Bismillah..
Assalam..
Alhamdulillah.
Diberikan kesempatan untuk ‘update’ blog yang sekian lama ditinggalkan. Sejak
tak belajar lagi ni macam tak de masa pulak nak buat entri baru sedangkan
banyak masa terluang. Hehe~
Entri kali
ini saya akan sambung kisah yang tak tertulis lagi di blog saya yang tak
seberapa ni. Ini kisah gambar cincin di dalam dulang hantaran pada post lepas. Pada yang
friends di Facebook saya pasti tau akan kisah ini. Bagi yang hanya follow di
blog, saya akan kisahkan cerita ini di sini, hari ini. =)
Siapakah
yang bertunang itu? Kita akan tau sebentar lagi. Huhu~
Sejak dua tahun lalu tender gubah hantaran mesti atas
nama saya. Wah! Dah macam saya ni ambil tempahan buat gubahan hantaran pula ya.
Tapi gubahan hantaran hanyalah untuk keluarga sahaja. Februari 2010, saya yang
masih sibuk belajar nun jauh kat Perak dah rancang cuti awal-awal lagi untuk
balik kampung. Saya dan akak yang keje
kat KL masa tu balik sama, nasib baik naik kereta, cepat sikit sampai rumah.
Sampai je kat rumah, barang-barang untuk gubah hantaran dah tersedia. Tersedia
belum disentuh oleh sesiapa untuk digubah. Haha! Abang saya yang baik hati tu
dah siap sediakan semua barang kat ruang tamu, saya sampai rumah terus gubah.
Mana tidaknya, esoknya hari dia bertunang. Terkontang kanting la saya gubah. Itu
baru permulaan. Selang beberapa bulan sepupu nak bertunang, kena buat lagi tapi
satu je la hantaran kena buat, just sirih junjung je.
Next year
(2011) sambung lagi buat hantaran. Hujung tahun 2011, masa tu saya memang sibuk
kat U. Dengan assignment, dengan nak handle Majlis Malam Pra-Graduasi dan
dengan Latihan Ilmiah (macam thesis but untuk degree, last semester) memang tak
cukup masa. Hampir setiap minggu bulan Nov dan Dis saya akan balik kampung. Awal
bulan Dis sepupu kawen, seminggu lepas tu abang pula kawen. Kisah yang tak
boleh lupa malam sebelum abang nikah kat umah ade buat kenduri doa selamat.
Orang lain tengah sibuk kenduri, saya tengah sibuk buat sirih junjung
betul-betul kat laluan ruang tamu ke dapur. Dengan muka belum mandi, penat
lepas pergi beli barang dengan ambil kek saya buat muka slumber jek. Huahuahua~
This year.
Satu lagi hantaran kena buat. Tapi kali ni saya tak perlu terkocoh-kocoh nak buat
sebab saya dah abes belajar. Duk kat rumah mengemukkan diri. Hehe~ Barang-barang
dah tersedia. Hantaran yang kena buat ada 7 dulang. 3 dulang dah siap dibuat
seminggu sebelum majlis. Jadi saya relax saje gubah hantaran tu. Balik pada
persoalan awal tadi, siapakah yang bertunang? Saya ada lagi seorang abang yang
belum kawen, akak, saya dan adik lelaki. Jadi, siapakah???
*********????????*********
Just simple. Tak perlukan kos yang banyak untuk busana.
After sarung cincin oleh bakal mak mertua.
Pipi saya merah ye di situ.
One more thing, make-up oleh wife sepupu.
Bergambar kenangan dengan rombongan pihak lelaki.
Cari tunang saya, ade ke tak?
Cari tunang saya, ade ke tak?
Okey, memang tak ada sebab dia di Sarawak, tak dapat balik
Kek dari pihak lelaki
Majlis ringkas ini hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan jiran-jiran terdekat sahaja. Sebab itulah tiada kawan-kawan yang dijemput. Bak kata bakal akak ipar lepas majlis "majlis paling senang" Hehe~. Itulah hajat dihati. Alhamdulillah. Masa majlis berlangsung telah ditetapkan juga tarikh sebenar pernikahan akan berlangsung. Alhamdulillah sebab ALLAH permudahkan segala urusan kami dan mempercepatkan jodoh kami. Majlis besar akan berlangsung tidak lama lagi. InsyaALLAH.
Terima kasih kerana sudi membaca =)
No comments:
Post a Comment