Senyum

Senyum
Senyum Itu Indah

Monday, 29 November 2010

Hurm.... Awk...



Hari ni awak senyap je...
Saya ada buat salah ke?...
Saya mesej awak tapi awak tak replay pun...
Hati saya sedih.
Sampai sekarang awak tak nak bagi mesej pada saya...
Bila awak nak mesej saya ni?
Saya tahu awak sibuk dengan kekasih baru awak yang banyak tulisan tu
Tapi tak kan lah sampai lupa pada saya...
Sampai hati awak.....
Tak apalah... saya tahu itu untuk masa depan awak...

Hati oh hati,
Kamu sabar ya.
Dia tak tahu kamu sedang tunggu dia.
Tak mengapa...
Satu hari nanti dia akan tahu apa yang kita rasa
Walaupun sebenarnya dia tahu...

T_T

Saturday, 27 November 2010

Harry Potter : The Deathly Hollows Part 1


Inilah cerita yang aku nanti-nantikan. Pasti setiap sequel aku akan tengok. Masuk yang ini kalau tidak silap aku sequel yang ke7. Wah! Dah berapa lama cerita ini ya?? Dari keluaran berbentuk CD sampailah ke bentuk DVD. Ya, apa lagi kalau bukan cerita Harry Potter. Masa mula-mula cerita itu ditayangkan, aku hanya anggap cerita biasa. Tapi bila sudah tengok, barulah aku tahu cerita ini sangat best!!! Dari watak itu masih budak hinggalah menjadi seorang remaja yang sangat digilai ramai terutama gadis-gadis ia kekal menjadi antara filem box office. Tapi tidaklah seperti sahabat aku yang sangat-sangat teruja dengan cerita ini sehingga dia sanggup membeli setiap novel Harry Potter!!! Novel karya J.K Rowling ini penuh dengan debaran. Berlandaskan kuasa sihir, dendam antara Voldemort dan Harry Potter membara hingga ke akhir cerita.

Dan pada tanggal 27 November 2010, aku telah berjaya menghadirkan diri ke Golden Screen Cinema (GSC) di Berjaya Times Square bersama sahabatku iaitu Izzati Arshad untuk melihat cerita ini. Aku sangat cemburu dengan sahabat aku seorang ini kerana telah menonton cerita untuk kali kedua. Ok, fine! Walaupun berlaku beberapa aksi yang agak memalukan, aku tetap menebalkan muka. Haha!!! Aku tidak peduli yang itu, yang aku tahu aku mahu tonton Harry Potter.

Seperti sequel sebelum ini, cerita ini tak lari dari menyelitkan babak-babak yang melucukan hingga kami satu pawagan gelak besar!!! Ada juga scene yang mendebarkan dan memeranjatkan. Aku paling tidak boleh lupa masa scene yang memeranjat itu, aku tak duga sesuatu akan berlaku. Kalau aku ada sakit jantung, sure time itu juga aku perlu ke hospital. Haha! Tiba-tiba aku kedengaran satu bunyi yang agak perlahan bunyinya.Ok, fine! Perut aku lapar. Haha! Tak apa, yang penting aku nak tengok cerita ini sampai habis. Bila cerita sudah habis, aku sangat berpuas hati dan aku pasti akan beli DVD cerita itu sebagai koleksi. Huhu~

HARRY POTTER, THE BEST EVER!!!

Tuesday, 23 November 2010

Lawak Yang Ada Otak

Assalamualaikum...


Wahai sahabat-sahabat seagama denganku…

Tolonglah ambil masa 3 minit untuk membaca note ini....

3 Minit je, tak lama pun..

Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi..


Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...


Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....


Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah, tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam. Tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik "

"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu!"


Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri. Daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu...


Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:

"Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"

Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....


Macammana..

Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah...


"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 yg betul-betul BERIMAN...”


"Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya.. Kedua lelaki hanya membawa mesin-gun. Dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi sekarang amat lemah. Baru kena ugut terus lari lintang pukang. Lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi”


"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat..

Tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. Bile time sembahyang raya..."


"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam a- Quran"


"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"


"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan???


Kenapa?

Gelak tu kan realiti..


Tapi yg paling lawak sekali..

Berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain?

Berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca?

Berapa banyak????


Wallahualam…

Sunday, 21 November 2010

Friday, 19 November 2010

Kalau Nak Bercinta...



1. Kekuatan berfikir

Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia dan menjadi petunjuk kepada kamu untuk bertemu dia. Namun, jodoh pertemuan adalah urusan Tuhan. Dia yang akan menentukan segala-galanya. Cuma, kita perlu bersedia dalam membuat keputusan yang tepat. Berfikirlah sebelum membuat keputusan dan bukan hanya mengikut nafsu semata-mata.


2. Kekuatan untuk menghormati

Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apasaja jika kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri “Apa yang aku hormati dalam diriku?”. Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri.”Apa
yang aku hormati dalam diri mereka?”.


3. Kekuatan untuk memberi

Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk menciptakan hubungan yang ceria, penuh cinta dan abadi adalah dengan selalu berfikir “Apa yang dapat aku beri?”dan bukan “Apa yang akan aku dapat?”.


4. Kekuatan persahabatan

Untuk mencari cinta sejati, kamu mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kamu dan dia saling berpandangan, tapi lebih bererti bersama-sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya. Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan yang kekal, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.


5. Kekuatan dari sentuhan

Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat, menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya. Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada pasangan suami isteri.


6. Kekuatan untuk melepaskan

“Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu”. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. “Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku”.


7. Kekuatan dalam komunikasi

Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, kita perlu bersedia. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik :“Aku cinta kamu”. Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata-kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon? Apa yang akan kamu katakan padanya? Dan sekarang kenapa kamu menunggu?Telefonlah dia sekarang.


8. Kekuatan dari komitmen

Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakan kamu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia dengan hubungan itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur dengan hubungan yang kuat.


9. Kekuatan semangat.

Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar-kobar bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang mendalam, kemahuan dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari-hari kita dengan penuh semangat..


10. Kekuatan dari rasa percaya

Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan. Tanpa rasa percaya, seseorang akan menjadi curiga, cemas dan takut dan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjadi tertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh. Bersikaplah seakan-akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar-benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri “Apakah aku benar-benar mempercayainya sepenuh hati ?” Jika jawapannya adalah “tidak”, maka kamu harus berfikir dengan sedalamnya sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.


11. Berserah pada Tuhan

Hidup ini ada perjalannya, begitu juga di dalam percintaan. Jika kamu sedang bercinta, bercintalah dengan sejujurnya dan percaya akan takdir Tuhan. Hanya Tuhan sahaja yang dapat mengubah segala-galanya. Hargailah setiap insan yang ada di sekeliling kamu dan kamu akan rasa bahagia dengan itu.Tuhan sahaja yang akan melahirkan perasaan cinta antara kamu dan dia.


SELAMAT BERCINTA

Wednesday, 17 November 2010

Dia, Dia, Dia, Dia dan Dia....

Dia datang.
Aku hanya lihat saja bila dia lalu.
Aku senyum sahaja bila dia pandang aku.
Aku nampak dia senyum.
Aku nampak ada seseorang yang dia pimpin.
Aku senyum lagi.

Dan dia datang pula.
Aku lihat dia dan aku senyum.
Aku nampak sinaran bahagia di matanya.
Aku nampak dia dengan temannya.
Dan aku nampak ada sesuatu yang dia bawa.
Dia pula lihat aku, tapi dia senyum dengan temannya.
Tapi aku tahu ada yang kurang di hatinya.

Dia pula yang datang.
Aku hanya berdiri melihat dia.
Aku tak tahu mahu senyum atau tidak.
Aku biar dia datang.
Dan dia menghulurkan tangannya.
Aku hanya kaku.
Kerana tangan yang satu lagi, dia memimpin seseorang.

Dia datang dan terus ada di situ.
Dia senyum sehingga buat aku girang.
Aku cuba pandang dalam matanya.
Tapi aku tidak nampak apa-apa.
Hanya luaran yang terpancar gembira.
Aku tahu dia cuba berahsia.
Dan dia tetap mahu begitu.

