Senyum

Senyum
Senyum Itu Indah

Wednesday, 6 August 2014

NIKMATNYA MENJADI SEORANG ISTERI DAN IBU



Lumrah dalam kehidupan mana-mana wanita akan melayari alam perkahwinan. Bermula sejak lahir lagi seorang perempuan akan terdedah dengan tugas-tugas yang dilakukan oleh seorang wanita iaitu ibu mereka. Apabila meningkat dewasa, seorang remaja perempuan akan mula mengenali cinta dan akhirnya akan berkahwin dengan pasangan masing-masing mengikut ketentuan Tuhan.

Di saat lafaz akad disaksikan dan disahkan, ketika itulah status seorang wanita bertuka menjadi seorang isteri. Bermulalah tanggungjawab sebagai seorang isteri. Namun, ramai yang tidak tahu, mungkin lupa atau mungkin sengaja melupakan. Tanggungjawab seorang isteri kini lebih mencabar lebih-lebih lagi bagi yang bekerjaya.

Waktu pagi sudah bangun untuk menyediakan sarapan untuk suami dan diri sendiri sebelum pergi kerja. Sesungguhnya tidak sanggup seseorang isteri itu membiarkan suaminya pergi kerja tanpa menyuap atau meneguk air buatan tangannya. Seringan-ringan pun akan menyediakan air kopi atau tea dan mungkin dengan menyediakan roti serta jem atau kaya.

Kemudian, bersama-sama keluar pergi ke tempat kerja masing-masing. Mungkin tempat kerja suami lebih dekat daripada isteri dan mungkin tempat kerja isteri lebih dekat daripada suami. Tekanan kos hidup yang melambung tinggi telah memaksa si isteri turut membantu suami mencari rezeki lebih-llebih lagi bagi isteri yang mempunyai kelulusan. Di sinilah bermulanya kehidupan seorang isteri yang agak sibuk berbanding isteri-isteri yang tidak bekerja.

Pulang dari kerja pasti yang ditujui oleh isteri adalah dapur. Tempat yang kerap dilawati saban hari. Mungkin tugasan yang pertama dilakukan adalah memasak. Ya, semestinya. Suami akan lebih sayang jika isteri boleh memasak dan menyediakan makanan untuknya terutama apabila pulang dari kerja. Di sinilahsi isteri akan mula menyinsingkan lengan baju untuk masak. Memikirkan menu yang sesuai, memilih bahan-bahan untuk dimasak dan selalunya mereka akan membuat tugasan dua dalam satu. Sambil memask, isteri juga akan memeriksa pakaian yang kotor dan membasuhnya. Mungkin juga akan menyapu lantai, mengemas keadaan dapar agar lebih kemas dan cantik.

Terdapat isteri yang tidak akan mandi dahulu kerana mahu menyelesaikan tugas-tugas menguruskan rumah sebelum kepulangan si suami dan akan mandi apabila segalanya telah selesai. Ya, ini adalah tugasan isteri di rumah. Itu belum lagi menyentuh hal-hal berkaitan dengan pengurusan anak. Mungkin tidak menang tangan dibuatnya.

Oleh itu, kepada suami, jangan sesekali anda merungut bahawa isteri anda selalu tidak terurus, lambat menguruskan rumah dan mungkin tidak dapat melayan anda sesempurna yang anda mahu. Isteri juga seorang manusia yang mempunyai tenaga yang perlu di-cas semua, memerlukan rehat, dan mereka juga lemah. Bukan seperti robot yang boleh membuat kerja dengan cepat, namun robot juga akan rosak.

Tidak mustahillah jika ada suami yang akan berjinak-jinak untuk berkawan dengan wanita lain yang semestinya belum berkahwin. Ya, mungkin mereka lebih cantik dan pandai mengambil hati anda. Tapi anda perlu ingat bahawa mereka tidak mempunyai apa-apa komitmen atau tugasan lain untuk dibuat berbanding isteri anda yang perlu menguruskan hal anda, anak anda dan akhir sekali dirinya sendiri.

Isteri tidak bermaksud untuk mengabaikan anda, Cuma kadang kala mereka letih menguruskan semua hal rumah tangga sendirian tanpa bantuan sesiapa. Lebih menyedihkan lagi apabila si suami hanya merasakan tanggungjawabnya hanyalah untuk mencari nafkah. Tahukah anda bahawa tanggungjawab suami juga adalah menguruskan hal-hal rumah tangga? Jangan dimarahi isteri yang keletihan mengurskan segalanya sedangkan anda hanya duduk di sofa empuk sambil menonton filem kesukaan anda atau mungkin anda sedang lena tidur di katil sedangkan isteri anda mendukung anak sambil membuat kerja-kerja rumah.

Bantulah isteri anda, bukan anda sahaja yang keletihan namun isteri anda juga letih lebih-lebih lagi jika isteri anda juga bekerja seperti anda. Isteri mana mahu membiarkan suami mencari nafkah seorang diri sambil terpaksa menanggung hutang-hutang.

Suami, bantuan lebih diperlukan oleh isteri ketika mereka hamil. Mungkin anda boleh melihat isteri anda mampu membuat tugasan setiap hari dan anda berpendapat bahawa mereka tidak perlukan bantuan. Jika anda berfikiran sebegitu bermaksud anda salah. Ketika inilah tenaga seorang wanita yang hamil amat-amat terhad dan perlu rehat yang secukupnya. Bukan mudah untuk membawa bayi di dalam kandungan selama sembilan bulan sambil mengalami pelbagai masalah kesihatan. Sesungguhnya pertolongan anda tidak kira waktu addalah amat dinantikan dihargai oleh seorang isteri.


Sanyangi pasangan masing-masing. Saling membantu akan lebih mengeratkan hubungan antara suami isteri.

Bunga-bunga Syurga



Dia ibarat sekuntum bunga yang sangat cantik dan sungguh harum baunya. Kembangnya tiada tandingan. Namun…. Mekarnya tidak berkekalan, ia layu dan terus layu rebah ke bumi.

Ya, dia ialah bunga-bunga yang akan menyinari syurga. Syurga milik ALLAH swt yang satu. Tuhan sekalian alam. Tiada Tuhan yang disembah melainkan-Nya. Dan betapa beruntungnya dia mendiami syurga milik ALLAH swt.

Wahai anak kecil yang mugil lagi menenangkan hati. Kecomelanmu langsung tidak meruntunkan hati mereka yang buta hatinya. Kau hanya dipandang serendah-rendah tanah yang dipijak. Hilang rasa kemanusiaan yang selama ini sangat mahal harganya. Entah apa yang membuatkan hati mereka keras sekeras-kerasnya. Melebihi kerasnya batu di kaki gunung.

Wahai anak kecil. Tangisanmu tidak kedengaran oleh mereka, mereka tuli dan mereka juga buta. Mereka kudung tangan dan kaki. Mereka tidak sempurna. Dan mereka juga tiada hati. Mereka tidak mampu untuk mempunyai rasa kasihan kepada mu.

Sempurnakah mereka? Ya, mereka tidak sempurna. Mereka cacat segalanya. Berlainan dengan engkau wahai anak kecil. Walaupun secara fizikalnya engkau kudung kaki atau tangan, engkau buta atau pendengaranmu telah rosak, namun kamu tetap mempunyai hati dan perasaan.


Berderai lagi air mataku. Menitip potret-potret mu yang menyanyatkan hati. Luluh jiwa ku. Sesungguhnya engkau tidak berdosa dan engkau tidak mengerti akan semua yang berlaku. Bagaimana dirimu yang sekecil itu dapat menahan kesakitan yang teramat sangat akibat menjadi gigitan bom-bom yang tiada hati? Tabahlah wahai anak kecil. Ketahuilah jika engkau syahid, syurga telah menantimu, sayang.

Tuesday, 12 November 2013

Majalah 3 - Syria

Bismillah...

Assalam...

Kanak-kanak. Comel, periang dan kasih sayang. Itu antara ungkapan yang boleh aku katakan bagi kanak-kanak. Dari dulu lagi aku sensitif berkenaan dengan kanak-kanak, bukan tidak suka tapi aku tak suka perkara negatif terjadi pada kanak-kanak lebih-lebih lagi bayi. Video kes penderaan bayi aku hanya akan tengok sekejap saje sebab aku memang cepat tersentuh. Sekarang aku jadi lebih sensitif, mana taknya, aku sendiri dah ada anak sendiri, lagilah aku terasa.

Semalam, 11 November 2013, aku dan emak tengok cerita Majalah 3 sambil aku meriba si kecil Qurratul. Pada mulanya aku tak tahu tajuk untuk episod malam semalam, namun bila aku tengok ia berkenaan pergolakan yang berlaku di Syria. Bila tengok berita tentang peperangan ni mesti hati terdetik, "bilakah peperangan akan berakhir? setiap hari mesti ada berita tentang peperangan". 

Aku kuatkan semangat untuk tengok cerita Majalah 3, lihat ape yang berlaku di sana. Lihat rakyat Syria yang tidak bersalah menjadi korban hujan-hujan peluru, menjadi pelarian di tanah bumi sendiri. Alhamdulillah Malaysia masih aman. Aku lihat seorang kanak-kanak bertarung nyawa untuk hidup, melihat seorang lelaki yang kehilangan isteri dan anak perempuan membawa anak lelakinya yang dijangkiti kuman di otak ke hospital yang kekurangan doktor, melihat budak lelaki yang pernah ditembak oleh penembak tepat, melihat seorang bayi kecil yang lahir awal 3 bulan, melihat kanak-kanak ke sekolah yang pernah menjadi medan peluru, melihat tangisan seorang guru wanita yang mahukan keamanan dan melihat sebuah keluarga yang mempunyai 8 orang anak hidup dalam kesempitan dan kesusahan. Aku mengalir air mata bila lihat anak kecil keluarga berkenaan dipakaikan lampin hanya menggunakan cebisan kain kecil dan dibalut dengan plastik. Aku terus pandang anak dalam dakapan aku, aku tak mahu anak aku alami keadaan seperti itu. Aku sangat tersentuh. Anak itu masih kecil dan tak tahu apa-apa tapi dah mengalami perjanan hidup yang perit.

Kanak-kanak menjadi kerakusan manusia yang zalim. Demi wang dan kuasa sanggup mengorbankan insan-insan yang tak bersalah, merobohkan rumah-rumah yang sepatutnya menjadi tempat perlindungan yang selamat, menghancurkan jiwa kanak-kanak yang tagihkan ilmu. Dimanakah letaknya belas kasihan mereka yang zalim???

Semoga ALLAH melindungi mereka yang tak bersalah dan tempatkan mereka yang mati syahid di syurga.

Friday, 2 August 2013

Salam Lebaran


Salam lebaran buat semua dari saya dan suami

Wednesday, 12 June 2013

Perkahwinan Itu Lebih Bermakna

Bismillah..

Assalam...

' Aku masih di dalam kamar, ditemani tiga orang sahabat. Debaran masih terasa, semakin kuat. Tiada satu pun perkataan yang jelas yang ku dengari kecuali keriuhan yang berlaku di ruang tamu. Farah, Adah dan Umie sibuk mengusik aku yang diselubungi kepanasan dek aliran darah yang laju. Sesekali bergurau senda untuk menghilangkan hujan gelisah di hati.'

' Tiba-tiba datang adik lelaki aku sambil memegang kamera DSLR, "Dah, boleh keluar". Aku terpingga-pingga. "Ha?, ok". Dalam hati terdetik, majlis baru nak mulakah? Sampai di ruang tamu aku disuruh oleh tok kadi duduk di hadapannya. Di satu sudut kekasih hati sedang solat. Terdetik lagi, "agak dah akad nikah ke?". Agak sengal aku kerana majlis akad nikah sudah selesai, cuma tinggal penyerahan mas kahwin dan lafaz taklik.'

Itu merupakan salah satu episod terindah dalam hidup saya, saat-saat menjadi isteri. Alhamdulillah perjalanan majlis berjalan dengan lancar. Alhamdulillah, dia sah menjadi suami saya. Kini dia adalah nyawa saya, buah hati saya dan kekasih saya.

Kehidupan bersama sebagai suami isteri dilalui selama hampir tiga bulan di tempat baru bagi saya iaitu Miri. Suami bekerja di sana. Alhamdulillah pada awal Januari saya disahkan hamil. Saat yang tidak dapat dibayangkan apabila melalui waktu alahan teruk disamping suami. Suami banyak membantu walaupun dia sibuk bekerja. Pulang ke rumah melayan kerenah isteri yang sangat tidak bermaya. Tapi dialah suami saya yang sangat memahami, yang tidak pernah merungut melayan saya.

Tapi saat hidup bersama tidak lama bila saya terpaksa pulang ke semenanjung untuk menghadiri temuduga bagi jawatan guru dan menjadi guru interim di sebuah sekolah yang asing bagi saya. Masai, jauh dari suami dan jauh dari keluarga. Tak kenal seorang pun di sini. Sejak itu bermulalah kehidupan membujang semula walaupun sedang hamil.

Demi anak dalam kandungan saya tabahkan hati, kehidupan yang agak susah bagi saya apabila terpaksa sewa di rumah guru lain, pergi balik sekolah menumpang kenderaan guru lain dan paling susah bila nak beli barang keperluan. Semuanya terpaksa minta tolong orang lain.

Sejak berjauhan dengan suami, saya kerap menangis. Tak kira masa sama ada pada waktu malam, bangun pagi atau selepas solat. Lama-lama diri mula biasa dengan keadaan baru. Dalam diri cuma fikir mahu cepat habiskan interim dan cepat dipostingkan.

Setiap hari mesti menghitung waktu untuk jumpa semula dengan suami. Itulah kelaziman yang saya lalui. Dan sejak berjauhan dengan suami, baru saya faham kerinduan terindah hanya untuk suami. Kerinduan yang sangat mendalam dan bermakna hanya untuk suami. Sesungguhnya alam perkahwinan itu lebih indah daripada apa yang dibayangkan sebelum bernikah.

" Abang, terima kasih untuk segalanya
Kasih sayang dan cinta yang tidak berbelah bahagi
Air mata tertumpah kerana menanggung rindu
Rindu yang teramat mendalam.

Terima kasih kerana memberi sokongan
Terima kasih kerana selalu berada di sisi
Terima kasih kerana sentiasa memahami
Terima kasih segalanya.

Berjauhan itu sangat memeritkan
Berharap masa cepat berlalu
Berharap dapat dipertemukan
Berharap dapat mengubat rindu

Sejak berjauhan semuanya sendirian
Tiada lagi yang memanjakan diri ini
Tiada lagi yang melayan kerenah ini
Tiada ciuman setiap hari

Baby, walid jauh
Kita kena kuat"

Thursday, 17 January 2013

Entri Yang Keterlewatan

Bismillah..
Assalam...

Ini adalah  sambungan daripada entri yang lepas, sangat-sangat lewat untuk di update kerana kesibukan yang melanda sehinggakan laptop terbiar keseorangan. Okei, kalau awal November lepas merupakan wedding best friend saya iaitu Nurul Hidayah, tapi di hujung November wedding best friend Nurul Hidayah iaitu ..... saya =)

Sebenarnya saya sangat bersyukur kerana ALLAH mempermudahkan, memakbulkan dan mempercepatkan jodoh saya dan suami. Kenal dalam masa beberapa hari, kemudian bercinta dalam setahun lebih sikit, bertunang dalam dua bulan dan kemudian kami bernikah.

