Bismillah..
Assalam...
' Aku masih di dalam kamar, ditemani tiga orang sahabat. Debaran masih terasa, semakin kuat. Tiada satu pun perkataan yang jelas yang ku dengari kecuali keriuhan yang berlaku di ruang tamu. Farah, Adah dan Umie sibuk mengusik aku yang diselubungi kepanasan dek aliran darah yang laju. Sesekali bergurau senda untuk menghilangkan hujan gelisah di hati.'
' Tiba-tiba datang adik lelaki aku sambil memegang kamera DSLR, "Dah, boleh keluar". Aku terpingga-pingga. "Ha?, ok". Dalam hati terdetik, majlis baru nak mulakah? Sampai di ruang tamu aku disuruh oleh tok kadi duduk di hadapannya. Di satu sudut kekasih hati sedang solat. Terdetik lagi, "agak dah akad nikah ke?". Agak sengal aku kerana majlis akad nikah sudah selesai, cuma tinggal penyerahan mas kahwin dan lafaz taklik.'
Itu merupakan salah satu episod terindah dalam hidup saya, saat-saat menjadi isteri. Alhamdulillah perjalanan majlis berjalan dengan lancar. Alhamdulillah, dia sah menjadi suami saya. Kini dia adalah nyawa saya, buah hati saya dan kekasih saya.
Kehidupan bersama sebagai suami isteri dilalui selama hampir tiga bulan di tempat baru bagi saya iaitu Miri. Suami bekerja di sana. Alhamdulillah pada awal Januari saya disahkan hamil. Saat yang tidak dapat dibayangkan apabila melalui waktu alahan teruk disamping suami. Suami banyak membantu walaupun dia sibuk bekerja. Pulang ke rumah melayan kerenah isteri yang sangat tidak bermaya. Tapi dialah suami saya yang sangat memahami, yang tidak pernah merungut melayan saya.
Tapi saat hidup bersama tidak lama bila saya terpaksa pulang ke semenanjung untuk menghadiri temuduga bagi jawatan guru dan menjadi guru interim di sebuah sekolah yang asing bagi saya. Masai, jauh dari suami dan jauh dari keluarga. Tak kenal seorang pun di sini. Sejak itu bermulalah kehidupan membujang semula walaupun sedang hamil.
Demi anak dalam kandungan saya tabahkan hati, kehidupan yang agak susah bagi saya apabila terpaksa sewa di rumah guru lain, pergi balik sekolah menumpang kenderaan guru lain dan paling susah bila nak beli barang keperluan. Semuanya terpaksa minta tolong orang lain.
Sejak berjauhan dengan suami, saya kerap menangis. Tak kira masa sama ada pada waktu malam, bangun pagi atau selepas solat. Lama-lama diri mula biasa dengan keadaan baru. Dalam diri cuma fikir mahu cepat habiskan interim dan cepat dipostingkan.
Setiap hari mesti menghitung waktu untuk jumpa semula dengan suami. Itulah kelaziman yang saya lalui. Dan sejak berjauhan dengan suami, baru saya faham kerinduan terindah hanya untuk suami. Kerinduan yang sangat mendalam dan bermakna hanya untuk suami. Sesungguhnya alam perkahwinan itu lebih indah daripada apa yang dibayangkan sebelum bernikah.
" Abang, terima kasih untuk segalanya
Kasih sayang dan cinta yang tidak berbelah bahagi
Air mata tertumpah kerana menanggung rindu
Rindu yang teramat mendalam.
Terima kasih kerana memberi sokongan
Terima kasih kerana selalu berada di sisi
Terima kasih kerana sentiasa memahami
Terima kasih segalanya.
Berjauhan itu sangat memeritkan
Berharap masa cepat berlalu
Berharap dapat dipertemukan
Berharap dapat mengubat rindu
Sejak berjauhan semuanya sendirian
Tiada lagi yang memanjakan diri ini
Tiada lagi yang melayan kerenah ini
Tiada ciuman setiap hari
Baby, walid jauh
Kita kena kuat"
No comments:
Post a Comment