Lumrah
dalam kehidupan mana-mana wanita akan melayari alam perkahwinan. Bermula sejak
lahir lagi seorang perempuan akan terdedah dengan tugas-tugas yang dilakukan
oleh seorang wanita iaitu ibu mereka. Apabila meningkat dewasa, seorang remaja
perempuan akan mula mengenali cinta dan akhirnya akan berkahwin dengan pasangan
masing-masing mengikut ketentuan Tuhan.
Di
saat lafaz akad disaksikan dan disahkan, ketika itulah status seorang wanita
bertuka menjadi seorang isteri. Bermulalah tanggungjawab sebagai seorang
isteri. Namun, ramai yang tidak tahu, mungkin lupa atau mungkin sengaja
melupakan. Tanggungjawab seorang isteri kini lebih mencabar lebih-lebih lagi
bagi yang bekerjaya.
Waktu
pagi sudah bangun untuk menyediakan sarapan untuk suami dan diri sendiri
sebelum pergi kerja. Sesungguhnya tidak sanggup seseorang isteri itu membiarkan
suaminya pergi kerja tanpa menyuap atau meneguk air buatan tangannya.
Seringan-ringan pun akan menyediakan air kopi atau tea dan mungkin dengan
menyediakan roti serta jem atau kaya.
Kemudian,
bersama-sama keluar pergi ke tempat kerja masing-masing. Mungkin tempat kerja
suami lebih dekat daripada isteri dan mungkin tempat kerja isteri lebih dekat
daripada suami. Tekanan kos hidup yang melambung tinggi telah memaksa si isteri
turut membantu suami mencari rezeki lebih-llebih lagi bagi isteri yang
mempunyai kelulusan. Di sinilah bermulanya kehidupan seorang isteri yang agak
sibuk berbanding isteri-isteri yang tidak bekerja.
Pulang
dari kerja pasti yang ditujui oleh isteri adalah dapur. Tempat yang kerap dilawati
saban hari. Mungkin tugasan yang pertama dilakukan adalah memasak. Ya,
semestinya. Suami akan lebih sayang jika isteri boleh memasak dan menyediakan
makanan untuknya terutama apabila pulang dari kerja. Di sinilahsi isteri akan
mula menyinsingkan lengan baju untuk masak. Memikirkan menu yang sesuai,
memilih bahan-bahan untuk dimasak dan selalunya mereka akan membuat tugasan dua
dalam satu. Sambil memask, isteri juga akan memeriksa pakaian yang kotor dan
membasuhnya. Mungkin juga akan menyapu lantai, mengemas keadaan dapar agar
lebih kemas dan cantik.
Terdapat
isteri yang tidak akan mandi dahulu kerana mahu menyelesaikan tugas-tugas
menguruskan rumah sebelum kepulangan si suami dan akan mandi apabila segalanya
telah selesai. Ya, ini adalah tugasan isteri di rumah. Itu belum lagi menyentuh
hal-hal berkaitan dengan pengurusan anak. Mungkin tidak menang tangan
dibuatnya.
Oleh
itu, kepada suami, jangan sesekali anda merungut bahawa isteri anda selalu
tidak terurus, lambat menguruskan rumah dan mungkin tidak dapat melayan anda
sesempurna yang anda mahu. Isteri juga seorang manusia yang mempunyai tenaga
yang perlu di-cas semua, memerlukan rehat, dan mereka juga lemah. Bukan seperti
robot yang boleh membuat kerja dengan cepat, namun robot juga akan rosak.
Tidak
mustahillah jika ada suami yang akan berjinak-jinak untuk berkawan dengan
wanita lain yang semestinya belum berkahwin. Ya, mungkin mereka lebih cantik
dan pandai mengambil hati anda. Tapi anda perlu ingat bahawa mereka tidak
mempunyai apa-apa komitmen atau tugasan lain untuk dibuat berbanding isteri
anda yang perlu menguruskan hal anda, anak anda dan akhir sekali dirinya
sendiri.
Isteri
tidak bermaksud untuk mengabaikan anda, Cuma kadang kala mereka letih
menguruskan semua hal rumah tangga sendirian tanpa bantuan sesiapa. Lebih
menyedihkan lagi apabila si suami hanya merasakan tanggungjawabnya hanyalah
untuk mencari nafkah. Tahukah anda bahawa tanggungjawab suami juga adalah
menguruskan hal-hal rumah tangga? Jangan dimarahi isteri yang keletihan
mengurskan segalanya sedangkan anda hanya duduk di sofa empuk sambil menonton
filem kesukaan anda atau mungkin anda sedang lena tidur di katil sedangkan
isteri anda mendukung anak sambil membuat kerja-kerja rumah.
Bantulah
isteri anda, bukan anda sahaja yang keletihan namun isteri anda juga letih
lebih-lebih lagi jika isteri anda juga bekerja seperti anda. Isteri mana mahu
membiarkan suami mencari nafkah seorang diri sambil terpaksa menanggung hutang-hutang.
Suami,
bantuan lebih diperlukan oleh isteri ketika mereka hamil. Mungkin anda boleh
melihat isteri anda mampu membuat tugasan setiap hari dan anda berpendapat
bahawa mereka tidak perlukan bantuan. Jika anda berfikiran sebegitu bermaksud
anda salah. Ketika inilah tenaga seorang wanita yang hamil amat-amat terhad dan
perlu rehat yang secukupnya. Bukan mudah untuk membawa bayi di dalam kandungan
selama sembilan bulan sambil mengalami pelbagai masalah kesihatan. Sesungguhnya
pertolongan anda tidak kira waktu addalah amat dinantikan dihargai oleh seorang
isteri.
Sanyangi
pasangan masing-masing. Saling membantu akan lebih mengeratkan hubungan antara
suami isteri.
No comments:
Post a Comment