Senyum

Senyum
Senyum Itu Indah

Sunday, 1 January 2012

1 Januari 2012


Bismillah...

Assalam dan selamat sejahtera

Maaf kepada sesiapa yang menganggap tanggapan aku ini kolot
Terserah pada anda untuk menilai
Aku tidak memihak pada mana-mana
Bukan tiada pendirian
Tapi aku ada pendirian aku sendiri

Detik 12 tengah malam
Ambang tahun baru
Aku nyenyak di katil
Lena tidur

Semalam
Aku hanya mendengar angin bayu berita yang aku tidak tahu kesahihannya
Dan aku tidak mahu mengambil peduli
Kerana aku fikirkan aku tidak terlibat
Bukan mahu menyombong diri
Bukan tidak mahu menegakkan hak aku
Namun aku punya cara aku sendiri
Bukan cara mereka yang aku anggap merugikan

Dan
Pagi ini pelbagai perkhabaran aku terima
Terkejut
Terdiam
Tak terkata
Bukan sekali perkara ini pernah berlaku
Tapi pada aku pertama kali di tempat aku menjejakkan kaki

Dua pihak
Satu menuntut hak
Dan satu lagi menjaga keamanan

Sedih
Aku lihat cebisan video tragedi yang berlaku
Saat manusia lena tidur
Saat manusia lain menyambut ambang tahun baru
Mereka pula memekik melaungkan slogan mereka
Menyatakan pendirian dan matlamat mereka

Namun
Aku kesal melihat semua itu
Sedih
Entah di manakah fikiran mereka letakkan
Sudah hilang "maha" yang dilabelkan
Hanya tinggal siswa dan siswi

Berhimpunlah secara aman
Jangan memberontak
Apa yang dimahukan masuk ke dalam kawasan yang sememangnya ditutup
Apa guna menyerbu pejabat yang tiada orang
Aku tahu mereka ada tujuan
Tapi bukan dengan cara ini

Aku bukan sesiapa untuk menilai
Tapi aku kesal dengan tindakan mereka
Jika iman di dada itu kuat
Jika agama menjadi pegangan utama
Aku percaya perkara ini tidak berlaku

Terpulanglah kamu dengan cara kamu
Namun, fikirkan juga tentang orang yang tidak bersalah
Teruskan matlamat kamu
Tapi biarlah dengan cara yang sopan

Polis itu
Hanya menjalankan tugas
Mereka punya matlamat sendiri
Menjaga keamanan
Bukan sengaja diberikan kekerasan
Andai nasihat dan amarannya tidak dipatuhi
Mereka harus bertegas
Tidakkah mereka akan berkata "jangan melawan"?

Bila celaka menimpa
Polis yang dipersalahkan
Mereka lakukan apa yang perlu
Mereka juga punya perasaan
Andai api yang kamu balingkan, takkan mereka mahu berdiri diam?

Kenangi semula
Saat kamu menjejakkan kaki di situ
Saat nasihat pertama dari orang tua mu
Tidakkah kau lupa?
Harapan mereka menggunung padamu
Mengharapkan yang terbaik buatmu
Bukan ini yang mereka mahu
Mencalarkan maruah

"Mahasiswa"
Dimanakah ilmu yang diberikan?
Dimanakah fikiran kau campakkan?
Dimanakah agama yang kamu dakapkan?
Renungi kembali
Aku tahu, kamu punya akal

Universiti Pendidikan Sultan Idris
Terima kasih memberi aku peluang menambahkan ilmu
Perjalanan ini hampir ke penghujungnya
Semoga engkau akan tetap aman di sini

No comments: