Alhamdulillah... Sesungguhnya aku bersyukur dengan segala yang telah Engkau berikan pada hamba-Mu ini Ya ALLAH... Jasad masih bernyawa, hidup yang senang yang telah Engkau aturkan, keluarga yang sangat menyanyangi daku, sahabat-sahabat yang setia dan insan-insan yang baik pada daku. Segala pujian hanyalah untuk Mu Ya ALLAH....
Bila aku tersedar dari tidur, aku bersyukur kerana diberikan peluang sehari lagi untuk menatap keindahan ciptaan Tuhan. Terima kasih Ya ALLAH...
Hidup ini bukan seperti mencanting kain putih bersih. Perlu menjadi seperti seorang arkitek yang boleh mereka sebuah bangunan kehidupan. Tapi, teguh dan kekalnya sebuah bangunan kehidupan yang senang adalah dengan keredhaan dari-Nya. Andai bangunan kehidupan menggunakan simen iman, keluli takwa, pasir ketabahan, batu kesungguhan, atap solat dan diisi dengan hiasan kasih sayang, nescaya istana itu milik kamu.
Namun permulaan hidup insan ini tidak seperti yang kelihatan ketika ini. Hanya Dia sahaja yang tahu apa yang telah diri ini lalui. Kemewahan jauh sekali menziarahi hidup. Insan yang aku gelar sebagai ayah dan emak telah terlalu banyak berkorban. Ketabahan ayah, kesabaran emak yang menjadikan tiang rumah itu kukuh. Mungkin aku tak dapat merasai kehidupan era 80-an sebab aku lahir pada akhir era itu.
Keluarga emak bukan dalam kalangan yang berada. Bak kata pepatah, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Emak banyak menolong adik-beradiknya yang lain walaupun emak terpaksa bersusah payah. Ayah terpaksa tinggal dengan nenek sebab nenek bercerai dengan atuk. Nenek cuma sara hidup dengan jual bahulu tapi masih dapat sekolahkan ayah.
Emak merupakan wanita pertama dalam kalangan kawan-kawannya yang dapat berkahwin dengan orang luar. Majlis disambut semana yang mampu.
Gambar-gambar ini semua dalam simpanan ayah. Naik gatal hidung aku sebab nak selongkar cari gambar-gambar ini.
Awal perkahwinan semuanya berjalan lancar. Tapi rupanya sebelum ayah berkahwin dengan emak, ada satu konflik yang berlaku sampaikan emak tak dapat nak maafkan. Cerita sebenar aku kurang pasti, yang aku tahu keluarga belah atuk ayah memang tak suka ayah kahwin dengan emak sebab isteri muda atuk ayah yang ketiga (yang terakhir dan kekal hingga kini) nak jodohkan ayah dengan anak sedara dia, tapi ayah tak mahu. Banyak rintangan yang mak terpaksa harungi sampai mak di maki hamun dan direndah-rendahkan. Tapi mak sabar. Aku cukup kagum dengan kesabaran mak. Kejadian yang aku rasa aku tak boleh terima adalah mak tiri ayah pernah guna-gunakan ayah supaya ayah bercerai dengan mak. Na'uzubillah!!!
Lepas mak lahirkan along, ayah cuma bekerja sebagai pencuci kereta. Aku masih ingat lagi masa ayah cerita tentang kehidupan dia dulu dengan mak. Masa itu kami kat dalam kereta dan aku menangis bila dengar cerita itu. Aku tak percaya keluarga aku sesusah macam itu. Bayangkan, berapalah sangat gaji pencuci kereta, nak tanggung sampai tiga perut. Masa itu mereka duduk kat kawasan Johor Bahru. Lagi pun keluarga mak tinggal kat Felda Mount Austin dan keluarga ayah di Kota Tinggi, jadi memang dekat dengan JB.
Tak lama lepas itu ayah dapat kerja sebagai kerani sekolah rendah. Alhamdullillah, ayah pernah bersekolah Inggeris, senang untuk dapatkan kerja. Sekolah di kawasan pedalaman, di utara Johor. Itulah sekolah rendah yang aku pernah belajar dahulu. Bukan setakat aku, tapi semua adik-beradik aku. Lebih 20 tahun ayah kerja sebagai kerani kat sekolah itu. Bak kata orang, dari yang berlajar darjah satu sampailah mereka dah ada anak dan anak mereka pun sekolah kat situ, ayah masih lagi kerani sekolah dan tak pernah tukar tempat kerja.
Masa ayah, mak dengan along baru pindah, mereka terpaksa sewa rumah sebab memang tak ada tanah untuk buat rumah sendiri. Tapi nasib baik orang kampung kat sini baik-baik belaka sebab bagi ayah sewa rumah itu. Kat kampung inilah aku membesar. Kat kampung inilah aku kenal erti kehidupan. Alhamdulillah, aku masih sempat merasa kesusahan hidup bersama-sama keluarga. Rumah papan yang kecil menjadi istana bagi aku bermain. Rumah yang tiada bilik langsung hanya ruang tamu dan dapur. Bilik air di luar dan tiada bumbung. Tandas nun jauh di belakang rumah. Bekalan air pula terpaksa tumpang jiran sebelah, cukup bulan bayar duit air. Elektrik? Alhamdulillah ada. Kenderaan? Hanya sebuah motor Honda bulan, JAJ 9455. Itulah kenderaan yang mampu keluarga aku miliki.
Aku faham dengan latarbelakang keluarga aku. Aku sedar aku bukan dalam kalangan yang hidup senang, celik sahaja mata sudah ada tv, kereta serta pakaian yang cukup. Makan sepinggan berkongsi dengan adik-beradik yang lain. Nak masak pula, mak terpaksa cari arang kayu kat kawasan kebun yang jauh seorang diri demi anak-anak. Demi anak-anak, mak dengan ayah sanggup ikat perut.
Sebab inilah aku tak malu untuk makan di warung biasa sahaja dan bukan di Secret Recipe. Aku tak malu pergi ke pasar malam dan bukan shopping complex yang gah. Aku tak malu pakai pakaian yang aku beli di Sakan berbanding di Gucci atau Bum. Dan aku tak malu hanya punya sebuah basikal berbanding kereta Mercedes. Dan aku tak kesah hanya makan nasi dan telur goreng berbanding aku menyusahkan emak dan ayah aku. Aku sangat sayang pada mereka. Kamu jangan ragu-ragukan aku. Jangan sesekali kamu buat begitu.
Jangan pelik kenapa aku lebih berminat untuk duduk di rumah berbanding keluar berfoya-foya menghabiskan duit yang ayah kirimkan kecuali aku memang mahu keluar. Jangan pelik kenapa aku lebih suka window shopping berbanding shopping. Jangan pelik kenapa aku lebih suka berkira sebab sesen yang ayah kirimkan adalah hasil titik peluh dia bekerja bersengkang mata. Aku sangat teliti tentang itu. Hasrat untuk minta wang saku pada ayah akan aku fikir banyak kali dan aku akan tengok tarikh. Sesungguhnya ayah bukan seorang pengusaha kilang duit.
Aku pernah berada dalam keadaan susah, dan aku masih merasakannya. Aku pernah menjawat jawatan 'minah kilang' yang memaksa aku untuk bangun seawal 5 pagi dan sampai di rumah jam 7.30 malam atau 1.00 pagi demi bantu keluarga aku. Aku pernah bekerja dan aku tahu susahnya bekerja selama lebih 8 jam dengan hanya berdiri. Aku pernah laluinya.
Dan sekarang aku seorang pelajar kembali, meneruskan impian emak dan ayah. Aku adalah satu-satunya anak yang dapat sambung belajar hingga ke peringkat ini. Akak dan abang aku hanya dapat belajar separuh jalan di universiti dan institut kemahiran kerana sumber kewangan yang terhad. Harap adik aku dapat belajar sampai habis, aku juga begitu.. InsyaALLAH....

Ya ALLAH...
Terima kasih kerana Engkau mengajar aku erti kehidupan
Dan tidak menjamahkan daku dengan kehidupan yang senang lenang sahaja
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah...

No comments:
Post a Comment