Senyum

Senyum
Senyum Itu Indah

Tuesday, 18 January 2011

10 Pentanda Dia Jodoh Kita


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


Kredit to Nurwannis Ariffin

nO TiTLe...


Macam anak kecil
Merengek-rengek nak minta susu
Bila dapat je susu, mulut terus diam
Terus je minum susu tu diam-diam
Dah tak nampak dah orang lain
Syok sorang-sorang minum susu tu
Kawan sebelah tengok je
Dia ape peduli, yang penting dia dapat apa yang dia nak
Kawan tu datang dekat nak minta sikit je
Dia tolak kepala teman tu
Tengok, berapa dia nak sangat-sangat pada susu tu
Macam itulah aku
Nak apa yang aku inginkan
Nak manja-manja macam budak kecil tu
Nak dapat kasih sayang macam budak tu dapat susu
Nak jaga kasih tu elok-elok
Nak nangis bila cinta tu pergi
Macam botol susu kene rampas
Kalau sayang, terus cakap terus terang
Jangan simpan lama-lama
Nanti basi, dah tak ada guna

Thursday, 13 January 2011

Edisi Diam

Bismillah....

Ibarat aur dan tebing

Siapalah tebing tanpa aur

Dan siapalah aur tanpa tebing


Hidup tak kan sempurna tanpa bahagia dan duka

Macam roda, ia akan silih ganti

Macam putaran bumi juga

Ada siang dan malam

Ada pasang surutnya pantai

Tapi, bukan selamanya bahagia atau duka itu akan berterusan

Ia tetap akan berganti

Hanya masa yang akan menentukan


Kita selalu mengharapkan bahagia
Tapi sebenarnya kita perlu duka

Bukan nak mengharapkan yang buruk berlaku

Tapi, tanpa duka, kita akan lupa bahagia

Bila kita duka, kita akan muhasabahkan diri

Masa itu baru kita akan belajar untuk menghargai

Menghargai setiap kenangan waktu bahagia dulu
Ia akan mengajar kita untuk lebih berhati-hati
Menjadikan kita lebih matang

Itupun kalau kita sedar dengan semua ini

Bukan setiap manusia dikurn
iakan dengan sifat sabar yang tinggi
Tapi didikan yang baik dan pengalaman dapat ajar kita sebuah kesabaran

Ilmu agama juga mencorakkan hati kita

Pergaulan luas melebarkan fikiran kita
Tapi, kasabaran itu punya batasannya

Bila kita terlalu sibuk, kadang kala kita terpaksa abaikan orang disekeliling kita
Antara masa depan, tanggungjawab, amanah dan perhubungan
Kita tak tahu mana satu nak buat pilihan

Percayalah, kadang kala kita terpaksa berlaku kejam

Kejam pada diri sendiri dan orang lain
Dan kita terpaksa pentingkan diri sendiri untuk puaskan hati semua orang


Jangan fikir semua orang punya kesabaran yang tinggi

Punya hati yang sangat
terbuka
Yang punya masa untuk buat segala-galanya

Punya hati dan perasaan yang mati

Sampai suatu ketika, kita akan penat
Kita akan lelah lakukan segala kerja yang membebankan

Kita akan rasa perasaan kita dah hilang bila dapat beban

Paling sedih, kita akan menjadi robot yang tiada perasaan langsung
Bila kita diam, orang lain ingat kita lurus bendul

Tak ada perasaan dan bodoh

Tapi pernah tak kita terfikir yang kita sedang menguji orang lain?

Dan kita sentiasa membebankan orang lain?

Pernah tak kita cuba untuk berada di tempat orang itu?
Pernah tak? Pernah tak? Pernah tak?

Sifat manusia selalu ingin berada di zon selesa walaupun diri sendiri yang buat silap

Terpaksa menipu atau menfitnah orang lain untuk dapatkan sokongan

Atau kasihan yang dapat melindungi kamu

Zalimnya manusia ini

Tak pernah puas dengan apa yang telah diberikan

Kamu jadikan dia sebagai mangsa

Supaya orang lain menyokong kamu dan membenci dia

Apa salah dia?

Dia hanya lakukan sesuatu untuk masa depan dia

Masa depan yang kamu sendiri tak boleh berikan pada dia

Kamu diam bila dia dimalukan dan dimarah depan orang ramai
Dia menangis, kamu ketawa mengilai
Tapi bila yang diludah terkena ke muka sendiri

Kamu pula minta simpati dia
Adilkah itu?
Fikir-fikirkanlah...


Manusia ini memang tamak

Yang dikurniakan tak mencukupi

Sanggup berbohong demi kepuasan diri sendiri

Jadikan orang lain untuk kesempurnaan diri kamu

Sedikit pun kamu tak terfikir akan perasaan dia

Yang penting bagi kamu ialah kamu bahagia

Tapi pernah tak kamu bahagiakan dia?

Dia diam, tak berkata langsung

Sebab dia hanya mahu lihat kamu sentiasa tersenyum

Dia diam, pendam perasaan

Sebab dia tak mahu kamu rasa serba salah

Dia diam, berpura bahagia

Tapi sebenarnya dia sedih

Hakikatnya dia memang tabah demi kamu

Walaupun kamu mempermainkan dia

Dia sayang kamu walaupun kamu anggap ia hanya di mulut sahaja

Apa yang dia harap itu tak seperti yang diimpikan

Biarlah Tuhan sahaja yang menentukan

Apa yang kamu harapkan?

Melepaskan dia yang kamu anggap seperti patung itu?

Atau perbaiki diri dan bahagia bersama dia?

Tindakan kita boleh mengubah segala-galanya

Walaupun bukan dalam kuantiti yang besar

Sedikit perubahan yang baik itu sangat diperlukan

Berfikirlah dengan minda yang tenang
Cuba berada di tempat orang lain
Fahami keadaan orang lain

Tak rugi berikan sedikit masa pada orang lain untuk buat dia bahagia


Aku pernah bertanya pada seorang teman dengan soalan ini

"Kenapa bila orang lain ada masalah, kita boleh bantu selesaikan? Tapi bila mana kita ada masalah, kita sendiri tidak boleh selesaikan?"
Jawapan dia membuatkan aku tersenyum,

"Sebab kita manja. Kita pun kena nak ada orang lain ambil perhatian pada kita. Give some space for our self"


"Emo is a such a beautiful things" by Iqa

Bila kita letih, kita hanya akan fikirkan diri sendiri dan abaikan orang lain....
Think about it
@_<

Wednesday, 12 January 2011

Ku Coretkan Sebuah Ceritera

Sunyi malam di temani tangisan
Dia duduk seorang diri
Di jendela itu
Puas dia mencari bintang pujaan
Namun ia hilang ditelan awan

Ibarat...
Bunga mekar yang akan layu
Bulan dan mentari silih berganti
Pasang surutnya pantai
Malam dan siang
Hidup dan mati
Ada dan tiada

Takdir itu akan tetap bertukar
Walaupun hati membentak
Ai tetap akan berlaku
Yang digenggang terpaksa dilepaskan
Yang dimpikan terpaksa dilupakan
Yang bahagia terpaksa menelan derita

Jika keredhaan menguasai segalanya
Jika diri setabah banjaran
Jika ikhlas seluas lautan
Jika jujur sejernih embun
Biarlah cinta utama pada-Nya

Parut di hati masih berbekas
Merah masih menyala
Berlari mencari penawar
Namun tuba menjadi ubat
Ditelan pedih menjadi santapan

Yang diimpi hanya secebis pelangi
Merahnya cinta
Jingganya kesetiaan
Kuningnya keikhlasan
Hijaunya kejujuran
Birunya kepercayaan
Indigonya kebahagiaan
Ungunya kerana Tuhan

Dipohon doa seribu
Diharap kasih yang satu
Biar berjuta tahun berlalu
Kekalkan ia tetap begitu
Kerana di sana, telah menunggu

Tuesday, 11 January 2011

"100" Penuh Dengan Kejutan!!!!!

Bismillah....


Hey guys!!!!
Welcome to my 100 entries. Hehe~

First of all, thanks to my friends especially Iqa bcoz willi
ng to always be my side.
Muawh! Muawh! Muawh!


KEJUTAN!!!!!!!
!!!!!!

Banyak kejutan yang berlaku dalam hidup aku sejak awal tahun 2011 nie.
Macam-macamlah.
Tak kira perkara kecil atau pun besar.

Sempena entri aku yang ke-100 ini, aku nak cerita pasal hari ini.
Murid-murid semua duduk dalam keadaan selesa ya sebab cikgu nak bercerita nie
(Cewah, da berangan nak jadi cikgu plak. hehe~)

Kita mula pada awal pagi...
Cegini citenye....
Aku bangun awal walaupun tak ada kelas jam8 pagi gara-gara dikejutan dengan mesyuarat tergempar dengan Ketua Jabatan semalam.
Yang best tetibe je dapat tau mesyuarat tu cancel
Fine!!!!
But, aku dapat datang awal ke kelas dengan my luvly friend Iqa untuk lunch kat Proton City
(Pekenenye lunch kul10 pagi nie???)
Then, kuliah bersama lecturer subjek Sistem Undang-undang di Malaysia iaitu Encik Nizam.
Sebagai student yang berdedikasi, kami duduk depan skali.
(Baru ni kot nak duduk depan sebab tak nak kene soal. haha~)
Fun kelas pada hari ini.

Habis kelas jam 1, kami berlari kejar bas ke kampus yang ada 1 je masa tu
Bayangkan aku dengan Iqa terpaksa menyelit-nyelit sebab nak dapatkan bas
Kebetulan my luvly kak Ija bagi mesej, aku terus call dia cakap bas kat PC tak ade.
Sebab nak cepat sangat, aku terpaksa berdiri di depan pintu
(Hamek kau, tangan da sengal-sengal sebab berpaut pada tiang pintu)

Jam 2, kelas Encik Burn, kelas EDU yang 3 jam tu
Kuliah hari ini tak macam selalu sebab kami kene tunjukkan tugasan semalam pada lecturer yang sporting tapi tegas
Satu ape pun kami tak belajar, but banyak bincang pasal tugasan
Kelas habis jam 4.15 petang
Mase kat kelas EDU, aku plan nak pergi jog, Iqa pun nak join
So, janji jam 6 kat depan gym sebab nak jog kat padang yang besar itu

Masa dekat jam6 petang tu aku dah intai-intai langit
Fine, cuaca macam nak hujan sebab ade tompok-tompok awan mendung
Tak ape, teruskan semangat ye ye ye
Demi kesihatan ye ye ye

Jam 6.10 petang aku mengayuh beskal aku tu ke kampus, parking kat depan gym
Iqa cakap kat padang ramai orang, kami pun lalu la kat depan padang
Pergh!!! Memang ramai dow......
Budak nak latihan Masum, budak Ko, budak yang memang nak main bola penuh kat padang
Fine! Nasib bek aku bawak beg, isi barang-barang yang patut.

Tetibe je Iqa cakap nak jalan je
Aku pun setuju la sangat sebab tak ade tempat nak jog kat padang tu
Mula-mula nak jalan kat dalam kampus, tapi Iqa bagi idea nak jalan sampai pekan
Mak oi!!!!!!!!!!! Jauh kot
Tak ape, bukan selalu pun kami berjalan sampai pekan
Kecuali mase sem 1 dengan sem 2 je
Huhu~

Dah puas cuci mata tengok atlit-atlis hensem kat padang, kami pun gerak ke pekan
Bersemangat ni nak jalan sampai pekan
Iqa memang excited lah
Tah ape-ape yang kami bebel masa berjalan tu
Dok bercerita sampai lah kat pekan
Kebetulan lalu kat depan kedai kunci, aku pun memang nak duplicate kunci bilik
So, pergi la kat kedai apek tu
Tetibe je mamat yang tengah tunggu kunci dia siap tanya kami macam-macam
Dia tanya, budak UPSI ke?
Duduk kolej ke?
Tahun ke berapa?
Sem berapa?
Kos ape?
Hei, berapa banyak tanya da....
Then, dia bagi kad dia.
Wah, tetibe jek bagi kad
Ok, fine! Dia seorang pengusaha bas persiaran dan lori
Bila kunci aku dah siap, dia pulak la beria-ia nak bayarkan
Ape lagi, dah rezeki kot
Hahah!!! Fine, dia bayarkan
Yang paling kami terperanjat ialah dia tanya macam ni
"Eh, nak jadi adik angkat abang tak??"
WHAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Dia siap keluarkan handfon dia, minta no tel kami
Tapi kami tak bagi pun
Dia siap cakap dia orang baik la, staff UPSI la....
Dia nak minta no tel sebab tak nak terputus hubungan???
What the h*ll?????
Paling syok ayat terakhir dia
"Jangan takut, abang dah kawin"
Hahahhah!!!!!!!!!!
Macam nak pecah perut aku dengan Iqa ketawa sampai apek tu pun gelak juga
Tapi kecian.... kami tak bagi no tel kami pun
Huhu~ sori ye abang bas
Hahah!!!

Habis tu kami pergi kedai gift kejap
Then Iqa cakap nak tengok tudung
Tengah lalu kat kedai-kedai, tetibe je kilat
Hape lagi, kami pusing balik la
Nasib bek la aku bawak payung
Pergh! Berjalan bukan main laju lagi
Balik ke kampus kami ikut pintu utama
Baru je masuk pintu terus bunyi petir
Aku dengan Iqa dah berpeluk je
Dekat dengan padang kot, dah la pegang payung
Time tu juga la budak-budak yang kat padang balik
Time tu juga hujan lebat
Nasib bek Abg Zul call Iqa, dapat gak la balik umah
Mase kat dalam kete, kene perli dengan Abang Zul
Tu la, sape suruh pergi jog kat pekan
Hahha~~
Fine, abang Zul gelakkan kami....

Macam-macam yang berlaku hari ini
Aku terpaksa tinggalkan basikal aku kat gym
Hope tak ade apa-apa la dengan basikal aku tu
Nampaknya aku kena amek basikal aku tu esok saje

Hoho!!!!!
Hidup ini penuh dengan pelangi
Semalam aku agak emo, tapi malam ini aku banyak gelak
Thanks Iqa sebab menceriakan hari saya
Walaupun kita terpaksa menempuh dugaan yang macam-macam
Luv u lalink
@_<