Senyum

Senyum
Senyum Itu Indah

Tuesday, 12 November 2013

Majalah 3 - Syria

Bismillah...

Assalam...

Kanak-kanak. Comel, periang dan kasih sayang. Itu antara ungkapan yang boleh aku katakan bagi kanak-kanak. Dari dulu lagi aku sensitif berkenaan dengan kanak-kanak, bukan tidak suka tapi aku tak suka perkara negatif terjadi pada kanak-kanak lebih-lebih lagi bayi. Video kes penderaan bayi aku hanya akan tengok sekejap saje sebab aku memang cepat tersentuh. Sekarang aku jadi lebih sensitif, mana taknya, aku sendiri dah ada anak sendiri, lagilah aku terasa.

Semalam, 11 November 2013, aku dan emak tengok cerita Majalah 3 sambil aku meriba si kecil Qurratul. Pada mulanya aku tak tahu tajuk untuk episod malam semalam, namun bila aku tengok ia berkenaan pergolakan yang berlaku di Syria. Bila tengok berita tentang peperangan ni mesti hati terdetik, "bilakah peperangan akan berakhir? setiap hari mesti ada berita tentang peperangan". 

Aku kuatkan semangat untuk tengok cerita Majalah 3, lihat ape yang berlaku di sana. Lihat rakyat Syria yang tidak bersalah menjadi korban hujan-hujan peluru, menjadi pelarian di tanah bumi sendiri. Alhamdulillah Malaysia masih aman. Aku lihat seorang kanak-kanak bertarung nyawa untuk hidup, melihat seorang lelaki yang kehilangan isteri dan anak perempuan membawa anak lelakinya yang dijangkiti kuman di otak ke hospital yang kekurangan doktor, melihat budak lelaki yang pernah ditembak oleh penembak tepat, melihat seorang bayi kecil yang lahir awal 3 bulan, melihat kanak-kanak ke sekolah yang pernah menjadi medan peluru, melihat tangisan seorang guru wanita yang mahukan keamanan dan melihat sebuah keluarga yang mempunyai 8 orang anak hidup dalam kesempitan dan kesusahan. Aku mengalir air mata bila lihat anak kecil keluarga berkenaan dipakaikan lampin hanya menggunakan cebisan kain kecil dan dibalut dengan plastik. Aku terus pandang anak dalam dakapan aku, aku tak mahu anak aku alami keadaan seperti itu. Aku sangat tersentuh. Anak itu masih kecil dan tak tahu apa-apa tapi dah mengalami perjanan hidup yang perit.

Kanak-kanak menjadi kerakusan manusia yang zalim. Demi wang dan kuasa sanggup mengorbankan insan-insan yang tak bersalah, merobohkan rumah-rumah yang sepatutnya menjadi tempat perlindungan yang selamat, menghancurkan jiwa kanak-kanak yang tagihkan ilmu. Dimanakah letaknya belas kasihan mereka yang zalim???

Semoga ALLAH melindungi mereka yang tak bersalah dan tempatkan mereka yang mati syahid di syurga.

Friday, 2 August 2013

Salam Lebaran


Salam lebaran buat semua dari saya dan suami

Wednesday, 12 June 2013

Perkahwinan Itu Lebih Bermakna

Bismillah..

Assalam...

' Aku masih di dalam kamar, ditemani tiga orang sahabat. Debaran masih terasa, semakin kuat. Tiada satu pun perkataan yang jelas yang ku dengari kecuali keriuhan yang berlaku di ruang tamu. Farah, Adah dan Umie sibuk mengusik aku yang diselubungi kepanasan dek aliran darah yang laju. Sesekali bergurau senda untuk menghilangkan hujan gelisah di hati.'

' Tiba-tiba datang adik lelaki aku sambil memegang kamera DSLR, "Dah, boleh keluar". Aku terpingga-pingga. "Ha?, ok". Dalam hati terdetik, majlis baru nak mulakah? Sampai di ruang tamu aku disuruh oleh tok kadi duduk di hadapannya. Di satu sudut kekasih hati sedang solat. Terdetik lagi, "agak dah akad nikah ke?". Agak sengal aku kerana majlis akad nikah sudah selesai, cuma tinggal penyerahan mas kahwin dan lafaz taklik.'

Itu merupakan salah satu episod terindah dalam hidup saya, saat-saat menjadi isteri. Alhamdulillah perjalanan majlis berjalan dengan lancar. Alhamdulillah, dia sah menjadi suami saya. Kini dia adalah nyawa saya, buah hati saya dan kekasih saya.

Kehidupan bersama sebagai suami isteri dilalui selama hampir tiga bulan di tempat baru bagi saya iaitu Miri. Suami bekerja di sana. Alhamdulillah pada awal Januari saya disahkan hamil. Saat yang tidak dapat dibayangkan apabila melalui waktu alahan teruk disamping suami. Suami banyak membantu walaupun dia sibuk bekerja. Pulang ke rumah melayan kerenah isteri yang sangat tidak bermaya. Tapi dialah suami saya yang sangat memahami, yang tidak pernah merungut melayan saya.

Tapi saat hidup bersama tidak lama bila saya terpaksa pulang ke semenanjung untuk menghadiri temuduga bagi jawatan guru dan menjadi guru interim di sebuah sekolah yang asing bagi saya. Masai, jauh dari suami dan jauh dari keluarga. Tak kenal seorang pun di sini. Sejak itu bermulalah kehidupan membujang semula walaupun sedang hamil.

Demi anak dalam kandungan saya tabahkan hati, kehidupan yang agak susah bagi saya apabila terpaksa sewa di rumah guru lain, pergi balik sekolah menumpang kenderaan guru lain dan paling susah bila nak beli barang keperluan. Semuanya terpaksa minta tolong orang lain.

Sejak berjauhan dengan suami, saya kerap menangis. Tak kira masa sama ada pada waktu malam, bangun pagi atau selepas solat. Lama-lama diri mula biasa dengan keadaan baru. Dalam diri cuma fikir mahu cepat habiskan interim dan cepat dipostingkan.

Setiap hari mesti menghitung waktu untuk jumpa semula dengan suami. Itulah kelaziman yang saya lalui. Dan sejak berjauhan dengan suami, baru saya faham kerinduan terindah hanya untuk suami. Kerinduan yang sangat mendalam dan bermakna hanya untuk suami. Sesungguhnya alam perkahwinan itu lebih indah daripada apa yang dibayangkan sebelum bernikah.

" Abang, terima kasih untuk segalanya
Kasih sayang dan cinta yang tidak berbelah bahagi
Air mata tertumpah kerana menanggung rindu
Rindu yang teramat mendalam.

Terima kasih kerana memberi sokongan
Terima kasih kerana selalu berada di sisi
Terima kasih kerana sentiasa memahami
Terima kasih segalanya.

Berjauhan itu sangat memeritkan
Berharap masa cepat berlalu
Berharap dapat dipertemukan
Berharap dapat mengubat rindu

Sejak berjauhan semuanya sendirian
Tiada lagi yang memanjakan diri ini
Tiada lagi yang melayan kerenah ini
Tiada ciuman setiap hari

Baby, walid jauh
Kita kena kuat"

Thursday, 17 January 2013

Entri Yang Keterlewatan

Bismillah..
Assalam...

Ini adalah  sambungan daripada entri yang lepas, sangat-sangat lewat untuk di update kerana kesibukan yang melanda sehinggakan laptop terbiar keseorangan. Okei, kalau awal November lepas merupakan wedding best friend saya iaitu Nurul Hidayah, tapi di hujung November wedding best friend Nurul Hidayah iaitu ..... saya =)

Sebenarnya saya sangat bersyukur kerana ALLAH mempermudahkan, memakbulkan dan mempercepatkan jodoh saya dan suami. Kenal dalam masa beberapa hari, kemudian bercinta dalam setahun lebih sikit, bertunang dalam dua bulan dan kemudian kami bernikah.

Kalau nak diikutkan sebenarnya konsep perkahwinan yang saya mahukan adalah simple, ringkas dan mudah. Bila kami dah bertunang saya dah fikirkan konsep perkahwinan saya yang hanya akan menggunakan hasil kerja saya sendiri. Saya beli baju sendiri, buat selendang sendiri dan pelamin ringkas yang saya mahu buat sendiri. Semua yang dirancang memang dah siap saya sediakan, saya memang mahu majlis yang ringkas dan bajet yang sangat murah.

Tapi.....

Dalam masa tak sampai seminggu sebelum majlis perkahwinan berlangsung, perubahan berlaku secara mendadak. Perubahan ini bukanlah keputusan daripada saya tetapi daripada mak dan ayah memandangkan saya merupakan anak perempuan pertama yang berkahwin. Masa minggu terakhir ini mak dan ayah sibuk uruskan proses penghantaran kad jemputan terutama kepada sedara mara mak dan rakan-rakan ayah. Kebetulan mak dan ayah pergi ke rumah sepupu mak yang merupakan seorang andam pengantin. Di situlah bermulanya titik perubahan. Agak terkejut bila mak dan ayah balik rumah dan beritahu perancangan mereka untuk mengubah konsep perkahwinan saya. Terdiam seketika. Kat dalam otak dah fikir kos-kos yang akan meningkat tapi....... kos tersebut tak bergerak langsung. Dan itulah juga yang membuat diri ni macam tak percaya je. Hari Selasa mak dan ayah pergi jumpa dengan sepupu mak dan malam tu saya dengan mak, akak ipar dan abang singgah sekejap di rumah sepupu mak kebetulan kami ke bandar. Dari baju sampai pelamin semua saya serahkan pada mak. Ok, sangat sweet kat situ. Kemudian beritahu pada tunang dan dia pun tak percaya sampai dia tanya banyak kali. Hari Rabu pemasangan pelamin berlangsung, kemudian bilik tidur dan balai makan berdamai. Bayangkan dalam masa beberapa hari sahaja perubahan mendadak berlaku dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.


 Pelamin yang ringkas tapi sweet

 Majlis berzanji dan marhaban, malam sebelum majlis

Majlis kebenaran bernikah daripada wali

 Majlis akad nikah

Penyerahan mas kahwin

 Acara bacaan doa dari suami di ubun-ubun

 Usai majlis akad nikah

 Amanat dari akak

 TOL!!!!!!!!



 Bergambar bersama sebahagian keluarga suami



 My big brother

 Best click from UPSI

 Dengan anak-anak sepupu

 Kawan-kawan masa sekolah menengah

Kenalan suami dari Kluang dan Miri

 Makcik dan sepupu-sepupu