Senyum

Senyum
Senyum Itu Indah

Tuesday 24 November 2009

Air Mata Seorang Wanita

Seorang anak lelaki kecil telah bertanya kepada ibunya,"Mengapa ibu menangis."
"Kerana aku seorang wanita," jawab sang ibu kepada anaknya.
"Saya tidak mengerti," kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata,"Dan kau tak akan pernah mengerti."
Kemudian anak lelaki itu bertanya pula kepada ayahnya,"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan," hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak lelaki kecil itu pun membesar menjadi seorang lelaki dewasa, tetapi dia masih ingin tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya dia terjumpa satu naskah di mana tertulis:

Allah berfirman :
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menampung dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima segala bantahan yang seringkali datang dari anak-anaknya."
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam keegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik tak akan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan."

Tahukah?
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ditampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya.
Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada.

1 comment:

LuVLYdOvE said...

Air mata seorang wanita bukanlah senjata untuk menundukkan seorang lelaki. Tetapi air mata yang mengalir itu adalah luahan hatinya yang tiada siapa yang tahu. Bukan mudah untuk mengalirkan air mata kerana air mata merupakan sesuatu yang berharga. Setiap manusia akan mengalirkan air mata tidak hanya wanita malah lelaki juga akan berbuat demikian sekiranya dalam keadaan yang teramat sedih atau teramat gembira.