Aku ada terdengar satu ceramah agama beru-baru ini, itu pun secara tidak sengaja aku tengok masa aku tukar siaran tv. Tajuk ceramah tu aku kurang pasti apa sebab aku tengok pun dah separuh ceramah. Aku tengok tak lama sebab aku sedang tengok cerita lain (teruk betol aku nie)
Ok, then. Apa yang aku nak sampaikan ialah aku dengar satu ayat dari penceramah tu.
“Semua yang diciptakan di muka bumi dan alam semesta ini ada pasangannya kecuali satu…. Iaitu ALLAH”
Bila aku fikirkan semula memang tak ada pun makhluk yang diciptakan tidak ada pasangan, manusia itu sendiri telah diciptakan pasangannya siap-siap, cuma tunggu masa untuk dijodohkan sahaja.
Jadi, janganlah nak merungut kenapa kita masih lagi single-mingle, kenapa asyik kecewa saje atau dah putus asa untuk bercinta (walaupun aku sendiri pernah merungut, mungkin sampai sekarang masih lagi merungut). Jodoh tu ada, insyaALLAH. Percayalah pada ALLAH, Dia dah aturkan yang terbaik buat kita.
Bagi yang sedang hangat-hangat atau baru suam-suam bercinta, bercintalah elok-elok. Jangan leka sangat dan jaga batas-batas pergaulan macam lirik lagu Kalau Berpacaran. Hehe~
Sekarang ini aku nak cerita pasal tiga orang Cik ini yang telah bertukar status sebagai Puan. Hohohoh~ siapakah mereka? Mari kita lihat =)
Wedding : 11 Disember 2010
Ini Kak Thirah atau nama dia sekarang ini Puan Nurul Athirah bte Azmi, asal Perak. Umur dia kalau tak silap ialah 25 tahun. Dia adalah senior aku. Suami dia bukan orang lain, pekerja kat UPSI juga, orang Perak juga. Siapa sangka, temu jodoh kat tempat belajar. Hehe~ Aku rapat dengan Kak Thirah sebab dia adalah Ketua Exco aku masa kat dalam persatuan dulu. Masa itu aku baru semester 3 dan Kak Thirah semester 4. Aku memeng tak rapat dengan senior ni dulu, tapi bila dah sama-sama mengendalikan kapal yang besar bersama-sama, barulah aku rapat dengan mereka. Kami dah macam adik-beradik dah. Aku dengan Kak Thirah kena pegang jawatan Exco Penerbitan dan Informasi, jadi Kak Thirah banyak tolong dan ajar aku. Thanks a lot Kak Thirah.
Wedding : 12 Disember 2010
Ini pula Kak Adah atau Puan Rosada bte Inche Hajat. Kak Adah orang Kedah, umur dia 26 tahun. Aku kenal Kak Adah pun sebab persatuan juga, dia jadi Ketua Exco Kebajikan. Kak Adah nie lembut saja orangnya, ke mana saja dia pergi, mesti ada Kak Ain. Diorang dah macam kembar. So sweet.
Wedding : 11 Disember 2010
Ini pula Kak Shiha atau Puan Shaiha bt Sulaiman. Umur 23 tahun, dia orang Muar, Johor. Aku kenal dia masa kami sama-sama join Kem Pemantapan Fasilitator dan Kem Motivasi SPM Kota Tinggi. Masa tu aku baru semester 2. Dia seorang yang sempoi dan simple saje. Memang impossible nak tengok dia make-up. Masa kami buat kem kat Kota Tinggi tu, adalah aku dengar-dengar rumors yang dia dah bertunang, but aku tak pasti. Siapa tak kenal dia sebab awal tahun 2010, dia jadi Timbalan Yang Dipetua MPP dan dia merupakan calon yang dapat undian yang paling tinggi. Kat fb dia pun dia tak pernah uploud gambr tunang dia sehingga hari dia diijabkabulkan. Tak sangka husband dia ada rupa Cina sikit dan Kak Shai memang lawa sangat bila dia make-up. So gorgeous!!!
Kepada puan-puan sekalian, semoga perkahwinan yang dibina akan sentiasa mendapat rahmat dari-Nya, keberkatan berumahtangga, semoga berkekalan hingga ke akhir nyawa dan sehingga ke alam syurga kelak. Amin….
1 comment:
saye salah sorang kawan baek shaiha mase di sekolah dulu.. saye lost contex ngn die lps die stpm. ni pon men taip je name die kat google...
alhamdulilah dapat tau die dah kawen, walaupun x di jemput.. hehe semoge bahagie.. kalo ade salah silap ataupon pkare y x boleh nk lpe dlu2 2... hope maapkan sye...
tolong sampaikan salam saye pade die... and kalo die dah maapkan saye, mintak tolong die contex saye... salam....
Post a Comment