Senyum

Senyum
Senyum Itu Indah

Thursday, 31 December 2009

Terus Berlalu...

Tiada kata seindah bahasa
Namun kata-kata juga mampu untuk membunuh
Biarpun bibir berbicara manis
Tapi adakah ia tulus dari hati?

Biarpun semuanya telah berlalu
Aku pasrah dengan apa yang telah berlaku
Kau dan aku hanya sebuah ceritera
Yang tidak akan pasti penghujungnya
Namun aku akan terus bertahan selagi termampu

Kenangan yang akan berlalu pergi
Kini aku kembali melihatnya
Mencari daun yang gugur layu
Mencari awan yang mendung kelabu
Mencari pelangi yang tidak menjelma
Apakah puncanya

Seperti semalam aku masih tertanya
Biarpun pasti ia sudah pergi
Tapi aku masih berhenti menanti
Pastikah ia datang kembali?
Haruskah aku menjauh?
Mampukah aku bertahan lagi?
Tiada jawapan yang menemani
Itu yang pasti

Aku melihat waktu yang pergi
Hanya sepi yang menemami
Terdiam kaku
Hanya mampu melihat saja
Walau ku tahu aku mampu menahannya
Tapi aku tak berdaya
Kerna aku takut akan kemungkinan yang akan berlaku

Biarkan ia pergi
Kenangan itu cumalah hanya memori
Kekal tak akan kembali
Tapi pasti akan terukir lagi
Walau lukisannya berbeza nanti

Aku berdiri berhenti hanya sebentar
Aku akan berjalan lagi
Cuma hanya ingin singgah di sini
Melihat album kenangan silam
Agar dapat ku pastikan
Kenangan akan ku bawa bersama
Walau waktu terus berputar
Walau di mana aku berpijak
Selagi aku terus bernafas
Itu yang pasti

Semalam adalah pasti
Esok itu insyaALLAH akan ada

Andai nyawa masih kukuh ditubuh ini
Akan ku relakan semuanya berlaku
Aku hanya mampu berdoa dan berusaha
Menanti esok yang akan tiba
Esok yang penuh tanda tanya
Akan ku ukir kembali sang pelangi
Agar hidup kita secerah mentari
Itu yang ku harapkan
Itu yang pasti



by :
anne alone all along

Friday, 25 December 2009

Kurang Lagi 12jam

Aku baru saja masuk dalam bilik.
Hati memberontak untuk membuka laptop.
Tujuan utama adalah online.
Itulah pekerjaan yang wajib aku lakukan pada satiap hari.

Sebentar tadi...
Aku mencari ketenangan dengan duduk di hadapan televisyen a.k.a tv.
Sengaja aku mencari kedamaian setelah hati ini dilanda ribut taufan dek result.
Agak hampa di situ.
Aku tak memikirkan apa-apa semasa menonton tv.
Yang aku tahu, aku menikmati segala aksi-aksi dalam cerita Resident Evil : Apocalypse.
Memang best giler.
Aku sudah ada cd Resident Evil dengan Resident Evil : Extinction.
Baru beberapa hari lepas aku tengok dua cd itu.
Sepanjang hari duduk mengadap tv.
Sambil itu, tengok juga cerita The Lord of The Ring (yang last kot).
Lepas itu, aku tengok cerita Jackie Chan, tapi tak tahu apa judul ceritanya.
Hahaha!!!

Baru aku perasan rupanya aku tak menjamah sebutir nasi lagi.
Tengah hari tadi aku hanya mengalas perut dengan jemput-jemput kentang.
Petang pula mee bandung. Sedapnya... Yummie!!!!
Berhajat mahu makan, tapi semuanya terbantut dek result yang keluar pada jam 9.25 malam.
Terima kasih kepada teman sekuliah aku iaitu Suriati kerana menulis komennya di Facebook.
Lantas dengan pantas ala-ala kilat, aku terus membuka laman web UPSI.
Memang betul result sudah boleh dilihat.
Agak sedikit keciwa gitu di hati.
Apa-apa pun alhamdulillah sebab pointer bertambah sedikit.
Ada dua paper yang aku sudah buat yang terbaik kerana aku tahu itu adalah "paper membunuh!" namun hasilnya kurang memberansangkan.
Perkara sudah pun berlalu, apa yang harus dilakukan adalah redha dan berserah.
Pada semua rakan-rakan seuniversiti, tahniah dengan hasil dari usaha anda selama semester lepas.
Masih ada lagi semester akan datang, buatlah yang terbaik.

Tinggal lagi beberapa jam saja aku dapat menghangatkan diri di dalam bilik ini.
Rindunya pada kipas angin dan lampu tidur yang berwarna merah ini.
Mesti dia rindu pada aku nanti.
*Ketawa*
Sebelum aku meninggalkan rumah esok, aku berhajat untuk masak spegeti untuk abang aku.
Lagipun barang-barang untuk resepi spegeti sudah pun tersedia.
Baju telah aku packing.
Tinggal aku sahaja perlu bersiap untuk bertolak balik ke Tanjong Malim esok.
Perjalanan yang jauh akan menelan segala tenaga yang ada.
Aku perlu bersiap dengan semaksima yang mungkin.
*Aku perlu itu*
Dalam hati ini sedang bingit memberontak kesedihan dan kesayuan.
Dengan kudrat yang aku ada sekarang ini, dapat juga aku atasi air yang mahu dirembeskan di mata.

Kepada sayang aku yang ada di sini, jangan rindu aku, ya.
Aku pasti akan pulang lagi untuk menyiram pohon rindu.
Nantikan kepulangan aku.
*Love ya* @_^

InsyaALLAH
Jika takdir mengizinkan, aku akan berada di sini lagi.
Di tempat aku membesar bersama orang yang tersayang.
Tiada yang lebih bernilai dari itu.
Semua potret telah aku simpan di dalam otak laptop ini.
Itu saja pengubat rindu antara kita, sayang.

Jangan rindu aku
Semua ini hanya untuk sementara saja
Pasti akan aku curi masa untuk bersamamu lagi
Jangan rindu aku
Sebab rindu sangat sakit untuk dibendung
Tangislah kalau itu dapat memadam api rindu
Biar saja aku yang rindu
Kerana aku bijak selindungkan rindu
Aku bijak menafikan rindu
Aku mampu menahan rindu
Kau pernah lihat itu
Walau kau tahu aku berpura untuk itu
Sengaja aku mahu jauhkan diri
Aku tak mahu mengukir kenangan untuk mu
Itu lebih menyakitkan tatkala kau terkenangkannya
Biarkan aku sakit dibunuh rindu
Aku akan bertahan selagi termampu
Walau aku mengukir bait ini dengan air mata
Bukan selalu aku dapat merasa ini
Aku tahu kau juga memendam rasa yang sama seperti ku
Biarpun kau berpura terlena
Namun lenamu dihantui dengan bayangan ku
Maafkan aku jika itu mengganggumu
Biarkan saat yang diselubungi pagi ini suram
Biarkan aku lepaskan segala rasa rindu ini
Walaupun ku tahu esok yang terakhir bersua
Aku tetap berdoa kesempatan lain akan ada lagi
Jangan rindu aku
Aku terseksa jika kau akui kau rindu aku
Aku tak akan dapat bertahan dengan kata mu nanti
Biarkan kita berpura
Kerana itu lebih menenangkan hati
Jangan rindu aku, sayang
Aku sakit di sini
Hati ini perit menahan derita rindu
Lepaskan aku untuk sementara waktu
Demi kebahagiaan masa depan
Biar kita berkorban kala ini
Itu yang pasti
Jangan rindu aku...

by :
anne alone all along

Thursday, 24 December 2009

Mana Sudah Pergi???

Sekarang ini Hana sudah buat blog baru just untuk lirik lagu.
So, kat blog ini cuma akan ada karya-karya yang merapu sahaja.
Semua lirik lagu telah dipindahkan ke Bisikan Bait Kata.
Boleh view di http://bisikanbaitkata.blogspot.com
Kalau ada lirik lagu yang best, bolehlah dikongsi bersama.
Jangan lupa untuk beri komen sekali ya.

Wednesday, 23 December 2009

Tinggal Hari Esok Yang Satu...

8.52 malam....
Aku mula mencari ruang masa untuk aku merajinkan jari aku ini. Satu persatu jari aku menyentuh papan kekunci mengikut arahan dari kotak fikiran yang bekerja memikirkan ayat-ayat yang akan aku luahkan dari hati.

Hari ini agak memenatkan bagi aku. Seperti biasa, pada setiap pagi aku akan menguruskan rumah. Tugas ini sepenuhnya telah aku ambil alih secara tidak langsung sejak minggu lepas dek emak aku yang telah dengan suka dan relanya menceburkan diri dalam bidang usahawan a.k.a "Industri Kecil dan Sederhana" (IKS). Dari pagi sampailah petang emak akan berada di tempat industrinya itu. Hanya pada waktu tengah hari sahaja dia akan pulang ke rumah untuk memasak. Namun, sejak hari Isnin lepas, emak jarang pulang pada waktu tengah hari kerana sibuk menguruskan program anak angkat yang sedang berjalan. Tidak seperti selalu, akulah yang akan menyediakan segala yang patut sejurus ayah pulang untuk makan tengah hari atau pulang dari kerja. Agak memenatkan tapi seronok di hati. Minggu ini aktiviti aku penuh dengan memasak. Hari ini juga dengan tidak dijangka, ayah mengajak aku ke bandar. Tujuannya hanya untuk ke bank, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) untuk mengambil surat, mengajar kerani sekolah lain mengenai sistem baru dan mengepos surat. Tapi, apa bila berada di PPD, undangan dari sahabatnya untuk mengajarkan sesuatu di sekolahnya perlu dipenuhi. Agak terkejut kerana destinasi sekolah tersebut adalah bekas sekolah aku dahulu, SMK(P) Sultan Abu Bakar. Setiba di sana, hanya ayah yang turun dan masuk ke pejabat. Aku pula hanya memerapkan diri di dalam perut kereta yang panas akibat hujan yang turun. Banyak tempat yang telah aku pergi hari ini. Tapi apa salahnya aku menikmati semua ini lebih-lebih lagi aku akan pulang ke Tanjong Malim pada hari Jumaat nanti. Dapat juga aku melihat pemandangan bandar Muar yang sentiasa bingit dengan bunyi kenderaan.

Sekarang aku mengadap laptop dan mendengar lagu-lagu kesukaan aku. Emak pula tiada kerana menguruskan hal program anak yatim. Ayah pula menemani emak di sana. Adik pula sudah keluar dengan kawannya. Abang-abang aku pula sibuk melayan PS2. Aku hanya menyembunyikan diri di dalam bilik yang bercat putih ini. Tinggal esok sahaja lagi. Esok yang akan aku penuhi sepenuh-penuhnya dengan kenangan. Itu sahaja yang mampu. Dan esok juga aku akan mula mengemas barang-barang yang perlu untuk di bawa balik ke Tanjong Malim. "Tanjong Malim, here I come!". Aku belum lagi membuat senarai barang yang perlu aku bawa. Itu penting bagi aku kerana aku ingin memastikan tiada barang yang akan tertinggal. Tapi itu tidak mengapa kerana aku akan pulang ke rumah pada 31 Dis ini kerana ada acara merisik pada 1 Jan. InsyaALLAH... Semoga semuanya akan berjalan dengan lancar. *Tersenyum*

Jika ingin ikut kehendak hati ini, aku tak mahu ayah dan emak pergi hantar aku pulang ke Tanjong Malim kerana itu lebih memilukan aku. Aku lebih rela pulang sendiri dengan bus yang melambak di stesen. Tapi, aku biarkan sahaja kemahuan ayah itu. Aku bersyukur kerana emak sibuk, setidak-tidaknya dia dapat melupakan sedikit kerinduan terhadap aku. Tapi, takut aku yang tidak dapat menahan seksa rindu itu. Tapi, tidak mengapa, aku akan pulang lagi nanti untuk memenuhi syarat-syarat majlis.

Tapi, ada juga yang aku rindu selain keluarga tercinta. Dia yang aku rindu sehingga kini. Biarpun jauh dan akan dekat akhirnya, aku redha dan bersyukur. Hanya itu yang mampu aku ucapkan. *Tersenyum*. Biarkan musim hati kita terus begini jika itu yang akan membahagiakan hati mu. Akan aku akui segalanya, itu yang pasti. Hanya tunggu kemungkinan yang akan berlaku. Tiba-tiba aku ditegur dengan kata-kata Abang Taufik dahulu. "Kalau Hana nak cari (teman hidup) nanti, carilah yang lain umur. Tengok orang dulu-dulu, banyakkan bezanya. Tapi jangan cari suami orang pula. Hana cantik macam amoi, mesti ramai peminatlah, jangan risau," sempat lagi Abang Taufik mengusik aku. Hanya gelak yang aku lontarkan sebagai tindakbalas dek kata-katanya itu. Aku masih lagi teringat aksi aku ketika menerima mesej yang mengusik itu, aku gelak bergolek-golek di atas katil bak anak kecil yang penuh dengan keriangan. *Ketawa lagi*. Tak semena-mena, aku dipanggil "Amoi" oleh Abang Taufik. Panggilan itu mengingatkan aku pada pakcik sedara aku yang memanggil aku dengan panggilan "Amoi" semasa aku kecil. Rindu dekat dia.

Pada Tanjong Malim pula, aku akan kembali ke sisi mu. Begitu juga dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pak Guard yang jaga di pintu Gym juga akan kembali sesak mata melihat aku ulang-alik masuk ke kampus untuk ke Perpustakaan Tengku Bainun. Tapi, aku akan jarang ke kampus kerana kuliah aku penuh mengisi ruang di Taman U dan Taman Bernam. Agak jauh di situ. Hanya Perpustakaan Tengku Bainun, Komplek Malim Sarjana atau Bitarasiswa untuk memenuhi jemputan mesyuarat sahaja tujuan aku. Terlupa satu perkara, yang ini amat penting, ATM !!!. Itu yang pasti.

Bermula 28 Disember 2009, hari aku akan dihiasi dengan kesibukan ke kuliah sama ada di Taman U atau Taman Bernam. Aku juga akan melihat wajah-wajah pensyarah yang akan menjadi tenaga pengajar, tenaga memberi tugasan, tenaga mengubal kertas soalan dan tenaga memberi markah. Kuliah akan bermula pada penghujung tahun 2009. Aku mengharapkan sesuatu perubahan positif yang akan berlaku di sana. InsyaALLAH.

Tinggal Lagi....

23 Dis (Rabu)...
Masuk hari ini sudah 35 hari aku bermastautin di rumah family aku di kampung. Hari-hari mata aku di hidangkan dengan wajah ayah, emak, abang dan adik. Tinggal beberapa hari lagi aku akan dapat tidur lena di bilik sendiri yang telah aku ubah. Tinggal beberapa hari lagi aku dapat bermain dengan kucing-kucing aku itu. Dan tinggal beberapa hari lagi aku dapat melukis wajah-wajah keluarga tersayang di dalam layar hati aku. Mesti aku rindu detik-detik yang sudah berlalu.

Bila aku merenung semula waktu, hanya kesayuan yang aku nampak. Sedih kembali menusuk ke hati.... Aku tahu kamu juga dapat merasakan apa yang aku rasa. Tiada yang lebih bernilai dari keluarga. Itulah hakikatnya.

Friday, 18 December 2009

Simbiosis Si Pelangi

Masih berdiri di sini
Kiri dan kanan tiada berteman
Depan dan belakang berpenghunikan sepi
Haruskan ia terus berlalu?
Tega meninggalkan hari-hari kelmarin
Terdiam

Ingin mulut berbicara
Namun hanya hati yang menjerit
Langit didonggakkan ke bawah
Bumi diangkat ke atas
Tapi tiada peluang untuk kepastian

Aku
Melihat semalam dan kelmarin
Ada kelompok kegembiraan bermain di taman hari
Tapi itu tidak secantik pelangi
Kelihatan segerombolan kesedihan menyanyi
Alunan gemersik lagu tangisan yang indah
Menenggelamkan warna-warna pelangi

Aku
Memandang ke arah kemungkinan
Esok yang ada di hadapan ku
Aku merenung tajam
Hanya kabus menjadi laluan yang nyata
Tongkat si keteguhan hati menjadi teman
Andai tongkat itu rapuh...
Maka aku akan tersadai di hari itu

Musim perjalanan harus bertukar
Kadang terhenti untuk seketika
Hanya melutut dan menunduk
Bila kaki tersandung kedukaan
Bila tongkat rapuh tak seteguh tiang yang menahan langit
Bila tangan digari kenangan semalam
Mata tak sanggup memandang wajah esok

Bisikan aneh menjadi peneman telinga
Hati mentafsir segala rasa
Aku dipaksa mendongak memandang ke hadapan
Ada yang menolong untuk berdiri
Tekad untuk berlari
Ada sinar yang menyuluh
Suatu kata terus berbisik
"Kau bukan selemah itu"

Melangkah sang kaki setapak
Mula bertenaga untuk berlari
Hijab esok mula tersingkap
Sebuah lukisan senyuman di dada langit
Aku tersedar ada tangan menarik
Menarik aku untuk terus mengejar waktu

Walau bukit esok setinggi langit
Aku pasti tangan itu akan membantu aku
Walau jurang esok seluas lautan
Aku pasti tangan itu tetap menemani
Aku yakin dengan sinar itu
Aku tahu Dia sentiasa dekat dengan aku


by :
anne alone all along

Wednesday, 16 December 2009

Bla Bla Bla - My Room -

Hanya ingin berkongsi tentang apa yang aku sudah lakukan sepanjang cuti semester ini.
Selain bertungkus lumus menyambut Hari Raya Qurban, aku juga memerah tenaga selama 3 hari untuk renovate bilik aku.
Sesiapa mesti akan terperanjat bila melihat bilik aku yang tak banyak beza dengan stor pakaian.
Sekali pandang, aku memang mahu pengsan.
Sungguh sesak sehinggakan hanya seorang atau dua sahaja yang boleh menyelitkan badan di ruang itu.
Bilik itu sudah menjadi stor pakaian tidak rasmi semenjak aku tidak lagi kerap berada di rumah.
Seingat aku, bermula tahun 2006, aku jarang berada di rumah.
Itu kerana aku terlibat dengan PLKN dan menjadi seorang student di bandar yang memaksa aku untuk tinggal di hostel.
Sejak itu, lama kelamaan emak mula menyusun satu persatu pakaian dan barang-barang kraf tangannya di dalam bilik itu.
Bila aku mahu pulang, ayat pertama yang emak akan katakan pada aku ialah
"Adik, mak belum kemas bilik itu. Nanti mak kemaskan, ya."
Aku acap kali mendengar ayat tersebut.
Namun aku memahami keadaan emak aku yang terpaksa menguruskan rumah seorang diri.
Lebih-lebih lagi dia kerap terlibat dengan aktiviti luar.

Seminggu selepas Hari Raya Qurban, aku mengambil keputusan untuk renovate bilik itu.
100 % aku ubah.
Bermula pada hari Jumaat sehinggalah ke hari Ahad.
Aku berpuas hati dengan apa yang telah aku buat.
Hasil titik peluh aku seorang diri.
Tidak seperti dulu, kali ini emak memberi mandat pada aku untuk mengasingkan pakaian dan barangan yang tidak boleh digunakan lagi.
6 bag plastik sampah penuh dengan barang yang akan dibuang itu.
Lantai bilik yang hanya dihamparkan dengan tikar plastik, kini aku gantikan dengan tikar getah yang berwarna purple + pink (my favourite colour)
Hasilnya sangat memberansangkan hati aku.
Sehinggakan emak dan abang aku berebut untuk tidur di bilik itu jika aku pulang ke Tanjong Malim. (aku hanya tersenyum)
Aku sangat selesa dengan suasana baru bilik itu.
Walaupun dindingnya hanya berwarna putih, aku akan menukarnya dengan warna yang lain.
(InsyaALLAH)
Kepada emak, ayah, abang, akak dan adik aku, terima kasih kerana memberikan sokongan kepada aku untuk renovate bilik itu walaupun sudah sekian lama aku berniat untuk melakukannya.
huhuhu.

Saturday, 12 December 2009

LARA (part 1)

Jalan cerita yang singkat, tapi itu yang berlaku.
Banyak perkara yang telah terjadi tanpa didugu.
*Sepi untuk seketika
*Seperti bayu yang berlalu kenangan itu muncul, satu demi satu

Pandangan mata hanya dihiasi dengan hujan yang turun.
Balqis masih berdiri di depan pintu, langsung tidak mengendahkan petir di luar.
Tangannya erat mengenggam handset berjenama Nokia 5300 Xpress Music.
Puas sudah dia mendail no itu, tapi tiada jawapan.
"Abang pergi kejap aje, Balqis jangan risau kei"
Itulah mesej terakhir yang diterimanya malam semalam.
'Apa yang dia tengah buat sekarang ni?' hati Balqis berbisik sendiri
Hatinya mula rasa sesuatu sejak kebelakangan ini, rasa seperti ada yang tersembunyi.
Puas dihitung, ditolak, dibahagi dan didarab namun kosong jawapannya.
Apa agaknya yang tidak kena?

Tiga hari berlalu selepas mesej terakhir yang diterima dari Nizam.
Balqis tersentak dari membaca akhbar Berita Harian apabila telefonnya menjerit.
Satu mesej telah masuk ke inbox mail.
Ditekan punat-punat telefon itu.
Nizam = "Sayang, sori. Handset abang rosak. Ni baru lepas hantar kedai,"
Balqis = "Em, xpe. Balqis cuma risaukan abang je"
Nizam = "Kita jumpa ya, tunggu abang kat shopping mall kei, jam 3."
Balqis = "Okey, take care abang"
Hati Balqis mula curiga, selama ini Nizam akan menjemputnya di rumah atau di tempat kerja untuk berjumpa, tapi kali ini tidak. "Ah, mungkin abang busy kot" pujuk hati Balqis.
Dia melupakan saja tanggapannya itu.
Waktu menunjukkan jam 1, Balqis ada 2 jam lagi untuk ke shopping mall.
Dia menyambung kembali membaca akhbar Berita Harian.
*Hati tersenyum gembira

Jam 2 Balqis mula bersiap.
Tangannya pantas memilih baju untuk dipakai.
Pilihan hati, warna ungu. Blause dengan sedikit potongan badan.
Lagi 20 minit hampir ke jam 3.
Balqis mencapai kunci kereta jenis Myvi.
Itulah kereta pertama yang baru dibeli kira-kira 6 bulan yang lalu.
Pilihan warna : hitam.
Kaki mula melangkah masuk ke dalam perut kereta selepas mengunci pintu.
Dia segera menuju ke shopping mall.

Mata mula menjengah untuk mencari tempat parking.
Melihat tiada parking kosong di bahagian bawah shopping mall yang biasa menjadi tempat kegemarannya, dia mula menukar arah.
"Malas betul aku nak parking kat atas" bentak hati Balqis.
Tapi itu yang harus dilakukan.
Sampai di tempat parking di atas shopping mall, Balqis mula resah jika tiada tempat kosong.
"Alhamdulillah, ada pun."
Segera memakirkan kereta di sebelah kereta Proton Pesona berwarna kelabu.
Enjin dimatikan. Kaki mula melangkah keluar kerata.
Ketika berada di luar kereta, telinganya mula mendengar suara seorang wanita
"Ye sayang, Ayu sayang abang. Ayu tak akan cari lain. Kan abang dah janji nak bertunang dengan Ayu. Abang jangan risau tau. Apa yang abang perlu buat cuma putuskan hubungan abang dengan perempuan tu. Ok abang."
Balqis hanya membiarkan sahaja tanpa menoleh ke arah wanita tersebut.
Balqis mula melangkah, tiba-tiba...
"Ops, sori ya. Tak perasan tadi. Maaf," pinta Balqis.
Telefon wanita berkenaan jatuh. Mereka telah berlanggar bahu.
"Hei perempuan, nak jalan tu tengok-tengok la orang lain. Jangan suka-suka nak jalan aje, buta ke?" jerit wanita yang memakai pakaian skirt ketat paras lutut dan t-shirt potongan badan kepada Balqis.
Tanpa memaafkan Balqis, wanita itu terus mencapai telefonnya.
Balqis sempat melihat telefon wanita itu walau bukan dengan niatnya.
Cantik gambar wallpapernya, tapi...
Wanita itu terus berlalu, Balqis juga mula melangkah dengan persoalan yang mengikutinya.

Hatinya dikejar dengan sejuta kerunsingan
Namun, dibiarkan saja dahulu kerana Nizam sedang menunggunya di Restorant Pizza Hut.
"Abang, sori. Lambat sikit, ada masalah kat tempat parking tadi,"
"Tak ape, abang tak kesah,"
"Kenapa ada dua gelas air? Abang makan dengan siapa tadi?" Balqis curiga.
"Tak ada lah, abang jumpa kawan abang tadi. Itu yang minum dengan dia tadi,"
"Oh... Ok."
Apa yang mencurigakan Balqis adalah terdapat kesan lipstik di gelas.
Mungkin kawan tempat kerja dia kot, detik hati Balqis.

Sampai di rumah, Balqis terus ke biliknya.
Hatinya masih lagi tidak senang.
Gambar yang dia lihat di telefon wanita yang melanggarnya tadi seperti gambar Nizam.
Gelas itu pun ada kesan lipstik.
*Balqis hanya diam
"Balqis!" jerit Salwa.
"Kenapa?" Balqis tersentak dari lamunan.
"Tadi aku nampak Nizam, dengan seorang perempuan. Lawa, tapi seksi. Aku ingatkan kau dengan dia tadi sebab kau ada bagitahu pada aku yang kau ada date dengan Nizam. Kau tak pergi ke tadi?" kata Salwa dengan penuh ghairah dan diakhiri dengan sangsi.
"Aku baru balik dari jumpa dengan dia la tadi ni. Tadi tu kawan dia," jawab Balqis, ringkas.
Hanya untuk sedapkan hati yang makin celaru

Berderau darah Balqis.
Salwa hanya terdiam kaku.
Yang mampu dilakukan adalah hanya melihat air mata Balqis mengalir.
Salwa tahu Balqis kecewa.
Bukan suatu khabar angin yang pernah didengarinya dulu daripada Zafuan, teman Nizam.
Ternyata betul khabar itu, Nizam menduakan Balqis.
Serpihan kaca bertaburan dilantai, bertaburan gambar-gambar yang telah tercarik.
Tersedu Balqis di katilnya.

Satu jam sebelum kejadian...
Balqis dan Salwa sibuk meneliti cincin belah rotan di sebuah kedai emas di dalam shopping mall.
"Kenapa Nizam tak datang? Sepatutnya dia yang beli dengan kau, bukan aku,"
Senyuman terukir dibibir Balqis tanpa dia melihat ke arah Salwa.
"Miss, saya nak tengok yang ini, ya," pinta Balqis kepada jurujual
"Dia kata nak pergi petang sebab dia ada kerja,"
"Hari Ahad pun kerja ke? Habis tu kenapa kau nak datang tengah hari pula?"
"Aku nak tengok-tengok dulu, petang nanti aku terus beli dengan dia."
Balqis menyarung cincin belah rotan yang dipilihnya tadi ke jari manis.
Cantik.
Balqis menoleh ke belakang kerana dia mendengar seperti suara Nizam.
Bermimpikah Balqis?
Nizam berjalan berpegangan tangan dengan seorang wanita.
Sangat romantik.
Berjalan sambil wanita tersebut melihat cincin yang tersarung ke jarinya.
Berputar semula kejadian lepas di mana dia terlihat gambar Nizam di dalam telefon seorang wanita.
Terdengar kata-kata wanita itu.
Dan kini, dia sendiri melihat Nizam dengan wanita itu, Ayu.
Hancurnya hati.
Balqis hanya terdiam tatkala itu.
"I'm sorry, Balqis," kata Salwa.
"Tak, kau tak payah minta maaf pada aku. Aku yang tak dengar kata kau dulu. Betul kata Zafuan."

Teganya Nizam melakukan perkara itu.
Apa salah yang telah dilakukan Balqis?
Impian untuk bertunang 2 bulan lagi hancur berkecai.

"Rupanya kau berkasih, menyingkir setia, sandiwara penuh dusta"


- anne alone all along -

Thursday, 10 December 2009

Puisi Buat Abah

Abah,
Jika engkau mengajarku berkata-kata
Nescaya aku menjadi seorang pendusta
Tapi jika engkau mengajarku Alif Ba Ta
InsyaALLAH aku akan menjadi seorang pendeta

Abah,
Jika engkau mengajarku bergurindam
Nescaya aku menjadi seorang pendendam
Tapi jika engkau mengajarku Muqaddam
InsyaALLAH aku akan belajar sampai khatam

Abah,
Jika engkau mengajarku berlari
Nescaya aku menjadi seorang pencuri
Tapi jika engkau mengajarku mengaji
InsyaALLAH aku akan menjadi penzanji

Abah,
Jika engkau mengajarku bertutur
Nescaya aku menjadi seorang yang lupa bersyukur
Tapi jika engkau mengajarku bertafakur
InsyaALLAH aku tak kan menjadi seorang yang kufur

Abah,
Jika engkau mengajar aku huruf rumi
Nescaya aku menjadi pencinta duniawi
Tapi jika engkau mengajarku jawi
InsyaALLAH aku akan mengejar ukhrawi

Abah,
Ajarlah aku dengan Bismillah
Mudah-mudahan aku jadi kekasih ALLAH
Didiklah aku dengan Fatihah
Mudah-mudahan aku jadi anak solehah

Tuesday, 8 December 2009

Inilah Kehidupan, Teman

Adakalanya dalam kesungguhan
Meniti sebuah pengharapan
Kita sering tercari erti

Mencabar dan dicabar
Mengejar dan dikejar
Menyalah dan dipersalah
Mengguna dan diperguna

Berpuncakkah gunung?
Tercapaikah impian?
Andai yang dikejar tak dapat
Yang dikendong berciciran

Diperdengarkan hati
Digenggam bara biar jadi abu

Buat teman yang memahami
Ku pasti harungi kepayahan ini
Walau sabarku dihinjak ke bumi !

Kasih Tuhan

Setitis kasih di lautan
Tak terbilang kasih Mu Tuhan
Ku mencari cahaya cinta Mu
Tetapi ku masih tidak ketemu
Kerana aku jahil mengenal Mu

Tuhan,
Terangilah hati hamba Mu ini
Dengan nur hidayah Mu itu
Kerana sering kali aku melupakan Mu
Ketika bahagia yang bertandan
Malangnya aku mencari Mu
Pabila gelap tumbuh di hatiku

Tuhan,
Sungguh rapuh Iman ku terhadap Mu
Sungguh aku malu untuk menemui Mu
Lantaran dosa ku yang menggunung
Tetapi Kau curahkan kasih Mu kepada ku

Tuhan,
Akan ku cari kasih Mu itu
Akan ku hidup kerana Mu
Tuhan, berilah daku petunjuk Mu
Kukuhkanlah tembok Iman ku
Agar aku terus mengenali Mu

Seperti Dia

Angir bertiup menampar pipiku
Diriku seolah-olah melayang di udara
Seperti kenangan ku bersama mu

Walaupun kita berbeda
Punya taraf seperti langit dan bumi
Tetapi aku ibarat pungguk merindukan bulan

Saat kita bertemu
Aku dapat merasakan kemesraan itu
Tak terjangkau akhlak mu
Yang sopan dan lembut mewangi
Ibarat rumput ditiup sang angin
Ibarat kain sutera baldu
Ibarat cintamu yang luhur

