Sudah berabad lamanya aku tidak menconteng perkataan dan ayat-ayat yang muntah dari benak dan fikiran aku. Banyak tugasan yang aku perlu uruskan sejak sebulan yang lalu hingga aku lupa apa yang berlaku disekeliling aku. Untuk entri yang berikutnya, aku akan selitkan beberapa potret memori sepanjang majlis pertunangan yang berlangsung pada 14 Feb 2010 (Ahad) yang lalu. Kenangan terindah dalam hidup aku apabila pra penyatuan dua keluarga bermula. InsyaALLAH dalam masa dua tahun lagi, pernikahan akan dilangsungkan.
*Hanya pendahuluan karangan*
>_*
Serba salah menyelubungi merahnya hati ini selain masalah lain yang menjadi selimut hidup aku.
Maaf aku pinta padanya yang tidak bersalah. Sesungguhnya aku naif tentang segala yang berlaku antara kamu dan dia.
Kadang kala terlintas difikiran dan lembah hati aku yang mendalam ini.
Apakah kesalahan yang telah dihempapkan ke atas diri aku?
Salahkah aku? Hanya membina sebuah bangunan persahabatan?
Salahkah aku mengambil berat tentang dia seperti mana insan-insan lain dalam hidup aku?
Perlukan aku menjadi batu yang hanya bermastautin di puncak gunung tanpa mengetahui kemarau dan banjir di bawah?
Perlukah aku menjadi bahan eksperimen cemburu yang aku tidak tahu siapakah pakar sainsnya?
Kamu...
Aku jua seorang perempuan dan seorang wanita
Aku jua punya perasaan seperti kamu
Sesungguhnya kamu beruntung kerana kamu dan dia gagal dalam percintaan
Tapi kamu tidak pernah merasa apa yang pernah aku alami
Cukup perit bagi seorang wanita melaluinya
Kasih yang ku puja dulu bukan hanya gagal kerana sebab yang aku tidak tahu
Namun, percintaan itu gagal kerana insan yang ku puja telah memilih insan lain untuk menjadi suri hidupnya
Kamu tahu...
Aku hampir gila dengan keputusan itu
5 purnama berlalu dan dia telah ada penganti
2 purnama kemudian, dia telah menjadi seorang suami
Kamu tahu apa yang aku rasa?
Kecewanya hati bukan kerana kekasih hati punya teman wanita lain
Tetapi kekasih hati telah punya seorang isteri
Ketentuan itu bukan dihujung jari kita
Yang bisa disentuh punatnya atau dilihat skrin layarnya
Dia punya hati dan perasaan
Dan kamu juga punya hati dan perasaan
Seperti mana aku punya hati dan perasaan
Kecewa kamu tidak dapat menandingi kecewa aku
Kecewa aku kerana cincin telah disarungkan
Tapi akad nikah tidak dapat dilansungkan
Aku hanya berserah dengan kebahagiaan yang baru ini
Moga segalanya akan menyinari hidup aku
Kamu perlu tahu
Tiada siapa yang dapat menduga kemungkinan
Bersyukurlah kerana kamu telah dijodohkan dengan insan yang akan menjagamu seumur hidup
Insan yang akan mencurahkan kasih dan cintanya seluas lautan dan seindah bintang
Jodohmu akan datang
Tapi ia akan datang dengan corak yang tidak bisa kamu menduganya
Doa ku untuk mu...
Semoga jodohmu akan sentiasa menjadi sandaranmu
Menjadi Imam mu
Menjadi cintamu
Menjadi kasihmu
Menjadi pengubat rindumu
Dan menjadi insan yang akan menyuluh hidupmu
InsyaALLAH
Aku bukan mahu menjadi ustazah yang pandai menasihati
Hanya sekadar berkongsi rasa
Tapi bukan rasa cinta kamu terhadap dia
Aku hanya mahu menghindarkan sengketa
Dan seandainya kamu mahukan dia
Berusahalah untuk mendapatkan dia
Tapi jika kamu gagal menjadi pelanginya
Jangan kamu kecewa kerana ada suria yang akan menemani kamu
Percayalah wahai insan yang aku tidak kenal siapa kamu
Maafkan aku jika aku menyakiti hati mu
Ingatlah, bukan kamu sahaja yang kecewa
Dunia ini punya lagi insan yang lebih merana dan menderita daripada kamu
Seperti aku...
Segala kemungkinan akan terungkai jua akhirnya
Ikhlas dari :
anne alone all along
anne alone all along
No comments:
Post a Comment