnya,"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan," hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak lelaki kecil itu pun membesar menjadi seorang lelaki dewasa, tetapi dia masih ingin tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya dia terjumpa satu naskah di mana tertulis:

Allah berfirman :
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menampung dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima segala bantahan yang seringkali datang dari anak-anaknya."
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam keegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik tak akan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan."

Tahukah?
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ditampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya.
Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada.

Monday 23 November 2009

My Bufday



Tiada yang lebih mengembirakan hati bila dapat sambut ulang tahun kelahiran dengan orang yang tersayang. Walaupun tarikh keramat 14 November itu aku tak dapat sambut dengan family tercinta kerana dek final exam, aku still lagi boleh dapat sambut dengan orang yang tersayang (housemate, member dan dot dot dot). Terima kasih kat housemate aku dan dua orang lagi member aku kerana buat surprise birthday party untuk aku walaupun aku terpaksa telan tepung yang diorang baling kat aku. huhu. Apa yang penting, aku hargai apa yang diorang dah buat untuk aku. Now, sekali lagi aku sambut birthday aku di rumah family even dah terlewat. Terima kasih kepada buah hati abang aku yang bagi hadiah kek coklat yang sedap itu. huhu.

Sunday 22 November 2009

SECARIK MIMPI

Awan yang pernah ku gapai kini kabur
Seperti seorang buta aku mencari
Tetapi ia hanya awan yang halus
Yang tak bisa ku sentuh kembali
Walau terasa kesejukkannya
Namun ia tetap awan yang sepi

Wahai awan
Kembalilah menemani aku
Aku ingin lagi menyentuhmu
Tapi apakan dayaku
Aku hanya penghuni di bawah ini
Dan kau abadi di puncak itu

Ingin ku berlari mengejarmu
Inginku menari bersamamu
Inginku berbicara denganmu
Tentang cerita dalam hatiku
Namun aku tahu
Itu hanyalah sekadar mimpiku

Awan
Bisakah kau kembali kepada ku?
Memeluk bersama bintang di langit
Bintang yang pernah kita impikan
Yang pernah menari di hamparan langit

Awan
Waktu yang pergi telah mengajarku
Aku semakin mengerti semuanya
Akan ku tetap mengejarmu
Walau ku rebah memeluk bumi
Kerana secarik mimpi
Aku ingin lukisan indah itu terukir lagi

KAU DIHATI

Detik menghitung hari
Waktu menggari hidup
Dalam tenang dalam tawa
Dalam tangis dan dalam duka kecewa
Dikau abadi dalam hatiku

Engkau,
Memberi nikmat kepada sang hamba
Memberi pelangi hidup yang sempurna
Memberi keindahan di depan mata
Memberi erti kehidupan yang sebenar

Engkau,
Menjagaku dengan tangan yang sempurna
Membelai kasih sayang yang tidak terhingga
Berat bebanmu kau pikul tabah
Walaupun diriku tidak mengerti semua

Engkau,
Bersamaku menyusuri liku hidup ini
Gelak, tawa, sedih dan duka
Kau dan aku saling memahami
Bersama mengecapi kejayaan nanti

Dikau,
Hadir dalam hidupku seumpama mimpi
Menyinari hidupku seumpama mentari
Kerenahku kau tabah layani
Belai kasihmu aku mencari
Wahai Tuhan satukanlah kami

TANGISAN HATI

Aku mengira setiap detik
Namun kau tetap tidak kembali
Aku berpaling
Melihat semula langkah yang telah aku tinggalkan
Tetapi semua langkah itu terhakis
Terhakis dek angin-angin yang meniup
Tanpa meninggalkan secalit garisan langkah itu

Aku mengharapkan bulan datang bersinar kembali
Namun malam itu awan menyelimuti langit
Aku termanggu keseorangan
Menanti hadirmu untuk kembali
Tetapi hampa yang kau beri

Andai kau dengar lara hatiku
Pastu kau akan mengerti
Andai udara ini bisa bercerita
Akan ku pinta ia untuk berkata
Menyampaikan jeritan rindu
Rindu ku kepada mu

Tapi semua itu hanya kenangan
Yang tinggal hanya mimpi
Hanya tangisan yang bernyanyi
Lagu rintihan hati ku
Yang masih ingin mengapai cinta mu...

SAMPAIKAN PADA SI DIA

Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya
Tolong beritahu si dia, Cinta Agung adalah Cinta-Nya
Tolong beritahu si dia, Cinta manusia bakal membuatnya alpa

Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku
Lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku
Lebih dari dia mengingati Yang Maha Berkuasa
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku
Lebih dari dia mendoakan ibu bapanya

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah
Kerana di situ ada Syurga
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya
Kerana di telapak itu Syurnganya

Tolong ingatkan si dia
Aku terpikat kerana imannya bukan rupanya
Tolong ingatkan si dia
Aku lebih cintakan zuhudnya bukan hartanya
Tolong ingatkan si dia
Aku kasihinya kerana santunnya
Bukan manis bicaranya

Tolong tegur si dia
Bila dia mula mengagungkan cinta manusia
Tolong tegur si dia
Bila dia tenggelam dalam angan-angannya
Tolong tegur si dia
Andai nafsu mengawal fikirannya

Tolong sedarkan si dia
Aku milik Yang Maha Esa
Tolong sedarkan si dia
Aku masih milik keluarga
Tolong sedarkan si dia
Tanggungjawabnya besar kepada keluarga

Tolong sebarkan pada si dia
Usah ucap cinta
Dikala cita-cita belum terlaksana
Tolong sebarkan pada si dia
Andai diri ini enggan dirapati
Kerana menjaga batasan cinta
Tolong sebarkan pada si dia
Bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya

Tolong pesan pada si dia
Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya
Tolong pesan pada si dia
Aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya
Tolong pesan pada si dia
Aku membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya

Tolong khabarkan pada si dia
Aku tidak mahu melekakan dia
Tolong khabarkan pada si dia
Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya
Tolong khabarkan pada si dia
Jadilah penyokong dalam kejayaanku

Tolong sampaikan pada si dia
Aku dambakan cinta suci yang terjaga
Tolong sampaikan pada si dia
Cinta kerana Allah, tidak ternilai harganya
Tolong sampaikan pada si dia
Hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa
Tolong sampaikan pada si dia
Kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri

Hanya Engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia
Moga pesananku sampai padanya
Walau aku sendiri tidak mengetahui siapa
Dan di mana si dia
Moga dia bagai seekor lebah
Yang sentiasa memuji Keagungan Yang Maha Kuasa
Memasuki Taman Larangan dengan sopan santunnya
Dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya
Simpanlah pesananku ini
Sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

Saturday 21 November 2009

Nilai Cinta

Cinta yang engkau berikan
Pada seorang teman
Itu tanda sempurnanya iman
Bila dengan tulus hati
Kau mencintai dirinya
Bagai diri sendiri
Simpati kepada sesama
Buat kita terbiasa melihat dari sisinya
Bagaikan raga yang sama
Sakit dirasa semua tiada merasa beza
Kita hidup berdampingan
Saling memerlukan
Cinta kasih dan sokongan
Semua akan kau temui
Saat kau mencuba
Bersama saling peduli
Rentangkanlah kedua tanganmu
Tebarkan kedamaian pada sesamamu
Bentangkanlah samudera kasihmu
Duka berbagi cerita
Bahagia kita bersama
Cinta-Nya tak pernah berbeda
Bagi seluruh manusia di mana adanya
Di sana hikmah kasih-Nya berada
Tuk raih kebehagiaan bagi setiap insan

Nilai cinta
Yang kau berikan pada semua
Nilai cinta
Yang kau bagikan untuk semua

Surprise Birthday Party (14 Nov 2009)






Gambar nie diambil mase nak sambut surprise birthday party aku.
Sweet Memory

Sedih. Kini, bersedia untuk lupakan dia.


Jam 2.10 petang, aku selamat sampai di rumah. Perjalanan agak memenatkan dan mata mula layu.
Destinasi = Rumah sahabat aku, Shaidah.
Program = Undangan majlis perkahwinan mak cik Sha.

Tention dengan apa yang berlaku pagi tadi apabila aku mahu online, tapi laptop kesayangan aku ini tak dapat detect wireless. Hampa. Aku mula mencari lokasi yang berhampiran dengan bilik adik aku sebab router berkenaan disembunyikan oleh adik aku di dalam biliknya. Hati tergerak untuk membuka friendster. Pantas aku click pada "who's viewed me?". Terpampang satu nama. "*.*.*.*". Aku cukup kenal dengan nama berkenaan walaupun aku tak pernah berbicara dengan insan tersebut. Aku hanya membisu. Sakit hati mula menyelubungi hidup aku. Tingkat kegeraman aku bertambah membuatkan sakit kepala aku pun bertambah.

"Apa yang harus aku buat?"
Sakit hati ni. Nak tahan lagi ke?
Memang betul segala-galanya. Langkah yang aku buang dulu, kena aku ambil semula. Itu yang harus aku lakukan sekarang ni.

SELAMAT TINGGAL
SAYA NAK LUPAKAN AWAK
AWAK PERGILAH KAT DIA YANG DAH LAMA TUNGGU AWAK
SAYA DAH TAK NAK SEDIH
SAYA DAH ADA TEMAN BARU
NAMA DIA "SEPI"
DIA AJE YANG FAHAM SAYA
TAPI.....
SAYA TETAP SAYANG AWAK, SAYA RINDU AWAK.
SAMPAI BILA-BILA

Friday 20 November 2009

RINTIHAN HATI SANG PENCINTA

Sayup hati sang puteri mendengar segala rintihan hatinya. Biarpun dia mahu menjerit sekuat hati, namun dia tahu bahawa tiada siapa yang akan mendengar. Kasihan hati sang puteri. Rupanya segala usaha yang ditanam selama ini tidak mendatangkan apa-apa hasil untuknya walaupun sedikit. Apa yang dijangka hanyalah mainan semata-mata. Terlalu angkuh dirinya untuk tidak meneruskan perasaan yang dipendamkan selama ini. Hatinya ibarat pokok yang ingin terus mengejar mentari yang tinggi tanpa mengetahui kemungkinan yang tak pasti. Namun kini dia mengetahui semuanya. Segala langkah yang diatur satu persatu hanylah anganan semata-mata. Tiada kasih yang dibalikkan semula. Permainan cinta yang tidak pernah sang puteri mencubanya dan kali ini dia menjadi mangsanya. Batapa pedih hati sang puteri, air mata ibarat hujan yang turun dari langit tanpa henti. Tergamak hati si dia memperlakukan sebegitu rupa kepada sang puteri. Apakah salah dan silap yang telah sang puteri lakukan kepada si dia? Apakah mencurahkan kasih dan menyimpan rindu kepada si dia merupakan satu kesilapan yang besar? Hati sang puteri tidak mengerti akan semua yang berlaku. Kekeliruan berkecamuk di hati menjadikan puteri tidak keruan. Fikirannya melayang teringat akan si dia yang telah mengajarnya untuk menyayangi dan merindui. Salahkah puteri untuk merindui si dia?

Puteri pernah menaruh harapan kepada si dia, namun puteri tahu hati si dia tidak ada untuk puteri. Ada penghalang yang menjadi tembok untuk kasih puteri terus menjalar di dalam hati si dia. Tetapi itu hanylah perasaan yang ada dalamhati sang puteri, puteri tidak mengetahui bahawa si dia terlebih dahulu menyimpan perasaan terhadapnya. Teka teki semakin menyelubungi perasaan sang puteri pabila si dia mengungkapkan kata "sayang" kepada sang puteri. Berbunga-bunga hati sang puteri tatkala si dia mahu berbicara empat mata dengannya. Puteri dapat merasakan suatu perasaan yang lahir dari dalam hatinya. Senyuman dan pandangan si dia makin mengukuhkan perasaan itu. Tapi adakah itu hanya satu permainan atau itu adalah tingkah laku semula jadi si dia? Maafkanlah sang puteri kerana menyayangi si dia. Andai apa yang dilakukan oleh si dia itu hanylah perasaan sang puteri, maka hentikanlah untuk memberikan harapan kepada sang puteri. Wahai si dia, berhentilah untuk bertemu dengan sang puteri, berhentilah untuk terus berbicara dengan sang puteri, berhentilah untuk terus membiarkan sang puteri hanyut dengan perasaannya yang bertepuk sebelah tangan itu.

Sesungguhnya rintihan hati sang puteri tiada siapa yang tahu. Wahai si dia, maafkanlah puteri andai suatu hari nanti hati sang puteri tidak akan terbuka untuk si dia. Apa yang sang puteri ingin lakukan ialah pergi jauh dari si dia. Biarpun sang puteri mengetahui bahawa hatinya tetap dekat dengan si dia, tetapi sang puteri harus melawan perasaan itu. Segala perasaan yang dipendam selama ini harus dilupuskan. Biarpun puteri harus menghadapi seribu rintangan daripada hatinya sendiri, namun demi kabahagiaan dan demi rindu yang harus dibuang jauh, putri sanggup melakukannya. Puteri tidak sanggup lagi untuk berdepan dengan perubahan rasa hati si dia. Puteri sudah tenat untuk menjadi mangsa dalam percaturan perasaan ini. Puteri ingin tenang menghadapi liku kehidupannya. "Lepaskan aku pergi," rintih hati kecil sang puteri.

Mengertilah wahai si dia, puteri sudah tidak berdaya lagi untuk menanggung rindu dan kasihnya terhadap diri mu. Andai benar si dia tidak berniat untuk mempermainkan perasaan sang puteri dan sesungguhnya tiada sekelumit pun perasaan si dia terhadap sang puteri, maka hentikanlah memberi harapan kepada sang puteri. Jauhilah sang puteri, hanya itu sahaja ubat yang paling mujarab untuk mengubati kelukaan yang telah menjadi barah di hati puteri. Sudah terlalu banyak rintangan yang telah dihadapi oleh sang puteri. Demi kasihnya kepada si dia, sang puteri sanggup menolak pelangi-pelangi yang ingin mewarnai kehidupan sang puteri. Tulusnya sang puteri menyintai si dia. Namun, sedihnya si dia tidak mengetahui atau apakah si dia sememangnya sengaja untuk tidak mengetahuinya.

Hanya Sang Puteri Yang Tahu

-anne alone all along-