Kemudian, dia pula datang.
Aku langsung tidak tahu dia datang.
Dan aku tidak melihat dia.
Hingga dia yang menyapa aku.
Aku terkaku dengan sapaan dia.
Dia menghulurkan tangan, tapi aku teragak-agak.
Bila aku mahu sambut, dia lekas menarik tangannya.
Aku terkesima.
Dan aku keliru.

Kali ini dia, dia, dia, dia dan dia datang.
Aku hanya berdiri dan melihat.
Aku tak tahu apa yang harus aku buat.
Aku cuma memandang sekilas.
Aku pandang dengan sejuta persoalan.
Aku pandang dengan sejuta kekesalan.
Aku pandang dengan sejuta kepahitan.
Aku pandang dengan sejuta kekeliruan.
Aku pandang dengan sejuta kekecewaan.
Dan...
Aku pandang dengan harapan.

Mengharapkan kebahagiaan untuk dia.
Mengharapkan ketabahan dalam hati ini.
Mengharapkan hati ini ikhlas memaafkan.
Mengharapkan hitam pergi jauh.
Mengharapkan Tuhan lekas temukan aku dengan dia.
Dia yang satu-satunya.
Dia yang datang dan menanti aku.
Dalam panas, dalam hujan, dalam ribut, dalam sejuk.
Dia yang datang menghulur tangan.
Dia yang memujuk aku hingga tangan ini dapat digapai.
Dia yang soleh.....

Tuhan...
Sesungguhnya Engkau sengaja menguji aku dengan dugaan ini.
Engkau temukan aku dengan dia yang salah.
Engkau mengajar aku untuk lebih tabah.
Untuk selalu memperbaiki diri ini.
Untuk memuhasabahkan hati dan fikiran.
Dan untuk aku terus memunajat pada Mu
Dan Engkau tahu hikmah segala ini.
Alhamdulillah...

Rintih

Aku adalah seorang perempuan @ wanita.
Aku ada hati dan perasaan yang dikurniakan oleh ALLAH.
Aku ada keinginan yang ingin dicapai.
Tapi aku buntu bila memikirkan perkara ini.
Aku bukan mahu mengeluh takdir.
Aku redha dengan segala ini.
Dan aku percaya masanya belum tiba lagi.
Kasih sayang yang diberikan oleh keluarga sangat aku hargai.
Kasih dari teman-teman memang aku harapkan.
Kasih sayang dari ALLAH membuatkan aku bertambah bahagia.
Tapi aku menanti kasih sayang dari seorang insan.
Insan yang ALLAH telah takdirkan buat aku.
Insan yang akan menjadi rakan karib ku, sahabat ku.
Insan yang sedia mendengar keluh ku, menasihati aku.
Insan yang akan membimbing aku, memimpin aku.
Insan yang akan sentiasa melindungi aku, menyayangi aku.
Insan yang mencintai aku kerana ALLAH.
Insan yang bergelar seorang suami.
Aku bukan gatal untuk bersuami lekas.
Tapi aku rindu dengan kasihnya seorang lelaki yang halal buat aku.
Tapi aku tahu, tak mudah untuk kita terima kekurangan insan lain.
Dan aku sendiri punya kekurangan itu.
Sesungguhnya aku berserah segalanya.
Ya ALLAH, hanya Engkau sahaja yang tahu tangisan hati ini.
Hiasilah hatiku ini dengan taman cinta-Mu yang menghijau.
Serta lengkapkan ia dengan mekar kehadiran insan itu.
Aku merintih pada-Mu.
Segala yang berlaku, hanya Engkau sahaja yang tahu...
Ya Tuhanku

Sunday, 14 November 2010

Big Thanks To All


Hari ini 14 November 2010, Ahad. Hari ulang tahun kelahiran aku yang ke-22. Wah!, dah makin tua rupanya aku ini. Huhu~ Tak apa, yang bertambah hanya angka, tapi masih nampak muda lagi. Haha! (Masuk bakul angkat sendiri plak. huhu~) Okey, yang penting, aku harap ilmu dan keimanan aku pun juga bertambah. Terima kasih banyak-banyak pada bakal akak ipar aku a.k.a tunang abang aku sebab sponser kek birthday yang sedap ini. Tak lupa juga kepada semua yang telah wish pada aku sebelum jam12 tengah malam sampailah sekarang.

Wednesday, 10 November 2010

Tarikh Lahir, Warna dan Rahsia Personaliti Kamu

2 Disember hingga 11 Januari – Oren
12 Januari hingga 24 Januari – Kuning
25 Januari hingga 3 Februari – Merah Jambu
4 Februari hingga 8 Februari – Biru
9 Februari hingga 18 Februari – Hijau
19 Februari hingga 28 Februari – Perang
1 Mac hingga 10 Mac – Aqua (Biru Kehijauan)
11 Mac hingga 20 Mac – Lime
21 Mac – Hitam
22 Mac hingga 31 Mac – Ungu
1 April hingga 10 April – Biru Laut

11 April hingga 20 April – Perak
21 April hingga 30 April - Putih
1 Mei hingga 14 Mei – Biru
15 Mei hingga 24 Mei – Emas
25 Mei hingga 3 Jun – Krim
4 Jun hingga 13 Jun – Kelabu
14 Jun hingga 23 Jun – Maroon
24 Jun – Kelabu
25 Jun hingga 4 Julai – Merah
5 Julai hingga 14 Julai – Oren
15 Julai hingga 25 Julai – Kuning
26 Julai hingga 4 Ogos – Merah Jambu
5 Ogos hingga 13 Ogos – Biru Laut
14 Ogos hingga 23 Ogos – Hijau
24 Ogos hingga 2 September – Aqua (Biru Kehijauan)
3 September hingga 22 September – Lime
23 September – Olive
24 September hingga 3 Oktober – Ungu
4 Oktober hingga 13 Oktober – Biru
14 Oktober hingga 23 Oktober – Perak
24 Oktober hingga 11 November – Putih
12 November hingga 21 November – Emas
22 November hingga 1 Disember – Krim
2 Disember hingga 11 Disember – Kelabu
12 Disember hingga 21 Disember – Maroon
22 Disember – Teal Merah (Kayu)


MERAH

Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda ‘angin satu bandan’! Taman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan meraka.


KRIM

Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan ‘kehilangan’ sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang ceria selalu! Sebagai seorang kawan kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji. Dari segi percintaan, kamu amat berhati-hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar-benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!


TEAL MERAH (WARNA KAYU)

Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki taupun perempuan, tentu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punyai ramai teman.


MERAH JAMBU

Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang-orang di sekelilignya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berprasangka buruk terhadap orang lain. Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.


HIJAU

Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru dikenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu, namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata-kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar-benar sesuai untuk dirinya!


EMAS

Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan setia serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang yang benar-benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.


KUNING

Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang-orang yang ada disekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta. Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke dapan. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminat hal-hal yang romentik bersama si dia. Alahai!


MAROON

Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuati itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu-buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!


OREN

Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap-tiap perbuatan yang kamu lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang disekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangai ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!


UNGU

Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya. Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Kamu juga mempunyai daya penarik yang sukar dicari pada orang lain. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembiri, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punyai kedudukan dan agak stabil kewangan mereka. Namun kamu pandai menawan hati orang lain, tak rugi jika dapat mengenali

diri kamu lebih dekat lagi.


LIME (WARNA BUAH LIMAU)

Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewek juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personality tersendiri yang membuat orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?


PERAK

Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat balam bidang yang berkaitan dengan seni. Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga! Namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan, bukan apa kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauh mana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap ‘hard to get’ untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.


HITAM

Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni akan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!


OLIVE (WARNA BUAH ZAITON)

Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan. Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi ‘favourite’ di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!


PERANG

Kamu seorang yang sukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia. Mungki ‘rezeki’ kamu untuk memilikinya nanti?


KELABU

Kebanyakkan meraka yang diwakili oleh warna kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh seiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu boleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.


BIRU

Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cenderung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mempu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benar menyintai si dia setulus hati. Silap sendirilahkan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.


BIRU LAUT

Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala-galanya. Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati-hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya, kamu ego sangat nak memaafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada melakukan kesilapan!


PUTIH

Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mengapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!


(AQUA) BIRU KEHIJAUAN

Mak oi! Angin satu badan kamu ni rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kedangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuat kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain. Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta …! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak memakan diri.