Senyum

Senyum
Senyum Itu Indah

Monday 18 January 2010

Mungkin Aku Yang Baru

Pagi-pagi bangun macam malas
Bila tengok cermin, aku pandang wajah manusia ini
Tak tahu apa yang buatkan dia tabah
Atau dia sebenarnya lemah
Atau dia juga sedang melarikan diri dari masalah
Tak tahu mahu beri bintang kesian
Atau bintang tahniah

Mungkin ada yang kata manusia ini bodoh
Sebab tak tahu apa yang dia sendiri rasa
Agak menyemakkan fikiran bila fikirkan manusia ini
Tidak tetap pendirian
Tidak mahu terima kenyataan

Tapi siapa yang tahu segalanya
Mungkin cermin hanya bantuan sementara
Ia hanya bayangan
Namun, cuba teliti hatinya
Selami hidupnya
Dan kau akan tahu apa manusia ini rasa

Cuba berdiri melihat layar cerita hidupnya
Kau akan faham
Mungkin kau kata dia lemah
Tapi dia punya gunung hati yang teguh
Banjir kilat dia, kau tak akan dapat melihat
Walau setitik air banjir itu
Mustahil bagi orang-orang yang tidak percaya

Kini teguh itu jadi kekuatan
Bila pohon yang jadi tempat untuk berteduh sudah mati kekeringan
Dek kemarau hati yang tak pasti
Manusia itu tidak lagi berharap pada daun-daun
Atau pada buah-buahan yang ranum
Dari pohon yang mengelirukan dia

Kini, dia bangkit kembali
Menjadi seorang manusia yang baru
Seorang yang tidak lagi akan memperbodohkan diri sendiri
Atau berharap pada pohon yang semakin meninggi
Manusia baru itu perlu merdeka
Jauh dari perasaan yang palsu
Dia seorang yang baru
Jangan kau berani menghancurkannya lagi
Kerana dia sudah buang kamu
Jangan berharap pada dia lagi
Kerana kamu sudah tiada dalam hidupnya lagi
Hanya persinggahan yang sementara


by :
anne alone all along

2 comments:

melor said...

lama tak buka blog. huhu. buka blog hana nampak macam hana dah makin kuat. bagus2.

i love u. but first u must love urself, k.

muah.

*kenyit*

LuVLYdOvE said...

org xkn ubah diri sndiri, org nk jd diri sendiri. tp hanya beberapa perkara yg perlu dibuang jauh. huhu