Senyum

Senyum
Senyum Itu Indah

Sunday, 7 March 2010

Untuk Yang Lahir Tahun 80an Sahaja

Justify Full
Ini khas untuk anda yang lahir pada 1980 hingga 1989 sahaja ye.

Anda mesti teringat masa sekolah rendah dulu-dulu.
Cuba anda imbas kembali apa yang anda dan rakan-rakan anda lakukan masa tu.

~ Kat sekolah ade salesman jual buku cerita. Hari ni bagi list buku, esok minta duit beli buku walaupun cerita buku tu dah tau

~ Salesman yang jual susu pun macam tu juga

~ Kat library atau perpustakaan, budak-budak memang baca buku tapi cuma tengok gambar je. Bila ada Program Nilam, sibuk semua nak pinjam buku, tapi cuma nak tulis nama pengarang je, bukan nak baca buku tu pun, sinopsis cerita pun main tulis je.

~ RMT (Rancangan Makanan Tambahan) kat sekolah makan tak sedap, tapi yang berduit pun tumpang sekaki, tak faham betul la.

~ Pakai pensel box yang boleh buka depan belakang, pastu ade sharpener kat tengah-tengah pensel box tu. Memang jadi trend la masa tu.

~ Main lawan pemadam, sayang nak guna pemadam tu untuk padam padahal itu fungsi sebenar pemadam iaitu memadam!

~ Pakai pembaris yang bergerigi, kat dalam ada air pastu ada prada yang kilat-kilat dalam air tu.

~ Cikgu pakai pembaris kuning yang besar, ada pemegang kat tengah-tengah tap tak pernah nampak cikgu pegang pun kat situ.

~ Bulu ayam kejap je hilang atau tercabut sebab selalu dijadikan rotan.

~ Masa pendidikan seni, melukis semua boleh tapi bila masa mewarna semua hampeh. Ada juga yang buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, origami la, tah apa-apa lagi la.

~ Main game 2D, super contra, super mario, street fighter, semua pakai tape.

~ Jam tangan Boy London jadi idaman sebab boleh tukar-tukar warna ikut suhu dan cuaca.

~ Masa nak kene inject BCG memang takut, sampai ada yang menangis, tak kurang juga ada yang lari dari nurse. Tapi bila daj inject, poyo la pula.

~ Balik sekolah singgah kat kedai sebab nak beli JoJo tak pun beli Dendang. Tora pun jadi. Beli benda tu semua semata-mata nak mainan, coklat yang kat dalam kotak tu tak makan pun.

~ Kasut berlampu kat tapak kasut, yang iklan dia kat tv boleh tembak alien tu.

~ Siri kartun yang jadi pujaan : Power Ranjers, Ultraman, Transformers, Ninja Turtle, Thundercats, Maskman, Gaban dan macam-macam lagi lah.

Mesti anda dah lupa semua ini, kan? Inilah yang kita lakukan masa zaman kanak-kanak hingusan. Jangan lupa semua ini sebab budak-budak zaman sekarang tak sempat nak layan benda-benda ni. Kita akan sentiasa berubah, cuma asal-usul kita yang kekal.

No comments: