Senyum

Senyum
Senyum Itu Indah

Monday, 4 June 2012

The E-Day Nurul

Bismillah…
Assalam…

Alhamdulillah….. Hari ini diberikan kesempatan untuk update blog. Maklumlah dah berzaman tak jenguk blog ni. Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH kerana telah memberikan kesihatan pada diri ini setelah lima hari demam. Tak taulah demam sebab perubahan cuaca atau demam rindu. Opsss… Biarlah rahsia.

Okay, hari ni saya akan update perkara terbaru dalam hidup saya. Eh! Bukan, hidup kawan saya. Saya hanya menumpang kegembiraan sahabat sejak dari semester 1 hingga semester terakhir duduk rumah yang sama. Sahabat saya ni kecil molek comel orangnya. Sekali pandang mesti nak pandang lagi. Kalau masa belajar dulu, bila dia tak ada dalam rumah mesti sunyi. Jarak umur kami hanya beza 1 bulan tapi dia dah mendahului saya menuju ke gerbang perkahwinan. Dalam demam ku gagahkan jua kudrat untuk ke majlis mu wahai sahabat.

2 Jun 2012 (Sabtu) yang lalu, dia telah selamat menjadi tunangan orang. Tahniah buat sahabatku Nurul Hidayah yang telah menerima lamaran tunangnya iaitu Ahmad Taufiq. Walaupun majlis tidak dihadiri sang tunang yang berada jauh di Sarawak namun ia tidak mencacatkan majlis yang sangat bermakna itu. Berbaju kurung moden biru firus menyerlahkan lagi keayuan si pemakai yang lengkap dengan senyuman lesung pipit di pipi. Buat sahabat, tahniah. Semoga perjalanan untuk menempuh satu lagi majlis besar dalam tempoh 5 bulan lagi akan berjalan dengan lancar. Sayang kamu sangat-sangat.

 Pelamin by Keris Sanggul Bridal






 Cup Cake dari pihak perempuan by Le Gateau


 Saat menyarung cincin

Me and the future wife


Friday, 17 February 2012

Khilaf

Tuhan
Ampunkan aku
Atas lakaran jiwa hitam
Aku jauhkan diri dari Mu
Melupakan cinta-Mu
Melalaikan kasih-Mu
Mengabaikan suruhan-Mu

Aku bersalah
Terlalu taksub mencintai
Terlalu mengagungkan nafsu
Terlalu cepat berubah

Tuhan
Apakah aku akan diterima
Di syurga-Mu?
Apakah masih ada
Cinta-Mu? Kasih-Mu?
Apakah aku dapat meneguk keampunan-Mu?

Tuhan
Suluhilah jalan hidupku
Aku keletihan menyentuh jalan ini
Berikanlah sinar baru
Untuk terus tabah

Kekhilafan ini
Aku akuinya
Ampuni aku
Teguhkan imanku
Agar bisa aku terus merindui-Mu

Monday, 16 January 2012

Sunday, 1 January 2012

Adeq E-Day

Bismillah...

Assalam...


Coretan buat kamu
Sahabat

Ingat tak dulu
Masa kita belasan tahun
First time saya kenal awak
Awak duduk kat belakang kelas
Saya tak ada kawan, saya duduk sebalah awak
Masa tu kita Tingkatan Satu

Kita sama-sama malu untuk kenal
Mula-mula tanya nama
Sekolah dulu kat mana
Kelakar betul kita
Saya tak terfikir pun persahabatan ini akan kekal

Dari Tingkatan Satu sampai Lima
Kita mesti sekelas
Awak banyak ajar kita tentang kehidupan
Awak banyak ajar kita untuk berkawan

Awak ingat tak
Setiap tahun bila tiba hari lahir kita
Kita tetap akan suap kek antara kita
Tak boleh lupa tentang itu

Suka dan duka
Senyum dan ceria
Tangis dan ketawa
Kita tetap bersama

Kita jarang nak berenggang
Macam kembar orang kata
Ke hulu
Ke hilir
Kita berdua

Kini
Kamu telah selangkah ke alam baru
Sesungguhnya hati ini mendoakan yang terbaik
Agar kamu dan si dia
Akan kekal bahagia
Sampai ke akhirnya

Selamat Bertunang Buat Sahabatku
Noriza Bidin



Maaf ketiadaanku di hari bersejarahmu

1 Januari 2012


Bismillah...

Assalam dan selamat sejahtera

Maaf kepada sesiapa yang menganggap tanggapan aku ini kolot
Terserah pada anda untuk menilai
Aku tidak memihak pada mana-mana
Bukan tiada pendirian
Tapi aku ada pendirian aku sendiri

Detik 12 tengah malam
Ambang tahun baru
Aku nyenyak di katil
Lena tidur

Semalam
Aku hanya mendengar angin bayu berita yang aku tidak tahu kesahihannya
Dan aku tidak mahu mengambil peduli
Kerana aku fikirkan aku tidak terlibat
Bukan mahu menyombong diri
Bukan tidak mahu menegakkan hak aku
Namun aku punya cara aku sendiri
Bukan cara mereka yang aku anggap merugikan

Dan
Pagi ini pelbagai perkhabaran aku terima
Terkejut
Terdiam
Tak terkata
Bukan sekali perkara ini pernah berlaku
Tapi pada aku pertama kali di tempat aku menjejakkan kaki

Dua pihak
Satu menuntut hak
Dan satu lagi menjaga keamanan

Sedih
Aku lihat cebisan video tragedi yang berlaku
Saat manusia lena tidur
Saat manusia lain menyambut ambang tahun baru
Mereka pula memekik melaungkan slogan mereka
Menyatakan pendirian dan matlamat mereka

Namun
Aku kesal melihat semua itu
Sedih
Entah di manakah fikiran mereka letakkan
Sudah hilang "maha" yang dilabelkan
Hanya tinggal siswa dan siswi

Berhimpunlah secara aman
Jangan memberontak
Apa yang dimahukan masuk ke dalam kawasan yang sememangnya ditutup
Apa guna menyerbu pejabat yang tiada orang
Aku tahu mereka ada tujuan
Tapi bukan dengan cara ini

Aku bukan sesiapa untuk menilai
Tapi aku kesal dengan tindakan mereka
Jika iman di dada itu kuat
Jika agama menjadi pegangan utama
Aku percaya perkara ini tidak berlaku

Terpulanglah kamu dengan cara kamu
Namun, fikirkan juga tentang orang yang tidak bersalah
Teruskan matlamat kamu
Tapi biarlah dengan cara yang sopan

Polis itu
Hanya menjalankan tugas
Mereka punya matlamat sendiri
Menjaga keamanan
Bukan sengaja diberikan kekerasan
Andai nasihat dan amarannya tidak dipatuhi
Mereka harus bertegas
Tidakkah mereka akan berkata "jangan melawan"?

Bila celaka menimpa
Polis yang dipersalahkan
Mereka lakukan apa yang perlu
Mereka juga punya perasaan
Andai api yang kamu balingkan, takkan mereka mahu berdiri diam?

Kenangi semula
Saat kamu menjejakkan kaki di situ
Saat nasihat pertama dari orang tua mu
Tidakkah kau lupa?
Harapan mereka menggunung padamu
Mengharapkan yang terbaik buatmu
Bukan ini yang mereka mahu
Mencalarkan maruah

"Mahasiswa"
Dimanakah ilmu yang diberikan?
Dimanakah fikiran kau campakkan?
Dimanakah agama yang kamu dakapkan?
Renungi kembali
Aku tahu, kamu punya akal

Universiti Pendidikan Sultan Idris
Terima kasih memberi aku peluang menambahkan ilmu
Perjalanan ini hampir ke penghujungnya
Semoga engkau akan tetap aman di sini