Belongs To Lonely
Kini ku sedar
Hati bukan selalu bahagia
Kecewa harus bertandan jua
Desiran bayu mengingatkan aku semula
Tika saat yang telah menjadi sejarah
Aku pasrah
Lara dan sakit
Sangat parah di hati
Luluh bak daun yang layu
Pedih bak dihiris sembilu
Insan tak akan tahu
Bulan itu sebenarnya duka
Terangnya tika malam
Kerna mahu kekasihnya bahagia
Tega untuk berdiri di situ
Supaya hatinya tidak kelihatan
Apa yang mahu dihilangkan?
Secubik kasih tak mampu dilepaskan
Memoir terbekas dijiwa
Kotak ingatan tak akan lupa
Walau sesaat
Kerna kau pernah di sisi
by :
anne alone all along
No comments:
Post a Comment