Aku...
Terpesona dengan tutur katamu
Akhlak mu mencerminkan peribadimu
Seorang muslimah yang dirindu
Membuatkan aku rasa rindu padamu

Kehadiran mu ibarat pelangi nan indah
Ibarat mentari pagi yang menyinar
Ibarat bulan dan bintang di tengah malam
Kau mengajarku tentang kehidupan
Agar menyintai Tuhan yang satu


-Cahaya Hati-
24 Mei 2007


Puisi ini aku luahkan untuk seorang guru yang rapat dengan aku ketika aku Tingkatan Enam Atas. Hampir berminggu-minggu aku keluar bersamanya. Dari situ aku merasakan seperti dia adalah kakak aku. Segala kegembiraan dan kesulitan yang dihadapi akan diluahkannya kepada aku. Hampir sepanjang masa aku menemaninya walaupun aku sedang menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Dia sungguh baik. Keakraban yang terjalin telah disalah ertikan dan dicemburui. Sebagai langkah untuk tidak menimbulkan apa-apa prasangka, aku sendiri yang mengeruhkan air jernih yang pernah aku dan dia lalui. Maafkan saya, cikgu. Saya lakukan semua ini adalah untuk meringankan masalah cikgu. Bukan niat untuk menimbulkan kesulitan, tapi untuk menghindarkan segala tohmahan. Maafkan saya, Cikgu Marina.

Berikan Aku...

Berikan aku cinta
Agar aku bisa ketawa
Berikan aku cinta
Agar aku bisa gembira
Berikan aku syurga
Agar dapat ku nikmati bahagia
Berikan aku seribu doa
Agar ku tahu erti kesyukuran
Berikan aku kegembiraan
Agar dapat ku sembuh segala derita
Berikan aku kata-kata azimat
Biar ku buang segala sengsara dan dendam kesumat
Berikan aku semangat
Untuk aku terus berjaya
Ajarkan aku dengan penuh kelembutan
Agar aku hormat menghormati
Bimbinglah aku dengan penuh kasih sayang
Agar aku bisa mengasihi
Berikan aku sepenuh perhatian
Untuk ku bina semula keyakinan

Leteran Dari Air Mata

This is my second post for this December. Hurm... what I want to say is "Hopeless", "Sadness" and "Tears".

Aku baru dapat komen di Friendster aku dari "Mak Tiri" aku yang dah lama aku tak jumpa. Actually, she is not my stepmom but she is my friend. Aku panggil dia mak tiri sebab kami minat pada orang yang sama tapi mak tiri aku yang berdarah kacukan Cina dan Melayu itu menganggap orang yang kami minat itu sebagai suaminya dan aku pula menganggapnya sebagai ayah aku. He is my inspiration all my life when I'm still study in Secondary School. He's very handsome and very kind person. Many changes happened when he rule there. Komen yang telah dilontarkan kepada aku adalah "where is my menantu tiri?". Aku agak terkejut dengan kata-kata tersebut. Hahaha. Hanya senyuman yang terukir dibibir aku apabila membaca komen tersebut. Lantas, jari jemari aku mula menaip jawapan untuk mak tiri aku itu. "Mana ada, memandai jew mak tiri ni,". Kalau ada, dah lama aku bagitahu pada dia. Tapi memang tak ada pun sekarang nie. She's so sweet, so kind and so caring. Always take care of me. Miss that moment.

Seseorang telah mencadangkan aku untuk mendengar satu lagu yang telah dinyanyikan oleh Kangen Band, dari negara seberang Indonesia. Tajuk lagu itu ialah "Yakinlah Aku Menjemputmu". Just slow music but I really touching with the lyric. First impression, aku terdiam. Second impression, aku menangis. Aku tersentuh dengan lirik lagu. Memang sedih. Sedih sebab aku tak pernah dapat apa yang ada dalam lirik lagu itu. Seriously aku yakin siapa-siapa yang dapat lagu ini dari orang yang dia sayang atau orang yang diharapkan akan jadi pengubat rindu akan rasa terharu sangat-sangat. Sebab aku rasa macam itu. But, it maybe impossible for me to get that. Hahaha!!! I'm just dreaming, right? Actually, apa yang aku lalui biasanya akan sama dengan lagu-lagu yang aku dengar. Lagu merupakan landasan yang paling ampuh untuk meluahkan apa yang ada dalam hati.

Now, I'm counting the day. Just hope this time will running fast. I want it will be the sweet memory in my life for ever. Dear, wait for me, okay. I'll be there for you. Just you and me will face that day. Pray for that. This last December or next February the gathering will be held. Can't wait to meet my new family. Love it.


-anne alone all along-