Senyum

Senyum
Senyum Itu Indah

Friday, 21 January 2011

Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

Bismillah...

Hye kawan-kawan semua!!
Pe cer hari ni? Ok? Hope ok2 saje ye

Now, I'm at home, kat kg la. Hehe~
Sebenarnya sekarang bukan cuti sem @ cuti mid sem
Aku balik kg pun sebab hari Khamis cuti Thaipusam
Jumaat plak tak ade kelas
So, ape lagi, balik kg la
Hehe~

Rabu lepas (19 Januari 2011), aku cuma ada 1 kelas je, jam 10 am sampai 1 pm
Bila fikir-fikir balik, aku ada masa yang sangat panjang untuk bercuti
Kalau ikutkan, aku boleh balik Tanjong Malim pada hari Isnin sebab kuliah start jam 2 pm
Tapi, memikirkan schedule aku yang agak padat dan kerja-kerja melambak-lambak macam pasar lambak
Aku pun plan nak balik sana pada hari Sabtu
Fine, keputusan dan buat, so balik kampung ye
Kebetulan nak ambil dokumen Sejarah pada Maharaja Hipokritas
Dan dan la tu
Hehe~

FIRST TIME BALIK KAMPUNG SORANG-SORANG NAIK BAS!! OMG!!

Memang ini kali pertama aku balik kampung sorang2 naik bas
Selalunya kalau balik naik bas ni, aku balik dengan kawan2 aku
Kalu sorang pun aku akan balik naik train
Tapi sebab masing2 busy, aku balik la sorang2

JOM TENGOK STORYBOARD!

Sebelum jam 10.00 am
~ Aku siap2kan diri dan packing beg
~ Yang aku bawa cuma note book dan my luvly sweet heart lappy, no baju2 kei
~ Aku da mention kat dak2 umah yang aku nak blek kg, just aku tak bagitau aku balik jam brape je. Hehe~

Jam 10.00 am
~ Aku ke kelas Ekonomi Pembangunan
~ Dapatlah jumpa dengan kawan2 sekelas sebelum aku balik kg secara mengejut. Hehe~
~ Upss.. aku tertinggal novel Rayyan Fantasi!! OMG!! On the spot minta tolong pada Kekanda Ieja ku untuk bawakan novel tu ke kampus

Jam 1.00 pm
~ Habis je kelas, aku lari laju2 ke Pejabat MPP sebab Kekanda Ieja tinggalkan novel tu kat sana
~ Tunggu teksi sampai jam 1.20 pm, teksi terus memecut laju2 hantar aku ke stesen bas Tanjong Malim
~ Beli tiket bas jam 1.30 pm
~ Duduk je dalam bas, tiba2 perut aku berbunyi. La... aku lupa nak bekpes. Fine! Kene la tahan sampai kat KL nanti
~ Akak call tanya nak balik jam berapa dengan nak ambil bas kat mana. First plan memang nak amek kat Bukit Jalil, but akak suggest amek kat Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sebab bas Mayang Sari dah ada kat situ. Fine! Kita ke TBS!!
~ Aku langsung tak tidur sepanjang perjalanan sebab aku layan Rayyan Fantasi. Hehe~ Itulah peneman aku. Kalau perjalanan jauh, aku memang perlukan something tuk baca

Jam 3.10 pm
~ Aku turun kat Pasar Seni, amek Putra LRT ke Masjid Jamek
~ Turun kat Masjid Jamek, aku beli tiket Star LRT tuk ke Bandar Tasik Selatan
~ Pening gak aku time nak tukar2 transit nie. Tapi kena tebalkan muka la nak tanya kat orang2 kat situ. Bak kata pepatah, "malu bertanya sesat jalan". Tapi kalau korang takut nak tanya sape2, aku syorkan korang tanya pada pekerja kat kaunter LRT tu, itu lagi selamat

Jam 3.40 pm
~ Aku sampai kat Stesen Bandar Tasik Selatan. Terus je tanya kat kaunter jalan tuk ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Dia pun tunjukkan jalan ke TBS yang ada kat sebelah Stesen Bandar Tasik Selatan ni, tak jauh pun. Just ikut escalator dan jejantas.

Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

Jam 3.50 pm
~ Aku masuk bangunan TBS. Pergh! Besar giler, bley wat track racing. Haha! Mata aku memang sentiasa alert dengan signboard. First place, aku pergi ke kaunter tiket. Wat muka blurr... Tetibe je sorang pekerja dalam 20-an tegur aku

Pekerja TBS : Ye cik, boleh saya bantu?
Aku : Em.. macam mana saya nak beli tiket?
Pekerja TBS : Cik boleh pegi kat mana-mana kaunter dan beli tiket kat situ
Aku : Oh, ok. Thanks


Lobby : Tempat beli tiket dengan tengok skrin info Departure dan Arrival

~ Aku pun line-up la tuk beli tiket. But dua orang girl depan aku nie lambat sangat buat keputusan nak beli tiket atau tak. Aku dah hangin je tengok sebab takut terlepas bas
~ Then, giliran aku tuk beli tiket. Kita just cakap nak naik bas apa dan destinasi. Nanti pekerja tu akan check dan bagitahu jam berapa bas ada, siap ada monitor kat depan kita, bley touch sendiri. sebagai contoh :

Bas : Mayang Sari
Destinasi : Muar

Kita pun boleh pilih seat kita sendiri tau
~ Tapi, sebab bas tak banyak lagi, tiket aku jam 5.30 pm. Waw! Sangat lama ye di situ. Fine, aku beli gak tiket tu sebab malas nak ke Bukit Jalil.
~ Yang uniknya ialah pekerja akan minta IC dan no tel kita. Itu untuk keselamatan kita. Manalah tahu kalau terjadi apa-apa pada kita masa kat dalam bas, TBS ada data kita dalam simpanan dia. Tiket tu pun siap ada nama kita skali tau. Tiket ala2 tiket kapal terbang. Hehe~



Nie dia tiket pertama TBS aku

~ Lepas beli tiket, aku nak ke surau. But, singgah jap kat ladies. Selesa gunakan ladies yang disediakan



Kat dalam ladies

~ Masuk je surau aku terus "WAW!!" sebab surau dia besar. Tempat wuduk pun banyak. Aku sorang je masuk surau tu sebab dah nak dekat jam 4 pm, sape yang nak g solat, betol tak? Hehe~ Aku masuk sebab nak solat Zohor (Erk! perlu ke mention kat sini?)


Bergambar depan cermin. Bley la wat macam nie sebab tak ada orang. Hehe~

Sempat ambil gambar dalam surau

~ After that, aku ke 7 Eleven. Cari something tuk makan. Yang aku beli ialah susu HL kotak kecil, mineral water dengan roti. Lepak kat dalam 7 E tu je sebab ade kerusi dengan meja kat situ
~ Habis je makan, aku jalan2 jap. Tengok kasut dengan kedai jual brouch dan tudung. Banyak giler aku tengok tudung dengan brooch kat situ sampai rambang mata aku. Sebagai souvenirs, aku beli dua brooch yang ada jurai2 tu dua. That's for my mom =)
~ Then, aku ke ruang tengah, tengok kat skrin info bas aku kat gate mana. Pergh! dah macam kat airport plak aku rasa. Haha! Tak pe, berangan jap kei.
~ After that, aku ke ruang menunggu. Sementara nak tunggu jam 5.00 pm, aku nak buka lappy jap. Mana la tau kot2 ade WiFi. Confident je aku nie ek. Takpe2, sekadar mencuba. Buka2 je, FINE!!! Ade WiFi!! Yippie!! sempat gak la online FB dengan YM


Ruang menunggu di tingkat atas. Siap ade Executive Launge

Jam 5,00 pm
~ Aku turun ke tingkat bawah
~ Tingkat bawah ni adalah balai berlepas, tempat tunggu bas. Cuma penumpang je bely turun kat sini. Ada banyak gate kat sini. But, aircon dia memang sejuk berbanding kat tingkat atas.
~ Sementara tunggu bas sampai, aku layan Rayyan Fantasi lagi
~ Sebelum kita naik bas, tiket kita akan di-scan dulu tuk pastikan semua penumpang ada


Ruang menunggu di tingkat bawah. Kat balai berlepas

Nie Gate 2. Setiap Gate ade pekerja yang bertugas

Jam 5.30 pm
~ Yippie! bas dah sampai. Now, menuju ke Muar
~ Bas singgah jap kat Bukit Jalil sebab nak amek baki penumpang

Jam 8.00 pm
~ Alhamdulillah... Selamat sudah sampai di Muar. Akak, mak dengan ayah jemput aku
~ But, before that, beli tiket tuk balik ke Tanjong Malim dulu. Bas Mayang Sari, jam 12.00 pm

KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI TERMINAL BERSEPADU SELATAN (TBS)

~ Kaunter khidmat pelanggan yang beroperasi selama 24 jam
~ Kemudahan pembelian dan penempahan tiket secara online "e-ticketing" melalui laman web TBS-BTS
~ Penggunaan skrin untuk pelanggan disediakan di hadapan kaunter dan mikrofon di dalam kaunter supaya penumpang dapat melihat dan mendengar dengan jelas maklumat yang disampaikan pihak pentadbiran
~ 19 kaunter tiket yang disediakan untuk pembeli tiket
~ 6 mesin kiosk untuk membeli tiket secara tunai @ touch n go
~ Sistem siaran informasi pengunjung (PIDS) seperti jadual pelepasa bas diletakkan di setiap tingkat manakala balai ketibaan dan pelepasan di tingkat bawah disediakan khusus untuk penumpang sahaja
~ Kemudahan pelanggan seperti restoran, kemudahan mesin ATM, bilik rehat VIP, surau, tandas, tempat tukar lampin bayi dan perkhidmatan WiFi
~ Kemudahan untuk Orang Kurang Upaya (OKU) turut disediakan seperti latai petunjuk arah, kaunter perkhidmatan dan kaunter tiket yang direndahkan, tandas, lif, laluan jalan istimewa serta petak letak kereta khas untuk mereka.
~ Ciri-ciri tiket bas sama seperti tiket kapal terbang kerana di atas tiket tertera nama penumpang dan hanya mereka sahaja yang boleh menaiki bas itu
~ Perkhidmatan 'Usher' di setiap aras bagi membantu penumpang OKU dan penumpang warga emas bermula mereka membeli tiket hingga menaiki bas itu
~ Langkah keselamatan dengan memasang 500 kamera litar tertutup (CCTV), 250 polis bantuan bertugas membuat rondaan di setiap tingkat dan pos polis disediakan di kawasan parkir
~ Penggunaan teknologi hijau dan mesra alam banyak digunakan seperti lampu yang digunakan adalah mesra alam serta terdapat 'Central Vacuum System' untuk memastikan sampah dibuang di tempat yang betul
~ Hentian rehat bas dilengkapi dengan stesen minyak, surau dan kantin

MARI KITA GUNAKAN PERKHIDMATAN YANG SELESA INI

3 comments:

chenta hearty said...

tiket mayang sari kl-pontian ad jual kt bts x?

LuVLYdOvE said...

em.. yg to not sure la

Unknown said...

Saya selalu naik bas di TBS. Memang best macam di KLIA