Kalau nak diikutkan sebenarnya konsep perkahwinan yang saya mahukan adalah simple, ringkas dan mudah. Bila kami dah bertunang saya dah fikirkan konsep perkahwinan saya yang hanya akan menggunakan hasil kerja saya sendiri. Saya beli baju sendiri, buat selendang sendiri dan pelamin ringkas yang saya mahu buat sendiri. Semua yang dirancang memang dah siap saya sediakan, saya memang mahu majlis yang ringkas dan bajet yang sangat murah.

Tapi.....

Dalam masa tak sampai seminggu sebelum majlis perkahwinan berlangsung, perubahan berlaku secara mendadak. Perubahan ini bukanlah keputusan daripada saya tetapi daripada mak dan ayah memandangkan saya merupakan anak perempuan pertama yang berkahwin. Masa minggu terakhir ini mak dan ayah sibuk uruskan proses penghantaran kad jemputan terutama kepada sedara mara mak dan rakan-rakan ayah. Kebetulan mak dan ayah pergi ke rumah sepupu mak yang merupakan seorang andam pengantin. Di situlah bermulanya titik perubahan. Agak terkejut bila mak dan ayah balik rumah dan beritahu perancangan mereka untuk mengubah konsep perkahwinan saya. Terdiam seketika. Kat dalam otak dah fikir kos-kos yang akan meningkat tapi....... kos tersebut tak bergerak langsung. Dan itulah juga yang membuat diri ni macam tak percaya je. Hari Selasa mak dan ayah pergi jumpa dengan sepupu mak dan malam tu saya dengan mak, akak ipar dan abang singgah sekejap di rumah sepupu mak kebetulan kami ke bandar. Dari baju sampai pelamin semua saya serahkan pada mak. Ok, sangat sweet kat situ. Kemudian beritahu pada tunang dan dia pun tak percaya sampai dia tanya banyak kali. Hari Rabu pemasangan pelamin berlangsung, kemudian bilik tidur dan balai makan berdamai. Bayangkan dalam masa beberapa hari sahaja perubahan mendadak berlaku dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.


 Pelamin yang ringkas tapi sweet

 Majlis berzanji dan marhaban, malam sebelum majlis

Majlis kebenaran bernikah daripada wali

 Majlis akad nikah

Penyerahan mas kahwin

 Acara bacaan doa dari suami di ubun-ubun

 Usai majlis akad nikah

 Amanat dari akak

 TOL!!!!!!!!



 Bergambar bersama sebahagian keluarga suami



 My big brother

 Best click from UPSI

 Dengan anak-anak sepupu

 Kawan-kawan masa sekolah menengah

Kenalan suami dari Kluang dan Miri

 Makcik dan sepupu-sepupu




Wednesday, 28 November 2012

Wednesday, 21 November 2012

Nurul & Topek Dah Kawen!!!!

Bismillah....
Assalam...

Sekarang dah beberapa minggu masuk cuti sekolah akhir tahun. Mesti ramai pelajar yang suka sangat bila cuti sekolah sampai tapi bagi yang Tingkatan 5 dengan Tingakatan 6 Atas, masuk cuti sekolah akhir tahun bermakna mereka akan menempuh peperiksaan SPM dan STPM.

Masuknya cuti sekolah akhir tahun juga bermakna masuklah juga musim orang-orang berkahwin. Bila tengok kat invitation di FB, banyaklah pula undangan majlis perkahwinan. Baru-baru ini berlangsungnya majlis perkahwinan bagi sahabat Hana semasa sekolah rendah dan menengah dan juga sahabat semasa belajar di UPSI. Dua majlis dalam satu hari, satu di kampung dan satu lagi di Batu Pahat.

Keadaan menjadi sedikit kelam kabut pada waktu pagi sebab Hana kena selesaikan beberapa perkara begitu juga dengan family. Dalam pukul11 lebih baru bertolak pergi ke rumah sahabat yang satu kampung. Makan makan makan. Habis makan terus salam dengan mak pengantin. Teringin nak jumpa pengantin tapi memandangkan pengantin tengah sibuk bergambar, terpaksalah batalkan hajat lagipun Hana mengejar masa. Maaf Puan Ayu sebab tak dapat nak jumpa. Semoga perkahwinan yang dibina akan kekal hingga ke Jannah.

Lepas pergi ke rumah Ayu, Hana dan mak ayah serta akak gerak ke Batu Pahat pula. Kami ikut lebuhraya untuk perjalanan lebih cepat berbanding ikut jalan biasa selama ini. Sampai saja dah pukul 1 lebih. Majlis pernikahan dah selesai, tinggal tunggu majlis persandingan. Sedih juga rasa hati sebab tak dapat jumpa dengan rakan serumah masa belajar kat UPSI dulu, Ain, Iqa dan Arda. Mereka dah pulang lebih awal sebab Ain terpaksa balik ke Tanjung Malim sebab keja hari Isnin. Tak lama usai makan, pengantin lelaki pun tiba. Segak bergaya Topek dengan cermin mata hitamnya tu. Nampak sangat debaran yang melanda diri beliau. Hehe~

Okeh, ni mereka yang dah sampai lebih awal dari saya ( Iqa Ain Arda ). Ni masa majlis pernikahan Nurul


Pengantin Lelaki tiba


Siap bawa bunga lagi. Hehe~


Cantik kek ni =)


Blur pulak gambar ni


Okeh, pengapit ni da banyak kali jadi pengapit, xtau bile nk jadi pengantin pula. Hehe~


Macam biasa di Johor, TOL!!!!!


Debaran si pengantin, tapi kesukaan si pengapit. Haha!


Sweet~


Anak buah Topek, comel sangat


Sama cantik sama padan


Makan berdamai


Kepada Puan Nurul Hidayah Husin, sekarang kamu dah ada teman baru. Dia akan jaga kamu. Saya percaya Topek akan jaga kamu dengan penuh kasih sayang. Mungkin kamu hanya dapat lihat air mata Ain Iqa dengan Arda masa majlis pernikahan kamu, tapi ketika saya menaip entri ini, saya juga mengalirkan air mata. Bukan rasa kekesalan tapi rasa terharu dan gembira atas status kamu yang baru. Kamu tahu kan yang kita dah lama bersama sejak semester 1 hingga semester akhir. Kamu tahu perangai saya dan saya tahu perangai kamu. Dan kita juga berkongsi rahsia bersama. Saya dah anggap kamu seperti adik beradik saya sendiri dan saya sayang kamu sahabat. Semoga kamu bahagia selalu, semago ALLAH sentiasa merahmati kamu, jadi isteri yang solehah tau =)

Kepada Iqa Ain dan Arda. Nurul dah ada status baru, korang bila lagi? Hehe~ Ain, aku tunggu kad jemputan ko tau. Iqa pula jangan lama-lama berahsia kei, saya harap ianya juga tahun depan. Hehe~ Kepada Arda, jangan pegang status single lama-lama. Hehe~ Tak lupa juga kepada Kak Yana, cepat-cepat nikah deh. Hehe~ Zura pulak cepat2 kumpul duit ea, nnt boleh tawen dengan tunang kamu tu. =)

Sayang teman serumah No 16 Taman Sri Indah!!!!

Tuesday, 2 October 2012

The Engagement Day


Bismillah..
Assalam..

Alhamdulillah. Diberikan kesempatan untuk ‘update’ blog yang sekian lama ditinggalkan. Sejak tak belajar lagi ni macam tak de masa pulak nak buat entri baru sedangkan banyak masa terluang. Hehe~

Entri kali ini saya akan sambung kisah yang tak tertulis lagi di blog saya yang tak seberapa ni. Ini kisah gambar cincin di dalam dulang hantaran pada post lepas. Pada yang friends di Facebook saya pasti tau akan kisah ini. Bagi yang hanya follow di blog, saya akan kisahkan cerita ini di sini, hari ini. =)

Siapakah yang bertunang itu? Kita akan tau sebentar lagi. Huhu~

Sejak dua tahun lalu tender gubah hantaran mesti atas nama saya. Wah! Dah macam saya ni ambil tempahan buat gubahan hantaran pula ya. Tapi gubahan hantaran hanyalah untuk keluarga sahaja. Februari 2010, saya yang masih sibuk belajar nun jauh kat Perak dah rancang cuti awal-awal lagi untuk balik kampung.  Saya dan akak yang keje kat KL masa tu balik sama, nasib baik naik kereta, cepat sikit sampai rumah. Sampai je kat rumah, barang-barang untuk gubah hantaran dah tersedia. Tersedia belum disentuh oleh sesiapa untuk digubah. Haha! Abang saya yang baik hati tu dah siap sediakan semua barang kat ruang tamu, saya sampai rumah terus gubah. Mana tidaknya, esoknya hari dia bertunang. Terkontang kanting la saya gubah. Itu baru permulaan. Selang beberapa bulan sepupu nak bertunang, kena buat lagi tapi satu je la hantaran kena buat, just sirih junjung je.

Next year (2011) sambung lagi buat hantaran. Hujung tahun 2011, masa tu saya memang sibuk kat U. Dengan assignment, dengan nak handle Majlis Malam Pra-Graduasi dan dengan Latihan Ilmiah (macam thesis but untuk degree, last semester) memang tak cukup masa. Hampir setiap minggu bulan Nov dan Dis saya akan balik kampung. Awal bulan Dis sepupu kawen, seminggu lepas tu abang pula kawen. Kisah yang tak boleh lupa malam sebelum abang nikah kat umah ade buat kenduri doa selamat. Orang lain tengah sibuk kenduri, saya tengah sibuk buat sirih junjung betul-betul kat laluan ruang tamu ke dapur. Dengan muka belum mandi, penat lepas pergi beli barang dengan ambil kek saya buat muka slumber jek. Huahuahua~

This year. Satu lagi hantaran kena buat. Tapi kali ni saya tak perlu terkocoh-kocoh nak buat sebab saya dah abes belajar. Duk kat rumah mengemukkan diri. Hehe~ Barang-barang dah tersedia. Hantaran yang kena buat ada 7 dulang. 3 dulang dah siap dibuat seminggu sebelum majlis. Jadi saya relax saje gubah hantaran tu. Balik pada persoalan awal tadi, siapakah yang bertunang? Saya ada lagi seorang abang yang belum kawen, akak, saya dan adik lelaki. Jadi, siapakah???

*********????????*********

 Betul tekaan anda, majlis pertunangan saya
 
Just simple. Tak perlukan kos yang banyak untuk busana.


Hantaran

Yeah. That's me.

After sarung cincin oleh bakal mak mertua.
Pipi saya merah ye di situ.
One more thing, make-up oleh wife sepupu.

 Kiri : Sepupu
Kanan : Wife sepupu

With future mom-in-law and my mom

Cut! Cut! Cut! Nak gelak

Anak sepupu : "Acik, nak duit tu"

The same wallpaper since we got our convocation in May

She is my sister
Guess, sape akak sape adik. Hehe~

Sister-in-law
Kami sebaya tapi tua saya sebulan. Hehe

Ini biras saya, bukan beras okei =)

SMILE!!!!

Bergambar kenangan dengan rombongan pihak lelaki.
Cari tunang saya, ade ke tak?
Okey, memang tak ada sebab dia di Sarawak, tak dapat balik

Bonda dan ayahanda tercinta

Along.
Mase majlis dia tido sebab demam.
Beliau penat mengoreng banyak daging ayam

 Kek dari pihak lelaki

Majlis ringkas ini hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan jiran-jiran terdekat sahaja. Sebab itulah tiada kawan-kawan yang dijemput. Bak kata bakal akak ipar lepas majlis "majlis paling senang" Hehe~. Itulah hajat dihati. Alhamdulillah. Masa majlis berlangsung telah ditetapkan juga tarikh sebenar pernikahan akan berlangsung. Alhamdulillah sebab ALLAH permudahkan segala urusan kami dan mempercepatkan jodoh kami. Majlis besar akan berlangsung tidak lama lagi. InsyaALLAH.

Terima kasih kerana sudi membaca =)