Senyum

Senyum
Senyum Itu Indah

Sunday, 9 January 2011

Takdir Menganti



Semalam yang pasti
Rama-rama terbang bebas
Cantik
Seperti pelangi
Tapi ia hanya seketika

Ibarat desiran pasir pantai
Pasti berubah
Kerana air dan bayu
Kerana bulan dan mentari
Ia tetap akan berubah

Biarkan semalam itu
Walaupun sukar dilepaskan
Tapi ia kekal kenangan
Tangisi ia jika meluka hati
Dipendam jangan

Takdir itu punya hijab
Perlu ditempuh untuk dirasa
Antara pintu pilihan
Hijabnya berlainan
Kekal mengharap petunjuk Tuhan
Dan kata hati yang halus ini

Andai yang pasti di depan ini
Akan ku singkap hijabnya
Andai luka yang terhidang
Aku kan redha dengan segalanya
Andai taman cinta yang kau berikan
Demi Tuhan, aku bahagia

Namun itu bunga impian
Ia berputik di hati
Entahkan berbuah atau tidak
Entahkan layu terus dan mati
Itu tak ku pasti

Berserah segalanya
Mengimpikan hitam kekal menjauh
InsyaALLAH...
Doa kekal dipohon

No comments: