Senyum

Senyum
Senyum Itu Indah

Tuesday, 11 January 2011

Emo Time



Bismilllah....

Saat ini aku duduk di ruang tamu, Cik Nurul menemani. Tetibe je datang idea tuk update blog aku sambil mendengar lagu Dan Sebenarnya by Yuna. Wah, kembali ke zaman duduk kolej dulu. hehe~

Masa kelas jam2-5pm tadi masing-masing cecite pasal Anugerah Juara Lagu (AJL). Aku just diam jer. Well, aku no komen pasal tu ye sebab aku tak tengok langsung. Aku cume dengar malam semalam housemate aku menjerit-jerit tengok AJL tu. Ok, fine!

Tengah aku syok meniarap kat atas katil sambil layan my luvly lappy dan dengar lagu-lagu yang agak slow, sorang housemate datang.
"Hana ok tak nie?"
Aku agak terperanjat dengan soalan tu
"Eh, ok je. Tak ade pape pn"
"Betol??"
"Betol..."
Fine, itu je jawapan aku, ringkas.

Pasal kat kelas tu, member aku terkuzat sebab aku tak tengok AJL. Hahha!!!
Jawapan aku ringkas je, "Ntah le"
So, oleh kerana aku tak tengok, tak ade la banyak sangat topik nak dibincangkan pasal AJL tu.
Member baik ni boleh cakap aku tak tengok sebab Aizat Amdan tak ade.
Em... maybe kot. huhu~

Lately aku memang emo, aku pun tak tahu la kenapa.
Aku banyak habiskan masa bersendiri, dengar lagu jiwang-jiwang.
Haha!! macam orang tengah frust bercinta pulak aku ni
Oppssss..... no komen, u know it.

Actually, many things that I must to think.
Hurm.......
Now, got migrine, can't run my brain faster.
huhu~

Em.... rasa macam nak balik kampung jumpe family
Rasa nak peluk mak erat-erat sampai mak lemas
Mak... miss u...
Kalau aku ade masalah atau tak tenteram, aku mesti nak cari mak
Nanti aku akan cakap macam nie kat mak aku
"Mak, orang nak masuk balik dalam perut mak boleh tak??"
"Dah tak muat dah adik nak masuk dalam perut mak"
Huk huk huk....
Emo lagi.....

Aku dilamun cinta???
Uppssss...... biarlah rahsia okei
Ramai yang cakap kalau emo nie masti sebab ade kait mengait dengan cinta
Erm... no komen
Sebab emo nie gak la aku boleh mimpi yang aku bernikah dan dah ade baby
Wah, dahsyat tol tamparan emo nie
huhu~

Time ini la aku nak emo emo tau
Nanti bile aku dah busy memanjang, tak adenye aku nak emo ni
Cume aku akan rase penat dan tertekan
Paling best bile dapat migrine sejibik
Hah!! Hamek kau
Dush! Dush! Dush!

Okei..
Pada sesiape yang tengah emo macam aku, meh layan lagu Yuna
Yippie~
Don't worry kei, everything is just fine
Even hati kite tak tenang
Em.... selalunya instinct aku nie tepat
Kalau da emo macam nie, masti ade something happen yang aku tak tahu
Ok, tak mengapa, just for get it for a while
Berperasangka baik saje ye.

Love u all my darling @_<

Sunday, 9 January 2011

Takdir Menganti



Semalam yang pasti
Rama-rama terbang bebas
Cantik
Seperti pelangi
Tapi ia hanya seketika

Ibarat desiran pasir pantai
Pasti berubah
Kerana air dan bayu
Kerana bulan dan mentari
Ia tetap akan berubah

Biarkan semalam itu
Walaupun sukar dilepaskan
Tapi ia kekal kenangan
Tangisi ia jika meluka hati
Dipendam jangan

Takdir itu punya hijab
Perlu ditempuh untuk dirasa
Antara pintu pilihan
Hijabnya berlainan
Kekal mengharap petunjuk Tuhan
Dan kata hati yang halus ini

Andai yang pasti di depan ini
Akan ku singkap hijabnya
Andai luka yang terhidang
Aku kan redha dengan segalanya
Andai taman cinta yang kau berikan
Demi Tuhan, aku bahagia

Namun itu bunga impian
Ia berputik di hati
Entahkan berbuah atau tidak
Entahkan layu terus dan mati
Itu tak ku pasti

Berserah segalanya
Mengimpikan hitam kekal menjauh
InsyaALLAH...
Doa kekal dipohon

Friday, 7 January 2011

Bile Dah Lame Tak Jumpe


Bismillah….


