Senyum

Senyum
Senyum Itu Indah

Friday, 19 February 2010

Pertunangan


Keterujaan di hati ini hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Majlis yang belum pernah dialami di dalam keluarga aku ini membuatkan aku gembira.
Rentetan majlis risik yang telah diadakan pada 1 Januari 2010 kini menjadi majlis pertunangan yang meriah pada 14 Feb 2010.
Semestinya akulah insan yang paling sibuk menguruskan dan memastikan barang hantaran untuk pihak sebelah sana siap dengan kemasnya.
Mahu sahaja aku pulang awal untuk menguruskan semua itu namun keterbatasan assignment yang menjadi tembok penghalang.
Kini semuanya sudah selamat dijalankan dan cincin emas bertahta sebutir berlian sudah kemas di jari manis yang mugil.
Terima kasih kepada teman-temanku yang mengetahui hal ini dan mengucapkan tahniah kepada aku.
InsyaALLAH, untuk majlis persandingannya nanti akan ku jemput kalian semua.

No comments: