SHARIFAH AINU BT MAN JONGANG
NO 44, BLOK 4
JALAN HATI BAHAGIA
KAMPUNG TANJONG BAHAGIA
44444, BUKIT BERJAMBUL
_______________________________________________________
THONG SAM PHA
LOT 44Z
JALAN PERINDUSTIAN LEMAK TERKUMPUL
40404, TANJONG SENGAL
TUAN,
Per : Surat Berhenti Kerja
Adalah saya seperti nama di atas, ingin menyatakan bahawa saya mahu berhenti kerja dari syarikat tuan. Saya berharap sangat permohonan saya ini diluluskan sekarang.
2. Sebab munasabah saya ingin berhenti kerja adalah kerana :
1. Saya sering dan kerap dibuli oleh senior yang satu line dengan saya
2. Makanan yang disediakan di kantin tak sedap tapi mahal lebih macam makan kat Kenny Roger Roester. Lebih-lebih lagi kalau mak cik yang pakai selipar ala-ala crocs tiruan warna oren tu yang kira.
3. Lagu 5's tak masuk dalam carta ERA
4. Waktu rehat sangat pendek, 15 minit aje. Dah lah nak beratur beli makanan dah 20 minit. Tak sistematik langsung
5. KERJA BERDIRI!!!! Kasut tak de sponge pulak tu. huh!
6. Bas kilang sangat-sangat laju. Kereta F1 pon kalah. Bahaya untuk keselamatan
7. Kelayakan SPM cam tak bermakna. Banyak sangat minah Indon yang tak ade SPM pon bley keje gak.
8. Pekerja dipaksa oleh supervisor untuk keje OT. Apa dia ingat kami ni ROBOT macam dalam cerita Terminator ke. Pastu kalau tak nak amek OT, ugut nak potong gaji siap dengan Warning Letter. Poyo!
9. Pintu kecemasan dihalang. Bila pihak BOMBA datang nak audit baru kalut. KESELAMATAN TIDAK DIUTAMAKAN.
10. Mesin scan in / out sikit sangat. Nak masuk keje kene beratur. Bila masuk lambat kena marah. Nak balik keje kene beratur macam budak sekolah. Beratur panjang-panjang sampai boleh buat pagar kilang.
11. Pintu keluar masuk ada 1 aje. Nak ambik pekerja beratus-ratus. Tu pon kene beratur, masuk lamabat kene marah dengan supervisor, keluar lambat kene marah dengan driver bas, sampai rumah lambat plak kene marah dengan mak ayah. Tention asyik kene marah aje.
12. Boss dengan supervisor sama aje kadang-kadang ok, kadang-kadang tak ok. Bila boss tak ok, dia marah supervisor, lepas tu supervisor plak marah kami. Event boss tention sebab bini dia lambat buat sarapan pon kami gak yang jadi mangsa.
13. Faedah-faedah lain tak memuaskan. Contoh yang ketara, keje macam nak tercabut kepala lutut tapi profit shearing hampeh
14. Bonus tahun ni tak ade langsung. Macam hampeh! Boss-boss atas je yang dapat bonus, orang bawah ni tak dapat langsung. Yang banyak keje semua orang bawah. Boss cuma datang sekali sekala tengok pekerja. Kalau macam nie baik boss-boss yang duduk goyang kaki mati cepat. Baru adil semua dapat bonus.
15. Banyak lagi benda-benda yang tak puas hati, nak bagitau pon tak sampai hati sebab takut nanti kilang tutup.
Untuk pengetahuan pihak tuan, selama bekerja sebagai operator pengeluaran dengan kilang tuan, saya telah berjaya menabung sebanyak RM500 ribu. Lima bulan lepas saya telah melabur wang saya dalam bentuk dinar emas. Setiap bulan saya akan dapat pendapatan keuntungan sebanyak RM2000. Inilah faktor terbesar dan faktor utama mengapa saya mahu berhenti kerja.
Terima kasih atas kerjasama dan tunjuk ajar tuan selama ini dengan saya.
Sekian, Terima kasih
No comments:
Post a Comment