Senyum
Friday, 13 July 2012
Monday, 4 June 2012
The E-Day Nurul
Bismillah…
Assalam…
Alhamdulillah….. Hari ini diberikan kesempatan untuk update
blog. Maklumlah dah berzaman tak jenguk blog ni. Alhamdulillah, syukur kepada
ALLAH kerana telah memberikan kesihatan pada diri ini setelah lima hari demam.
Tak taulah demam sebab perubahan cuaca atau demam rindu. Opsss… Biarlah rahsia.
Okay, hari ni saya akan update perkara terbaru dalam hidup
saya. Eh! Bukan, hidup kawan saya. Saya hanya menumpang kegembiraan sahabat
sejak dari semester 1 hingga semester terakhir duduk rumah yang sama. Sahabat
saya ni kecil molek comel orangnya. Sekali pandang mesti nak pandang lagi.
Kalau masa belajar dulu, bila dia tak ada dalam rumah mesti sunyi. Jarak umur
kami hanya beza 1 bulan tapi dia dah mendahului saya menuju ke gerbang
perkahwinan. Dalam demam ku gagahkan jua kudrat untuk ke majlis mu wahai sahabat.
2 Jun 2012 (Sabtu) yang lalu, dia telah selamat menjadi
tunangan orang. Tahniah buat sahabatku Nurul Hidayah yang telah menerima
lamaran tunangnya iaitu Ahmad Taufiq. Walaupun majlis tidak dihadiri sang
tunang yang berada jauh di Sarawak namun ia tidak mencacatkan majlis yang
sangat bermakna itu. Berbaju kurung moden biru firus menyerlahkan lagi keayuan
si pemakai yang lengkap dengan senyuman lesung pipit di pipi. Buat sahabat,
tahniah. Semoga perjalanan untuk menempuh satu lagi majlis besar dalam tempoh 5
bulan lagi akan berjalan dengan lancar. Sayang kamu sangat-sangat.
Pelamin by Keris Sanggul Bridal
Cup Cake dari pihak perempuan by Le Gateau
Saat menyarung cincin
Me and the future wife
Friday, 17 February 2012
Khilaf
Tuhan
Ampunkan aku
Atas lakaran jiwa hitam
Aku jauhkan diri dari Mu
Melupakan cinta-Mu
Melalaikan kasih-Mu
Mengabaikan suruhan-Mu
Aku bersalah
Terlalu taksub mencintai
Terlalu mengagungkan nafsu
Terlalu cepat berubah
Tuhan
Apakah aku akan diterima
Di syurga-Mu?
Apakah masih ada
Cinta-Mu? Kasih-Mu?
Apakah aku dapat meneguk keampunan-Mu?
Tuhan
Suluhilah jalan hidupku
Aku keletihan menyentuh jalan ini
Berikanlah sinar baru
Untuk terus tabah
Kekhilafan ini
Aku akuinya
Ampuni aku
Teguhkan imanku
Agar bisa aku terus merindui-Mu
Ampunkan aku
Atas lakaran jiwa hitam
Aku jauhkan diri dari Mu
Melupakan cinta-Mu
Melalaikan kasih-Mu
Mengabaikan suruhan-Mu
Aku bersalah
Terlalu taksub mencintai
Terlalu mengagungkan nafsu
Terlalu cepat berubah
Tuhan
Apakah aku akan diterima
Di syurga-Mu?
Apakah masih ada
Cinta-Mu? Kasih-Mu?
Apakah aku dapat meneguk keampunan-Mu?
Tuhan
Suluhilah jalan hidupku
Aku keletihan menyentuh jalan ini
Berikanlah sinar baru
Untuk terus tabah
Kekhilafan ini
Aku akuinya
Ampuni aku
Teguhkan imanku
Agar bisa aku terus merindui-Mu
Subscribe to:
Posts (Atom)






