Sorang tu nama dia Amri, sorang tu Budin dan sorang lagi Mat.
Aktiviti seharian mereka ni telah menyebabkan tok imam tak senang duduk.
Pada suatu hari, tok imam tu datang dengan niat nak bagi tarbiyah mereka 3 orang ini.
Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar dan debat-berdebat.
Ton imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu untuk ke surau pada waktu Maghrib nanti.
Si Amri pun berkata,"Tok Imam ingat kami ni jahil sangat ke? Tak ape, nanti kami buktikan yang kami ni bukan jahil sangat seperti yang disangkakan."
Maka, apabila hampir masuk waktu Maghrib, pergilah mereka bertiga ke surau.
Tok imam pun suruh Amri azan.
Tanpa berlengah, Amri pun azan je lah.
"Allah Ta'ala.... Allah Ta'ala...."
Dengan sengera Tok imam merampas mikrofon daripada Amri.
Beliau terus menyuruh tok bilal yang azan semula.
Terserlahlah kejahilan si Amri.
Selepas iqamat, tiba masa untuk solat.
Tok imam pun mengangkat takbiratul ihram.
Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk.
Angkat dua kali pun tak khusyuk juga.
Masuk kali ketiga, Budin panggil Tok imam.
"Tak, tok duduk belakang, biar saya jadi imam."
Tok imam pun undur la ke belakang.
Budin pun angkat la takbiratul ihram.
"Allahuakbar!"
Maka, para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram dan memulakan solat.
Tiba-tiba je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata,
"Aa, tengok. Sekali je tok."
Lalu, batallah solat yang nk diimamkan oleh Budin.
Yang lain-lain pun ikut berhenti solat sambil ketawa terbahak-bahak.
Tok imam pun minta Mat pula untuk jadi imam.'
Si Mat pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampailah habis solat Maghrib.
Siap dengan wirid-wiridnya sekali.
Maka, tok imam pun respect dengan si Mat ini.
Habis je solat, tok imam pun puji-memuji la si Mat ni.
Punyalah bangga si Mat ini bila kena puji dengan Tok imam.
Tapi, dengan bongkaknya si Mat ni berkata,
"Hehe, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dasyat aku solat. Heha."
Lalu, Tok imam pun terkedu dan terpana.....

No comments:
Post a Comment