Senyum

Senyum
Senyum Itu Indah

Tuesday 21 December 2010

Salut Sama KRU Production

KRU??? Sape yang tak kenal KRU?
Dulu aku kenal KRU sebab diorang nie adalah penyanyi
Lagu yang diorang cipta memang best
Dah lama gak KRU nie bertapak dalam industri seni ini
Mereka bukan saje terkenal kerana menyanyi
Tapi mereka pun buat lagu juga
Dan sekarang nie mereka buat filem

Filem yang pernah KRU nie buat ialah filem Cicak Man dan Magika
Kedua-dua filem nie menggunakan teknik CGI
Jarang kita jumpa filem Malaysia yang gunakan teknik nie
Filem yang diperbuat melalui CGI memerlukan kepakaran dan khidmat teknologi yang tinggi
Bukan calang-calang pengarah dan penerbit boleh buat filem nie
Bajet sure lah kena banyak
Tapi bukan satu kebaziran kalau buat filem macam nie
Aku memang nak sangat tengok filem Malaysia ditayangkan di pawagam luar negara

Awal tahun 2010, aku memang tunggu filem Magika
Filem ada unsur fantasi dan nyanyian
Tapi bile tengok trailer pun aku dan terpaut
Tapi malangnya aku tak tengok lagi cerita tu
Ok, tak mengapa

Sekarang aku nak khabarkan satu berita terbaru
KRU Films sekarang nie tengah buat filem baru
Tajuk Filem tu ialah Hikayat Merong Mahawangsa
Sape-sape yang hantu sastera pasti tahu sejarah Merong Mahawangsa ini
Masa aku Tingkatan 6, aku ada ambil subjek sastera
Tapi aku tak adelah nak khatamkan buku hikayat yang bersadur emas tu
Tebal woo... heheh

Ok, dalam bahasa Inggeris filem nie bertajuk The Malay Chronicles : Bloodlines. Filem ni bukan sahaja ada pelakon dari Malaysia, tapi ada pelakon dari luar negara. Lokasi pengambaran banyak dilakukan di Terengganu. Kos kalau tak silap aku ialah sebanyak RM8 juta, kedua termahal selepas filem Puteri Gunung Ledang. Melalui bahan bacaan aku, Kemeterian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) juga memberikan kerjasama melalui dana e-content.

Daripada pembacaan aku di Ohbulan, ia mengisahkan tentang Kerajaan Rom dan Kerajaan Han (China) yang nak kahwinkan Putera Rom dengan Puteri China. Jadi, beberapa utusan Rom yang menaiki beberapa buah kapal telah berlayar dari Rom. Tapi mereka kena berhenti di Goa (India) untuk meminta seorang lelaki yang bernama Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dipercayai terletak di semenanjung Malaysia, kalau tak silap aku di Kedah) untuk berkahwin dengan Puteri China itu. Tapi ada komplot dari Lanun Geruda untuk culik Puteri China. Ok, itu saje yang aku tahu. Kalau nak tahu perjalanan cerita, mari kita sama-sama tengok tayangannya. Mungkin bulan Mac 2011 akan ditayangkan, tapi bukan sahaja di Malaysia, tapi di luar negara juga. 10 bintang untuk KRU Films!! dan kredit untuk Ohbulan dan budiey.com tentang maklumat ini. =)

Penerbit Eksekutif : Norman Abdul Halim
Penerbit : Norman Abdul Halim, Yusry Abdul Halim, Edry Abdul Halim
Pengarah : Yusry Abdul Halim
Muzik : Edry Abdul Halim
Pengarah Fotografi : Mat Nor Kassim
Kamera Aksi : Chau Kim Ming
Production Designer : Kek Ting Lam
Pengarah Kreatif : Johan Lucas
Pengarah Seni : Anuar Paharudin
Martial Art : Chan Man Cheng, Chong Yi Wah
Pakaian : Rosada Abdul Hamid
Make-up : Mas Hashim

Pelakon
Merong Mahawangsa : Stephan Rahman Hudges
Meng Li Hua (Puteri China) : Jing Lu
Marcus (Putera Rom) : Gavin Rees StenHouse
Laksamana Liu Yun : Craig Robert Fong
Laksamana Lycius : Eric Karl Henrick Norman
Maharaja China : Keith Chong
Yesoddhra : Deborah Henry
Taji : Wan Hanafi Su
Kesum : Dato' Rahim Razali
Kamawas : Khir Rahman
Embok : Ummi Nazeera
Ying Ying : Nell Ng
Embi (Pahlawam Melayu) : Jehan Miskin
Lang (Emak Merong Mahawangsa) : Ummi Aida
Phra Ong : Kuswadinata
Goan : Mano Maniam
Sunder (Pahlawan Goa) : Ravi Sunderlingam





No comments: