Senyum

Senyum
Senyum Itu Indah

Friday, 23 July 2010

Kosong....


Sesuatu yang sukar untuk dikatakan
Aku biarkan ia membisu
Tapi kini masanya sudah tiba
Ia akan berbicara sendiri lagi

Aku bukan seorang pemuisi yang hebat
Bukan jua seorang pemidato yang tidak gentar dengan lawannya
Tapi aku seorang insan yang mampu melukis kata-kata hati
Yang kadang kala ia sukar untuk difahami

Umpama anak kecil dengan gula-gulanya
Menikmati setiap kemanisan yang dirasai
Bagitu juga aku
Menghargai kehidupan yang terbentang luas
Yang jauh hingga aku tidak dapat melihat hujungnya
Hilang disebalik awan-awan mendung dan pelangi

Setiap titisan hujan yang turun
Setiap sinaran mentari pagi
Aku sentiasa bersyukur dengan apa yang aku ada
Aku tidak mengharapkan mentari selalu
Namun aku juga tidak mengharapkan hujan menemani aku
Cukuplah dengan keinginan-Nya mencorakkan hidup ini
Aku redha

Sejuta senyuman mungkin dapat menyembunyikan perasaan
Tapi, kedukaan tetap menjadi peringatan hati
Supaya lebih berhati-hati
Lebih menghargai kehidupan
Walaupun dunia dirasakan kosang
Namun, aku tetap ada Dia yang selalu menemani aku

Sujudku hanya untuk Mu
Mengaduku hanya pada Mu
Kasihku hanya pada Mu
Hidupku hanya kerana Mu
Dan matiku hanya kerana Mu
Segalanya aku berserah kepada Mu
Kerana Kau yang menciptakan aku

Aku pejamkan mata
Mengharapkan yang tak mungkin pasti
Biarlah ia menjadi misteri
Biarkanlah aku yang tahu
Dalam taman hati yang aku cipta sendiri
Demi memujuk hati yang inginkan segala
Terima Kasih Tuhan....




~sMiLe LiKe sUnSHiNe~

Tuesday, 13 July 2010

New Semester, New Hope


*New Semester*
Hari ini aku telah menghadirkan diri dengan jayanya ke semua kelas. Tapi, esok sehingga hari Jumaat, aku masih ada kelas lagi.
Bila tengok jadual, tak ada hari cuti selain Sabtu dan Ahad.
Em... tak dapat la nak balik kampung.
Tapi tak mengapa, banyak lagi komitmen aku di sini.

By the way, hari ini hari yang agak teruja buat aku.
Pertama kali menjejakkan kaki di Kilang Proton.
Bangunan kelas kat sana sangat cantik dan nampak moden.
Bangunan yang hampir keseluruhan diperbuat daripada kaca itu sangat mengasyikkan.
Tapi satu sahaja yang aku kurang suka, SEJUK!!!
Air-cond sangat berfungsi dengan baik dan aku terlupa bawa sweater.
Tak mengapa, kelas seterusnya aku akan bawa sweater untuk mengelakkan diri dari kebekuan.

Apa lagi yang mengujakan setakat ini???
Oh, berjumpa dengan rakan-rakan yang sekian lama sudah tidak ketemu.
Kelas pertama aku adalah kelas Pergerakan Kreatif Teater.
Sangat best sebab 90% adalah rakan-rakan satu program dengan aku.
Hari ini, aku sudah jumpa hampir 30% rakan-rakan aku.
Mungkin keadaan kelas yang bersepah-sepah yang menyebabkan aku belum jumpa lagi dengan rakan-rakan yang lain.
Tapi, orang yang paling aku mahu jumpa adalah Iqa.
Dia sangat slim berpakaian baju kurung berwarna biru masa kelas Kaedah Penyelidikan Sains Sosial di Proton City @ PC @ Kilang Proton.
Sebenarnya banyak yang aku mahu berbicara dengan dia.
Tapi masa yang tidak mengizinkan, aku terpaksa postpone hasrat itu.
Dan satu lagi adalah dapat berjumpa dengan seseorang yang aku dah lama tak dengar suara dia.
Aku rasa bersalah sebab tak dapat berbual dengan dia walaupun sesaat.
Aku akan bayar balik masa itu, pasti.

*New Hope*
Banyak perkara yang aku harapkan untuk semester ini.
Oleh kerana aku rasa banyak tugasan berat yang aku perlu laksanakan, aku akan buat yang terbaik.
InsyaALLAH, semoga semester ini dapat berjalan dengan lancar.
Harapan lain ialah aku mahu naikkan lagi pointer exam.
InsyaALLAH...
Cuma ada satu lagi harapan yang aku takut untuk mengharap ia akan menjadi kenyataan.
Jika ia adalah benar, alhamdulillah.
Jika ia tidak benar, juga alhamdulillah, redha.
Semoga ALLAH akan sentiasa permudahkan urusan hamba-Nya ini



~sMiLe LiKe sUnSHiNe~

Thursday, 8 July 2010

It's Not The Last

  • Lebih dua bulan dah berlalu dan kini aku harus berjauhan dengan yang tersayang.
  • Esok, aku akan pergi. Meskipun jasad ini melangkah keluar dari pintu, namun roh tetap tinggal di dalamnya dan akan terus hidup di situ.
  • Sayang, aku akan pergi lagi. Jangan menangis. Aku sakit bila tahu itu. Aku harus lakukan semua ini, demi kita.
  • Jangan iringi langkahku ini dengan tangisanmu, aku tahu kau akan begitu walaupun kau sembunyikannya. Aku tahu.
  • Doakan aku selamat di sana, doakan kejayaanku, doakan kasih kita tetap subur hingga ke akhirnya. Aku terlalu sayang padamu walaupun aku jarang mengucapkannya.
  • Percayalah, aku sentiasa mengingatimu, selalu, dalam hati dan doaku.
  • Semakin waktu menghampiri, semakin deras air mata ini mengalir. Meskipun hati ini membentak, tapi aku tetap tabah untuk meneruskan semua ini.
  • Gurauan kita, merajuk kita, salah faham kita, tawa kita, minat kita, masa bersama kita, aku ingat itu semua. Menjadi teman tika kita berjauhan. Kau, terlalu istimewa.
  • Bersabarlah, aku akan pulang lagi. Kita akan bersama lagi. Percayalah, waktu itu akan menemani kita. InsyaALLAH
  • Aku terlalu sayang padamu Ayah, Emak, Along, Akak, Uda & Adik....