Senyum

Senyum
Senyum Itu Indah

Wednesday, 17 November 2010

Dia, Dia, Dia, Dia dan Dia....

Dia datang.
Aku hanya lihat saja bila dia lalu.
Aku senyum sahaja bila dia pandang aku.
Aku nampak dia senyum.
Aku nampak ada seseorang yang dia pimpin.
Aku senyum lagi.

Dan dia datang pula.
Aku lihat dia dan aku senyum.
Aku nampak sinaran bahagia di matanya.
Aku nampak dia dengan temannya.
Dan aku nampak ada sesuatu yang dia bawa.
Dia pula lihat aku, tapi dia senyum dengan temannya.
Tapi aku tahu ada yang kurang di hatinya.

Dia pula yang datang.
Aku hanya berdiri melihat dia.
Aku tak tahu mahu senyum atau tidak.
Aku biar dia datang.
Dan dia menghulurkan tangannya.
Aku hanya kaku.
Kerana tangan yang satu lagi, dia memimpin seseorang.

Dia datang dan terus ada di situ.
Dia senyum sehingga buat aku girang.
Aku cuba pandang dalam matanya.
Tapi aku tidak nampak apa-apa.
Hanya luaran yang terpancar gembira.
Aku tahu dia cuba berahsia.
Dan dia tetap mahu begitu.

Kemudian, dia pula datang.
Aku langsung tidak tahu dia datang.
Dan aku tidak melihat dia.
Hingga dia yang menyapa aku.
Aku terkaku dengan sapaan dia.
Dia menghulurkan tangan, tapi aku teragak-agak.
Bila aku mahu sambut, dia lekas menarik tangannya.
Aku terkesima.
Dan aku keliru.

Kali ini dia, dia, dia, dia dan dia datang.
Aku hanya berdiri dan melihat.
Aku tak tahu apa yang harus aku buat.
Aku cuma memandang sekilas.
Aku pandang dengan sejuta persoalan.
Aku pandang dengan sejuta kekesalan.
Aku pandang dengan sejuta kepahitan.
Aku pandang dengan sejuta kekeliruan.
Aku pandang dengan sejuta kekecewaan.
Dan...
Aku pandang dengan harapan.

Mengharapkan kebahagiaan untuk dia.
Mengharapkan ketabahan dalam hati ini.
Mengharapkan hati ini ikhlas memaafkan.
Mengharapkan hitam pergi jauh.
Mengharapkan Tuhan lekas temukan aku dengan dia.
Dia yang satu-satunya.
Dia yang datang dan menanti aku.
Dalam panas, dalam hujan, dalam ribut, dalam sejuk.
Dia yang datang menghulur tangan.
Dia yang memujuk aku hingga tangan ini dapat digapai.
Dia yang soleh.....

Tuhan...
Sesungguhnya Engkau sengaja menguji aku dengan dugaan ini.
Engkau temukan aku dengan dia yang salah.
Engkau mengajar aku untuk lebih tabah.
Untuk selalu memperbaiki diri ini.
Untuk memuhasabahkan hati dan fikiran.
Dan untuk aku terus memunajat pada Mu
Dan Engkau tahu hikmah segala ini.
Alhamdulillah...

No comments: