Sunyi malam di temani tangisan
Dia duduk seorang diri
Di jendela itu
Puas dia mencari bintang pujaan
Namun ia hilang ditelan awan
Ibarat...
Bunga mekar yang akan layu
Bulan dan mentari silih berganti
Pasang surutnya pantai
Malam dan siang
Hidup dan mati
Ada dan tiada
Takdir itu akan tetap bertukar
Walaupun hati membentak
Ai tetap akan berlaku
Yang digenggang terpaksa dilepaskan
Yang dimpikan terpaksa dilupakan
Yang bahagia terpaksa menelan derita
Jika keredhaan menguasai segalanya
Jika diri setabah banjaran
Jika ikhlas seluas lautan
Jika jujur sejernih embun
Biarlah cinta utama pada-Nya
Parut di hati masih berbekas
Merah masih menyala
Berlari mencari penawar
Namun tuba menjadi ubat
Ditelan pedih menjadi santapan
Yang diimpi hanya secebis pelangi
Merahnya cinta
Jingganya kesetiaan
Kuningnya keikhlasan
Hijaunya kejujuran
Birunya kepercayaan
Indigonya kebahagiaan
Ungunya kerana Tuhan
Dipohon doa seribu
Diharap kasih yang satu
Biar berjuta tahun berlalu
Kekalkan ia tetap begitu
Kerana di sana, telah menunggu
No comments:
Post a Comment