Senyum

Senyum
Senyum Itu Indah

Wednesday, 23 December 2009

Tinggal Hari Esok Yang Satu...

8.52 malam....
Aku mula mencari ruang masa untuk aku merajinkan jari aku ini. Satu persatu jari aku menyentuh papan kekunci mengikut arahan dari kotak fikiran yang bekerja memikirkan ayat-ayat yang akan aku luahkan dari hati.

Hari ini agak memenatkan bagi aku. Seperti biasa, pada setiap pagi aku akan menguruskan rumah. Tugas ini sepenuhnya telah aku ambil alih secara tidak langsung sejak minggu lepas dek emak aku yang telah dengan suka dan relanya menceburkan diri dalam bidang usahawan a.k.a "Industri Kecil dan Sederhana" (IKS). Dari pagi sampailah petang emak akan berada di tempat industrinya itu. Hanya pada waktu tengah hari sahaja dia akan pulang ke rumah untuk memasak. Namun, sejak hari Isnin lepas, emak jarang pulang pada waktu tengah hari kerana sibuk menguruskan program anak angkat yang sedang berjalan. Tidak seperti selalu, akulah yang akan menyediakan segala yang patut sejurus ayah pulang untuk makan tengah hari atau pulang dari kerja. Agak memenatkan tapi seronok di hati. Minggu ini aktiviti aku penuh dengan memasak. Hari ini juga dengan tidak dijangka, ayah mengajak aku ke bandar. Tujuannya hanya untuk ke bank, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) untuk mengambil surat, mengajar kerani sekolah lain mengenai sistem baru dan mengepos surat. Tapi, apa bila berada di PPD, undangan dari sahabatnya untuk mengajarkan sesuatu di sekolahnya perlu dipenuhi. Agak terkejut kerana destinasi sekolah tersebut adalah bekas sekolah aku dahulu, SMK(P) Sultan Abu Bakar. Setiba di sana, hanya ayah yang turun dan masuk ke pejabat. Aku pula hanya memerapkan diri di dalam perut kereta yang panas akibat hujan yang turun. Banyak tempat yang telah aku pergi hari ini. Tapi apa salahnya aku menikmati semua ini lebih-lebih lagi aku akan pulang ke Tanjong Malim pada hari Jumaat nanti. Dapat juga aku melihat pemandangan bandar Muar yang sentiasa bingit dengan bunyi kenderaan.

Sekarang aku mengadap laptop dan mendengar lagu-lagu kesukaan aku. Emak pula tiada kerana menguruskan hal program anak yatim. Ayah pula menemani emak di sana. Adik pula sudah keluar dengan kawannya. Abang-abang aku pula sibuk melayan PS2. Aku hanya menyembunyikan diri di dalam bilik yang bercat putih ini. Tinggal esok sahaja lagi. Esok yang akan aku penuhi sepenuh-penuhnya dengan kenangan. Itu sahaja yang mampu. Dan esok juga aku akan mula mengemas barang-barang yang perlu untuk di bawa balik ke Tanjong Malim. "Tanjong Malim, here I come!". Aku belum lagi membuat senarai barang yang perlu aku bawa. Itu penting bagi aku kerana aku ingin memastikan tiada barang yang akan tertinggal. Tapi itu tidak mengapa kerana aku akan pulang ke rumah pada 31 Dis ini kerana ada acara merisik pada 1 Jan. InsyaALLAH... Semoga semuanya akan berjalan dengan lancar. *Tersenyum*

Jika ingin ikut kehendak hati ini, aku tak mahu ayah dan emak pergi hantar aku pulang ke Tanjong Malim kerana itu lebih memilukan aku. Aku lebih rela pulang sendiri dengan bus yang melambak di stesen. Tapi, aku biarkan sahaja kemahuan ayah itu. Aku bersyukur kerana emak sibuk, setidak-tidaknya dia dapat melupakan sedikit kerinduan terhadap aku. Tapi, takut aku yang tidak dapat menahan seksa rindu itu. Tapi, tidak mengapa, aku akan pulang lagi nanti untuk memenuhi syarat-syarat majlis.

Tapi, ada juga yang aku rindu selain keluarga tercinta. Dia yang aku rindu sehingga kini. Biarpun jauh dan akan dekat akhirnya, aku redha dan bersyukur. Hanya itu yang mampu aku ucapkan. *Tersenyum*. Biarkan musim hati kita terus begini jika itu yang akan membahagiakan hati mu. Akan aku akui segalanya, itu yang pasti. Hanya tunggu kemungkinan yang akan berlaku. Tiba-tiba aku ditegur dengan kata-kata Abang Taufik dahulu. "Kalau Hana nak cari (teman hidup) nanti, carilah yang lain umur. Tengok orang dulu-dulu, banyakkan bezanya. Tapi jangan cari suami orang pula. Hana cantik macam amoi, mesti ramai peminatlah, jangan risau," sempat lagi Abang Taufik mengusik aku. Hanya gelak yang aku lontarkan sebagai tindakbalas dek kata-katanya itu. Aku masih lagi teringat aksi aku ketika menerima mesej yang mengusik itu, aku gelak bergolek-golek di atas katil bak anak kecil yang penuh dengan keriangan. *Ketawa lagi*. Tak semena-mena, aku dipanggil "Amoi" oleh Abang Taufik. Panggilan itu mengingatkan aku pada pakcik sedara aku yang memanggil aku dengan panggilan "Amoi" semasa aku kecil. Rindu dekat dia.

Pada Tanjong Malim pula, aku akan kembali ke sisi mu. Begitu juga dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pak Guard yang jaga di pintu Gym juga akan kembali sesak mata melihat aku ulang-alik masuk ke kampus untuk ke Perpustakaan Tengku Bainun. Tapi, aku akan jarang ke kampus kerana kuliah aku penuh mengisi ruang di Taman U dan Taman Bernam. Agak jauh di situ. Hanya Perpustakaan Tengku Bainun, Komplek Malim Sarjana atau Bitarasiswa untuk memenuhi jemputan mesyuarat sahaja tujuan aku. Terlupa satu perkara, yang ini amat penting, ATM !!!. Itu yang pasti.

Bermula 28 Disember 2009, hari aku akan dihiasi dengan kesibukan ke kuliah sama ada di Taman U atau Taman Bernam. Aku juga akan melihat wajah-wajah pensyarah yang akan menjadi tenaga pengajar, tenaga memberi tugasan, tenaga mengubal kertas soalan dan tenaga memberi markah. Kuliah akan bermula pada penghujung tahun 2009. Aku mengharapkan sesuatu perubahan positif yang akan berlaku di sana. InsyaALLAH.

2 comments:

melor said...

macam tak sabar je nak balik upsi.

huhu.

LuVLYdOvE said...

em... xsbr gak la.
hahaha