Setelah aku merehatkan diri selama beberapa hari ketika cuti pertengahan semester, kini aku kembali dengan pelbagai keringat yang perlu dikorbankan. Aku tidak tahu sama ada aku mahu kasihan pada diri ini atau pun tidak. Kekeliruan berlaku di situ.
Tugasan yang selalu ditangguhkan kini menjadi barah dalam hidup aku. Kekangan masa amat mencemburui aku. Atau aku sendiri yang tidak mahu mencuri masa atau leka dengan semua ini.
Kehangatan terasa apabila tugasan perlu dihantar. Sepertinya aku sudah terbiasa dengan suasana ini. Bak kata sahabat-sahabat aku, bukan pelajar universiti namanya jika tidak membuat tugasan disaat-saat akhir.
*Tersenyum*
Pada minggu ini sahaja sebanyak empat tugasan yang perlu dihantar kepada pensyarah. Satu tugasan individu yang sepatutnya dihantar pada hari Isnin telah dilewatkan sehingga Isnin hadapan. Kelegaan berlaku di situ dek tugasan tersebut yang ku rasakan tidak memenuhi kreteria-kreteria yang dikehendaki olef Prof Dr. Dato' tersebut.
Tiga tugasan berkumpulan telah selamat aku selesaikan. Hanya tugasan Futsal yang sepatutnya dihantar pada hari Rabu telah dilewatkan juga. Satu syarat tambahan perlu dilakukan iaitu menyediakan biodata. Itu satu kerja yang ringan.
Dua tugasan lagi telah selamat diselesaikan oleh aku dan rakan-rakan yang lain walaupun aku sibuk menguruskan hal jemputan VIP UPSI untuk Karnival Perkampungan Malaysia yang akan berlangsung pada 27 dan 28 Februari 2010 ini. Aku yang selama ini tidak pernah memegang tugasan yang melibatkan protokol menyebabkan aku berasa sangat sesak. Terlalu banyak perkara yang perlu dilakukan. Maaf kepada rakan-rakan sekumpulan aku yang terpaksa menyelesaikan tugasan kita lantaran aku yang sibuk menguruskan hal protokol berkenaan.
Alhamdulillah...
Sekarang aku berasa agak selesa walaupun terdapat empat lagi tugasan yang perlu dihantar pada minggu seterusnya. Aku mahu rehat sebentar. Mahu memanjakan diri yang selama ini terabai dek kesibukan yang teramat sangat.
Namun, sebelum aku pulang ke rumah dari kampus, aku berasa serba salah dengan seseorang. Aku terpaksa menolak tawarannya. Pertama ialah untuk menjadi sekretariat konvokesyen. Akak itu dan abang itu sangat berharap aku dapat menyertai program berkenaan sehinggakan mereka mahu mengambilkan borang temuduga. Tapi aku tolak dengan lembut kerana pada ketika itu aku mahu menguruskan hal surat jemputan yang masih belum di hantar.
Perihal yang kedua ialah permintaan dari akak tersebut dari aku dan sahabat aku. Aku dan sahabat aku belum lagi memberikan kata putus. Aku terpaksa melihat pada kelapangan aku dan aku perlu tahu apakah yang perlu dilakukan bagi menyandang jawatan tersebut. Maklumlah, aku belum pernah lagi memegang jawatan tersebut.
Aku agak rapat dengan akak tersebut. Aku dapat saksikan ketenangan dia dalam menguruskan hal-hal walaupun aku tahu dia menanggung bebanan yang amat banyak. Sepertinya dia ibarat kakak aku. Setiap kali bersua muka, pasti senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya.
*Semoga berjaya ya kak*

By :
anne alone all along
anne alone all along
No comments:
Post a Comment