Senyum

Senyum
Senyum Itu Indah

Sunday, 22 November 2009

SAMPAIKAN PADA SI DIA

Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya
Tolong beritahu si dia, Cinta Agung adalah Cinta-Nya
Tolong beritahu si dia, Cinta manusia bakal membuatnya alpa

Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku
Lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku
Lebih dari dia mengingati Yang Maha Berkuasa
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku
Lebih dari dia mendoakan ibu bapanya

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah
Kerana di situ ada Syurga
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya
Kerana di telapak itu Syurnganya

Tolong ingatkan si dia
Aku terpikat kerana imannya bukan rupanya
Tolong ingatkan si dia
Aku lebih cintakan zuhudnya bukan hartanya
Tolong ingatkan si dia
Aku kasihinya kerana santunnya
Bukan manis bicaranya

Tolong tegur si dia
Bila dia mula mengagungkan cinta manusia
Tolong tegur si dia
Bila dia tenggelam dalam angan-angannya
Tolong tegur si dia
Andai nafsu mengawal fikirannya

Tolong sedarkan si dia
Aku milik Yang Maha Esa
Tolong sedarkan si dia
Aku masih milik keluarga
Tolong sedarkan si dia
Tanggungjawabnya besar kepada keluarga

Tolong sebarkan pada si dia
Usah ucap cinta
Dikala cita-cita belum terlaksana
Tolong sebarkan pada si dia
Andai diri ini enggan dirapati
Kerana menjaga batasan cinta
Tolong sebarkan pada si dia
Bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya

Tolong pesan pada si dia
Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya
Tolong pesan pada si dia
Aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya
Tolong pesan pada si dia
Aku membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya

Tolong khabarkan pada si dia
Aku tidak mahu melekakan dia
Tolong khabarkan pada si dia
Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya
Tolong khabarkan pada si dia
Jadilah penyokong dalam kejayaanku

Tolong sampaikan pada si dia
Aku dambakan cinta suci yang terjaga
Tolong sampaikan pada si dia
Cinta kerana Allah, tidak ternilai harganya
Tolong sampaikan pada si dia
Hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa
Tolong sampaikan pada si dia
Kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri

Hanya Engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia
Moga pesananku sampai padanya
Walau aku sendiri tidak mengetahui siapa
Dan di mana si dia
Moga dia bagai seekor lebah
Yang sentiasa memuji Keagungan Yang Maha Kuasa
Memasuki Taman Larangan dengan sopan santunnya
Dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya
Simpanlah pesananku ini
Sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

No comments: