Senyum

Senyum
Senyum Itu Indah

Wednesday, 10 November 2010

12 Tentang Lelaki

  • Akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan gadis yang dipujanya dan mereka lebih sukakan gadis yang boleh mendatangkan cabaran buat mereka.
  • Seorang pemikat yang terbaik, tetapi apabila berhadapan dengan seseorang gadis yang dipujanya, pasti lidah menjadi kelu untuk berkata-kata
  • Lalaki yang benar-benar lelaki tidak menyukai GAY!!
  • Awas! Jangan memperkatakan sesuatu yang tidak elok tentang ibu si dia. Bagi seseorang lelaki, orang yang paling disayangi ialah ibu mereka.
  • Sering memikirkan gadis yang meminatinya tetapi jangan pelik sekiranya si dia tidak menyukai gadis tersebut.
  • Lebih bersikap terbuka terutamanya dalam hal yang berkaitan dengan diri mereka.
  • Lebih menyukai seseorang gadis yang berdasarkan pemikiran, bukannya dari pakaian yang seksi ataupun rupa paras yang cantik
  • Tidak mengambil berat tentang perkara yang remeh-temeh
  • Tidak mudah melupakan bekas kekasihnya walaupun sudah lebih tiga tahun tidak bersama
  • Sering bertindak mengikut perasaan jika tidak mempunyai pengalaman dalam percintaan
  • Ada kalanya seseorang lelaki boleh diibaratkan seperti harimau kerana keberanian dan kegarangannya. Tetapi pada masa tertentu apabila berhadapan dengan kamu, dia boleh menjadi seekor kucing yang manja
  • Apabila seseorang lelaki cuba untuk bertenang di saat sedang berhadapan dengan situasi menyulitkan, cuba kamu perhatikan, si dia pasti nampak agak gelabah.

Jom Jaga Kuku Anda


Setiap gadis pasti mahu memiliki kuku yang cantik dan juga bersih. Jangan pening-pening, ada cara yang lebih mudah untuk dapatkan kuku sebegitu. Tak perlu ke salun untuk itu semua, cuma lakukan sahaja di rumah. Mari kita lihat macam mana nak dapatkan kuku yang cantik. >_*

  • Pelbagaikan kegunaan ubat gigi kamu. Caranya mudah sahaja, kamu hanya perlu menggosokkan kuku anda dengan berus gigi yang telah diletakkan ubat gigi dengan formula whitening (macam nak gosok gigi). Gosok dengan perlahan dan biarkan selama 10 minit. Kemudian, basuh dan bilas dengan air suam.
  • Kamu juga boleh menggunakan perahan lemon. Sediakan mangkuk yang berisi air, jangan terlalu penuh. Kemudian, campurkan hirisan lemon dan perah agar jusnya keluar. Rendam jari selama 5-10 minit. Akhir sekali keringkan jari dengan tuala yang bersih

Selamat mencuba !


Saturday, 6 November 2010

Mari Baca Ini

  • Tahukah anda apabila 350ml air dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah Celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
  • Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.
  • Sebuah kereta yang dipandu selaju 220km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 4km/j sekiranya kereta-kerata tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.
  • Tahukah anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam Bahasa Melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
  • Tahukah anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun dahulu? Ia menjadi bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
  • Tahukah anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi berani menarik butir-butir besi lain ke arahnya. Bagaimanapun, orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
  • Tahukah anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudahnya tentu ia tidak akan diekori lagi.
  • Tahukah anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
  • Tahukah anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadang-kala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap dan tanpa kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yeng tersendiri sebenarnya.
  • Tahukah anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walau bagaimanapun, orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
  • Tahukah anda gunung berapi yang berusia 300 tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi, mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama 3 bulan.
  • Tahukah anda, orang yang tidak pernah kesah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
  • Tahukah anda, ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
  • Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga mereka dengan menggunakan siku mereka
Ada sesiapa yang telah cuba uji try test sentuh telinga dengan siku ke???
Hahaha!!!

Thursday, 4 November 2010

It Is November's Birthday!!


SELAMAT ULANG TAHUN NOVEMBER!!!!

Bulan yang sangat dinanti-nantikan oleh aku dan sahabat-sahabat yang lain.
Walaupun setiap ulang tahun kelahiran bermaksud umur kita bertambah satu angka, tapi pada aku ia adalah sekadar angka.
Yang penting hati tetap muda dan matang.
>_*
Mari kita lihat insan-insan yang diraikan pada bulan November :




Ini sahabat aku kat UPSI, kos TESL
Nama beliau ialah Farid Fidaus
Beliau sangat suka pisang goreng


Ni adalah housemate aku
Nama dia Adah
Paling kurus kering kat umah


Nama beliau ialah Fariza
Rooomate aku masa aku duduk kat Kolej Zaba
Dia ambil kos Pendidikan Khas


Seorang yang sangat periang, Herina @ Ina
Awek dari Nogori Sombilan
Sangat tinggi lampai dan kurus
Sesuai jadi model


Yang nie kekanda kesayangan aku kat UPSI
Nama beliau ialah Khadijah
Kami rapat sampai ada yang cakap kami dah macam akak dan adik
Sayang Kak Ija


Jiran sebelah umah aku
Nama dia Ida Suhaila
Mak dia dengan mak aku sangat baik
Walaupun duduk sebelah umah, tapi jarang jumpa
Selalu jumpa kat facebook je


Kat gambar ini, Wati yang tengah-tengah
Dulu masa sekolah menengah, kami memang rapat bertiga
Dia baru je bertunang


Okei, Fisya yang pandang ke lensa kamera
Abaikan yang buat aksi kandid tu
Aku rapat dengan Fisya masa kami ambil kelas Teater Kreatif


Kak Ain adalah yang pakai tudung putih
Dia sangat baik
InsyaALLAH awal tahun 2011 dia akan naik pelamin
Gambar ini ambil masa sambut birthday Kak Sue


Ini pula Shaidah
Kawan yang sangat sporting
Gila-gila macam aku juga walaupun kadang-kadang garang
Tapi dia garang bertempat


Yang nie plak Hana
Paling sukar diduga, suka diam dan mendengar dari bercakap


Yang cute ini adalah Izati
Ustazah yang rock
Gila-gila juga macam aku


Sahabat lama masa di PLKN
Nama dia Athirah, tapi dia suruh panggil dia Trex
Sangat gila pada ARASHI


Liza, seorang yang lemah-lembut
Sahabat masa sekolah rendah lagi


Paling sweet berbaju putih ini ialah Adeq
Sahabat aku paling rapat masa sekolah menengah selain Wati
Aku sangat tunggu masa dia untuk bernikah dengan kawan kami iaitu Taufik


Farah adalah yang sedang buat "peace"
Dia adalah jiran selang dua buah rumah aku
Sahabat sekelas di UPSI


Yang bajet hensem ini ialah Haqeem
Aku kenal dia dari Shaidah
Budak sains sukan yang gila-gila
Selalu gaduh dengan Shaidah kat facebook


Jejaka yang sopan ini ialah Khalilullah
Beliau adalah penghuni Kampung Berop
Seorang yang boleh dikatakan pendiam

Yang kuat makan ini pula ialah Apai
Dia suka buli aku


Yang berangan nak jadi chef ini pula nama dia Nazri
Tapi dia nak orang panggil dia sebagai Remy
Tahu tak apa yang dia tengah masak tu??
Hahaha!!

Tuesday, 2 November 2010

This Is Who I'm Before

Bismillah.....

Alhamdulillah... Sesungguhnya aku bersyukur dengan segala yang telah Engkau berikan pada hamba-Mu ini Ya ALLAH... Jasad masih bernyawa, hidup yang senang yang telah Engkau aturkan, keluarga yang sangat menyanyangi daku, sahabat-sahabat yang setia dan insan-insan yang baik pada daku. Segala pujian hanyalah untuk Mu Ya ALLAH....

Bila aku tersedar dari tidur, aku bersyukur kerana diberikan peluang sehari lagi untuk menatap keindahan ciptaan Tuhan. Terima kasih Ya ALLAH...

Hidup ini bukan seperti mencanting kain putih bersih. Perlu menjadi seperti seorang arkitek yang boleh mereka sebuah bangunan kehidupan. Tapi, teguh dan kekalnya sebuah bangunan kehidupan yang senang adalah dengan keredhaan dari-Nya. Andai bangunan kehidupan menggunakan simen iman, keluli takwa, pasir ketabahan, batu kesungguhan, atap solat dan diisi dengan hiasan kasih sayang, nescaya istana itu milik kamu.

Namun permulaan hidup insan ini tidak seperti yang kelihatan ketika ini. Hanya Dia sahaja yang tahu apa yang telah diri ini lalui. Kemewahan jauh sekali menziarahi hidup. Insan yang aku gelar sebagai ayah dan emak telah terlalu banyak berkorban. Ketabahan ayah, kesabaran emak yang menjadikan tiang rumah itu kukuh. Mungkin aku tak dapat merasai kehidupan era 80-an sebab aku lahir pada akhir era itu.

Keluarga emak bukan dalam kalangan yang berada. Bak kata pepatah, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Emak banyak menolong adik-beradiknya yang lain walaupun emak terpaksa bersusah payah. Ayah terpaksa tinggal dengan nenek sebab nenek bercerai dengan atuk. Nenek cuma sara hidup dengan jual bahulu tapi masih dapat sekolahkan ayah.

Emak merupakan wanita pertama dalam kalangan kawan-kawannya yang dapat berkahwin dengan orang luar. Majlis disambut semana yang mampu.

Ini ayah semasa majlis akad nikah


Emak dan ayah kat atas pelamin

Gambar-gambar ini semua dalam simpanan ayah. Naik gatal hidung aku sebab nak selongkar cari gambar-gambar ini.

Awal perkahwinan semuanya berjalan lancar. Tapi rupanya sebelum ayah berkahwin dengan emak, ada satu konflik yang berlaku sampaikan emak tak dapat nak maafkan. Cerita sebenar aku kurang pasti, yang aku tahu keluarga belah atuk ayah memang tak suka ayah kahwin dengan emak sebab isteri muda atuk ayah yang ketiga (yang terakhir dan kekal hingga kini) nak jodohkan ayah dengan anak sedara dia, tapi ayah tak mahu. Banyak rintangan yang mak terpaksa harungi sampai mak di maki hamun dan direndah-rendahkan. Tapi mak sabar. Aku cukup kagum dengan kesabaran mak. Kejadian yang aku rasa aku tak boleh terima adalah mak tiri ayah pernah guna-gunakan ayah supaya ayah bercerai dengan mak. Na'uzubillah!!!

Lepas mak lahirkan along, ayah cuma bekerja sebagai pencuci kereta. Aku masih ingat lagi masa ayah cerita tentang kehidupan dia dulu dengan mak. Masa itu kami kat dalam kereta dan aku menangis bila dengar cerita itu. Aku tak percaya keluarga aku sesusah macam itu. Bayangkan, berapalah sangat gaji pencuci kereta, nak tanggung sampai tiga perut. Masa itu mereka duduk kat kawasan Johor Bahru. Lagi pun keluarga mak tinggal kat Felda Mount Austin dan keluarga ayah di Kota Tinggi, jadi memang dekat dengan JB.

Tak lama lepas itu ayah dapat kerja sebagai kerani sekolah rendah. Alhamdullillah, ayah pernah bersekolah Inggeris, senang untuk dapatkan kerja. Sekolah di kawasan pedalaman, di utara Johor. Itulah sekolah rendah yang aku pernah belajar dahulu. Bukan setakat aku, tapi semua adik-beradik aku. Lebih 20 tahun ayah kerja sebagai kerani kat sekolah itu. Bak kata orang, dari yang berlajar darjah satu sampailah mereka dah ada anak dan anak mereka pun sekolah kat situ, ayah masih lagi kerani sekolah dan tak pernah tukar tempat kerja.

Masa ayah, mak dengan along baru pindah, mereka terpaksa sewa rumah sebab memang tak ada tanah untuk buat rumah sendiri. Tapi nasib baik orang kampung kat sini baik-baik belaka sebab bagi ayah sewa rumah itu. Kat kampung inilah aku membesar. Kat kampung inilah aku kenal erti kehidupan. Alhamdulillah, aku masih sempat merasa kesusahan hidup bersama-sama keluarga. Rumah papan yang kecil menjadi istana bagi aku bermain. Rumah yang tiada bilik langsung hanya ruang tamu dan dapur. Bilik air di luar dan tiada bumbung. Tandas nun jauh di belakang rumah. Bekalan air pula terpaksa tumpang jiran sebelah, cukup bulan bayar duit air. Elektrik? Alhamdulillah ada. Kenderaan? Hanya sebuah motor Honda bulan, JAJ 9455. Itulah kenderaan yang mampu keluarga aku miliki.

Aku faham dengan latarbelakang keluarga aku. Aku sedar aku bukan dalam kalangan yang hidup senang, celik sahaja mata sudah ada tv, kereta serta pakaian yang cukup. Makan sepinggan berkongsi dengan adik-beradik yang lain. Nak masak pula, mak terpaksa cari arang kayu kat kawasan kebun yang jauh seorang diri demi anak-anak. Demi anak-anak, mak dengan ayah sanggup ikat perut.

Sebab inilah aku tak malu untuk makan di warung biasa sahaja dan bukan di Secret Recipe. Aku tak malu pergi ke pasar malam dan bukan shopping complex yang gah. Aku tak malu pakai pakaian yang aku beli di Sakan berbanding di Gucci atau Bum. Dan aku tak malu hanya punya sebuah basikal berbanding kereta Mercedes. Dan aku tak kesah hanya makan nasi dan telur goreng berbanding aku menyusahkan emak dan ayah aku. Aku sangat sayang pada mereka. Kamu jangan ragu-ragukan aku. Jangan sesekali kamu buat begitu.

Jangan pelik kenapa aku lebih berminat untuk duduk di rumah berbanding keluar berfoya-foya menghabiskan duit yang ayah kirimkan kecuali aku memang mahu keluar. Jangan pelik kenapa aku lebih suka window shopping berbanding shopping. Jangan pelik kenapa aku lebih suka berkira sebab sesen yang ayah kirimkan adalah hasil titik peluh dia bekerja bersengkang mata. Aku sangat teliti tentang itu. Hasrat untuk minta wang saku pada ayah akan aku fikir banyak kali dan aku akan tengok tarikh. Sesungguhnya ayah bukan seorang pengusaha kilang duit.

Aku pernah berada dalam keadaan susah, dan aku masih merasakannya. Aku pernah menjawat jawatan 'minah kilang' yang memaksa aku untuk bangun seawal 5 pagi dan sampai di rumah jam 7.30 malam atau 1.00 pagi demi bantu keluarga aku. Aku pernah bekerja dan aku tahu susahnya bekerja selama lebih 8 jam dengan hanya berdiri. Aku pernah laluinya.

Dan sekarang aku seorang pelajar kembali, meneruskan impian emak dan ayah. Aku adalah satu-satunya anak yang dapat sambung belajar hingga ke peringkat ini. Akak dan abang aku hanya dapat belajar separuh jalan di universiti dan institut kemahiran kerana sumber kewangan yang terhad. Harap adik aku dapat belajar sampai habis, aku juga begitu.. InsyaALLAH....

Ya ALLAH...
Terima kasih kerana Engkau mengajar aku erti kehidupan
Dan tidak menjamahkan daku dengan kehidupan yang senang lenang sahaja
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah...