Senyum

Senyum
Senyum Itu Indah

Sunday 19 December 2010

Tahniah Sebab Dah Lupakan Saya


Sampai hari ini aku tak dapat nak tafsir perangai orang-orang yang ada kat sekeliling aku sebab aku sendiri tak faham diri aku ni macam mana.
Memang betul manusia ni susah nak diduga.
Aku ni lagi la sebab angin aku selalu bertukar-tukar.
Kadang-kadang aku sendiri kena berwaspada sebab tak nak kawan-kawan aku yang akan kena tempias angin monsun dari Lautan China Selatan aku ni.
haha!
Orite then, masuk cite lain plak kei.

Aku nie nak kate expert dalam cintan-cintun tu tak adelah sangat
Tapi kadang-kadang tu aku jadi doktor bagi pesakit-pesakit cinta nie
Bukan nak berlagak, tapi sekadar menolong kawan
Aku mula bercinta masa umur aku 14 tahun
Bukan calang-calang mamat aku couple
Yang aktif sport plak tu
Tapi tu mase sekolah lah
Alah, nama pun cinta monyet, so tak kekal la
Budak mentah baru nak bercinta, mana la pandai lagi
huhu~

Suka hati mak tiri jiran koranglah kalau nak kata aku nie playgirl ke tak
Tapi pada aku, aku sekadar berkawan.
Setakat tahun lepas, secara rasmi, tak rasmi dan admire
Adalah dalam tuttt...
Opss... it's secret ok
Hehe~
Last couple yang rasmi adalah pada tahun 2007/2008
Itulah yang paling-paling serius hingga hampir kami bertunang
Tapi, semua itu berakhir lagi sebulan nak anniversary
Dah takdir, aku terima dengan redha

So, sehingga ke penghujung 2010 ni, masih lagi tercari-cari yang serius
Lagipun aku masih muda, masih belajar lagi
Biarlah aku serahkan semuanya pada ALLAH
Dia tahu segala-galanya
Manalah tahu, jodoh aku ada kat depan mata
Haha~

Sebenarnya aku nak berkongsi pandapat tentang hati
Ni bukan hati yang kat dalam badan tu
Tapi hati yang ada perasaan
Memang kita tak boleh nak scan hati orang yang kita admire
Nak tahu dia suka kita atau tidak
Tapi, scan jujur dari si dia itu lagi berkesan
Ok

Selagi kita belum jumpa dengan Mr @ Mrs Right,
hati kita akan berubah semasa bercinta
Kalau hati kita tak berubah atau hati si dia pun tak berubah
Itu maknanya memang dialah soulmate kita
Kita kena yakin dalam buat keputusan
Ingat, setiap keputusan yang kita buat, jangan menyesal
Sebab itulah pilihan yang kita pilih
Kalau apa yang kita ingin tu tak tercapai
Percaya ada hikmah disebaliknya

Bolehlah kalau kita nak cakap
"Ko mane tau sebab ko tak rasa"
Sebab itulah kita kena fikir dengan waras
Dan dengar pendapat orang-orang yang ada di sekeliling kita
Nak tahu kenapa?
Sebab mereka fikir dengan waras
Kita yang di dalam dilemma ni kadang-kadang tak boleh fikir dengan positif

Kalau kita betul-betul suka kat orang itu dan nak orang itu tahu
Just bagitahu sahaja pada si dia
Lepaskan saja apa yang anda rasa
Jangan simpan sebab itu akan menyakitkan hati
Macam yang pernah aku buat
Apa jawapan dia itu lain cerita
Fikirkan soal diri kamu sendiri

Ok, next!
Kalau dah bagitahu, just wat perkara macam biasa
Jangan la pulak nak malu-malu
Bukan apa, itu nanti mungkin akan menyebabkan berlakunya pertambahan jarak antara anda dengan si dia
Itu sebab si dia dah biasa dengan kamu yang cukup sempoi dan periang itu

Tapi....
Kalau kamu dah bagitahu dan dia cakap dia hanya anggap awak macam kawan biasa
Walaupun cara dia macam suka pada kamu
Atau terlalu take care kamu
Kamu terima sahaja, redha kei
Jangan nak amek keputusan nak terjun tingkat 10
Ini pun aku pernah buat

Bagi aku, it's fine
Tak mengapa kalau cinta kamu tak berbalas
Teruskan berhubung dengan si dia
Walaupun asyik kamu sahaja yang kena bagi mesej dahulu pada dia
Alhamdulillah, ALLAH kurniakan aku dengan instinct yang kuat
Perubahan seseorang yang rapat dengan aku, aku boleh rasa
Sebagai contoh kes tuttt.........
Sejak akhir-akhir ini dia sangat jarang mesej dengan aku
Purata sekali seminggu rasanya
Dengan kemudahan laman sosial
Aku dapat jawapan kenapa dia jarang mesej dengan aku sekarang ini
Fine!!! Dia dah bahagia
Congrates!!! Sebab tak ingat pada saya

Dengan pengalaman yang aku pernah lalui sehingga sekarang
Aku lebih bersikap terbuka dan rasional
Tak mudah mengharap lagi
Dan anggap dia hanya teman gurauan
Ye lah, alam aku dengan alam dia berbeza
Dan kami tak pernah hidup dalam suasana yang sama

Bohong kalau aku cakap aku tak ada admire siapa-siapa kat tempat aku belajar sekarang ini
Sure lah ada, of course!
Haha!
But, it's too soon
Just keep well this feeling
Kalau ada jodoh, insyaALLAH
Hope jodoh ini cepat sebab aku tak mahulah bercinta lama-lama tanpa ikatan ini
Lebih manis kalau percintaan itu masuk ke dalam alam perkahwinan
Kalau masing-masing dah bersedia, biarlah akad itu disegerakan
Itu adalah lebih manis dipandang
@_<>

No comments: