Senyum

Senyum
Senyum Itu Indah

Sunday, 15 July 2012

Ya, Saya Dah Pergi Kursus Tu

Bismillah...

Assalam..

Hey reader!!! 
Rasa macam dah lama je saya tak update blog saya ni dengan entri2 yang panjang2 lebar. Jadi dengan kesempatan yang ada ni saya ringan2kan jari jemari yang bukan macam jejariruncing (Blog Elia) ini untuk update juga. Sebelum ini memang ada idea untuk tulis entri baru tapi mungkin kerana penyakit M tu banyak sangat, tu yang asyik tak ade entri baru.

So, untuk entri kali ini saya nak kongsikan dengan anda2 semua tentang kursus yang baru sahaja saya ikut bermula 11 Julai hingga 13 Julai yang lepas. Ikutkan bukan saya yang pergi kursus tu tapi emak. Oleh kerana emak memang tak pandai menggunakan komputer / laptop / notebook walaupun beliau ade notebook (Sumbangan 1Malaysia) sendiri jadi emak arahkan saya untuk pergi kursus itu. Kebetulan kawan jiran sebelah rumah tu pun mengalami masalah yang sama dengan saya, jadi saya dengan dialah yang pergi kursus tu. 



Oleh kerana emak terlibat dengan Industri Kecil Sederhana (IKS) dengan membuat kraftangan Bunga Daun Getah yang diajar oleh pihak Risda, so saya dan kawan merupakan peserta daripada agensi Risda. Kursus tu adalah Kursus Promosi dan Pemasaran Produk Desa di Institut Kemajuan Desa (Institute For Rural Advancement -INFRA-) yang juga disertai oleh peserta daripada KEMAS, KEJORA, KEDA, KETENGAH dan beberapa lagi agensi (tak ingat). 

Objektif kursus ini diadakan kepada peserta2 yang ada produk sendiri adalah untuk mengajar mereka meningkatkan pendapatan dengan menarik pembeli secara online iaitu dengan menggunakan blog. Kebanyakan peserta merupakan golongan yang saya boleh panggil sebagai makcik2 dan pakcik2. Golongan muda macam saya tak ramai.

Sebelum tu saya nak bagitahu mengenai INFRA ni. INFRA merupakan sealah satu institut di bawah Kementarian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. INFRA yang saya pergi ini di Bangi. Dekat dengan kawasan Kampung Dato' Abu Bakar Baginda, Sepang, Bandar Baru Bangi. Ia menempatkan bangunan utama (pejabat2), makmal, bilik mesyuarat, dewan makan, 2 blok asrama, kuartes kakitangan, surau dan taska INFRA. Bilik penginapan selesa, makanan sedap cuma berlaku satu insiden yang mana sarapan pada pagi Khamis yang sepatutnya disediakan seawal 7.30 pagi jadi 8.10 pagi. Memang hangin juga la sebab kite turun awal tapi makanan tak ade lagi. Blok asrama setinggi 3 dan 4 tingkat. Bilik saya dan kawan di blok 3 tingkat, atas sekali, 1 bilik untuk 2 orang. Air-cond ada, kipas ada. Toilet, tak ada tab mandi macam kat hotel2 ya. Dan... tv tak ada dalam bilik, kalau nak tengok kena pegi ke ruang tamu.

Malam pertama hanya dengar taklimat dan perkenalkan diri serta produk. Bermula pagi Khamis hingga akhir kursus kami di makmal komputer. Pagi Khamis bila masuk makmal, dah nak penuh. Cari2 seat nampak kat depan skali. Jadi kami duduk la kat depan skali. Sesi pertama pagi tu kami dengar ceramah daripada President SMS Malaysia yang juga merupakan mastermind SMS RakanCop iaitu Encik Azli Pa'at. Ceramah beliau memang superb. Banyak ilmu dapat tentang teknologi internet ni. Slot dia tentang macam mana penjenayah internet boleh membuat jenayah kat internet ni. Slot kedua bermula jam11.30 sampailah akhir kursus, dengan Encik Mohd Syafee Mohamed. Dia ajar kami macam mana nak buat blog. Pihak pengurusan juga sediakan buku nota cara2 nak buat blog. Walaupun sedikit boring sebab saya memang da tau nak wat blog tapi boleh isi masa dengan baca nota dan aplikasikan kat blog. Blog saya buat semasa kursus adalah Sweet Hevia (Testing Blog). 

Abes je slot, sesi penyampaian sijil dan yang paling mengembangkan senyuman adalah elaun. Hehe. Mana2 peserta jauh akan dapat banyak elaun. Jadi kami dapatlah sebanyak RM120 seorang. Puas hati sangat. Dapat ilmu, dapat duit. Pegi balik pengangkutan disediakan oleh pihak RISDA. Sweet tak? Hehe~

Posing kat bilik 

 Smile =)

 Mak Jemah Adah kate "jangan ambil gambar saya!!"

Baju coklat tu pegawai Risda kat kg saya, muda setahun dari saya. Sekarang dia sedang jadi mak buyung. Dialah pengiring kami. 

 Saya

 Baju hijau tu satu bilik dengan Cik Puan Baju Coklat (Pegawai Risda)

 Adah

 Kami

 Di makmal

Di makmal

Terima kasih kerana sudi melawat ke blog saya =)

Monday, 4 June 2012

The E-Day Nurul

Bismillah…
Assalam…

Alhamdulillah….. Hari ini diberikan kesempatan untuk update blog. Maklumlah dah berzaman tak jenguk blog ni. Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH kerana telah memberikan kesihatan pada diri ini setelah lima hari demam. Tak taulah demam sebab perubahan cuaca atau demam rindu. Opsss… Biarlah rahsia.

Okay, hari ni saya akan update perkara terbaru dalam hidup saya. Eh! Bukan, hidup kawan saya. Saya hanya menumpang kegembiraan sahabat sejak dari semester 1 hingga semester terakhir duduk rumah yang sama. Sahabat saya ni kecil molek comel orangnya. Sekali pandang mesti nak pandang lagi. Kalau masa belajar dulu, bila dia tak ada dalam rumah mesti sunyi. Jarak umur kami hanya beza 1 bulan tapi dia dah mendahului saya menuju ke gerbang perkahwinan. Dalam demam ku gagahkan jua kudrat untuk ke majlis mu wahai sahabat.

2 Jun 2012 (Sabtu) yang lalu, dia telah selamat menjadi tunangan orang. Tahniah buat sahabatku Nurul Hidayah yang telah menerima lamaran tunangnya iaitu Ahmad Taufiq. Walaupun majlis tidak dihadiri sang tunang yang berada jauh di Sarawak namun ia tidak mencacatkan majlis yang sangat bermakna itu. Berbaju kurung moden biru firus menyerlahkan lagi keayuan si pemakai yang lengkap dengan senyuman lesung pipit di pipi. Buat sahabat, tahniah. Semoga perjalanan untuk menempuh satu lagi majlis besar dalam tempoh 5 bulan lagi akan berjalan dengan lancar. Sayang kamu sangat-sangat.

 Pelamin by Keris Sanggul Bridal






 Cup Cake dari pihak perempuan by Le Gateau


 Saat menyarung cincin

Me and the future wife