Senyum

Senyum
Senyum Itu Indah

Friday, 21 May 2010

Pengalaman Guru Yang Terbaik

Perkara yang kadang-kala mengajar kita adalah kesilapan lalu. Semua orang pernah buat silap. Budak sekolah darjah satu pun buat silap bila salah buat kira-kira. Sebab itulah kesilapan yang tidak dibetulkan merupakan satu kesilapan.

Kadang-kadang kita fikir kita sahaja yang betul dan orang lain salah. Ego banyak mempengaruhi kehidupan kita. Bila orang lain tegur, yang biasa kita akan jawab ialah, "Lantaklah, aku punya suka." Tapi pernah tak kita terfikir bahawa orang yang tegur kita itu sayang pada kita?

Bila sesuatu terjadi dan kita yang menjadi mangsanya, baru itulah kita terfikir semuanya.
"Kalaulah aku dengar cakap dia,"
"Kalaulah...,"
"Kalaulah...,"
dan
"Kalaulah...,"
Itu sahaja yang meniti dibibir kita. Tapi semuanya sudah terlambat.
Terlajak sampan boleh diundur, terlajak kata badan binasa.
Tapi kalau kita tahu kita telah buat silap, segeralah kita memperbetulkan keadaan. Walaupun sudah terlambat, tetapi cubalah untuk betulkannya. Tak salah kalau kita mencuba.

Sebenarnya dalam hidup kita, kita mempunyai seorang guru.
Bukan guru sekolah sahaja yang banyak mengajar kita, tetapi pengalaman juga guru kita.
Tak mungkin seorang guru akan sentiasa berada di sisi pelajarnya pada setiap masa.
Oleh yang demikian, kita harus berfikir sebelum mengambil sebarang tindakan atau keputusan.
Hanya kita sahaja yang tahu apa yang kita mahukan.
Orang yang ada disekeliling kita hanya sebagai pendorong, juga sebagai pembantu untuk membuat sebarang keputusan.
"Mak, patut ke orang belajar kat sini?"
"Ayah, okey ke kalau amek kursus ni?"
"Milah, perlu ke aku terima dia?"
"Salim, kau rasa aku patut tinggalkan dia tak?"

Orang yang ada disekeliling kita mungkin hanya 10-20% sahaja yang akan mempengaruhi keputusan kita.
Tapi mungkin 90% bagi orang-orang yang percaya pada orang yang ada disekeliling dia.
Sebarang keputusan haruslah diteliti dengan baik.
Tak kesah kalau perkara itu remah, temeh, ringan atau perkara paling mudah.
Sebab sebarang keputusan atau tindakan kita akan mengubah hidup kita pada masa hadapan.

Pengalaman memang perlu dalam hidup seseorang.
Di sini aku akan sentuh mengenai "Cinta"
Ya, ini perkara yang biasa kita akan dengar.
Kebanyakan lagu Melayu, Cina, Inggeris dan sebagainya mengisahkan tentang cinta.
Tak kesahlah tentang bahagianya cinta atau kecewa dengan cinta.
Sebenarnya kita tak bahagia atau kecewa dengan cinta sebab cinta adalah perasaan.
Bahagia atau kecewa itu terletak pada individu yang membalas cinta itu, individu yang terlibat dengan hubungan cinta.

Jodoh memang telah ditentukan oleh Pencipta kita, tapi tak semua insan memiliki nasib yang sama.
Pengalaman sebenarnya membuatkan seseorang itu lebih dewasa dan matang.
Untuk mereka yang jatuh cinta pandang pertama dan terus mendirikan masjid, tahniah untuk anda.
Tapi, bagi mereka yang gagal dengan cinta pertama, teruskan usaha untuk mencari cinta.
Bila anda duduk dalam satu kelompok yang semakin dewasa dan belum berumahtangga serta bujang, mungkin anda akan selalu mendengar rungutan dari mereka.
"Eh, akak tention la bila balik kampung semua makcik akan tanya bila nak kawin."
"Kau rasa siapa yang patut akak pilih? Kawan-kawan akak selalu perli akak."
"Masa reunion hari tu kawan-kawan akak semua bawa baby diorang, akak je yang still membujang."
Apakah jawapan yang harus diberikan?
Antara jawapan yang akan dijawab bagi melegakan hati si bujang yang kelihatan persis terdesak ini ialah..
"Relek la akak. Lum jodoh lagi tu. Terburu-buru pilih karang lain pula yang jadi nanti lepas kawin."
Selamat kot jawapan tu.

Pengalaman lepas memengaruhi sedikit sebanyak mengapa ada di antara kita yang masih gagal untuk bertemu soulmate mereka.
Bukan hanya kerana terlalu memilih, malah sifat kepercayaan terhadap cinta pun kurang.
Banyak kepercayaan telah diletakkan pada bekas kekasih yang dahulunya masa bercinta, dialah yang anda paling sayang dan percaya dialah teman seumur hidup anda.
Tapi, bila hubungan yang difikirkan akan bertahan lama itu putus di tengah jalan, anda akan terkapai-kapai macam anak itik yang tak tahu berenang di tengah-tengah tasik yang sangat luas.
Akhirnya tenggelam dalam tasik kemurungan.

Bagi mereka yang gagal dalam mengekalkan hubungan, jangan berputus asa.
Jadikan pengalaman lalu sebagai pendorong anda untuk terus mencari cinta.
Pengalaman lepas harus dikaji, mana salah dan silapnya.
Sebelum membuat sebarang keputusan, fikir baik dan buruknya.
Mungkin kita tidak terlihat, kadang-kala kesilapan itu datang dari diri kita sendiri.
Kita sering mahu menegakkan pendirian kita sehinggakan orang yang kita sayang pergi kerana tidak tahan dengan tindakan kita.
Kita perlu mengubah sesuatu untuk kebaikan diri kita juga.
Sekali kita jatuh tersungkur, kita perlu berusaha untuk bangun dan berdiri.
Mulakan langkah baru setapak demi setapak.
Sesekali pandang ke belakang sebagai ingatan dan pengajaran kita tapi bukan berjalan ke belakang.
Bila anda sudah stabil untuk berjalan, cubalah untuk berlari.
Kejar apa yang anda impikan.

Semalam adalah memori dan pengajaran.
Hari ini adalah anugerah yang perlu disyukuri.
Esok adalah suatu rahmat jika dipanjangkan usia.
Kadang-kala kita perlu pentingkan diri supaya orang lain tidak akan memijak kepala kita.

"Hiduplah untuk masa depan dan bukan untuk masa lalu"


~sMiLe LiKe sUnSHiNe~

Saturday, 15 May 2010

Guru Oh Guru

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(Dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Kepada semua guru-guru yang pernah mengajar aku, bermula di tadika, sekolah rendah, sekolah agama, sekolah menengah, kem PLKN, pensyarah di UPSI dan semua guru-guru di Malaysia, "SELAMAT HARI GURU". Sesungguhnya jasa guru tetap dikenang sampai bila-bila.


~sMiLe LiKe sUnSHiNe~

Wednesday, 12 May 2010

Selamat Hari Ibu (9 Mei)

*Ayah dengan Mak*


Next day pas family dinner, pergi rumah makcik kat Segamat. Hanya aku, mak, abang, akak dengan adik je yang pergi.
Uda kena keja, ayah kena pergi jemputan.
Last aku pergi rumah makcik masa raya tahun lepas, tahun ni baru first time pergi.
Sama dengan akak. Maklumlah, aku dengan akak merantau kat negeri orang lain.
*huhu*

Something yang buat aku terfikir masa dalam perjalanan balik rumah.
Aku duduk tepi tingkap, mak duduk tengah dan hujung sekali adik.
Masa kat rumah makcik, mak sibuk berbual.
Kami je yang nyanyak tidur walaupun panas bangat.
Jadi, mak tidur dalam kereta masa balik tu.
Aku tengok mak terlelap.
Nak tau tak apa ubat untuk kita rasa tenang?
Lihatlah wajah mak kita.
Masa aku tengok muka mak, aku nangis.
Don't ask me why but that is what I did.
Bila air mata dah mula bertakung, aku cepat-cepat pandang luar kereta.
Aku memang sengaja buat macam tu sebab aku tak nak siapa-siapa nampak aku menangis.

Inilah perkara yang aku tak suka buat.
Terasa sakit kat hulu hati bila tahan nangis.
Sangat-sangat sakit.
Kalau ada bantal time tu, mesti aku dah tutup muka aku dengan bantal, pastu aku nangis puas-puas.
Macam sekarang ni.
Aku gagahkan juga jari aku untuk menaip sebab aku mahu carita tentang wanita yang bergelar ibu.
Masa aku jauh dengan mak, especially time aku ada kat Perak, aku selalu teringin nak letakkan kepala aku kat perut mak.
Aku pernah cakap dengan Iqa dulu.
Time aku sedih, boleh tak aku nak masuk semula dalam perut mak?
Iqa cuma gelak sebab perkara tu mustahil untuk berlaku.
Tapi, itu yang aku rasa.

Aku suka kacau mak, tanya mak sayang kat aku ke tak, baring kat peha mak.
*huk huk huk*
Kalau nak cerita tentang pengorbanan seorang ibu, terlalu banyak untuk dihuraikan.
Tersangat banyak dan tak ternilai.
Sesungguhnya syurga itu ada di bawah telapak kaki ibu.
Luluh hati bila mak cakap sangat lembut dengan kita.
Menyesal akan datang tiba-tiba bila kita teringat dengan dosa-dosa kita dengan mak.
Aku tak tahu macam mana hidup aku bila tak ada mak.
Aku ingat lagi masa ayah tanya aku soalan depan mak.
"Nanti bila mak dengan ayah dah tua, nak jaga mak dengan ayah tak?"
Can you imagine how I suppose to say?
Aku sengaja tak nak jawab, tapi dalam hati memang aku akan jaga mak dengan ayah aku.
Cuma aku tak mahu jawab sebab aku takut nanti kalau ajal aku sampai dulu, siapa nak jaga mak dengan ayah sedangkan aku dah janji akan jaga mereka?
Perkara yang aku taak suka bila orang lain cakap adalah mengenai mak ayah aku, macam dalam kem-kem motivasi.
Seriously, aku sanggup mati kalau itulah taruhan untuk selamatkan mak ayah aku.
InsyaALLAH...

Okay, stop right here.
Mata saya sudah sembab dan kepala saya sudah sakit sebab nangis banyak.
Lagipun waktu dah menjangkau ke pagi.
I need to sleep.
What ever we do, think about our self, mom, dad and family.
Tak ada orang lain yang boleh gantikan tempat keluarga kita
"Family First"
>_*


~sMiLe LiKe sUnSHiNe~

Tuesday, 11 May 2010

Family Day


Alangkah bahagianya kalau kita dapat berkumpul satu keluarga, duduk menonton cerita sama-sama, bercuti sama-sama, makan sama-sama dan bergurau senda bersama-sama. Bagi aku, satu waktu itu telah berlalu, 7-9 Mei 2010. Aku harap ia akan berulang lagi.


"Family first", itu yang buatkan aku tolak perlawaan pensyarah aku untuk pergi kursus di Kuala Lumpur. Family day yang dah lama aku dengan akak rancang harus dilaksanakan. 7-9 Mei 2010 adalah tarikh privisi bagi kami sekeluarga. Awal-awal lagi akak dah ambil cuti pada 7-9 Mei 2010 tu. So, the big family dinner adalah pada 7 Mei 2010. Uda memang tak keja pada 7 Mei sebab dia ada urusan dengan bank. Along je yang tak ambil cuti. Pada awalnya ayah memang tak dapat cuti sebab kerani yang baru masuk keja tu masih tak tahu banyak perkara. Jadi, ayah yang kena ajar semuanya. Lagipun sejak aku balik kampung, tiap-tiap malam ayah akan sibuk dengan buku kira-kira yang besar tu dan keja dia mengadap laptop. Tapi, akhirnya ayah ambil cuti on the spot bila mak pujuk untuk cuti. =)



Jadi, big dinner kami di sebuah restoran makanan Sri Bayu. Kami sampai selepas jam 6 petang. Sengaja pilih tempat makan ala-ala pondok. Yang kelakarnya pondok yang boleh memuatkan seramai 18 orang tu kami pilih. Apa-apa pun, tempat tu dah macam kami yang punya. Hehe. Makan besar ni bukan hanya kami sekeluarha ke, tapi tunang uda pun ada sekali. Untuk mengeratkan silaturrahim lagi sesama kami. Hehe. Untuk menu, semua anak-anak yang tentukan. Ini sebagai tanda menyambut hari lahir ayah, mak dan hari ibu. 3 in 1, jimat, kan? Iakan siakap 3 rasa 2 ekor, tom yam, telur bungkus, kailan ikan masin, sotong dan udang goreng tepung, sambal belacan, nasi putih, nasi paprik dan fresh orange. Makanan yang banyak tu semua untuk lapan orang makan. Bayangkan macam mana aku yang perut kecil ni nak makan makanan yang banyak tu. Fuh! Memang penat nak menguyah. Sampai aku dah tak larat nak makan. Haha! That is the best moment ever. Being with family is the best thing in my life.


~sMiLe LiKe sUnSHiNe~

Thursday, 6 May 2010

Merinduinya Hingga Kini... Saifudin

Aku rindu lagi pada dia.
Hampir dua tahun menunggu kehadirannya membuatkan aku resah.
Kehilangan dia yang lalu membuatkan aku tertanya-tanya.
Tiada titik noktah bagi aku untuk terus merindui dia.
Betapa girangnya hati bila dikhabarkan tentang kepulangannya tiga bulan yang lalu.
Sesungguhnya penantian itu adalah suatu penyeksaan.
Sesuatu yang terjadi hanyalah dengan kehendak Ilahi.
Kita hanya mempu merancang, Dia yang akan menentukan.

Imbasan kembali :
2007

Ketika ini aku berada di asrama.
Di sebuah sekolah yang hanya menempatkan pelajar-pelajar perempuan.
SMK (P) Sultan Abu Bakar, Muar.
Dengan sebulat suara aku dilantik untuk menjadi ketua dorm.
Itulah yang membuatkan aku semakin rapat dengan anak-anak buah aku.
Aku yang ketika itu berada di tingkatan enam atas menjadi faktor utama bagi jawatan tersebut.
Aku sangat berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh anak-anak buah.
Itu suatu permulaan kepada perkenalan aku dengan dia.

Acap kali aku akan duduk meluangkan masa dengan anak-anak buah
Sehingga pada suatu hari aku terlihat seorang daripada mereka sedang khusyuk membaca.
Aku tertarik dengan buku yang dibacanya.
Sayang, itu adalah trilogi yang kedua.
Aku bukanlah seorang yang gila akan novel.
Aku bukan peminat fanatik penulis novel seperti Ahadiat Akashah atau Sharifah Abu Saleem.
Tapi hidup ini seperti pantai.
Boleh berubah-ubah.
Bermula dengan novel tersebut, aku telah berkenalan dengan dia.
Terima kasih pada anak buah aku yang kenalkan aku pada dia.

Dia sangat baik, terlalu ikhlas dalam segalanya, iman dan takwanya sangat tinggi.
Namun, jauh di dasar sudutnya, dia berhati duka.
Tiada siapa yang dapat menduga.
Kisah dia melarikan diri kerana merajuk dengan tindakan ayah sendiri dipendam.
Kerana fitnah, dia menerima hukuman yang tak sepatutnya.
Aku amat tersentuh dengan sejarah hitamnya.
Sebagai manusia, kita tidak lari dari melakukan kesilapan.

Dia membawa diri jauh dari kampung halaman.
Mula mencari rezeki di pelabuhan kapal Melaka.
Sehingga akhirnya dia menjejakkan kaki di Acheh.
Dari situ, dia mula mengubah perilakunya.
Namun, luka di hati masih berbekas.

Segala pengalaman menjadikannya lebih dewasa.
Asuhan dari bapa angkatnya amat dirindui sepanjang masa.
Sesungguhnya iman dan takwa Rasulullah SWA tiada tandingan.
Dia sentiasa mengaku menjadi hamba pada Tuhan Yang Satu.
Aku cukup mengagumi apa yang dia lakukan.
Menitis air mata bila melihat ketakwaan dia.
Sangat kerdilnya diri di muka bumi ini.

Sebagai manusia, tidak lari dari perasaan cinta.
Aku sangat cemburu bila tahu dia telah bernikah.
Menjadi seorang suami kepada seorang wanita yang kafir.
Namun, demi agama, wanita itu mengucap dua kalimah syahadah.
Perkahwinan yang dibina tidak lama.
Si isteri telah meninggal dunia, tidak lama lepas bergelar suami isteri.
Dan, bila dia mahu membina masjid untuk kali kedua,
sekali lagi cintanya terhalang.
Semuanya kerana hijab yang tak kelihatan.
Sesungguhnya ALLAH SWT itu lebih mengetahui segalanya.
Dia hilang.
Membuatkan aku rindu pada dia..

Sekarang :
2010

Kini, nama Saifudin aku abadikan dalam hati.
Merindui ketakwaan dan keikhlasan dia.
Namun, aku lebih menghormati kaikhlasan dan ketakwaan Rasulullah SWA.
Bila aku tahu dia akan pulang, aku sangat-sangat girang tak terkata.
Terasa rindu yang dibendung ini akan berakhir.

Bertemu dengan Saifudin ibarat mimpi bagi aku.
Tiga bulan aku menantikan kehadiran dia.
Akhirnya, pada 2 Mei 2010 mengakhiri rindu aku pada Saifudin.
Mahu sahaja air mata ini mengalir kerana terlalu rindu.
Aku suka bila dia bercakap mengenai iman dan takwa.
Dia banyak mengajar aku mengenai agama.

Terima kasih aku tujukan pada penulis novel yang sangat aku kagumi
Abang Ramlee Awang Murshid.
Terasa rindu lagi sama Saifudin.
Aku tahu akan ada sambungan lagi untuk trilogi Bagaikan Puteri.
Semua karya beliau mengajar aku tentang agama.
Walaupun tidak sedalam mana, tapi itu adalah lebih baik dari tiada langsung.

Saifudin, aku akan tunggu lagi kemunculan mu pada trilogi Laksamana Sunan yang kelima.
Saifudin atau Laksamana Sunan, sungguh tabahnya kamu menentang kebatilan yang bermula dari langit.


Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi.....


sMiLe LiKe sUnSHiNe