Salam sejahtera buat kamu semua yang tetibe je nak bace blog aku ni

Orite, aku nak cite pasal member aku sorang nie yang dah lame tak ketemu.

Wah, macam dah 10 tahun je tak jumpe ek

Suatu petang yang aman damai dan situasi aku yang tak damai dek koje-koje yang melambak-lambak, member aku yang kiut-miut nie call aku.

Bile dapat call tu aku cam tak caye jek dia yang call.

Fine, kamu call sy, so sy jawab call tu lelaju


First topic cam biase

Dok tanye bile aku nak blek kampung

Wah, tau la dia dah syok duk kat kg tu

Fine, aku jeles dengan kamu (tarik muka)

Next topik, dia cakap macam nie

“Hana……… nak minta pandangan ko la….”

Pergh! Suara mendayu-dayu plak tu

Ternyata mencairkan hati aku nk dengar masalah dia

“Ye cik, nie kaunter Mengadu Nasib Meminta Nasihat. Boleh saya tolong?”

Dengan suara yang macam nak tido tu dia pun cecite le kat aku

Sebagai pendengar yang setia, aku duk dengar je lah sampai dia habil bebel

Blar…blar….. blar…..


Sinopsis cecite dia:

Dulu ade sorang guy A nie suka kat dia

Dia macam tak percaya sebab mereka nie boleh dikategorikan sebagai ‘teman tapi mesra’

Sampai 1 hari, guy nie A bagtau la yang dia suka kat member aku nie

Member aku cakap nak amek mase, bukan dia tak suka cume tak percaya jek

Member aku nie cakap ‘kite kawan sampai kite kenal hati budi masing2’

So, sebulan pastu member aku nie pun cakap yang dia pun suka kat guy A nie

But, guy A nie diam saje

Bile dah berbulan-bulan, guy tu tak bagi respon even diorang selalu mesej

Member aku nie tak tahu la status diorang

1 day dia jumpe dengan guy B, guy B nie kawan kepada kawan member aku nie

Alah, jumpe secara tak sengaja, kebetulan je

Mase tu kat majlis kahwin kawan member aku

Diorang duk 1 meja reramai

Biase la kalau da event macam tu mesti la nak hamek gambo

Member aku nie gile amek gambo sampai penuh lappy dia dengan gambo

Dah tu dia pun upload la kat mukabuku, tag la mane2 kawan2 dia tu

Skali tu guy B pun add member aku sebab gambo dia ade dalam album member aku

Duk komen2 kt mukabuku, tukar2 no tel, chat kt YM

Dah sebulan camtu member aku kuar dengan kawan dia

Duk minum-minum kat kedai

Tup-tup guy B nie mesej ajak kuar minum-minum, dia pun on je sebab kuar ramai2

Tu la first time member aku kuar dengan guy B

1 day guy B cakap suke kat member aku nie

Member aku just senyum je, tak tau nak bagi jawapan ape sebab dia tau guy B tu ade gf (gatal gak guy B nie, x cukup 1 kot, huhu~)

Dia pun selesa bile jumpe dengan guy B sebab dia ramah giler r

Member aku tanye la psl gf guy B nie, but guy B nie cakap gf tu bkn gf dia, ‘teman tapi mesra’ je

Alah, macam kes mula2 member aku nie dulu

Ok, fine…..


Konklusinye:

Member aku tak tahu nak buat macam mane……

1 : Terima atau tak

2 : Takut kene tipu jek

3 : Takut tetibe guy A nak kat dia

4 : Tak nak kecewa lagi


Advice aku pada member aku nie ialah

Sayang….. I rase U kene :

1. Tanya bebetol kat guy B tu serius atau x (ala, kat mulut ckp len, kat hati len, tu la selalu terjadi)

2. Jangan terlalu percaya sangat, take time dulu tuk fahami keadaan

3. Jangan terlalu berharap even muka guy B macam orang putih kecuali kalau dah betul2 serius

4. Minta bukti psl gf palsu tu (palsu ke??? No komen)

5. Yang paling penting banyak2 bdoa dan solat istikharah


P/S : kalau guy B tipu, jangan kecewa sangat, lgpun dia akn terima balasan dr ALLAH, ontime kt dunia nie dia bley dpt. Huhu~

So lalink, teruskan sehingga kamu percaya pada dia. Tawan hati dia, jangan biar dia main2kan kamu ye yayunk. >_@

Thursday, 6 January 2011

Don't Play Play Aa....



"Jangan main-main, nanti tak lulus"
Hamek kau, kan dah kena sejibik!
Tu la, sape suo men-men mase belajar, kan da tak lulus
Upss.... not me okai
Sume subjek aku lulus tau, ciap ade tulis "Lulus dan Boleh Meneruskan Pengajian"
Huhu~
Sejak result keluar pada 25 Disember 2010, baru 5 Januari 2011 aku tengok result aku.
Aku memang dah tekad tak nak tengok kecuali bile slip dah keluar
Hehe~

Ok, fine!Tu tadi pasal study
Nie pasal lain pulek ye
Banyak perkara kite kena ambil serius
Tak boleh main-main
Dalam tengah main pun tak bley main-main tau
Tak mo main-main ye sayang
Huhu~
Kalau korang tengok muka aku pun bley tahu aku nie serius orangnye
Hukum aku senang je, kalau korang main-mainkan aku, aku main-mainkan kau pula
Haha! Itupun kalau aku rase nak main-mainkan la
Tapi biasanye aku serah pada Yang Maha Esa saje
Sekarang semua bayar kat dunia dah tau
Tapi kat akhirat tetap kena gak
So, jangan nak main-main
Karang mak cubit baru tau
Haha!

Tak semua perkara kita boleh ambil ringan
Terutama sekali dalam perasaan
Hello, parents kita pun ada perasaan tau
So jangan nak main-main dengan parents kite ye
Adalah kawan aku sorang nie, aku cian tengok dia
Dulu pernah bercinta sakan, tapi akhirnye putus
Makin sedih bila parents masing-masing dah planning nak tunangkan mereka
Masa tu kawan aku sorang nie dah dapat tawaran nak belajar
Bf dia pula memang dah kerja
Aku pun tak faham kenapa bf dia sangat sengal tinggalkan member aku yang baik tu
Paling gempak bila tak sampai setahun lelaki tu dah kawin lain nokks!!!
Giler ah, memang cian la aku tengok member aku tu
Bile dah lebih tiga tahun lelaki tu kawin, tup-tup lelaki tu contact member aku
Dia minta nasihat kat member aku nie sebab dia dengan wife dia selalu bergaduh
Tengok tu, kan dah kena
Memang betol jodoh tu semua adalah urusan ALLAH
Tapi kalau kita buat jahat kat orang, hidup kita tak berkat tau

Pada yang terbaca entri aku ni, fikir-fikirkanlah
Jangan nak mainkan perasaan orang lain kei
Tak baik tau
Yunk, u jangan mainkan I okei
Hehe~

Wednesday, 5 January 2011

Tu Dia, MR. Apex



Meletop sekarang nie pasal seorang pemuda yang muka ala-ala apek.
Sape yang tak kenal dengan Khairul Fahmi Che Mat??
Dia adalah penjaga gol pasukan Harimau Malaya dalam pertandingan Piala Suzuki.
Aku memang salut dengan pasukan Malaysia.
Mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk dapatkan piala tu walaupun banyak dugaan.
Tapi ketangkasan Khairul Fahmi menjaga gol dengan baik sangat aku hormat.
Dia jaga gol tu macam dia jaga nyawa dia.
Congrats Khairul Fahmi!!!!

Mesti ada di antara gadis-gadis di Malaysia nak cari buah hati macam muka Khairul Fahmi.
Jejaka-jejaka yang ada iras-iras apex nie jaga-jaga ya.
Kamu semua bakal jadi rebutan ya.
Hahah!

Ok then, aku nak cite pasal sorang nie.
Sorang mamat yang ada muka macam apex.
Dah nama pun macam apex, mestilah putih bangat sih.
Lebih putih dari aku tu.
Fine! Aku memang jeles ok.
Aku cakap muka dia macam apex, dia tak percaya.
Hahah!!!

Aku pun tak tahu dah berapa orang aku jumpa apex looks nie
Memanglah handsome, perangai tu aku tak tahu.
Individual opinions ok.

Aku memang respect dengan Khairul Fahmi
Aku faham budak-budak sport nie macam mana
But not all okey yang teruk
Khairul Fahmi nie memang setia dengan Aimie Harmelia (elia)
Even ramai yang kejar Fahmi, but dia nak Elia je
Salutlah sama korang
Semoga cepat-cepat bernikah ye