Senyum

Senyum
Senyum Itu Indah

Friday 21 May 2010

Pengalaman Guru Yang Terbaik

Perkara yang kadang-kala mengajar kita adalah kesilapan lalu. Semua orang pernah buat silap. Budak sekolah darjah satu pun buat silap bila salah buat kira-kira. Sebab itulah kesilapan yang tidak dibetulkan merupakan satu kesilapan.

Kadang-kadang kita fikir kita sahaja yang betul dan orang lain salah. Ego banyak mempengaruhi kehidupan kita. Bila orang lain tegur, yang biasa kita akan jawab ialah, "Lantaklah, aku punya suka." Tapi pernah tak kita terfikir bahawa orang yang tegur kita itu sayang pada kita?

Bila sesuatu terjadi dan kita yang menjadi mangsanya, baru itulah kita terfikir semuanya.
"Kalaulah aku dengar cakap dia,"
"Kalaulah...,"
"Kalaulah...,"
dan
"Kalaulah...,"
Itu sahaja yang meniti dibibir kita. Tapi semuanya sudah terlambat.
Terlajak sampan boleh diundur, terlajak kata badan binasa.
Tapi kalau kita tahu kita telah buat silap, segeralah kita memperbetulkan keadaan. Walaupun sudah terlambat, tetapi cubalah untuk betulkannya. Tak salah kalau kita mencuba.

Sebenarnya dalam hidup kita, kita mempunyai seorang guru.
Bukan guru sekolah sahaja yang banyak mengajar kita, tetapi pengalaman juga guru kita.
Tak mungkin seorang guru akan sentiasa berada di sisi pelajarnya pada setiap masa.
Oleh yang demikian, kita harus berfikir sebelum mengambil sebarang tindakan atau keputusan.
Hanya kita sahaja yang tahu apa yang kita mahukan.
Orang yang ada disekeliling kita hanya sebagai pendorong, juga sebagai pembantu untuk membuat sebarang keputusan.
"Mak, patut ke orang belajar kat sini?"
"Ayah, okey ke kalau amek kursus ni?"
"Milah, perlu ke aku terima dia?"
"Salim, kau rasa aku patut tinggalkan dia tak?"

Orang yang ada disekeliling kita mungkin hanya 10-20% sahaja yang akan mempengaruhi keputusan kita.
Tapi mungkin 90% bagi orang-orang yang percaya pada orang yang ada disekeliling dia.
Sebarang keputusan haruslah diteliti dengan baik.
Tak kesah kalau perkara itu remah, temeh, ringan atau perkara paling mudah.
Sebab sebarang keputusan atau tindakan kita akan mengubah hidup kita pada masa hadapan.

Pengalaman memang perlu dalam hidup seseorang.
Di sini aku akan sentuh mengenai "Cinta"
Ya, ini perkara yang biasa kita akan dengar.
Kebanyakan lagu Melayu, Cina, Inggeris dan sebagainya mengisahkan tentang cinta.
Tak kesahlah tentang bahagianya cinta atau kecewa dengan cinta.
Sebenarnya kita tak bahagia atau kecewa dengan cinta sebab cinta adalah perasaan.
Bahagia atau kecewa itu terletak pada individu yang membalas cinta itu, individu yang terlibat dengan hubungan cinta.

Jodoh memang telah ditentukan oleh Pencipta kita, tapi tak semua insan memiliki nasib yang sama.
Pengalaman sebenarnya membuatkan seseorang itu lebih dewasa dan matang.
Untuk mereka yang jatuh cinta pandang pertama dan terus mendirikan masjid, tahniah untuk anda.
Tapi, bagi mereka yang gagal dengan cinta pertama, teruskan usaha untuk mencari cinta.
Bila anda duduk dalam satu kelompok yang semakin dewasa dan belum berumahtangga serta bujang, mungkin anda akan selalu mendengar rungutan dari mereka.
"Eh, akak tention la bila balik kampung semua makcik akan tanya bila nak kawin."
"Kau rasa siapa yang patut akak pilih? Kawan-kawan akak selalu perli akak."
"Masa reunion hari tu kawan-kawan akak semua bawa baby diorang, akak je yang still membujang."
Apakah jawapan yang harus diberikan?
Antara jawapan yang akan dijawab bagi melegakan hati si bujang yang kelihatan persis terdesak ini ialah..
"Relek la akak. Lum jodoh lagi tu. Terburu-buru pilih karang lain pula yang jadi nanti lepas kawin."
Selamat kot jawapan tu.

Pengalaman lepas memengaruhi sedikit sebanyak mengapa ada di antara kita yang masih gagal untuk bertemu soulmate mereka.
Bukan hanya kerana terlalu memilih, malah sifat kepercayaan terhadap cinta pun kurang.
Banyak kepercayaan telah diletakkan pada bekas kekasih yang dahulunya masa bercinta, dialah yang anda paling sayang dan percaya dialah teman seumur hidup anda.
Tapi, bila hubungan yang difikirkan akan bertahan lama itu putus di tengah jalan, anda akan terkapai-kapai macam anak itik yang tak tahu berenang di tengah-tengah tasik yang sangat luas.
Akhirnya tenggelam dalam tasik kemurungan.

Bagi mereka yang gagal dalam mengekalkan hubungan, jangan berputus asa.
Jadikan pengalaman lalu sebagai pendorong anda untuk terus mencari cinta.
Pengalaman lepas harus dikaji, mana salah dan silapnya.
Sebelum membuat sebarang keputusan, fikir baik dan buruknya.
Mungkin kita tidak terlihat, kadang-kala kesilapan itu datang dari diri kita sendiri.
Kita sering mahu menegakkan pendirian kita sehinggakan orang yang kita sayang pergi kerana tidak tahan dengan tindakan kita.
Kita perlu mengubah sesuatu untuk kebaikan diri kita juga.
Sekali kita jatuh tersungkur, kita perlu berusaha untuk bangun dan berdiri.
Mulakan langkah baru setapak demi setapak.
Sesekali pandang ke belakang sebagai ingatan dan pengajaran kita tapi bukan berjalan ke belakang.
Bila anda sudah stabil untuk berjalan, cubalah untuk berlari.
Kejar apa yang anda impikan.

Semalam adalah memori dan pengajaran.
Hari ini adalah anugerah yang perlu disyukuri.
Esok adalah suatu rahmat jika dipanjangkan usia.
Kadang-kala kita perlu pentingkan diri supaya orang lain tidak akan memijak kepala kita.

"Hiduplah untuk masa depan dan bukan untuk masa lalu"


~sMiLe LiKe sUnSHiNe~

No comments: