Senyum

Senyum
Senyum Itu Indah

Monday 1 February 2010

Hikayat 1001 Perasaan

Semuanya telah dirancang berabad yang lalu. Berminggu-minggu sejak semester baru bermula. Namun semuanya tergendala dek duit kerajaan masih tidak timbul-timbul dalam akaun Bank Islam. Bila akuan sudah buncit pada hari Rabu (27/Jan), kami (aku, Nurul, Sha, Izzati, Iqa) merancang untuk berjalan, shopping sakan. Kelakuan yang tak baik ini dilakukan kerana ingin membalas dendam.
(huhu *ketawa*).

Seperti dalam perancangan, kami pilih tarikh 30/Jan (Sabtu) untuk berpoya-poya di
Kuala Lumpur. Kebetulan pada hari tersebut adalah hari Thaipusam. Kami yang merancang untuk pergi ke KL dengan kekuatan ahli seramai 5 orang bertambah lagi seorang. Pertambahan ini berlaku pada pagi kejadian bila aku baru bangun dari tidur. Agak kelakar bagi aku pada pagi hari kejadian, Sha bagitahu yang Iqa tak boleh joint the club sebab kilang di dalam perutnya agak kurang menyenangkan semasa waktu klimaks untuk bertolak ke KL.

Oleh yang demikian, hanya Nurul, Sha dan Izzati yang akan bertolak menjejakkan
kaki di Midvalley. Itu pada jangkaan pertama aku. Aku lewat sebab wajib menunggu seseorang. Namun, bila 3 orang insan yang tak sabar-sabar ini sampai di KTMB Tanjong Malim, Iqa telah mengubah takdir harinya. Semuanya gara-gara Sha yang pandai mengayat Iqa
*huhu*


Stasen Keretapi Tanjung Malim

Jam 9.50 am, 4 orang VIP (Nurul, Sha, Izati, Iqa) pun masuk ke dalam gerabak Komuter. Aku pula masih di rumah. Menunggu kehadiran. Detik hati terasa seperti pakaian kami bertemakan hitam. Jam 10.20 am, insan yang aku tunggu pun sampai dan seperti jangkaan aku, aku dan dia memakai baju berwarna hitam, *hehe*. Yang hampehnya masa aku mahu mengurangkan jumlah wang dalam akuan di ATM pintu utama UPSI. Mesin ATM buat hal. Aku dan dia terus ke KTMB Tanjong Malim.
Kereta Kancil di parkir di tempat letak kerata KTMB. Pengalaman kanak-kanak untuk semester ini ialah aku menekan punat-punat di mesin membeli tiket komuter.
*huhu*
Sukenyer.... Rasa macam nak buat lagi je.

Kami naik komuter dan ambil gerabak belakang. Nasib baik tidak ramai orang dan aku memilih kerusi yang menghadap ke hadapan. Tidak seperti 4 orang tersebut yang
duduk terbalik sampai pening-pening lalat bila komuter bergerak. *hehehe*. Baru je duduk, Cik Nurul call aku. Katanya sudah tiba di Rawang dan akan menukar komuter ke Mid Valley. Sepanjang perjalanan masa diisi dengan berbual. Persis teman yang sudah lama tidak bertemu. Bila sampai di Rawang, aku dan dia menukar komuter. Hampa di hati bila gerabak penuh dengan manusia-manusia yang berbilang kaum. 4 orang berkenaan pula baru sampai di Mid Valley. Aku dan dia terpaksa berdiri di hadapan pintu. Bila komuter berhenti di stesen Sg. Buloh, ramai manusia yang memenuhi ruang gerabak. Begitu juga di stesen Putra, Bank Negara, KL Sentral dan sebagainya. Bagaikan sardin bila ada dalam gerabak yang kecil. Aku tidak dapat melupakan bagaimana keadaan aku yang berdiri di bawah ketiak seorang lelaki Bangladesh. Fuh! Baunya sungguh mengharukan sehingga mahu saja aku mengalirkan air mata ketahanan yang teramat sangat.

Helaan panjang dilepaskan bila aku dan dia sampai di Mid Valley. Aku kebinggungan bila semua mesin ATM penuh dengan manusia yang berbaris dengan kad-kad bank masing-masing. Aku mencari kedai Maxis kerana kredit Maxis aku sudah 0.00 sen. Cerianya telefon Nokia 3500c aku apabila sudah boleh berfungsi kembali. Aku call Cik Nurul untuk mencari lokasi mereka. Agak pening bila aku tercari-cari Kenny Rogers Roaster (KRR) yang tidak aku tahu ada di tingkat bawah. Mahu sahaja aku ingin mendapatkan juru pandu arah ketika ini. Pada mulanya aku dan dia bercadang untuk makan di tempat lain dek kerana malu dengan sahabat-sahabat aku yang perempuan kesemuanya. Namun, oleh kerana tiada tempat lain yang menyelerakan, kami pun memilih KRR. Pesanan diambil, aku dan dia berkongsi set menu yang sama, hanya yang berlainan ialah tambahan lauk dan air. Muffin pun sama, perisa coklat. Sengaja aku membiarkan dia membuat keputusan yang aku kira akan sama dengan keputusan aku. Yang mengejutkan apabila harga bagi 2 orang adalah RM49.90
Waw!!! Juling mata aku lihat harga tersebut.
Sumpah lepas ni tak nak masuk lagi.

Usai solat Zuhur, aku dan dia berjalan lagi. 4 orang tersebut masih dengan haluan mereka. Lokasi terakhir di Mid Vally adalah di Jusco. Dia mencari t-shirt baru.
Mereka 4 orang sudah mula bergerak ke Berjaya Times Square (BTS) dan meninggalkan aku dan dia berdua di Mid Valley. Puas membelek baju-baju yang ada, melangkah meninggalkan Mid Valley dan menuju ke Komuter. Sebagai pandu arah, aku sentiasa bertanya pada Cik Nurul supaya aku dan dia tidak sesat.

Ini lagi satu kesah yang pahit apabila sekali lagi aku dan dia terpaksa berebut-rebut untuk masuk ke dalam gerabak komuter dari Mid Valley ke KL Sentral. Aku agak terkejut bila lihat dia berdiri di luar kerana keadaan di dalam gerabak yang sudah penuh sedangkan aku sudah masuk ke dalam gerabak. Segera aku menyuruh dia masuk sebab aku tak mahu berpisah dengan dia walaupun sesaat. Bila dia mula melangkah masuk, manusia-manusia yang berada di luar pun ingin memboloskan diri ke dalam gerabak. Kesesakkan berlaku di situ, aku dan dia terhimpit, begitu juga dengan penumpang yang lain. Suasana di dalam bingit dek mat saleh yang bising merunggut tentang tingkahlaku penumpang yang berebut-rebut.
Aku hanya tersenyum.
Sepertinya di negara dia tidak mengalami masalah seperti ini.


Satu moment yang membuatkan aku ingin ketawa adalah apabila 4 orang berkenaan tersilap naik monorel dek ditipu oleh jurujual di kiosk KL Sentral. Sepatutnya mereka naik di KL Monorel tetapi mereka naik di Monorel Tun Sambathan. Nasib baik aku dan dia mengikut jalan yang lurus. *huhu*.
Dari KL Monorel ke Imbi, aku dan dia masih lagi berdiri. Tiada ruang yang cukup untuk kami berdua untuk duduk. Sampai di Imbi, kami terus masuk ke BTS. Seperti
semester lepas, aku akan menarik nafas panjang-panjang kerana BST adalah tempat shopping yang mempunyai 11 tingkat.

Aku agak teruja untuk menangkap gambar kerana ada pameran kedai-kedai Cina tradisional dan persembahan sempena Chinese New Year.




Pergi ke China sat
*hehe*

Selepas puas bergambar, aku dan dia ke tingkat dua, ke area gadjet. Dia membeli kipas laptop, pesanan dari abangnya. Kemudian kami ke kedai handset, aku membeli earphone baru dan dia membeli sarung handphone baru.

Tiada yang mengujakan di area tersebut.
Aku dan dia berjalan dan menuju ke Watson kerana Cik Nurul ada di situ
bersama-sama dengan kawannya. Aku hanya mengenali mereka melalui FB sahaja.


Bertudung : Cik Nurul
Baju Putih : Hafiz
Bercermin mata : Oll Scoll
Lagi Sorang : Wak

Yang lagi 3 orang berkenaan aku tidak jumpa langsung setelah berpisah di Mid Valley. Menurut Cik Nurul , mereka sedang asyik berjoli sakan entah ke mana. Aku dan dia hanya duduk berbual-bual. Akhirnya, Cik Nurul juga meninggalkan aku dan
dia berdua kerana ingin ke Low Yatt bersama Hafiz. Aku dan dia berjalan lagi. Kali ini aku ingin mencari perfume dek hampeh dengan 4 orang berkenaan yang telah terlebih dahulu membeli perfume di Body Shop Mid Valley. Aku dan dia ke tingkat bawah sekali sebab aku ternampak kedai-kedai yang menjual perfume di situ. Tangan menekan punat mendail no tel Cik Izzati. Panggilan dijawab dan mereka berada di kedai kasut tingkat bawah berhadapan dengan kedai perfume. Pertemuan di situ.
Kami berdiri di hadapan kiosk yang menjual purse dan dompet. Aku dan dia membelek-belek. Memang hajat aku ingin membeli purse baru sebab purse yang lama sedang nazak.



Inilah wajah-wajah ceria setelah berjoli sakan.
Bergambar di hadapan kedai kasut.

Sedang aku membelek purse, sempat Iqa menyakat aku. Aku hanya tersenyum. Tanpa disedari dia telah membeli 1 dompet. Aku memilih untuk membeli, terima kasih pada dia kerana memberikan pandangan untuk aku memilih purse baru.

Puas sudah bila dapat membeli purse baru.
Sekarang adalah masa aku membuli 3 orang ini untuk bawa aku ke kedai perfume. Aku ke tingkat 2 dan lokasi yang dicari tidak ditemui.
Sebagai alternatif lain, mereka mencadangkan supaya kami melihat peta.

*huhu*


Izzati : Aku rasa kat sini kedai perfume tu
Iqa : A'a la, orang pun rasa macam tu
Sha : Aku memang perasan tadi kedai tu dekat dengan eskelator
Mat Saleh : We in the same situation, lost but not found


Gambar ceria, tapi aku tak ceria sebab tak jumpa kedai perfume
Hampanya..... :(


Masa ni tengah tunggu Cik Nurul yang pergi berjoli di Low Yatt
Lokasi : Pintu Utama Berjaya Times Square



Hero penyelesai masalah

Bila Cik Nurul sampai jam 7 pm lebih, kami berjalan ke Monorel Hang Tuah untuk ke Plaza Rakyat menaiki LRT. Kemudian, berjalan ke Pudu Raya. Tidak seperti pergi bersama Komuter, kami ingin pulang dengan menaiki bas.
Hati kecewa yang teramat sangat kerana tiket bas sudah habis dijual. Iqa, Sha dan Izzati ke kaunter lain untuk mencari tiket kosong. Namun hasilnya hampa. Dia
mencadangkan supaya kami balik menaiki komuter. Tapi malangnya komuter terakhir pada jam 8.30 pm dan ketika itu jam menunjukkan pukul 8.15 pm.
Keadaan mendesak. Aku tidak resah dengan keadaan aku tapi aku resah dengan keadaan dia. Aku rasa bersalah sangat sebab menarik dia sekali ke dalam kancah kecelaruan.

Akhirnya dia memberi idea supaya kami pulang dengan menaiki KTMB. Tangan aku gegas mendail no tel Boon Chai untuk mendapatkan no tel KTMB. Beberapa ketika, Boon Chai call aku semula. Dia segera menekan nombor telefon berkenaan mengikut kata-kata aku. Kemudian, dia segera mendail no tel berkenaan dan aku meminta Iz
zati yang bertanya.
Menurut pakcik KTMB yang menjawab telefon, next train adalah pada jam 9.45 pm. Tapi jam pukul 9.23 pm. Kami bergegas meninggalkan Pudu Raya untuk ke Plaza Rakyat. Aku dan dia berjalan di belakang. Kami ketawa kecil melihat 4 orang berkenaan berlari-lari.
Setibanya di kaunter tiket Plaza Rakyat, hati kecewa kerana penjaga kaunter memberitahu bahawa jika ingin ke KL Sentral, harus turun di Masjid Jamek dan naik LRT Putra untuk ke KL Sentral.
Terkedu aku mendengar kata-kata encik yang jaga di kaunter itu.

Aku terus dail no tel KTMB, Izzati yang bertanya lagi

Izzati : Pakcik, saya nak tanya. Train dari KL Sentral ke Tanjong Malim malam ni ade lagi tak lepas jam 9.45 pm?

Pakcik KTMB : Tak ada lagi la, awak tidur je la kat KL Sentral
Izzati : Apa? dah tak ada lagi ke?
Pakcik KTMB : Ada lagi la. Hehe. Jam 11.30 pm.
Izzati : Owh, ade lagi ye. Terima kasih

Huh!
Tak sangka kami dipermainkan oleh pakcik KTMB disaat-saat genting dan serius nie.
Tiket LRT dari Plaza Rakyat ke Masjid Jamek dibeli.
Ingatkan hanya kami bereman saja yang dalam kesulitan, rupanya ada lagi a 4 orang
kakak yang tersangkut dek bas yang tak ada.
Sampai di LRT Masjid Jamek, kami berlari-lari maraton bak explorace ke Stesen Putra.


Wajah penat selepas berlari maraton ala-ala joint explorace
Serius penat gile


Gambar ini keje Cik Iqa yang ambil gambar aku dan dia curi-curi ketika dalam LRT dari Stesen Putra ke KL Sentral

Sampai saja di KL Sentral jam 10.00 pm, aku dan dia sudah seperti emak dan ayah yang membawa 8 orang anak berjalan di dalam Stesen KL Sentral dan membeli tiket train ke Tanjong Malim yang berharga RM14.00 seorang.
Agak berkerut muka Cik Iqa bila mendengar harga tiket yang terpaksa di beli itu.
Tiket untuk Second Class.
Usai proses membeli tiket, aku dan dia duduk termanggu.

Iqa memberikan idea untuk mengisi perut yang sudah mula berkonsert dek tenaga yang hilang semasa berlari-lari.
Aku dan dia sempat mengenakan 4 orang tersebut dengan mengatakan KFC masih buka.
hahaha
Cian mereka tertipu dengan aku
hehehe
Aku dan dia berjalan-jalan mencuci mata walaupun kedai sudah tutup
Akhirnya kami berhenti di sebuah mesin menjual air tin dan botol
Yang hampehnya bila mesin tersebut hanya menerima wang kertas walaupun ada
tempat untuk masukkan wang syiling.
Wang kertas RM1 sudah di telan, aku terpaksa ke McD di bawah untuk menukar wang. Sampai di atas, aku hanya tersenyum sebab dia sudah minum air tin yang berharga RM1.
em... rasa nak cubit-cubit je
*huhu*

Aku dan dia ke McD, sama-sama makan burger ayam
Kami duduk belakang 4 orang tersebut. Lepas melantak sambil mengumpat mengenai apa yang sudah terjadi pada hari kejadian, 4 orang berkenaan ke kaunter
KTMB. Aku dan dia pula ke tempat duduk berdekatan dengan Pintu B
15 minit sebelum train jam 11.30 pm bergerak, terdengar suara wanita yang membuat pengumuman supaya semua penumpang yang menaiki train ke Butterworth jam 11.30 pm untuk masuk ke dalam train.

Aku dan dia terus ke pintu A. Sempat mengumpat amoi yang berjalan di hadapan kami yang memakai selipar yang berwarna terang semasa kami sedang turun tangga.
*hehehe*
"Anak-anak" kami tertinggal di belakang kerana sudah kepenatan berjalan dan b
erlari
*huhuhu*

Kereta api : Senandung Malam
Coach : K5
Seat : 7A dan 7B


Wajah ceria bila dapat duduk di kerusi yang empuk di dalam train
Tahniah kepada Cik Nurul dan Cik Iqa yang baru pertama kali naik train
"Selamat Sampai Ke Tanjong Malim"
>_*

5 comments:

Anonymous said...

ades..syahdunye aku membaca..n saatne aku mengomen..wakakaka...
korg punye lawatan ni patut dibukukan n blh wat slot drama...gantikan slot "loklak" kul 3 kat tv3 tuh.hehe...
papepun syabas coz berjaya memjejakkan kaki kembali di bumi "bertuah" tanjung malim tercinta...wakakakkakaka...

Anonymous said...

ops...lupe lak aku nk tambah dlm penilaian pertama aku td..."lakukan perkara ang sama tuk kemasukan duit kerajaan semester hadapan"..wakakaka

LuVLYdOvE said...

ko memang ek ain.
insyaALLAH sen dpn nk wat ag.
tp xtau ke mana destinasinya

Anonymous said...

jom p "sweet island"

LuVLYdOvE said...

"sweet island"????
kt mane tu??