Senyum

Senyum
Senyum Itu Indah

Monday, 13 September 2010

Pasrah, Redha....


Muslimin meraikan kejayaan bila Syawal menjelang tiba
Aku juga meraikannya
Seperti insan lain, kemaafan aku pohonkan
Serendah-rendah hati aku ungkapkan
Serendah-rendah hati aku harapkan

Lembaran hari silih berganti
Suria akan pergi bila bulan menjelma tiba
Namun kebahagiaan tidak selalu menjadi sandaran hati
Pelangi tidak selalu muncul
Tawa akan terhenti sendiri
Bila tangis mula menemani
Dan yang terlukis di lubuk hati tak selalu dapat dimiliki

Pasrah
Aku pasrah dengan tinta yang tertulis
Yang diungkap terngiang-ngiang di cuping
Berulang-ulang bermain di mata
Setiap bait terbekas di jiwa
Satu persatu kekal di minda

Redha
Aku redha dengan segalanya
Sesungguhnya ALLAH lebih mengerti segala
Memoir sebagai pengubat rindu
Namun sampai bila ia terus begini
Aku membisu

Mahu aku lari
Tapi aku hilang arah
Mahu aku sembunyi
Tapi tiada tempat yang sudi
Mahu aku tangisi
Tapi air mata kering lagi
Mahu aku kecewa
Tapi aku telah tetap begini

Wahai imam ku
Aku menanti dengan kesabaran hati
Agar aku dapat belajar mengenal erti kesetiaan
Agar dapat aku belajar erti keikhlasan
Demi Tuhan yang menciptakan kita

Wahai imam ku
Aku tidak mengharapkan kekayaan segunung harta kau berikan pada ku
Aku cuma mengharapkan kekayaan iman mu
Kekayaan ilmu mu
Kekayaan ketulusan mu
Kekayaan kasih sayang mu
Kekayaan sopan dan santun mu
Kekayaan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab mu
Kekayaan hati yang mengenal erti keikhlasan, kejujuran dan kesetiaan

Ya ALLAH
Permudahkanlah segala urusan hamba Mu ini
Serta urusan jodoh ku itu
Walau pun aku tiada tahu siapakah dia
Demi Mu Ya ALLAH
Sesungguhnya aku pasrah dan redha
Dia yang ku harapkan, bukan imam yang Kau pilih untuk ku
Sempurnakanlah hatinya agar penuh iman takwa kepada Mu
Hanya Engkau sahaja yang dapat mengubah segalanya
Dan hanya dia yang akan memilih jalan yang terbentang di depan mata

No comments: